Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Tuesday, 17 June 2014

SBBMSAM - Terima kasih


Terima kasih pada sahabat-sahabat yang tak putus-putus memberi sokongan kepada kumpulan Sehelai baju buat menyapu siair mata (SBBMSAM)

Semoga jasa sahabat-sahabat semua diberkati Allah.
Amin..amin...

Antara sumbangan sahabat-sahabat
Butang baju melayu

Terima kasih sahabat-sahabat


kepada yang nak membantu mereka boleh hubungi saya di 
Blog: balqis6370@yahoo.com
FB: Anita Mohd Sharkawi
Instagram: Anita Mohd Sharkawi

Jom sahabat-sahabat kita bantu mereka.


Monday, 16 June 2014

Sehelai baju buat menyapu siairmata - SBBMSAM


Assalamualaikum

Misi SBBMSAM dah pun bermula.
Semalam 15hb Jun 2014 kami bersama team sehelai baju telah pun membeli sebahagian dari baju-baju yang akan disumbangkan kepada yang memerlukan.
Khususnya anak yatim dan asnaf

Terima kasih kepada semua penyumbang-penyumbang yang sentiasa menyokong usaha kecil kami.
Semoga allah membalas jasa-jasa kalin dan memberikan kegembiraan kepada kalian.
Insyallah.

Ini antara team SBBMSAM yang bersama-sama membeli baju pada 15hb Jun 2014 

Kami tidak memberi baju terpakai atau sekali pakai.
Kami memberi yang baru.

Di salah satu kedai dimana kami membeli baju-baju kurung dan baju-baju melayu


Baju baru untuk mereka - Allhamdulillah

he..he.. sempat buat acara santai dalam kedai


Allhamdulillah Allah permudahkan jihad kecil kami.

Mudah-mudahan kami semua diberikan kesihatan yang baik agar dapat meneruskan misi-misi yang telah kami susun dan rancangkan.
Kegembiraan mereka adalah kepuasan kami.

Kami masih memerlukan sumbangan dari sahabat-sahabat semua

Jom sahabat-sahabat bantu kami dalam misi kami
follow saya di Instagram : Anita Mohd Sharkawi
FB: Anita Mohd Sharkawi
email : balqis6370@yahoo.com

Semoga Allah permudahkan urusan kami-kami semua
amin..amin...










Thursday, 12 June 2014

Cerita beliau



Kejadian beberapa hari lepas balik travell dari JB.
Mama sibuk kemas dapur & masak untuk Cik Kiah.
Macam biasa beliau akan turut serta kesibukkan mama.
Tapi mama tak perasan bila beliau masuk ke bilik ambik bedak.
Tau-tau dapur mama dah serupa mak lampir.
Maklum ler kitchen kabinet hitam.
Bila kena gomol dengan Cik Kiah yang berbedak macam mak lampir tu habis ler semua comot.
Mama nak marah tapi tak sampai hati.
Mama ambik hp nak snap gambar tau pulak dia malu.
Sudahnya kami terkakak berdua kelakar ha..ha..

Mula-mula dia tabur bedak sambil sengeh-sengeh.
Dia tak perasan mama tengah tengokkan dia.
Bila perasan ayat mula-mula yang keluar...
"ma...!!! "
dengan nada paling lembut.
Mama ambik bedak simpan.. datang balik tengok dia dah jadi tepung gomak.
Mama memang tak bersihkan.
Mama biarkan dia tidur style tepung gomak tu..
Hi..hi.. anak..anak...

Sunday, 1 June 2014

Sehelai baju buat menyapu siair mata (SBBMSAM)


Asslamualaikum...

Ramadan semakin tiba, bermakna team sehelai baju buat menyapu siair mata juga semakin hampir untuk memulakan misinya.

Masih ingat kumpulan kami...?
 Dimana pada tahun lepas  kami mengumpulkan baju raya baru hasil sumbangan sahabat-sahabat semua.
Insyallah tahun ini kumpulan kami akan menjalankan misi yang sama iaitu memberi baju raya kepada yang kurang berkemampuan.

Sahabat-sahabat sekiranya ingin menyumbang sehelai baju raya "baru" kepada anak-anak yang asnaf, yatim dan ibu-ibu tunggal boleh emailkan kepada 

balqis6370@yahoo.com

kenapa "baru" 
seperti yang kita semua maklum setiap kali tiba Aidilfitri tidak kira tua atau muda mesti mahukan bajun yang baru. jadi kami juga ingin mengembirakan hati mereka dengan memberikan yang baru.

Kami tidak kisah dengan harga yang penting baju "baru" untuk mereka.
Memandangkan misi ini dijalankan pada Ramadan maka sukalah kiranya baju yang di beri nanti baju kurung untuk perempuan dan baju melayu untuk lelaki. 
Saiz, warna, pattern juga kami tidak kisah asalkan baju tersebut "baru"

Kami juga menerima apa-apa sahaja bantuan yang sahabat-sahabat ingin sumbangkan.
Butang baju, keronsang, tudung, anak tudung, telekung,
atau apa aja boleh lah hubungi email diatas.
Mudah-mudahan dengan menderma kita lebih diberkati

Antara kumpulan Sehelai baju buat menyapu siair mata tahun lepas

Ini antara aktiviti kumpulan Sehelai baju buat menyapu siair mata yang saya turut serta pada tahun lepas












Terima kasih diucapkan pada sahabat-sahabat yang sentiasa membantu dan tak pernah jemu memberi sokongan.
Hanya Allah yang dapat membalas jasa sahabat-sahabat semua.
Amin...amin...


P/S: MOHON SAHABAT-SAHABAT SEBARKAN KEPADA RAKAN-RAKAN YANG INGIN MENYUMBANG KEPADA KAMI
TERIMA KASIH