Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Tuesday 21 June 2011

Lambakan lelaki di Pahang

Nisbah bilangan jantina yang tidak seimbang di beberapa negeri, termasuk Pahang sehingga menimbulkan fenomena "Marriage squeeze" iaitu kekurangan bilangan penduduk dalam usia perkhawinan tertentu untuk dijadikan pasangan hidup.


Berasaskan Kajian Pendududk dan Keluarga Malaysia Keempat dan Penemuan Awal Banci penduduk dan Perumahan 2010 oleh Lembaga Penduduk dan pembangunan keluarga Negara (LPPKN), menunjukan bilangan lelaki terbabit lebih ramai berbanding wanita.


Laporan itu juga, menunjukan bilangan lelaki dalam usia perkhawinan, iaitu 20 hingga 34 tahun ialah 198,600 orang, lebih ramai berbanding 188,900 wanita. Manakala nisbah 113 lelaki berbanding 100 wanita pada 2010 bagi Pahang melebihi paras nasional 100 wanita.


Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata ketidakseimbangan nisbah bilangan lelaki dan wanita di Pahang jika dibiarkan akan memberi implikasidari segi persaingan lelaki untuk mendapat pasangan hidup.
"keadaan ini bukan sahaja memberi kesan kepada sektor pekerjaan, malah menjejaskan institusi kekeluargaan
pada masa akan datang" katanya selepas menyampaikan taklimat Dasar Keluarga Negara (DKN) di Wisma Negeri disini.


Beliau juga berkata, tiga punca utama dikenal pasti ialah penghijrahan keluar wanita muda dalam usia perkhawinan secara selektif menyebabkan lelaki terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan pasangan, sekaligus, menyumbang kepada isu kahwin lewat dikalangan lelaki.


Selain itu kelahiran bayi lelaki melebihi bilangan jumlah bayi perempuan iaitu 13,232 berbanding 12,279 pada tahun 2008 dan kemasukan pekerja asing turut memberi kesan nisbah satu warga asing bagi setiap rakyat tempatan dengan jumlahnya 7.5 peratus.


SUMBER BERITA HARIAN 21 Jun 2011

" Lambakan lelaki di Pahang, lepas ni mana-mana yang nak cari atau susah nak jumpa calon lelaki yang baik boleh cuba di Pahang. mana taukan jumpa calon yang baik, calon yang diimpikan.. sapa tahu kan..
Usaha tangga kejayaan he..he.. Kebarangkalian penghijrahan wanita ke luar pahang mungkin menyebabkan kurangnya wanita di Pahang. Erm..selama ni kita dengar nisbah perempuan lebih tinggi dari lelaki kan..
kali ni lelaki melebihi perempuan pulak..."

Ada yang berminat mencari jodoh lelaki Pahang..???

2 comments:

munna said...

mari2 siapa yg blm bertemu jodoh tu bolehlah cari org pahang....org pahang cucu mat kilau tau....

Balqis Nazid said...

Ha..ha,, cucu mat kilau ya... tu yang lagi mahal