Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Thursday 4 August 2011

Chenta dah balik

Yeayyyy....!!!! Allhamdulillah Chenta hati dan kekayaan aku dah balik.
Berakhir penantian aku selama hampir 2 minggu.
Macam-macam perasaan bila berjauhan, lebih-lebih lagi dengan komunikasi yang sangat terbatas.
Sedeh..bila awal Ramadan sendirian berbuka.
Tapi aku tetap reda, ini rezeki yang allah kurniakan kepada kami.

"tak bosan ke tinggal sorang-sorang..ngapa tak ikut...?"

Ni lah yang selalu orang tanya..
Kalau boleh ikut encik asben saya memang tak akan tinggal isteri dia sorang-sorang kat rumah,
Selagi boleh bawak memang dia angkut sekali..
Pergi pelantar minyak tak pernah dibuat dek orang angkut anak, bini pi tengah laut tu.

Bosan...?? setakat ni tak ada perasaan bosan bila kena tinggal.
Sunyi tak nafikan..sebab tak ada kawan nak bercakap.
Kadang-kadang bila dah malam baru teringat
"eh...satu hari tak bercakap rupanya ya..ha...ha..." 


Apapun ada hikmahnya kadang-kadang bila sesekali berjauhan ni.
Masa nilah kita nak pulun beribadah lebih dari hari-hari bila berdua,
nak buat solat-solat sunat, nak puasa sunat (sebelum ramadan),
nak mengaji sampai khatam pun boleh.
Selalunya bila dap berhubung dengan talifon MH akan tanya hari ni aku dah sampai juzu' berapa..?
Sebab MH tau aku tak keluar kemana-mana kalau dia tak ada,
ada pun aku keluar beli lauk seminggu sekali jer.
Memang tak berpoya-poya lansung masa MH tak ada.
Kalau boleh aku nak sentiasa berdoa, berdoa segala urusan MH dipermudahkan.
Berdoa MH dalam keadaan selamat..
Haiisshh..kalau ingat sedehlah pulak...he..he..

Bila MH outstation aktiviti yang biasa secara automatik berubah,
kalau biasa masak petang bila sendiri masak awal pagi,
petang (dinner) makan apa yang ad atau roti + milo panas,
Cuci baju pun seminggu sekali, tu pun tak banyak mana almaklumlah sorang jer.
Iron baju pun just buat stok untuk Mh naik kerja kat darat jer nanti.
Jadi siang hari boleh habiskan masa mengaji.
Secara tak lansung kita dah bersuara, taklah tekak terperam jer sampai ketat.
Malam pulak selalunya tido awal, bangun balik  pukul 12.30 atau 1.00 pagi.
Secara tak lansung terasa masa berjalan.
Setakat ni tak pernah pulak aku meroyan kat FB ker twitter ker yang aku bosan,
boring segala ni. Walaupun dunia aku cuma rumah, tv dan lappy.
Tapi aku gembira dengan dunia aku.
Allhamdulillah macam yang aku kata tadi ini semua ada hikmahnya...

"napa tak balik kampung jer..??"

Bukan tak nak balik kampung sendiri atau mertua. Sejak dah khawin ni apapun rumah sendiri lebih seronok.
Nak buat macamana pun rumah sendiri ha..ha..nak pakai apapun rumah sendiri ahakss...
Tu sebab lebih seronok rumah sendiri.

Awal-awal dulu bila MH pergi aku menangis bagai nak rak, ya lah selalu macam twin tetiba kena jauh-jauh..
Sedeh..sedehnya tak terkata.
Sekarang aku lebih cool. Cuma hari pertama MH ke laut dengan chopper aku sedikit resah.
Tak putus doa isteri moga-moga cuaca baik dan dapat mendarat dengan selamat.
Ya lah masa ni mana boleh nak sms bagi tau chopper selamat mendarat, kena sabar tunggu email dari MH.
Bila dah confirm nama untuk chopper balik pulak, masa nilah baru terasa masa lambat sangat berjalan.
Tunggu 6 jam lebih lama dari tunggu 10 hari. Ha..ha.. excited sungguh nak jumpa buah hati..

Ini rezeki kami, rezeki yang allah beri pada kami. bersyukur atas nikmat apapun yang allah kurniakan.
Lebih-lebih lagi bulan yang allah janjikan seribu keberkatan.
Hari pertama puasa sendiri, rasa sedeh sangat, tapi semangat dari MH buat aku kuat.
Ini kehidupan aku, kehidupan kami.
Aku kena reda meskipun ada waktunya aku rindu sangat dengan MH.
Yang ada anak tentu tak terasa bila suami jauh-jauh, tapi kalau dunia aku cuma MH memang terasa sangat bila berjauhan dengan komunikasi yang terbatas.
Kadang-kadang aku rasa kehidupan aku istimewa. Ada hikmah satu-satu perkara yang allah jadikan.
Rahsia yang kita tak tahu...wallahualam...

Me & Chenta











7 comments:

Unknown said...

kisah paling best yang penah aku baca....tahniah qis....sebenarnya aku kagum dgn kau.....kalaulah aku boleh jadi sesabar kau...nie baru kena tinggal 3-4 jam jer aku dah bising...hehhehhhe......

Balqis Nazid said...

Thanks Julie...
dah selalu jadi dah biasa kena tingal..
mula2 dulu memanglah sedeh, menangis macam nak rak..
tapi macm aku kata tu lah kehidupan..
kena ada pengorbanan..
ha..ha.. baru 3-4 jam kalau berminggu2 mau ko meroyan julie ahaksss...

Fara said...

jelous giler aku baca ni .. esp. part ko leh fokus kat ibadah .. :-)
mudah mudahan aku pun sama lah nanti akan ikut jejak ko :-D

part husband jauh .. aku pun masa laki aku kerja johor dulu, jadik weekend husband jek .. asal hari ahad je aku nangis ekeke .. now ni bila dia outstation aku ok jek cuma letih giler part handle anak2 ..

munna said...

tumpang gembira buat balqis... lepas ni dpt lah berpuasa bersama-sama ye...

Unknown said...

yang berminggu tu aku x kisah sangat...sbb kalu lam cam tu sayang aku pegi kursus atau meeting luar daerah...tapi yg 3-4 jam nie aku bising sebab dia dok mengeteh kat mamak dgn kawan2 @ jiran2....bosanlah aku....1-2 jam cukuplah..hahahhaa......

Balqis Nazid said...

Fara...macam aku jeles gila tengok orang berkerja, pagi-pagi... balik kerja petang-petang.. selalu kata bestnya kalau dapat kerja ha..ha...

Allhamdulillah appa pun ni bahagian aku kot

Balqis Nazid said...

Thanks Munna....
lain rasanya bila berbuka sorang2. baca doa sendiri, makan sendiri...
kalau ada suami dia baca doa kita aminkan.. lepas tu rushing solat, lepas tu rushing nak g terawih....
best kan...