Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Tuesday 11 May 2010

Ke Brunei untuk seorang teman



belum-belum dah tepek pic orkid Kak Noor dulu


Tajuk macam jiwang gitew, he..he..saja nak je bagi gempak sikit.
Masa aku kat Labuan tempohari, aku ambik kesempatan ke Brunei sekali.
Kali ni aku lalu jalan laut - ferry, murah jer tambang dia dari Labuan RM 35 sehala.
dalam satu jam 1/2 sampailah kat terminal Fery serasa tu.
Ingat tak before ni ada entry pasal aku jumpa kawan FB yang dari Brunei tu Kak Nooriah,
1st time jumpa Kak Noor masa dia balik kg dia kat Kedah bulan 12 tahun lepas.
Alhamdulillah kali ni aku dapat jejakan kaki ke rumah kak Noor di Brunei, rasa macam mimpi pun ada
tapi rasa macam menyusahkan dia pun ada juga..
jauh...jauh sangat dari Sg Liang, Belait tu nak ambik aku kat Terminal ferry Serasa, Begawan.
perjalanan darat dalam 1 jam 1/2. Rasa bersalah pun ada..ya lah Hj Naim suami Kak Noor sampai ambil cuti separuh hari sebab nak ambik aku dari Terminal tu..
Kalau ikut backpackers punya stail aku nak jer naik bas..rasa susah sikitlah tapi pengalaman baru apa salahnya kan..

Kali ni aku ke Brunei Mr Hubby aku tak ikut, dia busy ngan kerja kat Labuan so aku ke Brunei
sorang2 lah. Rasa seronok pun ada travel sorang2 ni coz aku kena lebih alert dengan persekitaran..
macam masa naik flight sorang2 dari KL- Labuan tu..hu..hu..biasa ikut jer Mr Hubby.
Memang tak ambik port lansung, tiket kapal pun malas nak pegang semua bulat2 kat Mr Hubby tapi bila kena naik flight sendiri he..he..setiap pengumuman tu semua aku kena dengar dengan teliti..
pastu lebih alert dengan persekitaran..wahahaaaa...takut tersalah nek kapal kang nayo den...

Seronoklah jumpa kawan FB yang baik macam Kak Noor ni, Alhamdulillah semua keluarga Kak Noor
baik sangat, anak2 Kak Noor cantik2 + bijak2, masa aku datang cuma ada 3 jer anak dia kat rumah.
Yang 2 lagi masih menuntut kat UK, tapi before ni dah pernah jumpa yang 2 org tu..erm..memang cantik2 anak2 Kak Noor & Hj Naim ni..eh..Nabil pun hensem tau he..he..

Bermalam semalam di rumah Kak Noor buat aku jatuh sayang dengan keluarga ni,
Aku yakin sesapa yang datang rumah ni memang akan jatuh sayang dengan keluarga ni,
bukan sebab rumah besar dan mewah tu tapi sebab layanan pada tetamu yang datang,
tak peliklah kalau rumah ni sentiasa dikunjungi tetamu..lagipun setiap tetamu yang datang kan bawak rahmat pada tuan rumah...

banyak yang kami bualkan..
..
he..he.. Orkid lagi...

Macam2 yang kami sembangkan dengan Kak Noor, pengalaman hidup kami hampir serupa.
Kisah kesusahan kami semasa usia remaja menjadikan bahan cerita sebelum mengecapi apa yang kami dapat sekarang...
"Alhamdulillah kan Kak Noor..sekarang Allah dah melimpahkan kita dengan rezeki yang tak terhingga...bezanya akak dah jadi seorang ibu pada 5 cahayamata, yang bijak dan sempurna.
Saya masih menanti...Insyaallah ada rezeki nanti kan Kak..???" bercerita kisah silam memang rasa tak percaya dengan apa yang kami perolehi sekarang..Ya Allah terima kasih atas kurniaan mu yang tak terhingga ini amin..amin..

With HJ Naim & Hajah Nooriah Family

satu2nya waris Hj Naim - Nabil

Didi yang bijak

Nabila yang cute

Erm..sedapnya Kak Noor masak, sampai ketat perut dibuatnya. Bertambah2 pulak tu he..he..cukup tak malu..dapat tengok orkid2 kak Noor, wahh...cantik2nya geram betulah tengok..kalau dekat sure dah bertunas2 minta benih orkid ni...
paling tak boleh lupa "cream puff" & "chicken butter milk" perghhh..!! terasa2 kat tekak ni
siap minta resepi lagi, tapi 2-2 lom cuba pun. Yang dah cuba piza resepi Kak Noor simple tapi sedap.
Resepi ni dapat masa tgk Kak Noor masak kat dapur, simpan kat otak balik try...eh..eh..semua org kata sedaplah...ahahahaaa..thanks ya kak...tak minta izin pun alih2 menerai jer resepi akak kan...

Ni cream puff air tangan kak Noor
sebab dibuat dengan penuh kasih sayang maka kuih ni terasa amat sedap sekali

Ada rezeki memang nak datang rumah Kak Noor lagi..
kali ni nak lama2 sikit he..he..tapi bukanlah sampai seminggu kang Kak Noor bosan plak tgk..
he..he..so taklah bosan kalau ikut Mr Hubby aku ker Labuan lagi lenkali kan.....


On the way to Terminal fery Serasa

HJ Naim & Hajah Nooriah


Terminal ferry Serasa, Brunei Darussalam

Rasa sedeh sangat masa nak balik ke Labuan balik..kalau lah tau datang awal2 boleh lelama sikit...
"eh kak Noor boleh ke dok lelama ni..." he..he..
Sampai aku balik semenanjung masih terasa2 rindunya..sapa sangka ya dari sahabat FB jadi saudara pula...
terima kasih ya Kak Noor, terima kasih bebanyak..terima kasih juga sebab menyumbangkan sumbangan untuk anak2 di RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH - PUCHONG semoga Allah memberikan lebih banyak rezeki pad akak sekeluarga amin...amin....



No comments: