Sorry aku tak sambut dan tak pernah sambut Valentine ni, dah tau sejak dulu-dulu Valentine ni mengenang
Saint Valentine yang dikebumikan di Via Flaminia, sekitar tahun 269 Masihi.
Kita yang tak tahu apa-apa ni pun sibuk sama nak sambut Valentine tanpa tahu apa sejarahnya,
Perkataan valentine dia ambil sempena nama seorang paderi kristian pada zaman pemerintah Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliu telah menumpaskan kerajaan Islam di Cardova sepanyol
pada 14 Febuari tahun 270 Masihi sangatt bermakna bagi ratu Isabella, hinggan dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Itulah kenapa 14 Febuari disambut setiap tahun oleh rakyat Cardova.
Malangnya ritual yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kita sebagai umat Islam sedikit-demi sedikit terserap dalam jiwa kita mahupun anak-anak muda sekarang.
Erm...sebenarnya dah banyak kali di war-warkan Valentine itu haram, ada yang tak mengendahkan dan ada pulak yang mempertikaikan kenapa dia haram.
Kalau tahu sejarah awal Valentine sure kita-kita tahu kenapa ia diharamkan...
Tak perlu Valentine juga kita boleh berkasih sayang, bahkan berkasih sayang dalam hubungan suami isteri sangat-sangat di tuntut oleh islam..
Rasulullah s.a.w bersabda: apabila seorang suami memandang kepada isterinya dan isterinya memandang kepadanya, maka Allah akan memandang mereka dengan kasih sayang. Lalu bila suami memegang-megang tapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka akan berguguran melalui jari jemari mereka.
(Hadith Shahih)
So tepuk dada tanya selera kan..????
No comments:
Post a Comment