Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Friday, 27 January 2012

Family Day

Macam yang saya katakan haritu Chinese New Year tahun ni keluarga MH buat FAMILY DAY.
Selalunya Family day ni dibuat ditempat-tempat tertentu seperti Cameron Highland, Pantai Remis atau Melaka.
Kali ni semua berpakat untuk buat Family Day ni di kampung Sungai Leman Sekinchan sahaja.
So lepas MH sampai dari Labuan kami terus balik ke Kampung.
Banyak acara disusun untuk dewasa dan kanak-kanak.
Bermula dengan solat magrib secara berjemaah anak cucu, adik beradik bapak (bapa mertua) &
jiran-jiran terdekat. Selepas magrib, diadakan sedikit tahlil dan doa selamat serta bacaan yassin.
Selepas Isya' diadakan acara ringkas perasmian Family Day dan Jamuan makan.

Keesokan harinya diadakan sukaneka untuk dewasa dan kanak-kanak.
Selain anak-anak sedara MH, anak-anak jiran tetangga turut serta. Meriah...
Rasa macam zaman sekolah dalam sukan tahunan ha..ha..
Ada rumah merah, rumah biru dan rumah hijau.
Banyak hadiah yang disediakan. Betul-betul terasa sukaneka zaman sekolah-sekolah dulu..
Selain hadiah yang memang disediakan, setiap Family kena sediakan hadiah bawah RM 5 untuk suka-suka.

Antara sukaneka yang diadakan..
Hatiku kau curi
Lintas lansung dari F1 Sepang
(ha..ha.. yang ni kelakar gila, sepatutnya gunakan pelepah upih, tapi kami gunakan pelepah kelapa..sian derang sakit montot, ada yang main ngelat wakakakkaa....)
Hang Tuah hang Jebat,
Bowling padang (saya cuma dapat jatuhkan 2 pin jer )
Yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing..
(ha..ha..semua dah berat tak adanya nak jinjing-jinjing...)
Masukan jarum & buat ketupat (pasangan)

Erm...banyak lagilah terutamanya untuk kanak-kanak.. Saya paling suka masa teka lagu untuk kanak-kanak tu. Omak aiiii...!! lagu yang tak beberapa saat tu tangkas jer derang jawap.
Bukan lagu-lagu terkini tu, semua lagu kartun. Yang kartun saya tak pernah dengar pun ada..
Setiap lagu yang dapat dijawap ada soalan sampingan...
Ha..ha...tak terfikir saya Detactive Conan ada nama lain...

Lunch tengahari Nasi ayam, semua makanan masa Family day kami order Catering jer kecuali BBQ dan serapan pagi. Tak ada nak penat-penat kat dapur sebab semua sibuk nak berpesta ekekekeee...

Kami (saya & MH) kena balik KL awal..so tak dapatlah nak menjoinkan diri masa BBQ,
MH ada job kat JB, so petang tu balik KL, tukar beg, siap-siap terus ke JB.

Seronok..tahun depan harap-harap umur kami semua panjang boleh join lagi dan berkumpul lagi.
Agak-agak masa tu kami dah bertiga ke belum ek...?????

Ini antara gambar-gambar masa Family Day..sebenarnya banyak sangat gambar dari beberapa camera.
tapi yang ini dari Bery merah saya he..he..

Selamat datang...

Majlis dimulakan dengan solat berjemaah magrib & isya
Bacaan yasin dan tahlil ringkas

Ustaz Solihan Imam kami pada hari itu

Dari kiri, kak Long, MIL, pak Salleh (adik bapak), FIL & Imam Solehan

Ini Uniform kami tahun ni, weeeee...!!! suka sangat design dia

Masa ni cuma anak-anak sedara jer

Masing-masing tengah tunggu acara seterusnya
Macam zaman sekolah dulu kan... sukan antara rumah-rumah

Rumah merah, biru & hijau
Biru juara keseluruhan

Yang ni untuk dewasa
saya dapat untuk bowling padang

Rumah Hijau

Rumah biru

kami bersukaneka pada hari tu

















Saturday, 21 January 2012

Ajek Hassan

1st time dengar dia menyanyi macam dia penyanyi lagu asal ni.
Sedapnya  suara dia..
suka dengan semua lagu-lagu yang Ajek Hassan ni bawa..

Hello versi Ajek hassan

Saya sanagt minat dengan group Teachers Pet,
Tapi bila Ajek Hassn bawa lagu ni, memang awesome...


