Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Monday, 28 February 2011

Demam..demam..



Last week masa my MH ke JB aku demam. Aku tak ikut MH ke JB kali ni. Lagipun cuma 2 hari jer.
Tengah tak sihat ni malas nak mengikut.
Aku kalau demam + selsema ni teruk sampai berdarah-darah hidung tapi tak lama lah dalam 4, 5 hari jer baik.
Cuma kali ni sebab semput tu yang teruk sikit.

Bosan kan bila tak sihat, nak buat apa pun tak larat. Semalam paksa juga diri keluar,
punyalah panas sampai mata non stop berair macam menangis pulak.
Hari ni rasa segar sikit, batuk pun dah kurang, selsema dah tinggal sisa jer..
tekak pun dah sedap sikit, dah plan nak masak apa petang ni.

Nasib baik aku demam lepas hantar Adib, kalau ada dia kesian dia kalau menjangkit kan.
Tapi Adib kalau demam tido jer, tak banyak ragam lansung

Mudah-mudahan kita semua diberikan kesihatan yang baik dan dirahmati allah
amin...amin....

Sunday, 27 February 2011

Happy Anniversary ke 34

Hari ni genap 34 tahun sejarah Desa Temu Jodoh.  Sebelum ni aku pernah buat entry pasal
Desa Temu Jodoh  Baca Sini . Pagi tadi buka-buka Metro ada pulak cerita pasal Desa Temu Jodoh ni.
Metro Ahad  ramai yang sedia maklum akan sejarah DesaTtemu Jodoh ni.

Perkhawinan serentak seramai 24 pasang yang ditanggung sepenuhnya sepenuhnya kerajaan Negeri Johor
dan Menteri Besar pada masa itu Allahyarham Tan Sri Osman saat sebagai pengelola majlis berkenaan.

Mengikut cerita mak memang sangat-sangat meriah, ramai orang surat khabar dan reporter yang datang
buat liputan majlis ni. Ada rancangan khas kat TV lagi masa tu.
Berhari-hari jugalah cerita majlis ni keluar di Surat khabar & majalah.
mak andam yang make upkan mak masa tu Mak Inom, mak kepada allahyarham Yasmin Ahmad pengarah terkenal tu, dan salah seorang yang jadi pengapit pengantin masa ni Anita Rafar, kakak pelakun Linda Rafar.

Diam tak diam dah 34 tahun dah majlis bersejarah tu ditinggalkan. Ramai antara mereka yang dah pun jadi
Datuk/nenenk termasuk mak dan ayah aku. dan umur aku dah semakin tua he..he..

Kepada semua 24 pasangan tu, aku doakan semoga berkekalan hingga ke hujung nyawa. Diberikan kesihatan yang baik, dilimpahkan rezeki yang halal dan diberkati allah, dan semoga kita semua di rahmati allah..
amin..amin....

Encik Sharkawi & Puan saminah
34 tahun yang lepas


Friday, 25 February 2011

Laluan baru MRT Lembah Klang

Dua minggu lepas aku ke hari terbuka MRT di Mid Valley.
Nak tengok kot-kot masuk ke kawasan rumah  baru kami nanti.
Erm..malangnya tak tersenarai pun kawasan tu, feeder bus pun tak ada.
Bermula dari Sungai Buluh dan stesyen terakhir di Kajang.

Kesan dari pembangunan ni hartanah di Sungai Buluh akan mengelembung dengan pesat
dimasa akan datang,
Untunglah sesapa yang ada rumah/tanah di Sungai Buluh ni.
Harap-harap jugalah tempiasnya kena kat area rumah akan datang aku tu nanti.
Lagi sipi jer nak dekat area stesyen Sungai Buluh ni.
Kalau nilai hartanah meningkat..
Ohh..untungnya kami semua...
 sampai telinga lebar senyum bila buat valuation hartanah nanti



Peta perjalanan MRT


Oil, gas & energy itu buat MH tersenyum lebar he..he..

Tawaduknya laki bini ni ek....












Wednesday, 23 February 2011

Menjahitlah pulak

Semalam MH suruh aku alter Coverall dia yang satu lagi tu coz esok & lusa nak masuk site.
Biasa hanta jer kedai, kali ni suh aku yang alter. He..he..selalu tengok aku menjahit kot.
Tu yang suruh aku jer yang alter coverall tu.

Alter nak bagi pendek

He..he..siap buat garisan, sebab bukan PRO, kalau tak senget-senget nanti

Klasik mesin ni, walaupun pakai motor, hadiah dari ayah

Hasilnya
(nasib baik buat garisan kalau tak mau singkat sebelah)


Orait..esok boleh masuk site ek..

Sangat-sangat berjasa walaupun lama, langsir, sarung bantal, sarung tilam bujang, 
alter telekung, baju & macam-macamlah jasanya.
Thanks Encik Mesin, sangat-sangat berjasa. Lepas ayah service semakin sedap menjahit dan semakin cantik jahitannya.







