Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Friday, 16 July 2010

Factory Outlet

Ya Allah banyaknya Factoray Outlet (FO) kat Bandung ni, berpinar mata memilih. Jauh beza ngan FO yang ada kat Kl ni, dari segi kualiti dan juga harga memang jauh beza. Kualiti baju Rm 6 kat sana sama cam kualiti baju kat Esprit kat KL yang lebih dari RM 50 tu. Kualiti sana kalau kita tgk memang tak nampak mana yang reject. Kalau mana-mana yang saiz S ker XS tu memang untung lah sesangat. Banyak betul baju yang cantik-cantik..geram..geram sesangat.

Lepas balik dari Tangkuban Perahu memang plan nak ker semua FO yang ada kat Bandung ni. Mr Hubby dah buat list semua FO yang ada. 
1st FO ke Jalan Riau dulu.
He..he..dia bagi pulak tu green light kat semua FO boleh beli something muahahahaaa...!!!! best...best...
tapi bab bayar memang aku surrender tak suka..sebab banyak sangat
00.00 kat duit dia tu..pening kepala aku. Adalah beberapa kali aku gi bayar menggago jap bila nak kuar kan duit..ish..lepas tu dah tak mo dah..senang jer kalau nak convert Ruppie ni ke RM.
Biasanya aku jadikan dia USD dulu contohnya cam 150,000 rupee tu akan jadi 15 USD x 3.2
(harga USD masa aku pg haritu lah) so dapatlah total dia RM 48.00 senang kan...

Antara FO yang aku pergi hari tu, Jalan Setia Budi (Rumah Mode, Zenith, Mode Plus & Donatello)
Jalan Riau (The Secret, Branded Club, The Oasis, Heritage, Stamp, The Summit, Terminal Tas and Formen)
Jalan Dago (The level, Blossom, Victoria, Glamour, Raffles City, Carla, Grande dan Episode)
Jalan Cheamplas yang ni memang tak ingat nama-nama FO dia. Tapi memang banyak sangat FO kat sini.
Pasar Baru, yang ni bukan FO tapi cam kat Pasar Payang Trengganu, cuma dia lebih tersusun dan besar, ada aircond & 7 tingkat. Besar sangat tempat tu. Kata pak Surya pernah dia bawak orang Malaysia datang Pasar Baru dari pukul 9 pagi keluar dari Pasar Baru pukul 5 petang. Huh....aku baru sampai tingkat 3 dah tak larat nak tarik kaki. Kat Pasar Baru ada yang ambik duit RM. kena pandai menawar, lagi satu kalau tengok semua sales assistant kat Bandung ni tulus-tulus, ikhlas sangat bila dia melayan kita. Chomel2 pun ya muahahaaa...

Depan Zenith, tengah tunggu Pak Surya ambik balik hotel,
Hujan lebat sangat masa ni

Rumah Mode dua kali ngulang..he..he..

Toko Tiga, kalau nak cari jeans yang berkualiti & brands memang sinilah tempatnya

Jet Set Jalan Riau

sakan ek....

Depan FO Episode

Level

Oasis

Pilih dear pilih....

Budak ni minta sedekah...
Comel-comel macam ni jadi gelandangan
sedeh sangat aku tengok..bila aku bagi dia asyik cakap
"ma kasih ya mbak...ma kasih.."
berulang-ulang kali..

Branded Club ni pun 2x pergi. Suka sesangat kat sini

OMG...tempat ni cantik sangat..
sayangnya baju2 dia banyak saiz S kalau saiz L pun cam saiz M jer kecik cutting dia

Ni Jalan Cheamplas..
Kawasan ni banyak jual baju-baju cam Batman, Superman, Ultraman..

FO kat sini ada lambang kartun cam ni

Pasar Baru...
Now baru aku faham napa semua yang nak khawin banyak ke Bandung cari barang-barang kawin
Dah lah murah-murah, barang2 cenderahatinya sangat unik-unik..
Kain-kainnya woo..!!! dengan kualiti yang terbaik dan termurah..
napalah masa aku khawin dulu tak kesini ek...
ahaksss...

Pasar Baru lagi..
kesini pun 2x..hari terakhir kat Bandung pagi tu sempat lagi kesini
kali ni dengan kawan kami "Eric" dia bawak naik angkot
muahahaaa.....best wooooo..!!!

Pasar Baru

Raffless City

Sexsimo

He..he.. 1st time tgk Mr Hubby sakan masa shopping..
so cute he...he...

