Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Saturday, 30 July 2011

Jangan makan tengah malam

Makan tengah malam dikatakan punca gigi rongak.
Penyelidikan di lakukan di Universiti Copenhagen, Denmark mendapati bahawa
perubahan aliran air liur yang cenderung untuk kering waktu malam menjadi punca keadaan tersebut.

Ketua penyelidik, Dr Jenifer Lundgren dalam jurnal Eating Behaviors menjelaskan
air liur yang mencukupi diperlukan bagi membersihkan sisa-sisa makanan daripada mulut.
Justeru air liur yang mengering membuatkan makanan bertempel pada gigi dan merosaknnya.

Menggunakan 2217 penduduk Denmark sebagai responden, kajian itu mendapati individu yang tergolong dalam kelompok pemakanan nokturnal yang sering mengambil berkalori pada waktu tengah malam cenderung untuk kehilangan gigi berbanding responden lain yang menjaga waktu makan mereka.

Penasihat akademik Dental Association, Damien Walmsley menjelaskan amalan makan di tengah malam
terutama makanan manis dan masam akan memberikan effect negatif kepada kondisi gigi, kerana
ketika itu mulut berada dalam keadaan kering. Bagaimanapun kerosakan gigi dapat diatasi jika
individu memberus gigi 2x sehari menggunakan ubat gigi berflorida.
pastikan juga  gigi digosok sebelum tidur.
Individu yang berpuasa dan bersahur ditengah malam juga disarankan membersihkan gigi mereka sebelum tidur untuk mengelakan gigi menjadi rongak

* kalau anak dara rongak alamak jatuh saham... 
bila bergambar terkepit-kepit mulut nak cover gigi he..he..*



Daging kambing cantikan kulit

Wahhh.... tentu ramai yang teruja dengar khasiat daging kambing ni ya..
Saya salah seorang peminat daging kambing ni...mbeeekkkk...!!!!
Lagi-lagi kalau dbakar memang yummy..
Nak-nak bulan puasakan, memang banyaklah hotel-hotel yang sediakan kambing bakar/golek ni.
(terus terbayang kambing golek kat Concord)
Tapi betul ker daging kambing ni banyak kebaikannnya...?
Menurut satu kajian kambing sangat kaya dengan vitamin C semula jadi yang tidak teroksida.
Dikatakan daging kambing juga amat penting untuk pembinaan dan ketahanan kulit.
Fungsi vitamin C tidak teroksida ini dikatakan dapat membantu menyeimbangkan
dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikan kulit seseorang.
Selain itu juga, daging kambing turut memberi lebih ketahanan terhadap kulit ketika
terkena cahaya matahari. Amalan memakan daging kambing juga mampu menjadikan kulit cantik secara
semula jadi.
Lepas ni mari kita cari daging mbeeeeekkk untuk mencantikan kulit he..he..

Kalau ghopa ini kambingnya memang tak lalu kot ahakssss





Friday, 29 July 2011

Ada dalam list yeayyy...!!!!

Dah hampir 2 minggu aku join segmen yang Bangku Kosong  blogger-blogger baru yang followernya tak sampai 500 orang. Aku telah pun menjoinkan diri segmen tu he..he.. kalau selama ni aku cuma jadi silent reader kali ni aku agak kerap juga tinggalkan komen.

Beberapa hari yang lepas juga aku nampak blog aku antara yang di listkan dalam entry bangku Kosong ni.
He..he.. mau golek-golek ekekeee...

So sapa-sapa yang belum pernah baca blog Bangku Kosong ni jom terjah blog ni.
Blog yang sangat bagus banyak pengisian, tak terlalu serius ada berbagai-bagai entry yang kadangkala menghiburkan selain berpengetahuan.





Thursday, 28 July 2011

kasut baru lagi

Kasut lagi..?? he..he.. hobi atau ketagihan..?? tak kiralah apapun situasinya ini keluarga baru. Ada yang hampir 2 bulan dah umurnya. Belum satu pun rasmikan, Tunggu turn jer nak rasmikan...
Bila..?? erm.. tak tau  lagi he..he..


Yang lama tapaknya dah haus, tinggal kat kampung mak. Yang selalu pakai tu
warnanya nampak kusam sangat. suka warna yang ini juga.

Ada yang kata ni cap anjing, tak apalah janji skin dia bukan dari "pig"

Jeng..jeng.. 
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Jatuh cinta pandang pertama, bila cuba pakai terus nak pengsan sebab cantik  & selesa sangat
he..he..

Putih lagi.. 2nd pair putih dari HP
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Wedges lagi.. ini pun atuh cinta pertama kali cuba




Wednesday, 27 July 2011

Rambutan

Beberapa hari yang lepas ayah pergi office dia kat Ampang, lepas siap urusan kat office dia terus balik Segamat, tak tidur pun rumah anak dia ni huk..huk.. Adik-adik aku sekolah, mak aku ke Serawak belum balik, So pagi-pagi tu MH jer yang jumpa ayah sebab nak ambik rambutan yang ayah bawak dari kampung..
Rambutan pokok belakang rumah, memang terbaik. Sedap betul rambutan dari pokok belakang ni. dah berpuluh tahun buahnya masih bagi hasil yang mantap.

Rambutan gading

Sebab banyak & sorang, so kopek semua simpan dalam esbok





Tuesday, 26 July 2011

Berry yang terluka

Sedehnya bila tengok berry terluka. Tak tahu bila kenanya, sedar masa tengahari tadi.
Sedeh sangat..Rasa nak tukar casing la ni juga huk..huk..


Berry yang terluka

Sedeh..sedeh sangat...
:(

(Ada yang kata aku beli berry ni bayar ansur-ansur (contract) dengan Maxis, ellooooo...!! sorry ek, aku beli Berry ni kosong kat butik Berry  yang terletak kat eCurve tu, aku cuma ambik pakage internet jer dengan Maxis, kalau tak percaya boleh cek nama aku kat sana....tak suka lah cakap-cakap tu fitnah hoccay..)

Friday, 22 July 2011

Allhamdulillah

Allhamdulillah... allah maha besar tak putus rezeki yang diberikan kepada kita, walaupun kadangkala kita leka dengan nikmat allah tanpa mensyukuri, DIA masih lagi melimpahruahkan rezeki untuk kita..
Amin...amin... amin.. Ya Allah...

Beberapa hari yang lepas kami (aku & MH) dapat rezeki lagi, ini memang antara yang dinanti-nantikan.
Ini impian MH, gembira dia gembira jugalah aku, dan aku lebih gembira kalau tengok MH gembira.
Dia satu-satunya Chenta hati aku, pastilah nak MH sentiasa gembira.

Ada beberapa nazar yang we all buat kalau semuanya selesai.
Ada juga yang buat on the spot.
Tak ada celebration besar-besar pun. Aku memang dah siap masak masa dapat call tu.
So, dinner kat rumah je lah haritu. Lepas dinner dalam pukul 6.30pm
(kalau kat rumah we all memang dinner awal) MH ajak solat kat Masjid Wilayah.
Katanya nak bayar nazar, Allhamdulillah ini juga rezeki dapat berjemaah dengan jemaah lain.

Sementara menunggu isya' ada kuliah magrib, terfikir sejenak dari insan yang kerdil ini
Allah masih memberi rezeki kepada kami, sedangkan ada kalanya kami terlupa nikmat allah
Subhanallah...Allah maha besar, Allah maha memberi..

Surah Ar Rahman ayat 17-23


Dialah Tuhan yang mentadbir dua timur dan tuhan yang mentadbir dua barat
Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat tuhan yang hendak kamu dustakan


Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya bertemu
Diantara keduanya ada penyekat yang memisahkannya,
masing-masing tidak melampaui sempadannya.
Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat tuhan yang engkau dustakan


Dari kedua laut itu keluar mutiara dan marjan
Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat tuhan yang kamu hendak dustakan..


Ya Allah ..
Jangan kau palingkan hatiku lagi..tetapkan hati agar aku bertaubat dan beriman pada mu Ya allah,
Terimalah taubat dan keampunan ku..
Ya Khalik..Ya Rahman..
Astagfirullahalazim...

Thursday, 21 July 2011

Biarkan...

Biarkan aku tersenyum sepanjang hari ni..
Biarkan aku terus menganyam angan-angan yang menjadi kenyataan..
Biarkan aku tenggelam dengan angan-angan dalam realiti..
Biarkan...
Biarkan....
dan
Biarkan...




Wednesday, 20 July 2011

Wordless Wednesday # 2




Aku Blogger Baru La Bang




Dah jadi rutin harian mesti nak singgah blog Mak Dara lepas tu nampak kat header atas Bangku Kosong buat segmen Aku Blogger baru La bang tergerak pulak nak join.


- Nama blogger dan Nama Blog
  Balqis Nazid
  Dari hati balQis  دري هاتي بلقيس

- Tarikh atau tahun pertama kali berblog
  Tahun 2009
  8hb Oktober 2009

- Entry paling popular
  Kami diMajalah Tiga
  (antara entry yang komen lebih dari 3 he..he..)
  Jiran (antara entry yang komen lebih dari 3 he..he..)