Tempe oh tempe

Tempe...
Suka makan tempe..??
Orang kata kalau yang makan tempe ni orang jawa jer..ya kerr...
Tak semestinya kan...
Orang Jepun antara yang sangat-sangat meminati tempe ni.
Buktinya,
Di Jepun terdapat banyak buku menceritakan tentang khasiat tempe.
Antara yang terkenal adalah "The book of  tempa"
ditulis oleh William Shurtleft dan Akiko Aoujaga. Buku ni lengkap dengan pengisian dan ilustrasi yang menarik tentang pembuatan dan manfaat tempe.

Oh...sebelum ni memang aku tak makan tempe. Sebab..????
Tak taulah napa ek tekak aku ni macam susah nak terima. kalau ada tempe dalam dalam campuran makanan
aku sanggup ketepikan. Tapi akhir-akhir ni tergerak nak makan tempe.
Sedapker...bolehlah biasa-biasa jer cuma aku nak makan sebab khasiat dia banyak.
Bagus kalau masukan dalam piramid makanan kita.
Buat masa sekarang aku cuma boleh makan yang di goreng jer...
Bertahun-tahun khawin ni 1st time beli dan goreng tempe..

Tempe yang siap digoreng

Cicah sambal kicap so yummy




Tuesday, 22 February 2011

Lempeng cicah sambal bilis

Dulu-dulu Nenek aku suka betul buat lempeng, sebab cucu dia yang comot ni suka
sangat makan cicah gula + sambal tumis.
Dah gula + sambal tumis lagi ek...
Yang pasti sedap gila...masa dulu-dulu aku tak allergic kopi lagi, pepagi kalau dapat sarap lempeng ngan kopi
dah maha dasyat sedapnya...
Almaklumlah duk kampung ngan Nenek mana ada kedai nak beli jajan, ada pun jauh.
Jadi apa Nenek masak tu lah jajan aku.

Sabtu tergerak nak buat lempeng, kebetulan sambal bilis dah ada. He..he..
sangat-sangat jarang sabtu dapur
aku berasap ya...Sedaplah + air teh strawberi ni.
Terimbau plak kenangan dengan Arwah atuk dulu.
Sama sarap sama cerita zaman dia muda-muda...

Lempeng + sambal bilis

Monday, 21 February 2011

Dari hati

Yang ada waktu ini cuma kenangan, kerinduan dan kesakitan..
Sakit rindu yang tak pernah padam. Pilunya melalui detik-detik rindu ini.
Kalau bisa ku untalkan ke satu daerah paling jauh atau aku benamkan didasar hati, pasti telah aku lakukan..
Menikmati rindu yang tiada hujungnya itu sakit sekali..
Ini mungkin rahmat dari mu Ya Rahman...
Mahu mengukur sejauh mana kesabaran ku kiranya...???

Chinta hatiku..
Kiranya kau tahu betapa aku inginkan kekasih yang menemani
sepi dan kegembiraan kita, pasti kau akan memberi seperti pemberianmu tanpa batasnya..
Pasti juga kau akan korbankan kehendakmu sedikit demi impianku..
Impian aku akan memberi syafaat kepada kita kelak,
Insyallah...

Ya Kudus..sujud syukur padamu atas kurniaan dia sebagai chinta hatiku.
Terhebat, terbaik, tercinta, terindah...dan tak akan terungkap dengan kata-kata...
Cuma..aku memerlukan kekasih hati untuk kita..
Kekasih hati untuk kita..
Untuk kita..
Ya..untuk kita...





Saturday, 19 February 2011

Makassar backpacker

Rabu lepas ada geng dari Makassar datang ke rumah, 2 tu transit sementara flight nak ke Jepun next daynya.
3 lagi tu memang nak ke Kuala Lumpur & Singapore.


Geng dari Makassar backpackers

Jimmy

Jimmy & Syam

Ha..ha.. Syam mana satu pilihan hati...???

Yang ini mungkin ...

Setelah muntah berkali-kali sebab tunggu kak Maz tak sampai-sampai
Flight pukul 2 ptg, pukul 11 kak maz tak sampai lagi nak hantar gi LCCT 

Gegirl ke Singapore, yang lelaki ke Jepun..
Selamat jalan semua..

Thanks for kopi yang enak banget...

Ni lah kak Maz yang buat Syam muntah berkali-kali wakakkaaa...
Rocccckkkkk..!!!!!
walaupun anak dah layak kawin ha..ha...
Cool kak cool...











Friday, 18 February 2011

Cendol

Hari tu malam-malam teringin giler nak makan cendol, dah kul 11 malam mana nak cari ek.
Ngegada sungguh tekak ni nak cendol memalam ek..
Erm..ni masa balik  Chaah, pekena cendol kat Pekan. Moh ler.. kita kesana ek..

lagi manis lagi sedap
he..he..

My sis & Yana

Masa sekolah lagi uncle ni dah berniaga
Lama woooo..!!

Klasik...

nyum..nyum...