Heritage

Pic kat mana aku pegi jer ek..apa yang aku beli tak yah lah tengok, tapi masa aku ke Bandung tu memang bawak baju 3 helai jer, tu pun satu baju tido malam. Memang agenda utama gi Bandung nak shopping.
So kenalah bawak seminimum yang mungkin. Masa pergi tu aku bawak 2 beg satu bagasi yang paling besar satu yang sedang. Yang sedang masukan dalam yang paling besar...beg dukung belakang bawak 2. yang dukung belakang tu aku bawak naik flight. kalau tak confirm kena extra charge. Yang 2 beg tu dah
ngam-ngam 30kg. Yang dukung belakang baik naik flight tu sumbat selagi boleh..
kat FO ni kalau shopping dapat paper bag, aku memang suka collection paper beg. Semua Fo yang aku pergi paper beg dia cantik-cantik. Tu semua aku sumbat bawak balik...muahahaaa...tak kira lerrrr...
walaupun Mr Hubby aku dok jeling-jeling. Erm..pandai-pandailah aku nak sumbat kat mana,
coz aku yang packing barang2 yang di Shopping selama seminggu kat sini he..he...
Tapi memang sangat berbaloi...baloi...cam plan nak kesini lagilah next year huk..huk...

satu Mr Hubby bawak, satu aku bawak..
satu beg kamera..
Lappy, aku sumbat dalam H/beg aku..

Gara-gara banayak berjalan juga kaki aku tersangatlah sakit. Rasa cramp bila nak jalan. Hari ke 3 masa ni.
Bila aku dah main seret je kaki Mr Hubby suh gi urut.. Esok kan plan nak ker Jakarta, kalau kaki sakit camna nak jalan ek..Pak Surya rekmen gi Spa Mariaty kat Jalan Setia Budi dekat ngan Rumah Mode. Ayoooooo...!!!! memang best dah tu murah pulak tu 60,000 ribu jer duit kita dalam RM 19.00 jer. 1jam 1/2 plak tu dari lutut ker tapak kaki. Bestnya Spa Mariaty ni.. uisss..!! rasa nak tertdolah sangat...
lepas kena urut memang best. Baru ringan jer kaki ni..

ouch....!! masa ni memang dah tak boleh menapak dah..main seret jer kaki..
masa lepak kat satu cafe ni dengan tak malunya aku melunjurkan kaki...
rasa darah kat kaki tu dah beku dah tak jalan...

Nama yang urut kaki aku ni Lilis,
umur dia 32 tahun...kulit dia mulus sangat

lepas urut dia bungkus guna tuala herba suam
cam nak pergi lagi lah esok urut kaki wakakkaaaa..

Mariaty Spa, ramai orang Malaysia yang datang sini.




Tuesday, 13 July 2010

Cerita Tangkuban perahu

5hb July 2nd day kat Bandung aku ke Tangkuban Perahu, lebih kurang 30km dari Daerah Bandung.
Memula nak ke Kawah Putih, tapi masa search kat internet ramai yang sugestkan gi Tangkuban Perahu dulu, so we all pun pakat ke Gunung Tangkuban Perahu.
Gunung ini menjadi salah satu tempat pelancungan yang terkenal di Kota Bandung, wisata Indonesia yang menarik di Jawa Barat. Lingkungan alam Tangkuban Perahu Bandung yang sejuk, dan sumber mata air panas di kaki-kaki gunungnya. Deretan kawah yang memanjang, menjadi daya tarik objek wisata itu tersendiri.
Sepanjang perjalanan mata dihidangkan dengan poko2 teh dan strabery di kiri dan kanan jalan.
Pokok-pokok yang ada di sepanjang perjalanan ke Gunung Tangkuban memang cantik-cantik.
Terpesona betul sepanjang perjalanan ni.
Sejarah Gunung Tangkuban Perahu ni menurut yang dibagitau oleh Pak Suria (supir kami) adalah lagenda antara Dayang Sumbi dan anaknya Sangkuriang. Panjang pulak nak ceritakan so kalau nak baca klik kat sini
Sejarah Tangkuban Perahu  lengkap cerita antara Dayang Sumbi dengan anaknya Sangkuriang tu..


Akhirnya sampai gak kat Tangkuban perahu ni..

On the way ke Tangkuban perahu

Masih berasap tapi tak aktif lagi

Pendangan dari atas

Yang bumbung hitam tu semua gerai-gerai
Tapi oklah yang  ni dia ta paksa pun kita beli. Just panggil jer kita suh beli
tapi tak adalah nak follow cam peniaga yang pikul-pikul tu

Fokus picture ni bukan aku hoccay..
aku nak tunjuk brother belakang tu yang kena kerumun ngan peniaga-peniaga kat sana
2 brother tu dari Malaysia juga.
Yang lain semua tu peniaga..galakan derang tu..
sian brother tu yang kepeningan...ahahaaaa...
aku pun kena gak sebelum tu..tak boleh nak elak beb...

Tetiba je Bapak ni mengekor kitaorang..ingatkan suka rela..
aku pun sukalah bila dia cerita pasal sejarah Tangkuban Perahu ni
alih-alih dia minta bayaran muahahaaaa....
250,00 rupeee tu..banyak  hu..hu...

Pokok-pokok ni masa kecik-kecik dulu kena sulfur gunung berapi
tu yang jadi merah-merah tu - kata bapak tadilah

 
katanya dulu boleh turun ke kawasan ni..
Tapi sekarang tengok jerlah dari atas ek..

Muahahhaaaa...gigih sungguh ek..

Ni tahu sumedang, rasa dia cam biasa jer..

its me....he..he...

Next Time kalau datang Bandung lagi rasanya nak ke Kawah Putih pulak..
Disebabkan peniaga2 yang so extrem tu aku jadi sangat2 Fobia dengan orang-orang yang
datang kat aku untuk jual barang ni.. Bayangkan dari aras bawah masa kami sampai lagi dia dah pujuk-pujuk suh beli barang, ingatkan makin jauh aku berjalan dia giveup...last-last aku yang give up. Rimaslah asyik mengekor jer mana aku pergi. Kita ni datang nak tengok pemandangan kat situ dia dok follow kita jerr...
silapnya aku tak masuk gerai-gerai yang banyak tu dulu kalau tak surelah tau berapa harga barang-barang yang terpaksa aku beli tu...Tapi aku pujuk diri sendiri. Mungkin ini ujian tuhan. Mungkin juga dengan cara ini aku dapat tolong mereka yang ditakdirkan mencari rezeki dengan cara begitu... walllah hualam..
Apapun aku dah halalkan semuanya....cuma lepas ni kena lebih cekal ha...ha....

Saturday, 10 July 2010

Belum sempat..

Sampai KL malam tadi pukul 8.30. Betul-betul sampai rumah pukul 10 malam...
adussss...!!! baru terasa lepak. Ha..ha..dah puas melenjan baru rasa penat ek..
ingat nak buat entry by entry masa kat Bandung tu. Tapi lom sempat gak.
Pepagi tadi dah ke rumah akak ipar aku ada majlis khawin anak sedara aku.
lepas Zuhur tadi nikah..dapat bayangkan tak lepaknya aku.
Seb baiklah semua pakai katering, ada sesikit jerk yang kena buat. Mood masih kat Bandung.
Huk..huk...rasa seeh plak...teringat-ingat sesangat

Malam tadi sampai pun baru buka beg kotor. Campak jerlah dalam mesin tu..
lepas tu aku terus hanyut..memang mengantuk sesangat. cam tido main2 alih2 hanyut..
tau2 pepagi dah bersidai kain baju ni ahahaaa....thanks dear..muahhhh
Seb baik baju nak gi majlis Khawin ni dah iron awal2 sebelum flight gi Bandung ari tu..
tak ler pepagi aku kena mengiron...

So..esok..esok jer ek aku sambung ceta pasal Bandung ek...nak layan mata.
Panggilan bantal sudah..

Sunday, 4 July 2010

Bandung

Alhamdullillah sampai dah ketanah Bandung kul 5.30 ptg tadi waktu Malaysia..
Hujan so sejuk sesangat, flight pun lewat 20 minit masa nak mendarat tadi. kecik jer Air port dia
lepas tu que sampai ke luar nak cop pasport tu..Lepas tu cuma 2 kaunter jer yang buka...
lambat. Kat sini jer dah buang masa 45 minit. Then naik teksi ke hotel dalam 35,000 rupiah.
Macam biasalah kalau naik flight tak ada ceta yang best melainkan bosan....tak tau napa bosan sesangat bila naik flight. Sakit kepala jer memanjang. Selagi tak sampai selagi tu sakit kepala... :(
We all stay kat hotel Majestic, cantik bilik dia. Pun bilik air dia kecik sangat..he..he...



selalunya kalau naik flight memang aku akan order makan sekali.
Kenyang macamana sekalipun kalau dah kat atas tu memang lapar sesangat.
Turun flight nanti taklah mengago sangat cari makan.