- Widget paling best
  World best counter

- Widget paling tak best
   Semua best tak ada yang tak best

- Dan buatlah sedikit ucapan macam baru nak kenal awek dan pakwe
   (kata tuan punya segmen he..he..)


Salam hari rabu semua blogger-blogger & tuan Blog..
Salam kenal dari balQis..
Pheeewiiitttt...!!!!!

Wordless Wednesday # 1




 



Tuesday, 19 July 2011

Buah lagi

Tetiba teringin nak makan buah cheri.
Macam tau-tau jer tekak ni teringin nak makan, senang pulak nak cari.
Sekilo Rm 79 tapi manis isinya.
Eeeeiiiii..!!! sedapnya...




Musang King

Musang King....? apa tuh..?
He..he.. durian, durian musang king.
Sejak 2 tahun ni baru perasan yang aku sangat suka dan addict dengan durian.
Kalau sebelum ni bau pun kepala dah cinoneng, sekarang  kalau tengok pun dah terliur.
Kalau boleh hari-hari nak.
Tapi..
Masalahnya perut aku tak tahan bila makan, mesti meragam.
3 bulan lepas sampai ambik injection sebab sakit tahap gaban.
Lepas tu sangat susah MH nak bagi lagi.
Baru-baru ni dapat juga makan setelah bertong-tong air liur terbuang memujuk MH.
Dengan penuh kasih sayangnya MH belikan juga duraian Musang king.
Yeayyyyy...!!!! sangat sedap hoccay..
Sebijik cuma ada 4 ulas je, isi manis + tebal, biji kecik jer..
Sekilo RM 17
Memang yummy..
Aku makan 3 ulas tapi sangat berbaloi. Dan seperti biasa malam perut meragam..
walaupun manja-manja tapi sakit.
Kenapa ek..bila makan jer sakit perut..
Manjanya perut aku ni....

Tuesday, 12 July 2011

Misai

Misai aku nampak semakin banyak pulak, lagi-lagi kalau muka tak ada bedak.
Dulu memang aku buang, sampai kawan-kawan aku ada yang panggil misai ahahhaaa...
Then aku beli krim buang bulu kat farmasi, lama nak tumbuh balik.
Tapi akhir-akhir ni macam ada baliklah pulak. Haishh.. memang halus tapi kalau tak make up nampak.
Segan pulak..Tak kan nak cukur..nanti lagi kasar kan..
Krim tu pulak lupa nama dia apa, tapi bau memang pering habis.
Kena cari apa krim untuk buang bulu cepat-cepat sebelum dia membiak lagi banyak.
Yang peliknya ketiak sehelai  bulu pun tak ada tau hi..hi..
Clean & clear jer.. semua adik beradik sama jer Clean jer ketiak..
Haisshhhh...misai..misai...

Nasib baik misai Chenta manja-manja jer, kalau macam ni pengsan ahahhaaa...

Cam nilah ghopa misai aku..halus-halus tapi nampak bila tak make up

Friday, 8 July 2011

Terkilan

Sebenarnya ni adalah kejadian hampir sebulan lepas. Tapi kalau teringat memang masih berbekas dalam hati.
Walaupun nampak remeh tapi aku rasa sangat terkilan lagi-lagi masa tu aku dengan mak mertua, adik dan anak saudara Nina.
Lokasi kejadian biarlah aku rahsiakan, tapi dalam masjid yang agak besar dan ada nama. Masjid ni juga berdekatan dengan kampung jadi emmang ramailah penduduk kampung yang bersolat dan mahu mendengar kuliah magrib sementara isya'
Kami sampai sewaktu semua jemaah dah selesai solat Magrib, sebahagian besarnya sedang menanti kuliah magrib. Dan ada beberapa orang luar yang singgah untuk solat.
Selesai berwudu' kami semua ke ruang solat wanita (hari tu aku lupa ambil beg telekung yang aku dah siap cuci)
Sampai di ruang solat, telekung yang diwakafkan untuk orang ramai dah habis dipakai dengan jemaah yang ada.
Sedehnya tak ada sorang pun yang menawarkan kami untuk meminjamkan telekung, padahal kuliah magrib tak mula lagi, dan ada antara mereka yang berbual sesama mereka. Agak lama juga kami menanti kalau-kalau ada yang nak meminjamkan telekung atau menanti jemaah yang usai bersolat.
Aku nampak keruh dimuka mak mertua aku. Mungkin kesal kerna magrib semakin suntuk.
Nina pulak asyiklah cakap.. "mak long Nina nak sembahyang ni.."
Aduh..walangnya hati dengar..dalam amsa yang sama mak mertua aku dapat telekung tanpa kain. Dia masih menunggu seminit dua kalau-kalau ada yang nak meminjamkan kain sebab memang nampak dia berdiri tertunggu-tunggu, jadi mustahil orang tak perasan kami berempat kan...
Disebabkan mak pakai stokin jadi dia turunkan kain baju kurung dia dan terus bersolat.
Sebelum berlalu mak mertua aku sempat berkata, "kalau mak ada telekung mak bagi jer pinjam bukan luak pun"
Agaknya ada beberapa jemaah yang dengar kesalan mak mertua aku terus menawarkan telekung pada aku.
Aku bagi Nina dulu sebab dia dah bosan tunggu lagipun dia solat lama sangat (nanti aku cerita kenapa lama)
Tak lama lepas tu Wawa pun dapat telekung.
Allhamdulillah kami dapat solat magrib walaupun terbit kekesalan sebelum tu.
Betul kata mak mertua aku, kalau dia ada telekung dia akan bagi jer orang lain pinjam.
Tak luak kan..tak ada yang kurangkan kalau pinjamkan kami telekung untuk solat.
Kenapa dalam rumah allah pun masih ada yang pentingkan diri sendiri. Tapi itulah realiti kehidupan.
Yang kadangkala tak terjangkau dek akal kita.
Tak payahlah nak bakhil sangat dengan harta dunia.. Yang kita nak bagi pinjam tu pun untuk kebaikan bukan untuk buat jahat.. Bukankah itu pun jariah...? dan amal Jariah kita antara 3 yang kita bawa sehingga kita dihisab nanti... Wallahualam...

Bersedekah kalau takut menjadi miskin - Norhayati Berahim

Thursday, 7 July 2011

Tahniah

Tahniah untuk kakak Ipar yang paling cool sekali..
Yusnita Juahir @ kak Mimi kerana berjaya menamatkan PHD dalam Inorganic Chemistry dengan gelaran DR Falsafah.
Alhamdulillah kami semua bangga dengan kejayaan kak Mimi.

Yusnita Juahir
Pensyarah di UPSI Tanjung Malim

3 orang dari mereka juga akan bergelar DR tak lama lagi
Alhamdulillah bijak-bijak anak saudara MH

Tuesday, 5 July 2011

Kembara Ukhwah ke Utara

Tak sampai 30 hari dari sekarang kita akan menyambut Ramadan, selepas Ramadan Syawal akan menyusul.
Sempena syawal yang akan datang nanti satu program Kembara Ukhwah ke Utara.
Program ni dirancang oleh  Novelis terkenal Puan Norhayati Berahim.
Kembara Ukhwah ke Utara 1 & Kembara Ukhwah ke Utara 2 dan juga Kembara Ukhwah ke Utara 3
Sahabat-sahabat blog saya boleh baca di link-link diatas untuk keterangan lanjut..

Sempena Ramadan dan Syawal marilah kita sama-sama memberi segaris senyuman pada anak-anak yang kurang bernasib baik..
semoga jasa baik sahabat-sahabat di rahmati Allah.
Sebarang pertanyaan boleh emailkan kepada  nbkara@yahoo.com 








Inai punya pasal

Beberapa hari yang lepas terasa gatal nak berinai..tengok pengantin pakai rasa nak pakai pulak he..he..
Tapi aku memang sellau berinai, cuma kat kuku jerlah. Kali ni nak inai ala-ala pengantin yang penuh jari tu.
Masa pergi masjid India bulan lepas ada beli 4 kotak. Saja beli lebih buat stok.
So aku pun pakailah inai ala-ala pengantin penuh jari tu. Sedehnya lepas sehari aku pakai jari-jari jadi kering.
Mengelupas macam baby salin kulit. Tepi-tepi kuku tu mengelupas. Nampak tak cantik.
Sedehnya..hu..hu..
Haishhh.. kenapalah allergic pulak kali ni ya..

Inilah ghupa inai ala-alah pengantin yang buat keadaan tension sekejap 

Lepas rendam air suam + minyak baby
sapu dengan lotion pulak.
Baby Johnson bila nak tidur, Body Shop tu bila siang.
Alhamdulillah lepas beberapa hari kulit kembali ke asal.


Monday, 4 July 2011

Happy Besday Chenta

♥ ♥ ♥ 
Chenta

Chenta Hati saya
Chomel he..he..

Angan-angan Chenta jadi kenyataan 
Alhamdulillah

Chenta dengan satu-satunya saudara lelaki dalam keluarganya

Happy Besday yang ke 35 Chenta.. Semoga allah merahmati dan memberkati kehidupan kita. Semoga allah memberikan rezeki yang banyak dan rezeki yang halal buat Chenta. Semoga allah memberikan kesihatan yang baik buat Chenta. Semoga juga Chenta menjadi anak, suami dan hamba yang Soleh dan bertemu kita di Jannah nanti Insyallah..
Happy Besday Chenta  4th July 2011 ♥ ♥ 


No paparazi please

Perjalanan kami masih jauh..doa kami seiring langkah kami 





Sunday, 3 July 2011

Dari hati

Kebelakangan ni aku selalu tak sihat, malah baru-baru ni terpaksa nebuliser 2x dalam jarak waktu yang dekat.
Nak kata aku obses dengan air batu, tak juga. MH tak berapa suka aku minum ais sangat. Peliknya kalau kat rumah aku memang susah nak minum ais, kalau kat luar selalu terbabas he..he..
nak kata makan pulut he..he.. lepas masuk spital makan tapai pulut tak ingat dulu memang dah tobat.
Tapi kenapa ya..fikir-fikir sejenak..
Untuk pengetahuan semua, keliling kawasan aku semua dah naik perumahan.
Habis semua kawasan hijau tu ditarah. Sedeh sangat.
Beberapa bulan dulu ada dibuat demontrasi secara aman tentang kawasan hijau yang di teroka untuk pembangunan ni. nampaknya tak ada kesan pun. malahan semakin galak..
Seberang highway NKWE juga rancak pembangunan perumahan. Dulu setiap kali pagi dari kawasan rumah aku ni nampak kabus kat sebelah sana tu...lagi-lagi kalau panas habuk, debu..
Rasa dah tak fresh cuaca kat sini..
Lagi sedeh kalau tengok area  kawasan Flora Damansara, Sungai Penchala sampai lepas tol LDP sebelum
sampai simpang nak ke Sungai Buluh tu.. sedehnya habis dah kawasan hijau area tu.. semua nak di majukan..
Dalam teruja memang rasa sedeh juga, sebab yang akan anak cucu kita warisi hutan batu jer..
Patutlah sekarang kalau tak sapu rumah sehari memang berhabuk..
Kalau cuaca panas sangat rasa maca  tepu tak boleh bernafas jerr..
Tak kan nak tutup tingkap 24 jam kan..? semata-mata nak elakan habuk..
Erm..ini lah pengorbanan untuk sebuah pembangunan. Mudah-mudahan anak cucu kita mengahrgai apa yang di majukan sekarang.

Dan siapalah aku yang nak menghentikan penjajahan keatas bumi hijau ini.
Cuma suara hati insan kerdil bernama aku...



21 tahun yang lepas

Tetiba terjumpa pic ni. 23 tahun yang lepas. 
Masa ni form 1, comelnya aku he...he.. 
Al-maklumlah masa ni berat aku tak sampai 30kg. Sekarang...??? jangan ditanya ekekkeee....
Ada yang masih jumpa sampai sekarang, ada yang dah kembali ke rahmatullah.
Ada yang belum khawin lagi. ada yang aku lupa namanya he..he..
Apapun pic ni sangat nostalgia. Cuma syang dah kena conteng dengan adik aku he..he..
Antara yang aku ingat 

Barisan belakang.
Mohali, Mohd Azri, Mohd Nor, mahadi, Hasrimin, Dani, Farez, Ikhwan.

Barisan tengah
Hairoha, Roslila, Ruziana, Zurina, Rafidah, Dawini, Junainah, Dewi Nor, Rosaini, Masitah & Allahyarmah Mesrimah

Barisan depan:
Nurul Azwa, Yuliana, Haromzi, Halil & Azman

Cuba teka mana satu tuan tanahnya...

Friday, 1 July 2011

Tahniah Imam Muda

Tahniah Imam Muda Hassan juara Imam Muda 2011.
Wakil dari Johor dapat nombor 2.
Tahniah juga.
Apapun kedua-duanya terbaik...kedua-duanya Juara.
Sejuk perut mak mengandungkan mereka.

Imam Muda Nazrul dari Felda Maokil, Segamat. 
Baru perasan kakak dia Junior masa sekolah dulu.
Dulu bapak dia bawak bas sekolah maokil, tahniah pakcik berjaya didik anak sampai jadi kebanggaan orang Johor