Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Sunday 30 May 2010

2190 day's with U...

2190++ day's with u..
Diam-diam masa pantas bergerak jauh meninggalkan kita,
meningggalkan saat demi saat, minit demi minit dan jam yang berlalu akhirnya
menjadikan hari yang ditinggalkan dengan berbagai memori dan kenangan.

Kenangan pula sebenarnya banyak mengajar kita menjadi lebih yang terbaik
dari yang terbaik.Kenangan juga kadangakala membuatkan kita tersenyum..menangis
kecewa, marah dan sakit hati. Adakala kenangan juga menjadikan kita tersenyum tiap waktu..

Melalui kehidupan bersamamu inilah yang menjadikan senyum ini semakin
bahagia dan semakin mekar dalam taman hati. Melalui fasa yang teramat indah
hari demi hari, syukur aku pada mu ya Allah. Mengurniakan yang terbaik untuk aku,
memberikan yang terhebat untuk aku..menjodohkan aku dengan seorang lelaki
yang kaya kasih sayangnya..amin..amin..amin..

2190++ day's with u..
Terasa pantas waktu berlalu.
Kadang2 serasa baru semalam kita saling bertukar senyum &
saling bertukar pandang, rupanya..terlalu jauh kenangan semalam berlalu meninggalkan satu nostalgia
buat kita hingga tak tersedar sudah 2190++ hari berlalu.
Masih terngiang2 saat kita memohon restu dari ayah bonda agar restu yang teriring
seiring waktu menjadikan kehidupan kita bahagia dan diberkati Allah.
Masih basah ingatan ini saat dirinya melafazkan janji untuk memberikan yang terbaik untuk aku.
Masih merah kenangan semalam saat dia berjanji mengasihi dan menyayangi diri
ini hingga akhir hayat kami..
Ya allah semoga kau memberkati cinta kami hingga ke akhir hayat kami
amin..amin...

2190++ day's with U..
Masih sama seperti yang aku kenal dulu, senyumnya..tawanya..kerlingan matanya
bicaranya, dan setiap sentuhan itu penuh dengan kasih sayang.
Alhamdulillah kerana kurniaan itu aku semakin bahagia..
Cinta yang aku rasa sentiasa mekar dengan kasih sayang ini menjadikan aku
sentiasa bersyukur dengan mu Ya Allah..
Kadang2 ada yang tak mampu ku ucapkan dengan kata-kata
betapa aku terlalu menghargai dirinya..
Kurniaan ini terlalu berharga untuk seorang insan kerdil seperti aku.
Ciptaan tuhan terlalu sempuna dari kaca mata insan seperti aku.
Bahagia ini akan ku bawa ke akhir hayat..

2190++ day's with U..
HAPPY ANNIVERSARY...
doakan kebahagiaa..dan kegembiraan ini sehingga nafas terakhir kami
amin...amin...

No comments: