Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Friday 27 January 2012

Family Day

Macam yang saya katakan haritu Chinese New Year tahun ni keluarga MH buat FAMILY DAY.
Selalunya Family day ni dibuat ditempat-tempat tertentu seperti Cameron Highland, Pantai Remis atau Melaka.
Kali ni semua berpakat untuk buat Family Day ni di kampung Sungai Leman Sekinchan sahaja.
So lepas MH sampai dari Labuan kami terus balik ke Kampung.
Banyak acara disusun untuk dewasa dan kanak-kanak.
Bermula dengan solat magrib secara berjemaah anak cucu, adik beradik bapak (bapa mertua) &
jiran-jiran terdekat. Selepas magrib, diadakan sedikit tahlil dan doa selamat serta bacaan yassin.
Selepas Isya' diadakan acara ringkas perasmian Family Day dan Jamuan makan.

Keesokan harinya diadakan sukaneka untuk dewasa dan kanak-kanak.
Selain anak-anak sedara MH, anak-anak jiran tetangga turut serta. Meriah...
Rasa macam zaman sekolah dalam sukan tahunan ha..ha..
Ada rumah merah, rumah biru dan rumah hijau.
Banyak hadiah yang disediakan. Betul-betul terasa sukaneka zaman sekolah-sekolah dulu..
Selain hadiah yang memang disediakan, setiap Family kena sediakan hadiah bawah RM 5 untuk suka-suka.

Antara sukaneka yang diadakan..
Hatiku kau curi
Lintas lansung dari F1 Sepang
(ha..ha.. yang ni kelakar gila, sepatutnya gunakan pelepah upih, tapi kami gunakan pelepah kelapa..sian derang sakit montot, ada yang main ngelat wakakakkaa....)
Hang Tuah hang Jebat,
Bowling padang (saya cuma dapat jatuhkan 2 pin jer )
Yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing..
(ha..ha..semua dah berat tak adanya nak jinjing-jinjing...)
Masukan jarum & buat ketupat (pasangan)

Erm...banyak lagilah terutamanya untuk kanak-kanak.. Saya paling suka masa teka lagu untuk kanak-kanak tu. Omak aiiii...!! lagu yang tak beberapa saat tu tangkas jer derang jawap.
Bukan lagu-lagu terkini tu, semua lagu kartun. Yang kartun saya tak pernah dengar pun ada..
Setiap lagu yang dapat dijawap ada soalan sampingan...
Ha..ha...tak terfikir saya Detactive Conan ada nama lain...

Lunch tengahari Nasi ayam, semua makanan masa Family day kami order Catering jer kecuali BBQ dan serapan pagi. Tak ada nak penat-penat kat dapur sebab semua sibuk nak berpesta ekekekeee...

Kami (saya & MH) kena balik KL awal..so tak dapatlah nak menjoinkan diri masa BBQ,
MH ada job kat JB, so petang tu balik KL, tukar beg, siap-siap terus ke JB.

Seronok..tahun depan harap-harap umur kami semua panjang boleh join lagi dan berkumpul lagi.
Agak-agak masa tu kami dah bertiga ke belum ek...?????

Ini antara gambar-gambar masa Family Day..sebenarnya banyak sangat gambar dari beberapa camera.
tapi yang ini dari Bery merah saya he..he..

Selamat datang...

Majlis dimulakan dengan solat berjemaah magrib & isya
Bacaan yasin dan tahlil ringkas

Ustaz Solihan Imam kami pada hari itu

Dari kiri, kak Long, MIL, pak Salleh (adik bapak), FIL & Imam Solehan

Ini Uniform kami tahun ni, weeeee...!!! suka sangat design dia

Masa ni cuma anak-anak sedara jer

Masing-masing tengah tunggu acara seterusnya
Macam zaman sekolah dulu kan... sukan antara rumah-rumah

Rumah merah, biru & hijau
Biru juara keseluruhan

Yang ni untuk dewasa
saya dapat untuk bowling padang

Rumah Hijau

Rumah biru

kami bersukaneka pada hari tu

















No comments: