Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Sunday 27 February 2011

Happy Anniversary ke 34

Hari ni genap 34 tahun sejarah Desa Temu Jodoh.  Sebelum ni aku pernah buat entry pasal
Desa Temu Jodoh  Baca Sini . Pagi tadi buka-buka Metro ada pulak cerita pasal Desa Temu Jodoh ni.
Metro Ahad  ramai yang sedia maklum akan sejarah DesaTtemu Jodoh ni.

Perkhawinan serentak seramai 24 pasang yang ditanggung sepenuhnya sepenuhnya kerajaan Negeri Johor
dan Menteri Besar pada masa itu Allahyarham Tan Sri Osman saat sebagai pengelola majlis berkenaan.

Mengikut cerita mak memang sangat-sangat meriah, ramai orang surat khabar dan reporter yang datang
buat liputan majlis ni. Ada rancangan khas kat TV lagi masa tu.
Berhari-hari jugalah cerita majlis ni keluar di Surat khabar & majalah.
mak andam yang make upkan mak masa tu Mak Inom, mak kepada allahyarham Yasmin Ahmad pengarah terkenal tu, dan salah seorang yang jadi pengapit pengantin masa ni Anita Rafar, kakak pelakun Linda Rafar.

Diam tak diam dah 34 tahun dah majlis bersejarah tu ditinggalkan. Ramai antara mereka yang dah pun jadi
Datuk/nenenk termasuk mak dan ayah aku. dan umur aku dah semakin tua he..he..

Kepada semua 24 pasangan tu, aku doakan semoga berkekalan hingga ke hujung nyawa. Diberikan kesihatan yang baik, dilimpahkan rezeki yang halal dan diberkati allah, dan semoga kita semua di rahmati allah..
amin..amin....

Encik Sharkawi & Puan saminah
34 tahun yang lepas


2 comments:

munna said...

happy anniversary buat mak dan ayah Balqis...

Unknown said...

salam balqis, boleh tak u contact saya sebab saya nak buat story kampung desa temu jodoh dalam majalah 3 sempena cuti sekolah akan datang. email saya roslan7717@gmail.com