Me & my Honeystar

Airport Bandara Husein Sastranegara Bandung

sampai dah Hotel..
ahahhaaaa....tgk kasut aku jerlah ek...
pic bilik & katil2 ni esok2 lah ek aku post

Memula plan nak makan kat hotel sebab gerimis, tapi masa nek teksi nak ke Hotel tadi aku nampak
banyak sangat kedai2 makan tepi-tepi jalan tu cam menggoda jer..
So aku ajak Mr Hubbya aku ajak jalan kat seberang jalan tu
Ayam bakar dia cam sedap jerkkk

Ayam bakar dia sampai la ni masih terasa kat tekak ni..
sedap banget mbak...

"ini gratis ya mbak..."
tu lah jawapan budak tu bila aku lom order air tapi dah di hantar
2 cawan teh o panas tanpa gula

Nasi ulam
Banyak betul ulam dia yang ni cuma 4,000 rupiah termasuk Nasi + sambal

aduh...berasap telinga aku..
pedasss...sejak-sejak ni aku dah tak tahan lansung makan pedas.
Kalau makan gak demam jer rasa perut aku nih..
kalau dulu kurang pedas aku lalap jer cili padi tu..sekarang huh..tak tahan dah..

Sup Iga kambing ni Mr Hubby punya.
Punyalah sedap sampai lupa dia punya hu...hu..

sayur asem
sedap ada buah belinjau dalam sayur asem ni

Ha..ha...Mr Hubby suh aku cari bekas ni.
Sok-sok balik KL hidangkan nasi kat dia nak macam ni
chooomellll... jer dia punya request tu kan..
kena tanam pokok pisang nak dapatkan daun dia ni ahaksss...~~~

Jangan tak caya..siap dengan air basuh tangan lagi
satu untuk aku satu tuk Mr Hubby aku
he..he..

lepas makan aku nampak orang jual jagung bakar. Bau sedap.
Memang sedap..tapi pedassss....
ada sambal atas tu..
kali ni aku dah rasa tebal dah bibir ni..
adeeeeeiii!!! pedass banget..
aku makan separuh jer sebab tak tahan..

Sebab aku punya Maxis tak roming, aku beli lah SIMPATI ni
8,000 rupiah ada 5,000 rupiah isi dia.

Opsss..lupa nak bagi tau untuk makan malam tadi semuanya 40,000 rupiah jer. Dalam Rm 15 jer..
Berbaloi lah sedap. Esok macam nak mengulang kedai ni lagi.. Ayam dia memang sedap. So esok baru nak meround-round tempat menarik kat sini...


Happy Birthday Dear

Happy Birthday Dear..
Semoga Allah memberkati perjalanan hidup diatas muka bumi dengan kereda'annya.
Dillimpahkan segala rezeki yang halal, diberkati rezekinya dan di beri kebahagiaan serta kesenangan dunia dan akhirat..amin..amin...

"Diam tak diam dah 10 kali meraikan besday Mr hubby aku, bermula dari seorang kawan sampai akhirnya ucapan itu datang dari seorang isteri.  Manisnya waktu tu..rasa baru semalam...rupa-rupanya masa dah jauh meninggalkan saat kali pertama tu.
Mudah-mudahan Allah memberkati kami dunia dan akhirat. Amin..amin...
Tak ada apa yang aku beri melainkan doa sepanjang masa, usai solat doa untuk suamiku adalah yang pertama sebelum aku mendoakan diri sendiri, kata seorang ustaz 'mendokan suami dahulu adalah lebih afdal sebelum mendoakan diri sendiri' Insyaallah..."


Disebabkan kami berdua jer..
Aku order cupcake yang comel-comel ni jerr...
nak beli besar-besar takut tak abisss..

Hug & Love...
kisss..kissss..
muahhhhhhh...

Walaupun aku tak buat sendiri
tapi...
aku beli dengan perasaan penuh cinta dan sayang...

Happy Birthday Dear...

Thursday, 1 July 2010

Singapore lagi

Ni sambungan dari entry hari tu. Hari tu ceta tak abis. Kadang-kadang point ceta tu sikit tapi berjela-jela ceritanya kan...??. Lepas dari shopping kst Tang  Orchad tu gi makan kat Lucky Plaza.
Sedap banget makan kat situ. Kebetulan si Zali (hubby adik aku) tgh break so sekalilah makan.

kat sinilah kita orang makan hari tu

Iga bakar ni sebenarnya daging bakar.
punyalah lembut + sedap daging bakar ni...

