Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Sunday, 18 November 2012

Namsan Tower

Wahh...!! selalu tengok kat TV aja, kali ni dapat pergi.
dari KL saya dah siapkan padlock untuk saya tinggalkan di namsan Tower ni.. 
Alah suka suka aja.. bukan selalu percaya sangat..

Untuk naik ke Namsan Tower saya pilih naik bus semasa pergi.
Dan naik cable car semasa turun.

Tapi Bus tak sampai atas, menapak ler lagi dengan jalan berbukit tu.
perghh...!! mencabar betullah..

Menara ni menjadi simbolik untuk Kota Seoul dengan ketinggian 4797 meter diatas permukaan laut
Selain Namsan Tower menara ini dikenali juga dengan nama Seoul Tower

Jom tengok gambar di Seoul Tower ni

Aduh naik bukit..
Sampai lapar saya dibuatnya..

Nampak tak uncle yang pakai baju belang-belang tu..?
dia jalan secara mengundur.. rasanya dalam 5cm setiap langkah dia tu.
lepas tu ramai pulak yang jadi pengikutnya termasuk saya sendiri jalan secara mengundur ha..ha..
Tapi rasa cepat sampai pulak..

Kami sampai matahari hampir terbenam sebab lama di Changdeokgung palace

Kagum sekejap... 
Banyak sungguh padlock, kelmarin masa di Busan Tower ingatkan dah banyak.
Rupanya sini lagi banyak

padlock dimana-mana..sampai bulat mataku ha..ha..

Macam-macam bentuk padlock.
Macam-macam juga kata-kata diatas padlock tu

Matahari terbenam..sangat cantik waktu ni subhanallah..

Namsan Tower Seoul

Ecececehhh...!! saya pun tak ketinggalan nak abadikan padlock kat sini

Saya bawak dari KL, kalau beli kat kedai-kedai dalam Namsan Tower ni agak mahal. 

macam-macam cara orang nak abadikan cinta mereka 

Padlock lagi

Ini saya punya...
Cincin tu masa saya beli di Cameron Highland.
Rm 10 aja siap ukir nama sekali 

Ada rezeki datang lagi saya nak cari padlock saya balik.
Disini banyak CCTV yang active. 
Dan satu kesalahan bila didapati mencabut dan membuang padlock orang lain.

Padlock lagi

Semakin malam semakin sejuk.
Gambar no 2 tu padlock yang dijadikan pokok krismas
ada lebih dari 5 pokok padlock

Agagaggaaagagagaa....!!!!
he..he...

Besarnya padlock ni

Tak cukup padlock tu dia periuk  & mug pun ada, ni kalau datang lagi. 
dari jauh dah nampak..kreatif idea ni..

Geram pulak tengok padlock yang banyak-banyak tu

Kalau sesiapa nak datang sini better bawak siap-siap padlock.
tak payah beli kat sana.
Yang saya survey padlock macam saya tu dalam RM 44
memang tak dinafikan Korea agak mahal serba serbi.
So nak jimat bawak jer dari malaysia, kalau tak nak padlock, bawaklah periuk belangan ke kuali ker,
senang nak cam dari jauh.. ha..ha..


No comments: