Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Wednesday, 27 October 2010

My new TISSOT ehem...ehem..

Dapat masa sebelum raya haritu.
Thanks to my Dear Nazid.
Hadiah raya katanya...
Maknanya hadiah besday lain lah ek....
Tweeet....ahahhaaa....

Thanks Dear...

I love it so much...





Tuesday, 26 October 2010

Because u are so dear..





Lagu cute ni ringtone HP aku sekian lama..
rasa cute sangat..comel..jer kan..
Tau dari Nina..sebab dia sangat-sangat-sangat sukakan lagu ni..
masa tu umur dia 2 tahun...bila debgar dia nyanyi
mak long pun teruja sama...
Love u sangat Nina...

Kemaruk ais

Akhir-akhir ni asyik nak minum ais jer tekak ni..Kalau sebelum ni minum air sejuk dalam esbok tu.
Buat sirap ker, buat rebena ker..tapi tak ler nak letak ais. Semenjak dua menjak ni..
aduhai..kalau buat rebena tu nak juga letak seketul dua ais. Nak-nak lagi tengahari.
Panas-panas pulak tu eeiii..!!!tak boleh control lansung. Kalau minum kat luar pun sama.
Sebelum ni boleh kontrol lagi..kalau pagi dalam kul 10 tu order lah teh o panas..pas tu kalau kuar malam milo o tarik kerr..tak pun teh o suam. La ni..kalau kuar kul 10 mesti nak teh o ais...
Huk..huk..camna nak buang habit ni ek. Hubby bising kalau asyik ais jer..kadang-kadang dia bagi aku order & minum dulu, pas abis baru dia tanya, napa ais..???? ha..ha...sengeh jer ler..tak pun kata "dahaga sangatlah"
Kalau hubby yang order kan air memang tak dan nak minum ais ni.
Memanglah tak elok kan asyik ais jerr....Bangun pagi badan rasa nyilu-nyilu jerkan..
perut pun senang jer nak membuncit. Ake jeles tengok adik aku nih..dah ada anak..tapi perut leper gila..
dia memang sangat-sangat jarang minum ais. Kalau minum pun air sejuk dari esbok tu jer..
Tu pun sesekali..katanya badan dia sakit-sakit bangun tido kalau minum ais banyak.
Uish..lagilah aku kan yang hampir 24 jam ni dok dalam econ..minum ais plak...
mana tak nyilu-nyilu jer badan ni kan..???
kena ubah ni suka ke tak suka..
Bila..???tunggu cuaca sejuk kot...
huk..huk..

Sampai berbotol-botol air sejuk dalam esbox mana tak tergoda kan..???

Ni lagu satu sangat-sangat fevret..
tengok pun terliur..
(pic Google dari tenet. Credit tuk tuan tanah)

Monday, 25 October 2010

Monday as a wife..


Jangan ingat korang jer tau monday blues. Housewife (HW) pun ada monday blues tau.
Kalau korang monday ni cam malas-malas jer nak buat kerja kat opis tu,
HW pun sama tau. Kalau monday ni cam malas jer nak mulakan kerja-kerja kat umah ni.
Moday blues uolls ha..ha..
Tau jer lah kan dah 2 hari dok berkepit jer ngan Hubby, tetiba monday sorang balik huk..huk..
bohsan tahap gaban tak da kawan nak sembang-sembang pepagi..kawan bekfes, kawan lunch, kawan merajuk, kawan jenjalan, kawan shopping he..he..segala-galanyalah.
Bila Monday sorang balik, weh...rasa nak dok kocek Hubby jer ikut dia gi keja boleh gitewww....
Monday biasa busy, lambat buka lappy, banyak keja nak buat, Coz sabtu Ahad aku cuti dari segala-galanya
Cuti mengemas, cuti mendobi, cuti mengosok baju,  cuti melipat, cuti masak (kadang-kadang jer masak wekend) sebab apa..??? sebab..sabtu ahad full time ngan chenta hatiku itu. Tak akan ada job-job HW untuk 2 hari ni yee...