Thursday, 17 February 2011

Anak & Finas

Last week ke Finas tengok screening filem pendek "ANAK"
yang menang 1st award Golden Halo, script International Film Festival 2011, di Kerala India baru-baru ni.

Tahniah kepada Adza Irdawati & martias Hj Ali, yang menghasilkan karya yang cukup hebat.
Isu tentang pemanasan global yang dipejuangkan disampaikan dengan cara mudah dan padat dalam tempoh cuma 12 minit. Tak puas rasanya, ingin menonton lagi dan lagi..
Sekali lagi tahniah..
Keratan di harian Metro ANAK

Lepas dari screening tu, ada makan-makan untuk pelakon-pelakon yang menjayakan filem ni dan juga group
backpackers, lama rasanya tak hang out cam ni...

Poster Filem "ANAK"

Bersama MR & MRS Martias

Lagi....

With Adza Isabella

makan time Bistro AU 

Zul dengan skandal ropol-ropolnya wahahahaa...

Gossippp.....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Sesekali bersosial dengan kawan-kawan memang best he..he..












Wednesday, 16 February 2011

Big Plate

Sedap sangat...tu jer yang boleh aku kata ha..ha..
(sure orang ingat aku kuat makan ni....)
makanan kat sini memang semua sedap-sedap, cuma persekitaran dia agak kurang memuaskan.
Harga dia pun ok kalau nak dibandingkan dengan Bumbu Bali tu,
Bumbu bali 2 orang makan mau dekat RM 100
Mahal ke murah ker janji sedap dan berbaloi ye tak..??

Barli panas  saya yang punya he..he..

Kambing Banting tak silap nama menu ni..
rasanya...yummy..

Dari side atas pulak he..he..

MH punya order tak ingat apa nama dia...


Big Plate
No. 27, Jalan Alfa F U6/F
Pusat Perdagangan Subang Permai
Shah Alam


Tuesday, 15 February 2011

Salam Mauludir Rasul 1432 Hijrah






Salam Mauludir Rasul 12 Rabiul Awal
1432 Hijrah kepada semua muslimin dan musliman.
Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw.
Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awal tahun gajah 
bersamaan 23 April 571M.

Dalam surah al-Ahzab Allah SWT berfirman yang bermaksud:
 Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SWT); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.(al-Ahzab: 56)
Dalam ayat ini Allah SWT menjelaskan bahawa berterusan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Juga bermaksud kedudukan baginda serta kenikmatan yang diperoleh baginda sama ada di dalam alam barzakh mahupun di dalam syurga adalah sentiasa bertambah dan lebih mulia berbanding dengan Nabi-nabi yang lain.







Monday, 14 February 2011

Sorry no Valentine please....

Sorry aku tak sambut dan tak pernah sambut Valentine ni, dah tau sejak dulu-dulu Valentine ni mengenang
Saint Valentine yang dikebumikan di Via Flaminia, sekitar tahun 269 Masihi. 
Kita yang tak tahu apa-apa ni pun sibuk sama nak sambut Valentine tanpa tahu apa sejarahnya, 

Perkataan  valentine dia ambil sempena nama seorang paderi kristian pada zaman pemerintah  Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliu telah menumpaskan kerajaan Islam di Cardova sepanyol 
pada 14 Febuari tahun 270 Masihi sangatt bermakna bagi ratu Isabella, hinggan dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Itulah kenapa 14 Febuari disambut setiap tahun oleh rakyat Cardova.

Malangnya ritual yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kita sebagai umat Islam sedikit-demi sedikit terserap dalam jiwa kita mahupun anak-anak muda sekarang.
Erm...sebenarnya dah banyak kali di war-warkan Valentine itu haram, ada yang tak mengendahkan dan ada pulak yang mempertikaikan kenapa dia haram. 
Kalau tahu sejarah awal Valentine sure kita-kita tahu kenapa ia diharamkan...

Tak perlu Valentine juga kita boleh berkasih sayang, bahkan berkasih sayang dalam hubungan suami isteri sangat-sangat di tuntut oleh islam..


Rasulullah s.a.w bersabda: apabila seorang suami memandang kepada isterinya dan isterinya memandang kepadanya, maka Allah akan memandang mereka dengan kasih sayang. Lalu bila suami memegang-megang tapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka akan berguguran melalui jari jemari mereka.
(Hadith Shahih)



So tepuk dada tanya selera kan..????

Sunday, 13 February 2011

Bumbu Bali

Bumbu Bali di No 18 & 18-1, Jalan Persiaran Puteri 1, Bandar Puteri, 47100 Puchong.


Bumbu Bali

Tak ingat apa air ni tapi Mh panggil air serai
rasanya..??? sedap sangat.

Serai, daun pudina & Limau kasturi

Sebatang serai tu boleh dapat satu masakan ahakss..

Apple splash..
Ada rasa pudina, mantap

Yang ni MH yang punya

Satu-satu order boleh makan 2 orang, MH tolong licinkan my food, dia punya
tak habis tapau..ha..ha...