Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Friday, 3 December 2010

Dari rumah orang kawen ke Hot Spring

Last wekend sabtu ke Cameron Highland  Ahad pulak ke Tanjung Malim. Rumah sepupu Mr Hubby.
Nak hantar dia bertandang ke rumah pengantin perempuan di Trolak, Perak.
Aku memang suka gi majlis orang kawen ni. Apapun masakannya rasa sedap jer nasi orang kawen ngan air sirap ni. Kebetulan cuaca memang panas melampau.
Kena pulak kari ikan talang, sambal belacan, rojak buah.
Fuhh..!!! memang terangkatlah..
Sedap betul masakannya.. Si Nina sampai request nak minta tambah lauk hi..hi...
sedapkan Nina.
Terima kasih ya Tuan rumah masakannya penuh kasih sayang sebab tu sedap sangat.

Kali ni bawak  Adib berjalan jauh sikit. Biasa kat area KL jer.
Actually masa balik dari Cameron Highland tu dah plan dalam hati nak bawak adik-adik ngan Nina ke
Hot Spring kat Sungkai tu. Tapi cuma dalam kepala jer lah tak tercakap plak ngan Mr Hubby.
So tak terpesan kat budak-budak ni bawak baju extra nak mandi manda.
 Ha..ha..penyudahnya aku kena balik sebab tak pesan kat budak-budak bawak baju.
Info pasal Hot Spring ni boleh rujuk kat sini ya Hot Spring Sungai Klah

Boleh bayangkan tak aku ngan baju kurung masuk Hot Spring, eh..bukan aku jer tau..
Adik-adik, akak ipar aku pun sama hi..hi..Nina jer lah yang tak berbaju kurung.
Mujurlah Mr Hubby aku tak paksa dia pakai baju melayu pagi tu.
Biasanya kalau hantra pengantin dia memang suka berbaju melayu
Kalau tak...he..he...
So sebelum ke Sungkai tu cari kedai gi beli baju basahan mandi budak-budak dulu.
Luar dalam beli.. isk...apasalah aku tak tergerak nak sound budak-budak bawak baju ek...

Ni pengantin yang diraikan
Yang lelaki sepupu Mr Hubby - Abang Amin
Semoga bahagia ke akhir hayat

Muhammad Adib pakai baju melayu hari tu
Cutenya anak Auntie ni

Cari-cari baju yang sepasang ngan Adib tak ada pulak..
Baju ni beli bulan lepas
Cute kan..???

Tengok rombongan cik kiah ni
manis-manis berbaju kurung hi..hi..

Rambut si Nina dah cam mak lampir dah

Adib dah bogel dah..
Panas masa lalu kat open sauna tu

Rasa tak tergamak nak makan..
napa..???
erkkk.....

Rasanya sehari suntuk tahan depa ni

First time..so excited walaupun memula nampak takut-takut

Hot Spring Sungai Klah, Sungkai

Nina..suka yekk..!!!

Next time nak datang lagi. Nak berendam
hari tu tak dapat join depa..

1 comment:

MULAN said...

wallaaa... seronok nya..