Harvey Malaiholo

Jerat..
Suka sangat lagu ni...terbuai-buai rasa..
lagu lama juga yang melekat dalam jiwa saya
Ohh..klasiknya jiwa saya..
Saya rindu chenta hati saya.. :(


Happy Chinese New Year

Happy Chinese New Year. Cuti Panjang..
This year CNY we all tak kemana-mana. Ada Family day kat belah my Hubby.
Lagipun MH lately ni busy sesangat. Esok baru dia balik dari Labuan.
Saya tak ikut. Tiket Flight tak ada ok..
Biasa MH naik MAS, sebab tiket sold out dia naik AA jer..
oklah kan sampai juga..ha..ha..
OH..rindunya dengan Labuan..Tetiba jer..sila abaikan..
Mesti ramai yang ambik kesempatan balik kampung, holiday,
buat lawatan sambil belajar...eh ada ke..ha..ha..
Apapun, sila berhati-hati di jalan raya ok..
Cek kereta, tayar...kalau belum service, service dulu sebelum lenjan ratus-ratus KM tu.
Kalau yang Holiday obersea, jaga pasport, wallet & barang-barang berharga ok.

Jom serbu rumah kawan-kawan kita.
Agak-agak layak tak dapat angpow lagi
ha..ha...

Tahun ni tahun Naga 
Dikaitkan dengan kekuatan, kesihatan, harmoni dan tuah.
Kononnya bula meletakan patung naga diatas pintu atau bumbung dapat mengusir iblis dan puaka.
Dalam budaya cina tahun naga paling digemari bagi mereka untuk melahirkan anak..
Tahun naga  dikatakan paling serasi dengan mereka yang lahir dari tahun, tikus, monyet ular dan ayam






ikus, Monyet, Ular, Ayam

Sup gear box

Last week we all kat JB, MH ada job kat sana.
Tekak dah lama nak makan sup gear box kat Taman Seri Bahagia tu.
Dulu masa duduk JB boleh kata selalulah juga beli.
MH tak nak makan kat kedai kalau gear box ni. malu kot ha..ha..
Tapi kali ni we all makan juga kat kedai ni. Tapi sambal belacan power dia tu dah abis lah.
Yang ada sambal kicap yang di blender dengan air then baru tambah kicap.
Ohh..!! tragisnya sambal kicap tu ekekeee....
Kalau ada sambal belacan dia lagi nyum..nyum..
Kedai dia, kalau lalu depan Plaza Angsana tu, ikut Jalan Tampoi lama.
Sampai kawasan Taman Seri Bahagia tu ada Shell sebelah kanan,
Sebelah kiri ada gerai banyak-banyak..haa..!! situlah sup gearbox power ni.
Kedai No 2 ya..

Semangkuk ada dalam 3 atau 4 tulang tak silap

Ha..ha.. MH tak makan isi dia so sayalah yang menyedut hingga ke titisan terakhir tu ha..ha..


Garrett

Saya boleh dikategorikan pecinta pop-corn. Kalau makan pop-corn ingat arwah atuk yang selalu
belikan pop-corn bila pasar lambak kat pekan Senggarang tu. Itu lah jajan paling murah masa tu.
Tak silap saya 3 bungkus RM 1 jer.
Bila semakin besar saya masih tak boleh tinggalkan suka dan cinta pada pop-corn ni.
Kalau tengok wayang pop-corn ni macam dah jadi wajib pulak beli.
Kalau kenyang mcamana pun kotak kecik tu mesti nak beli.

Garrett,
Salah satu pop-corn yang sangat..sangat..sangat...dan sangat..saya suka.
Caramel Crisp yang paling saya suka. Sedap sangat ha..ha.. terasa kat tekak ni.
Tapi haritu Caramel Crisp ni dah habis
Hampeh lepas que panjang-panjang 
saya try Cheese Corn, kalau yang suka cheese mesti kata sedap, tapi pada saya biasa jer lah..
Eh..! tapi si Adib bukan main suka yang Cheese corn ni, bila dia rasa jer dia
kata.."sedapnya ma..." ha..ha..
Punyalah sedap agaknya saya nak pun dia tak bagi..alahai anak..anak..


Kalau beli kat KLCC  memang kena que panjang, tapi 1 Utama pun dah ada.
Dekat dengan rumah, tak payah jauh-jauh ke KLCC yeayyy..!!!