Tapi sebelum Jumaat tu make sure dah settle lah semua keja sebelum nak berjimba hore-hore sabtu ahad tu nokss..jangan ko berjimba hore-hore tapi rumah cam kapal karam..tuh hampeh namanya..
Selalunya Isnin memang buat segala-galanyalah...dari mengemop, menyapu pastu vakum lagi, mendobi, buang semua abuk yang melekat 2 hari tu, menyental tandas, kemas dapur pendek kata Isnin memang buat segalanya lah. Ada orang tanya kat aku...umah aku ni nak kemas apa lagi..hari-hari memang nampak tip top..
Ye ker..??? ma kasih atas puji-pujian tu ya...tapi tu mungkin mata orang, mata aku ni lain sikit, sejak dok umah sepenuh masa ni sehelai rambut pun aku nampak, seebiji habuk pun nak kutip ha..ha..

Teringat mak aku kata dulu, umah kalau kecik buruk pun tak apa, janji kemas & bersih.
Mungkin sikap mak turun kat aku, sebab masa aku kecik-kecik aku selalu merungut sebab kena kemaskan meja belajar hari-hari, tak boleh sepah-sepah, kalau balik sekolah rendah dulu tak letak botol air dalam sink memang kena. Sekarang bila aku balik kampung adik-adik dah tau perangai aku..
Nak-nak sink..memang cam pantang jer sink ada pinggan kotor walaupun sebiji cawan..iskk..tak sukalah.
Bila rumah bersih rasa kewl jer kan..??

Ceta pasal monday blues ni tadi, erm...hari ni rasa bagus jer mood taklah blues sangat huk..huk..
Tido awal kot malam tadi. sao bangun pun freshhhh jer mood pun ok jer..
So siap awal sesangat hari ni punya job...tinggal pk nak masak apa tuk petang ni..

So korang jangan blues-blues sangat hari ni, malam tadi sebelum korang tido ke set kot mind korang pagi ni ada date paling best sekali, tido awal, bangun-bangun senyum dulu jangan terus fikir malas...memang malatop monday korang tau hari ni....yeayyyy...!!!!

Sunday, 24 October 2010

Dengan Nina..

Bulan lepas masa kat JB we all plan nak mengecat bilik-bilik kat umah JB tuh. Lepas penyewa keluar dulu memang tak sempat nak cat bilik-bilik yang agak comot tu. Maybe masa penyewa angkat barang-barang masa pindah dulu kot..tu yang banyak calar balar dindingnya..
Balik JB kali ni memang plan nak cat semua bilik..

He..he..aku ada pembantu tau, sibuk lah sangat nak tolong aku mengecat.
Biarlah dia rasa camna mengecat tu, kang budak ni lagi kita tak bagi
lagilah nak menyibuk kan....tapi taulah nama pun budak..
buat pun ala-ala jerlah..suka hati nak cat lagu mana..
bila rambut dia yang panjang dah kena cat baru dia berenti. Takut rambut kena potong
ha..ha...tapi dia cermat buat kerja..suka plak aku bagi dia pengalaman baru..


Bancuh dulu

Yang comel ni tangan Nina

Bagi Nina line tepi-tepi dulu

Sampai berpeluh-peluh si Nina mengecat
tapi tang tu jugak..

Lepas rambut kena cat terus tak mo cat lagi..
takut rambutnya kena potong...
(pic ni dia ambik sendiri..ha..ha..tak boleh angkat seh..)

Ni petang sebelum projek mengecat he..he..

dari hati balQis

Memaafkan memang mudah, semudah melafazkan.
Tapi untuk melupakan sangat-sangat sukar.
Mungkin aku kena lebih memujuk hati yang sangat mudah memaafkan tapi
sangat-sangat sukar untuk melupakan..kenapa...????
aku tak punya jawapan untuk itu..
Kerna aku cuma manusia biasa..aku bukan malaikat.
Dan...
Kekhilafan itu wujud dalam diri aku...


"FORGIVE...AND DONT FORGET TO FORGET"

Bisakah...??????

