Actually ni masa cuti sekolah haritu, MH ada job kat JB.
Dari Khamis sampai selasa next weeknya. Sabtu Ahad tu standby.
Kot-kot ada terlajak kerja ker..
Disebabkan isnin selasa tu kerja kat JB lagi so Sabtu ahad tak balik KL.
Penat wooo..!!! ulang alik. Minyak tol memang tak kisah sebab claime
tapi tenaga tu nak claime kat mana kak jahh..???
Lagipun time ni aku bawak Adib balik kampung..
Macam roti canai budak ni kena uli..lepas sorang, sorang lagi dok gomol budak ni.
So derang tak bagi aku balik awal-awal ha..ha..
Aku pun tak ikut MH ke JB dok rumah mak aku kat Segamat Nun.
Petang sabtu aku plan nak bawak Adib gi Klinik, kesian dia selsema tak baik-baik.
Nak bawak gi klinik Yong Peng, Dr Mokhtar.
sampai Yong peng adik aku call ajak makan kat senibung ngidam gitu katanya..
ha..ha..dia ni ngidam sepanjang tahun.
Terus shoot ke JB, Adib pun aku bawak gi klinik kat Taman Sri Bahagia jer.
Senibung...
Erm..oklah tapi not my tastelah..tak tau ngape..
Masa dok JB dulu-dulu pun sangat-sangat jarang ke Senibung ni.
Harga dia agak mencekik compare ngan tempat lain. Maybe Singaporean banyak fevret sini kot.
Dah macam pasar malam dah kat sini macam-macam orang niaga sepanjang jalan tu.
Jom tengok apa kita orang order
Semua pic MH ngan Adib ni sangat-sangat meruntun perasaan
Bagusnya Adib ni tak pernah mengamuk-mengamuk kalau penat.
Bagi susu tepuk-tepuk tidurlah dia
Yang tak beberapa biji ni RM 3 hoccay
Ketam nipah ada yang panggil ketam bangkang
Siakap sweet sour, ikan jer yang panas, kuah sweet sour dah sejuk beku buat sekali banyak kot
Watermelon juice
sweet sour yang tak best lansung
Cereal prawn, tak rasa pun tengok minyak berlinang-linang
Tuan tanah yang open table haritu
Ma kasih je lerrrr...
Rasanya....bolehlah ha..ha...Kukup still the best hoccay..
Sebab Tuan Tanah nilah kita orang berkampung kat JB malam tu
tanpa prepare apa-apa
Lala masak lada kering, wow..!!! memang terangkat
Tak malu ngaku saya makan banyak hi..hi..
Kalau datang lagi pun order ni jer kut
Malam tu lepas makan si Zali Ipar aku sibuk baju dia kena percikan sambal ketam. Malu nak nek bus balik Singapore katanya. Rombongan kita pun ke pasar Borong Pandan sebab si Zali ni sibuk nak beli baju kununnya...Last-last semua sakan dalam tu cuci mata, tengok-tengok dah dekat kul 1 pagi.
Tau apa jadi..?? ha..ha..semua check in kat Hotel Pandan City tu.
RM 110 untuk satu bilik, ambik 2 bilik. Cantik & besar bilik dia. Bilik air dia cantik sangat & besar.
Tak sempat nak snap-snap gambar bery2 aku abis batery.
Nasib baik dalam kereta we all memang ada satu beg yang ada macam-macam kot-kot kita orang terpegi memana. Cuma pencuci muka tak ada warghhhh...!!!! dah lah muka aku sensitif kalau tak dibersihkan sebelum tidur.
Ha..ha..naseb baik bini si Zali beli boleh share together-gether jer.
Malam tu pulak aku pakai lens tak pakai spec, dah lah tak bawak casing & pencucinya..
Pusing-pusing pandan cari tak jumpa kedai cermin mata. Naseb baik dah nak expired aku burnkan jer.
Baju, susu & botol-botol Adib sentiasa bawak kalau gi memana. Susu memang banyak stock so tak ada masalah.
Masalahnya aku dah penat tahap gaban, masuk jer bilik terus bum..bum...
Gitu ler ceciternya ha...ha..