Trust me, sapa yang dah rasa sekali memang jadi macam ketagih..
Oh...Garrett come to mama sayang...ha..ha..
Click Garrett

Yang ni sebungkus RM 16

Caramel Crisp

No Paparazi please..!!!
Model Garrett 2012 yang malu-malu nak menunjukan dirinya ahaksss...






Yang salai-salai jer

Daging masak salai + pucuk ubi, nyum..nyum..pedas-pedas sampai berasap memang sedap.
Tempat favorite saya beli adging salai ni kat Kuala Pilah. Ada satu kedai tu memang sedap.
Wangi jer daging dia. Selain daging itik, keli & ayam kampung salai pun ada.

Daging, itik, ayam kampung & keli salai

Daging sekilo RM 35, boleh beli setengah kilo atau kurang

Ikan keli salai  4 ekor RM 6 
Nyum..Nyum..

Itik ni sekor RM 40 

Inilah gerai yang saya selalu singgah, banyak-banyak kedai saya rasa kedai 
ni power sangat ha..ha..

Dah nak expired


Semalam belek-belek pasport, lah next year 15 Jan 2013 dah expired ghupanya.
So boleh pakai sampai bulan 6 ni jer.. Diam tak diam dah 5 tahun. 
Sekejapnya rasa. macam baru semalam buat kat Pekan Rabu tu.

Mujur ler, plan semua awal dari tu, kalau tak haisshh...
Nak buat kat mana ek nanti, kata orang kat Shah Alam cepat ek.
Ke..kena datang pepagi buta lepas subuh dah que hi..hi..

Nak buat 5 tahun terus senang, sebab kalau buat yang 2 tahun tu rugi..
boleh guna setahun 4 bulan jer.. 6 bulan sebelum pasport mati jangan ngada-ngada nak gi obersea ek..
Tak boleh, kang kena tahan dengan kastam jangan menangis tak berlagu udah ek...

Friday, 13 January 2012

Satey Wak Radol

2 tempat jer yang saya rasa dia memang sedap. Satu kat Satey Station Ampang tu & satu lagi Satey Wak Radol ni. Memang sedap sangat.
Semalam we all dinner kat Wak Radol, makan satey jer. Saya sebab pukul 4 dah makan nasi & wedges
kenyang lagi tu yang makan satey jer, MH pun makan satey jer. Tak mau nasi katanya.
We all pergi branch Taman kemas tu, order 30 cucuk. Ha..ha.. yang makan banyak MH lah sebab dia memang lapar, saya makan manja-manja jer sebab kenyang lagi. Tapi rasa satey dia semalam sedapnya.
Makin sedap pulak. Tak rugilah kalau pergi Satey Wak Radol ni.
Kalau sapa-sapa yang ke JB boleh try satey Wak Radol ni, ada 2 branch (kalau ada lebih tak taulah)
Satu kat Jalan Denai Kempas, dari tepi Highway ke Pasir Gudang tu nampak, satu lagi kat jalan Siantan Taman Kemas ni. Saya lebih suka yang kat Taman kemas sebab lebih santai & cool.
Selain satey ada beberapa menu kat sini, dulu-dulu saya suka sangat nasi ayam goreng & mee rebus dia. Antara menu yang toplah selain satey.


Satey daging dia lembut tak liat, cukup segala rempah, berasa kat lidah ni



Kuah dia memang mantop
Jom satey Wak Radol



Thursday, 12 January 2012

Kunang-kunang

Kalau tanya saya nak datang lagi tak, saya akan jawap jujur tak.
Tak tahulah samada tekak saya yang kata tak sedap atau memang betul-betul tak sedap.
Tempat cantik walaupun tangan saya dok menampo nyamuk jer,
Harga dah dekat sama TGI Friday walaupun rasa dia so-so jer.
Best lagi Ayeem Burger kat Paya Jaras tu kalau setakat nak makan steak kedai biasa.
Actually nak makan lain, rupanya tak ada so orderlah yang ada..

Cantik tempat dia & romantik sikitlah
walaupun bising tepi jalan ha..ha..

RM 8 dengan sepotong roti yang saya dah ngap
Rasa dia, MH kata so berminyak, saya kata bolehlah..