Friday, 22 October 2010

Homestay

Ada sesapa yang berminat nak bercuti di Homestay..??
Manalah tau sesekali nak rasa suasana kampung. Nak tengok sawah padi, nak rasa jadi orang kampung.
Nak makan, makanan kampung, Nak rasa berkubang kat bendang, nak tengok matahari tebenam dari laut bila senja..
Dengar pun cam terujakan..??? camtulah aku dulu sangat-sangat teruja bila dapat tengok sawah depan mata. Selalu tengok jer dalam TV tak pun tengok gambar jer..kali ni dapat tengok depan mata.
Cantiknya...nak-nak bila sawah tengah hijau..rasa kagum betul lah masa ni..
Walaupun dah 10 tahun rasa teruja tengok sawah tiap kali balik kampung Mertua tetap tak hilang.
He..he...Mr Hubby pernah tanya bila nak bosan tengok sawah...
Tak ada jawapan untuk soalan itu he..he...

Semua maklumat tentang Homestay di Sekincan,Selangor ada dalam link dibawah ni..
Jom cuti-cuti Malaysia

Homestay Papitusulem

Wednesday, 20 October 2010

Adib

Tadi petang ambik Adib, hari ni dia tak dema & selsema...
so sangat-sangat aktif.
Dah pandai ajak kita cakap-cakap...pandai cakap tak nak kalau kita buat benda yang dia tak suka.
Dah tumbuh gigi satu..comel sangat-sangat.
Paling-paling geram pandai dah kenakan kita balik.
Ishh...geram sungguh..rasa nak geget jer..
Beberapa hari ni riuhlah suara kami berlumb-lumba cakap..
he..he...

Thursday, 14 October 2010

Janganlah aibkan si mati

Banyak betul gambar pasal excident haritu, lagi-lagi kat laman sesawang "muka buku" tu.
Yang tengok pun syokkk...jer tag sana, tag sini, lepas tu sebarkan lagi. Tak nafikan aku pun tengok gambar-gambar tu, tapi sekadar tengok. Sebenarnya ada baik dan buruknya bila kita tengok gambar-gambar ni.
Secara tak lansung ia akan memberi peringatan pada kita betapa perlunya berhati-hati di jalan raya. Disebabkan kelalaian kita banyak nyawa yang melayang..
Sedehkan... bila dengar si emak yang mengandungkan si anak 9 bulan 10 hari tiba-tiba hilang sekelip mata dengan cara tragis macam ni,  keluarga yang hilang ketua keluarga yang selama ni menyara seluruh keluarga,
paling sedeh sepatutnya esok salah seorang mangsa bakal menerima segulung Ijazah. Tentu si emak terasa sangat-sangat kehilangan kan...????

Erm..bila tengok gambar-gambar sedeh sesangat. Ada yang sangat-sangat mengaibkan, kesiannya si mati.
Tentu rohnya menangiskan bila tengok gambarnya tersebar dalam keadaan yanng mengaibkan..
Yang paling tak best bila ada komen-komen nakal...erm..janganlah komen macam-macam...kesian pulak pada keluarga si mati kalau terbaca komen-komen tu..

Ada satu komen yang aku baca tu menyalahkan pemandu kereta yang mengakibatkan kesesakan jalan yang sangat teruk pada hari kejadian.  Kalau merujuk komen tu gambar menunjukan dari arah selatan ke utara, katanya inilah skap pemandu Malaysia yang menjadi punca kesesakan semakin teruk. Banyak kenderaan yang memperlahankan kenderaan semata-mata untuk melihat kejadian. Katanya kalau semua kenderaan meneruskan perjalanan tanpa menghiraukan kejadian tentu kesesakan tidak berlaku....
Biar aku terangkan ya...sebab aku salah seorang dari  mangsa yang terlibat dalam kesesakan yang maha dasyat tu ..Beberapa kilometer sebelum dan selepas tempat kejadian banyak ambulance, JPA, Bomba, polis dan Plus memberhentikan kenderaan disekitar kejadian. Disebabkan ambulance dari arah selatan maka mereka terpaksa meletakan kenderaan di bahu-bahu jalan dan di laluan lorong kanan lebuhraya.
Bayangkan masa ni jer ada 12 buah ambulance, tentu kiri kanan lebuhraya terhad laluannya.
Jadi pemandu yang melalui kawasan tersebut memang terpaksa memperlahankan kenderaan masing-masing. Bukan sebab semuanya nak tengok kemalangan tu. Tak nafikan memang ada juga yang ambik kesempatan nak tengok, tapi mereka berhenti di bahu jalan..sepanjang bahu jalan beberapa kilometer memang banyak kenderaan yang berhenti. So tak semualah orang Malaysia ni mempunyai sikap negatif kan.
Apapun semuanya bergantung pada sikap kita.