Ni set iga bakar,
ada tempe & tahu goreng, ada sayur, ada iga bakar,
ada sambal, ada timun..
sambal dia aku makan sikit jer punyalah pedasss...
berasap telinga

Lepas makan Mr Hubby ajak gi Sim Lim Square. Nak survey-survey lenses Nikon kat sana.
Kot-kot murah bolehlah sambar kan. Kalau mahal tgk jer tadah air liur he..he..
Betul lah sini murah. Naik berpinar mata ni tgk semua gadget kat sana memang murah-murah.
Kalau convert  RM memang jauh beza ngan KL murah sesangat. Teruja lah sangat..
Nak cari yang macamana semua ada. Bak kata Mr Hubby nak yang sehasta pun ada kat sini wahahaaa... Selain gadget camera macam-macam ada kat Sim Lim ni, segala barang-barang elektronik semua cukup. Dari sekecik-kecik barang sampai sebesar-besar barang semua lengkap.
Dari yang berjenama sampailah yang cap ayam pun ada juga. Tapi aku masuk kedai yang ada cop besar kat luar tu cam Nikon ker...Canon ker ahahhaaa...saja nak tgk-tgk and compare kan harga. tetiba aku nampak Ipad tu cam chommeelll syangat.. he..he..
(jeling-jeling kasi signal kat Mr Hubby huk...huk...) cutelah Ipad tu..

 
Tetiba macam mengidam jerr....

Sim Lim Square

Sesi tawar menawar...
sesi belek membelek..
sesi pilih memilih ...
Tawar selagi boleh tawar,
kalau bab menawar Mr Hubby memang terror

Lepas tu kena try pulak..
kalau bab nak menerai ni banak lah yang nak try..
termasuk adik aku tu..ha tu tangan dialah...

Antara yang dirembat oleh Mr hubby

Wide angle Lenses
yang sangat murah

lenses 70 - 300 mm

ha..ha... tu dia...
Sikit lagi nak sehasta..
kalau skodeng bagus ni...
sales man tu kata boleh jadi "paparazi"

Flash antara gadget DSLR yang terawal beli

Ingat dah dapat 2 bjik lenses ni dah tobat..ghupanya ada lagi yang di aim kan.
Lom cukup katanya. Erm..kalau dah suka nak kata apa kan. Masa beli flash tu ingat dah murah,
rupanya kat Sim Lim Square jauh lagi murah rupanya..huk...huk...
sok-sok memang nak beli kat sini jer..harga pun dia dah tolak tax, kalau convert pun sangat murah.  Selain godaan yang paling kuat dari salesman tulah ahakss..
Dapat free beg Nikon lagi, tapi besar aku tak berapa suka. Aku suka yang aku beli tadi gak
yang 10 dollar tu ahahhaaa....Tapi aku pun  teruja sama masa dalam kedai tu..
ada satu barang tu dah lama aku aim...ahahhaaaa...lama dah ngecek Mr Hubby.
Mr hubby boleh tanya aku balik 'nak buat apa"
aku jawap 'adalah..." ahahhaaa...tak logik ker bila aku minta teropong tuh...
muahhaaaaa...aku nak gak teropong tu...nak teropong lanun wakakkaaa...
Nak tahu tak kat Spore DSLR Nikon D3000 cuma 600 dollar jer..complete set bukan body jer.
Cuba compare kan harga ngan kat KL, jauh kan bezanya.
Siap dapat beg Nikon tau..
erm..nak buek camno aku dah beli Nikon D 5000 aku tu kat sini kalau kat sana lebih murah sesangat..

 
Sebebak salesman tu bagi paper beg

Erm..tunggu pasni lenses yang cam na plak Mr Hubby ni nak beli. Yang pasti bukan masa terdekat ni lah..
No...no... dearrrrr...enough....pleasssse...... he...he....

Last sekali sebelum balik JB pekena sup tulang merah kat Beach Road tu. Yang paling femes katanya.
Tapi tak tipulah memang sedap tak henggat ko. Lepas makan abiss semua merah...
kalau yang rasa-rasa pengotor sikit tu janganlah makan pakai baju putih mau merah nya tak hilang..

Sup tulang merah Beach Road

Terus rasa nak ke Beach Road dpatkan sup ni jerr..

Roti ni makan ngan sup tulang, memang terangkat

Nasi goreng ayam sambal ni Mr Hubby punya.
Dia tak akan makan sup tulang kalau kat kedai
he..he...sebabnya aku tak tau napa..

So lepas makan-makan baru balik, tunggu malam sikit. Nak bagi jalan clear he..he..
Alhamdulillah tak jem lansung luck ler sesangat...dalam 30 minit dah sampai umah. Packing2 sikit coz esoknya dah jalan balik KL...