Dah beberapa kali December tak dapat mencoteng muka orang.
Masa kat JB dulu kalau December memang busy. Masa nilah banyak kilang-kilang, opis-opis dan yang sewaktu dengannya nak buat Dinner. Masa ni lah rezeki aku masyuk.
Alhamdulillah. Seawal November lagi dah ramai yang booking nak aku make up kan derang.
Kadang-kadang sehari sampai 7 orang, kalau make up jer oklah. Tapi kalau kena buat rambut
sekali memang nak patah pinggang. Tapi bila dengar derang suka ngan hasil aku hilang penat weh...
Actually aku memang ada kemahiran bab menconteng muka orang dengan seninya & buat rambut sekali.
cuma kalau dah make up ramai sangat dalam sehari memang hilang mood nak buat rambut. Last-last aku suh dia gi jer salon set rambut kat sana..he..he.. nak-nak kalau yang nak sanggul bagai.
Pergh...rewel wooo...!!!
Ada sekali tu, sorang customer aku yang nak gi "date" minta aku make up & set kan rambut. Dia nak aku curly kan rambut dia. Tapi tak nak permanent nak temporary jer..Suka sangat cutomer tu ha..ha..
3 perkara yang aku suka tengok kat perempuan bila aku keluar.
Pertama kasut dia.. (ha..ha..tak abis-abis ngan kasut ek..)
Kedua rambut dia..lately ni aku admire dengan perempuan rambut pendek.
Teringat Sofea Jane masa dia acting "Cinta Kita" tu, Cute sangat aku rasa masa tu.
Ketiga Make up dia, sekarang ni dah semakin ramai yang make up simple.
Taklah cam mak jarah, mata jalan dulu .
Sebab..??? ya lah kalau dah tengah-tengah hari buta baju biru mata pun nak tenyeh biru
Ya allah. Kadang-kadang nak gelak pun ada. Dulu cikgu aku selalu ingatkan 2 perkara jangan jalan dulu.
Mata dengan bibir. he..he..ada lagi ker orang pakai gincu merah menyala ni, jalan kat shopping complex.
Rasa dah tak ada kecuali ada event-event yang kena glamour, & Dinner sesuailah kan.
Aku bukan lah pakar sangat dalam bab ni, setakat pengalama sejemput tu jer. Aku cuba praktikan apa yang aku belajar dulu sikit-sikit selebihnya belajar melalui pemerhatian.
Lepas tu kena selalu praktikan. Walaupun aku dah malas nak make up lately ni.
Tak tak tau napa. Nak-nak lagi nak menenyeh maskara memang dah malas.
Kang kalau berenti solat kat mana-mana susah nak bersihkan. kena angkut semua benda malas dah..
Tapi sesekali tu make up jugalah..cuma dah tak sekerap dulu.
December kali ni dah 3x aku tinggalkan kerjaya ni. Bukan tak nak buat lagi tapi makin lama rasa cam nak pencen ha..ha.. Tahun lepas ada sorang customer tu dia 3 beradik call aku dari JB beria-ia minta aku makeupkan dia nak tunang. Bukan tak nak. Tapi aku takut janji-janji tak terbuat. Almaklumlah PA Mr Hubby kan ha..ha..Ada masa rindu dengan kerenah customer ni. Ya lah tak semua orang tu kalau kita make up kan menyerah muka bulat-bulat. Ada yang komplen juga, kata gincu kurang merah lah...
mata nak sama dengan warna baju...pas tu kalau kita buat soket dia nak smokey. Erm..mencabar tau kalau dapat customer cam ni. Tak boleh nak salahkan customer 100% gak. May ber dah gaya make up dia cam tu selama ni. So dia rasa tu lah yang terbaik. Bila kita buat lain sikit mula-mula memang dia nampak panic.
Tapi bila dia tengok hasilnya, sampai telinga senyumnya...
Kalau ada duit lebih bolehlah masuk "grooming Class" nanti dia ajarlah cara nak berfesyen & make up yang sesuai ngan kita. Tak semua fesyen & make up tu sesuai dengan kita. Ada yang nampak pelik walau kita rasa cantik dan anggun. Ada juga warna-warna yang buat kita nampak kusam tak naik aura.
Cuma kita jer yang tak perasan.
Erm..apa-apapun..aku tetap rindukan semua customer-customer aku dulu.
Yang selalu buat facial pun aku rindu gak tau. He..he..
December kali ni aku terus semakin melupakan bidang ni.
No comments:
Post a Comment