So, tentang penyebaran gambar-gambar tu pun terpulanglah pada pemikiran kita. Cuma tempatkan kita di tempat keluarga mangsa itu sendiri, suka atau tak kalau ia terjadi pada kita.
Kesedihan hilang yang tersayang semakin tercalar dek ketaksuban orang lain...fikir fikirkan lah....

Al-Fatihah sekali lagi buat semua mangsa...
semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman amin..amin...

Monday, 11 October 2010

Al- Fatihah & Takziah

Takziah pada mangsa korban dalam tragedi kemalangan maut bas ekspres di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, malam tadi. Alfatihah juga pada semua mangsa yang beragama islam.

Sebenarnya aku adalah ribuan yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas masa kemalangan tu berlaku.
Masa ni aku dalam perjalanan dari Johor Bahru - Kuala Lumpur. Dalam pukul 7-30 lebih kurang 20km dari tempat kejadian kesesakan dah pun berlaku dan lebih kurang 30 minit selepas kejadian kemalangan berlaku. Ingat masa ni kesesakan biasa jer..sebab memang banyak kenderaan semalam dari 2-2 arah. Lepas setengah jam rasa kesesakan ni lain macam jer. Sebab dari arah Kuala Lumpur - Johor Bahru tak ada satu pun kenderaan yang lalu, masa ni suasana macam senyap jer..ada pun sesekali bunyi motor. Tergerak hati nak call PLUS 1800 88 0000. Pihak PLUS bagitahu ada kemalangan jiwa di KM 223 yang terlibat 2 bus 1 van dan 3 kereta yang di beritahu pihak PLUS,  katanya kemalangan tu mengorbankan banyak nyawa.
Pihak PLUS minta kami bersabar, katanya kesesakan dari Kuala Lumpur  - Johor Bahru lebih teruk berbanding dari Johor Bahru  - Kuala Lumpur. Ya Allah..tu jer yang terucap. Dalam masa tak sampai satu jam 13 ambulance dari arah Johor - Kuala Lumpur.

Yang menyakitkan hati masa ni sikap pengguna yang sangat-sangat mementingkan diri sendiri.
Sikap pemandu yang sangat biadap pada aku menyusahkan pihak lain. Bayangkan masa ambulance nak ke tempat kejadian dari arah Johor Bahru - Kuala Lumpur menggunakan lorong kecemasan tersekat beberapa kali dek sikap buruk pemandu yang menggunakan laluan tersebut untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Kononnya bila mereka menggunakan laluan tersebut laluan lancar berbanding kesesakan 3 lorong yang sangat teruk. Sampaikan pihak ambulance meminta pengguna tidak melalui lorong tersebut.
Malangnya selepas semua ambulance berlalu lorong tersebut kembali dipenuhi dengan pemandu-pemandu yang pada aku sangat-sangat biadap. Bukan menyusahkan pihak ambulance jer, tapi bomba, JPA, dan pihak PLUs sendiri.
Begitupun masih ada pemandu yang bertanggungjawap. Ada satu treller besar yang duduk ditengah2 lorong kecemasan ni menghalang kenderaan lain menggunakan laluan ni, jadi bila ada siren ambulance atau bomba treller ni akan halakan kepalanya ke arah kanan, untuk memberi ruang pada ambulance atau bomba menuju ke tempat kejadian. Emm..tak pahamlah tengok atittude orang Malaysia ni. Susah sangat ker nak bersabar.
Sikap kurang sabar ni jugalah menyusahkan orang lain..
Alhamdulillah..jem macamana sekalipun Mr Hubby tak akan sesekali ambik lalauan kecemasan atau potong que sesuka hati, suka ke tak suka bila dah terlibat dengan kesesakan ni reda jerlah, kalau ada exit boleh exit tapi bukanlah gunakan laluan kecemasan macam orang kurang akal sampai  menyusahkan pihak lain ni.. Tolonglah..pada semua pemandu-pemandu, kalau rasa nak cepat orang lain pun nak cepat juga, kalau rasa bosan dengan kesesakan orang lain pun bosan sama juga..
tapi janganlah sampai menyusahkan orang lain ya.