Opsss...tak tau napa gambar blur semua malam tu, bery melajuk macam saya yang
melajuk dengan si Kunang-kunang ni kot

Grilled sirloin steak RM 30
Rasanya..??
Tekak saya kalau boleh geleng-geleng manjang
Ayeem burger grilled lamb chop dihidangkan dalam hot plate.
So memang panas berasap

Cajun chicken chop MH yang order RM 18
Brown sos dia saya MH tak boleh telan.
Habis pun terpaksa kot


Kalau mahal sedap tak apa, berbaloi. Tapi kalau tak sedap rasa rugi bayar 
Tapi terpulanglah kat diri masing-masing. Ini cuma pandangan peribadi saya jer..

Click Kunang-kunang untuk info selanjutnya




Ketam Kukup

Ni masa Dec yang lepas juga. Masa MH kerja kat Pontian. Port biasa kat Kukup tu.
Order butter crab, tapi tukang masak dia cuti hari tu, try salted egg crab.
1st time try resepi ni, wallah... tak ku sangka sedap tahap gaban ha..ha..
Waktu buat entry ni sangat-sangat terliur, tak tahan betul godaan salted egg crab ni.

Menu untuk ketam kat sini

portion ni kalau yang suka udang memang tak cukup.
Ceral shrimp yang saya rasa kat sini jer paling sedap

Sweet sour crab
Tak pernah miss kalau datang sini

Salted egg crab yang mengancam gilosss...

Wallah.. tekak saya dah gatal mau ini barang uwaaaaa..!!!!!

Actually Adib nak buat peace tapi jadi three pulak

licin tinggal cengekerang jer.
Memang superb

Nampak biasa jer, sekali dah rasa...
Omak aiiii..!!! napa sedap sangat ni ha..ha..


Frim & Sunway Piramid

Adik-adik yang pergi dengan MH sehari lepas ke Fraser Hill tu.
Saya tak pergi sebab kesian Adib, takut dia penat.
Lagipun MH dengan budak-budak pergi awal. Tak sampai hati nak kejut si Adib.
Malam tu sampai pukul 11. Takut dia tak cukup rest.

Macam biasalah kalau ke Frim, naik canopy walk & air terjun.
bayar hutang semalam yang tak dapat berkubang dalam air terjun ha..ha..
Wawa terkejut sebab rumah dengan Frim kurang 30 minit jer.
mesti dia ingat KL dah tak ada tempat-tempat macam ni kan..

Serius saya memang tersangat geli dengan binatang yang banyak kaki.
Dengan yang ini paling geli. Mau sekampung dengar kalau saya menjerit ha..ha..

Wawa memang berani.
Kalau saya jangan harap nak duduk dekat-dekat, tengok gambar ni pun dah geli geliman lagi
nak datang dekat 

Banyak pokok-pokok lama kat Frim

Sebelum naik ke canopy walk

Nana

Rehat sekejap, katanya si Wawa nak terberry masa ni,
berpeluh MH nak carikan toilet ha..ha..

Ha..ha.. Nana cepat jer pancit

Bangun-bangun tido dia cari kakak-kakak dia kat bilik tak ada...
kehulu ke hilir dia panggil Nanan & Wawa
last-last dia merajuk sebab kena tinggal.. ni baru tersenyum ha..ha..

Seperti Entry sebelum ni, gambar pun banyak terdelet harap maklum ha..ha..

Lepas dari Frim bersambung acara kat Sunway, nak main ice skate pulak. memang ler derang suka 
main ice skate, last pergi main ice skate sampai malam derang pulun.
Kalau derang jatuh tu comel jer lah kalau macam saya jatuh..huk..huk..
memang hilang comel. Saya tak pernah cuba. 
Tak minat kot.. lagipun saya memang tak pandai main roller blade, lagi nak main ice skate..
takut jatuhnya jer lebih...
gambar seperti dimaklumkan banyak terdelete...Sekian ha..ha,,

Kalau stokin & sarung tangan sendiri RM 18, kalau semua tak ada RM 37
Derang awal-awal dah bawak sendiri dari rumah

Pagi tadi pergi FRIM kena tinggal, sampai Sunway tup-tup kakak masuk tak keluar
mana tak muncung muka tu..
sesi pujuk Adib comel jer bila merajuk si Adib ni

Meronta-ronta nak kakak kakak dia,
tak pernah dia moody tau, kali ni merajuk betul sian Adib

Lepas tutup untuk awam pukul 8 malam,
ada personal kelas untuk yang nak belajar hoki ice atau ice skating

Gigih kakak-kakak pujuk

Ni masa dia nampak kakak-kakak pergi tinggalkan dia.
Dia tanya.. "ma mana wawa..mana nana..?" terus nangis alahai...

Sedeh sangat sebab kena tinggal