2 Jam untuk 20km, memang sesak, sampai kat tempat kejadian suasana seperti pesta, ramai yang berenti di bahu jalan, tak tahulah samada melihat, membantu atau menyibuk. Tapi suasana memang agak tegang & kecoh. Kebetulan kami di lorong pertama jadi jelas apa yang aku nampak sebab laluan sangat perlahan, aku nampak kereta yang terlibat dalam kemalangan tu dah kemek, bus yang menghempap kereta, tapi kereta yang dibawah bus tu aku tak nampak. Ya Allah..menggigil kepala lutut aku. Tak putus-putus aku baca
al fatihah. Mr Hubby tak bagi aku tengok takut terperanjat katanya. Sedehnya.. masa ni aku rasa ramai melayu  yang terlibat, sebab kat kawasan tu ramai sangat orang yang berkopiah, bertudung dalam keadaan cemas. Dalam hati aku cuma berdoa semoga tak ramai yang maut. Subhanallah...

Lepas dari kawasan kemalangan, arah Kuala Lumpur ke Johor lebih sesak keadaannya..ribuan kenderaan yang ada mematikan lampu dan enjin kereta. Masing-masing keluar dari kereta, berborak sesama sendiri mungkin untuk menghilangkan kebosanan. Ada yang memanjat treller dan mengambil gambar kesesakan yang sangat-sangat luar biasa. Tiba-tiba aku nampak seorang ayah tengah mendukung anaknya yang lebih kurang 6, 7 bulan tengah menangis dan hanya memakai pampers. Kesiannya yang mana ada anak-anak kecik atau orang tua dalam kesesakan ni..Macamana ya kalau yanga da anak-anak kecik ni nak ke tandas ker..lapar ker..sakit ker.. Masa kesesakan ni arah Kuala Lumpur - Johor Bahru gelap jer..bila semua kenderaan matikan enjin.

Pihak PLUS membuka jalan di laluan bertentangan untuk kenderaan membuat pusingan dek kesesakan yang sangat-sangat luar biasa ni. Selepas tol Linggi pihak polis mengarahkan semua kenderaan berpatah balik atau melalui jalan alternatif lain untuk ke destinasi mereka bagi mengelakan kesesakan bertambah teruk.

Alhamdulillah kami sampai  rumah lebih kurang jam 11 malam. Tapi apa yang aku nampak tadi memang susah nak lupakan. Kaki aku amsih menggigil. Sedeh...kesian...takut semua ada..
Masa lepas kawasan kejadian tu dengar berita di radio kemalangan ni melibatkan 12 yang maut setakat berita tu di keudarakan. Masyallah...
Malam tadi aku betul-betul rasa nak demam, sedehnya..bila ingat keluarga yang terlibat ni kehilangan orang-orang yang disayang. Mungkin ini pertama kali berlaku depan mata, selalunya tengok dalam berita jer. Apapun ajal maut tu ketentuan tuhan. cara bagaimana kita diambil nyawanya dan bila hanya allah yang mengetahui..
Berhati-hati juga pada semua pemandu-pemandu dijalan raya, sikap kurang sabar dan tergesa tu akan membuat semua pihak susah. Apapun Ingatlah orang tersayang.

Al fatihah pada semua mangsa. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..
amin...

(aku tak ambik gambar sebab sangat-sangat tak sampai hati)

Thursday, 7 October 2010

susah tidur

Alhamdulillh.. sampai Jb tadi kul 11 malam. Biasa travell camni jarang aku terlelap.
Tapi tadi baru masuk tol Sungai Besi aku dah ngantuk tahap gaban.terlelap lah sekejap..tau-tau sampai RNR Seremban dah.
Sebabnya....??? malam tadi aku tak boleh tidurlah, tak tau napa. Dekat kul 6 pagi baru terlelap, tu pun 6.30 dah bangun..nak sambung tdur balik pas Mr Hubby gi kerja tak boleh plak..
Tak tau napa ntah tak boleh tido malam tadi. Macam-macam dah buat bagi mata ngantuk..
Biasanya kalau baca jauh-jauh malam ni matga cepat layu..ni tak dah habis atu metro aku baca tak jalan gak, baca magazine pun tak jalan gak..nak kata tidur siang..erm..aku memang tak tidur siang. Sebab takut malam tak boleh tidur, tu yang tak mo tidur siang. Biasanya masuk tidur kul 12 paling lewat pun 12.30.
Hari ni pun sama,  rasa susah nak tidur. Tadi Mr Hubby siap kata sebelim dia tidur,
jangan tidur jauh malam..dia tak nak aku tak boleh tidur cam semalam..tapi bila dia dah zzzzzzzz..aku masih tak boleh tidur gak..

napa ek...???
apa ek aku fikir 2,3 hari ni...????
masaalah...??? rasanya tak ada..
erm..tak taulah napa ek..
isk...!!! mata kelat, tapi still tak boleh tidur..
Semakin tua ker aku ni..sampai susah nak tidur ni..???
ha..ha..memang tua pun dah 3 series kan..ha...ha..
trylah lelap kan mata...
orait..selamat malam guys....

Wednesday, 6 October 2010

Bukan salah aku...!!!!!

Tak sampai 24 jam entry pasal aku berjanji tak nak beli kasut sampai May 2011 tu dah terbatal dah...
Ahhahaaa..dah habaq dah..yang tekanan nak beli kasut lepas berjanji tu lagi kuat...
Eh..jap..jap..bukan salah aku hoccay..aku masih setia dengan janji tuh...
Actually cetanya gini.. ( macam tegakan benang yang dah basah & nak putus plak ek...huk..huk..)
Semalam petang we all ke 1 utama, memang kesana nak cari somting.
tetiba kasut merah yang aku nampak 2 minggu lepas betul depan mata ni..alahai...tergodanya..
kasut tu cantik sesangat, lagi-lagi kalau masuk kat kaki aku ni huk..huk..
memang cantik..2 minggu lepas sebab dah ikrar janji tak nak beli kasut aku pun kental kan ler semangat ni..
Tapi petang semalam since dari rumah memang sesangat teruja nak dapatkan kasut tu..tapi camna ek nak cakap...
Sampai-sampai 1utama, aku pun ajak ler Mr hubby yang chomel iteww..masuk kedai yang aku budget nak kasut Merah ni, he..he..tak da teori-teori terus praktikal...tau tak apa jadi....
hu..hu...kasut tu dah tak ada...wargh...!!!!!!sedehnya..yang ada merah yang lain. Mr Hubby kata dia suka yang cam marron2 sket..aku tak suka...coz nanti nak matchkan ngan handbeg susah..
rasa nak menangisss...sangat. sebab aku dah bayangkan kalau pakai kasut merah tu menyerlah kaki ni...
Sedehnya..longlai jer kuar ko.. Selalu cenggini tau, kalau MR Hubby cam tak berkenan dari awal mesti, dah abis stoklah, takda saizlah,tak pun tinggal display lah...(kalau display jangan harap Mr Hubby nak bagi)
tak teruslah misi nak cari barang tu..muka..??? monyok sikitlah tapi taklah sampai bad mood...
lepas kuar dari Jusco, Mr Hubby tanya.."ayang dah tak ada sandal ek..?" laju seh aku geleng...
kan sandal camel aku yang bila pakai sedap gilerrr tu tertinggal kat kg aku since raya lagi..
So aku taramlah kasut sandal hush puppies biru tu...ghupanya Mr Hubby tak suka..coz kalernya biru ha..ha..
katanya tak match lansung...he..he..tetiba dia kata nak belikan kasut cuma syaratnya bukan merah...
he..he..yeayyya..yeayya..kasut baru..
terus ke butik camel tu Jusco tu..Walaupun kasut dia pattern tak berapa cantek..tapi sangat comfort bila dipakai..nilah yang aku lenjan kalau malas nak berwedges-wedges ni..
Ni pilihan Mr Hubby aku..dia yang beria nak belikan..Walaupun yang merah itewww...sangat cantik (Camel gak ) MR hubby tetap tak bagi, katanya kalau kasut yang tak ada match ngan h/beg dia aku akan pakai kejap jer...ha...ha....yo lah tu..
So kesimpulannya aku masih berpegang pada janji ek...yang ni Mr Hubby yang belikan..
he..he...

Suka brand ni walaupun tak cun tapi sangat-sangat sedap bila dipakai

kali ni ambik brown more to red
yang hari tu dark brown
kasut cap unta

Kasut ni yang Mr Hubby tak suka sangat bila aku pakai..
ha..ha..biru katanya...


Tuesday, 5 October 2010

terJANJI pulak

Aisey...dah terjanji plak...
camnalah mulut ni boleh terjanji ek..??? senang jer janji, ntah boleh buat ntah tak..
Warghh..!!!! cam ni ni dah terJANJI, tak boleh tarik balik
Mr Hubby suka sangat ler bila miniknya tetiba terJANJI.
huk..huk...boleh ker..8 bulan tuh...
lamanya...eeeii..!!! kena tarik baliklah Janji ni..
Aku terJANJI yang...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aku tak nak beli kasut sampai May 2011 nanti...
Gara-gara nak raya aku beli kasut 3 pasang tapi pakai 2 pasang jer..
lepas tu ada 4 pasang lagi yang tak terpakai...
boleh ker..????
m
e
n
y
e
s
a
l
p
u
l
a
k
t
e
r
j
a
n
j
i
........











Saturday, 2 October 2010

Sambal petai ikan bilis

Sambal petai ikan bilis, makan ngan nasi panas-panas, ada tempoyak, ada ikan masin huk-huk mau makan berpinggan-pinggan. Actually sambal ikan bilis ni dari arwah nenek. Sambal dia memang power pedas. masa kecik2 aku suka makan ngan biskut tawar tak pun roti he..he..masa ni bebudak lagi. kalau makan air kena seteko..pedas memang tak hengat. Cam terbakar bibir jap. Tapi memang sedap.

Satu perangai aku, suka sangat ubah suai resepi ikut teka aku sendiri. kalau rasa nak tambah apa yang sedap aku cubalah. Kalau sedap boleh teruskan..kalau cuma tekak aku jer yang kata sedap next time tak buat lagi lah ha..ha..Sejak pandai makan petai ni, aku adjustlah resepi arwah nenek aku ni. Kalau nak makan mentah-mentah memang tak berapa masuk. Biasa sambal petai udang kan..eh..jap..jap aku pernah tgk pic kawan aku kat California tu masak sambal sotong ngan petai, aku try gak..tapi cam tak ngam jer..ha..ha..sorry ek Lela
huk..huk..aku rasa sotong tu jadi pahit sangat ha..ha..gagal kot resepi yang aku try tu.
Jom try resepi ni..

Ni resepi dari arwah nenek aku yang aku dah adjust

Bahan-bahan

Bawang merah - 5 biji
Bawang putih  -  4 ulas
Halia               - 1 inci
Kunyit             - 1 inci
Bilis                 - ikut suka banyak mana nak letak
Cili                  - ikut juga banyak mana nak pedas

Semua bahan diatas di kisar halus kecuali ikan bilis, ikan bilis masukan bila semua nahan yang dikisar dah sebati. Ikan bilis cuma diblender dengan kasar sahaja

Petai - dipotong nipis / atau potong dua
Bawang besar - di potong nipis
Asam gelugor - 2 keping

* Tumiskan bawang besar hingga naik bau
* Masukan bahan yang di kisar tadi tumiskan hingga garing, letak sedikit air dan biarkan lagi
* Masukan garam, sesedap rasa (yang pakai ajinomoto boleh masukan) dan sedikit jer gula
* Masukan asam gelugor
*Masukan petai
*Rasa ok, boleh lah angkat

Tumis cili bagi garing sikit, kang tak sakit perut

Petai ni bagus untuk kesihatan

Potong dua, kalau ada haiwan yang tak diperlukan kita nampak,
kalau sebijik-sebijik tak nampak apa isi dalam
pas tu kunyah...ayooohh..!! tak boleh bayangkan..

Siap dah, sambal petai ikan bilis