Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Tuesday, 28 December 2010

Bandung week 2010 punya cerita

Ni bulan Oktober yang lepas punya cerita,
Kira Entry terperam lah ni ha..ha..
Masa ni my friend Erick dari Bandung datang.
Actually dia travell Bandung ke Vietnam, Laos, Thailand dan
lansung ke Malaysia selama 21 hari secara backpackers.
Best kan dengar..
Paling best bila dia ceta dari Bangkok naik bas ke Kuala Lumpur selama lebih 30 jam.
Berkali-kali tukar bas untuk ke Kuala Lumpur sahaja.
Woowww..!!! dengar cam best kan..
Tapi kalau sendiri yang melalui sure muntah hijau huk..huk..

Ok back to tajuk kat atas,
Bandung Week ni diadakan di MidValley.
Tau ada bandung Week ni pun dari erick coz kawan dia terlibat dalam event ni.
We all (Erick, Aqlima, Jimmy & my Chinta hati) pergi dah hujung2 event.
Kios-kios banyak  yang dah tutup.
Tapi bestnya dapat joint main angklung dengan semua degelasi dari Bandung.
Memang teruja sangat-sangat sebab ini antara muzik yang sangat-sangat aku suka.
Sungguh menggoda halwa telinga.
Kalau kat Jb ada satu tempat makan yang menyediakan halwa telinga dengan Muzik angklung ni.
Tempat makan ni memang terkenal sebab muzik angklongnya sangat-sangat
memikat pengunjung yang datang.
Salah seorang pemain angklong kat sini Toy budak AF.
Sapa-sapa yang datang JB bolehlah singgah ke Anjung Warisan kat Jalan Petrie tak silaplah.
Yang bestnya angklung yang kita orang main ni terus boleh bawak balik..
Jimmy pulak hadiahkan angklung yang dia dapat tu kat aku...
Thanks ya Jimmy..    :))

Jom tengok apa ada kat bandung week ni

Penari kebudayaan dari Bandung

yang ni best sangat-sangat walaupun ada beberapa perkataan yang tak faham

Angklung time with Jimmy
ha..ha..masa tengah-tengah main angklung ni
kena tegur coz aku salah pegang. May be sebab sesetengah benda aku buat dalam keadaan kidal, 
jadi pegang benda ni tak sama dengan orang yang gunakan tangan kanan

Aqlima & jimmy kusyuk tengok Note kat depan

Titanic Song...

 
Macamana we all main angklong..????
Ni kitaorang punya leader. sebelah dia ada bunting besar note-note lagu
Dan setiap angklung tu ada no menunjukan note apa..contohnya no 4 untuk E minor
So dari note-note yang dah dijadikan Nombor tu lah we all dapat mainkan lagu Titanic antaranya.

Dari kiri Jimmy, Aqlima, Eric & me
Chenta hati saya tukang ambik gambar

Dalam masa yang sama ada Kuala Lumpur Photography Festival

Disebab kan kiosk-kiosk tu dah banyak tutup maka tak ada lah picnya ek. Ada beberapa kedai yang nak abiskan stok derang, tapi rasa mahal sangatlah kalau nak bandingkan harga kat bandung.
tapi kan cewek-cewek Bandung memang cantik-cantik tau, kulitnya mulus-mulus..
alahai..kalau aku yang pompuan ni pun boleh tergoda apalagi lelaki kan..
ha..ha....













Saturday, 25 December 2010

Merry Christmas

I Wish santa clause datang tanya kat aku apa aku nak
and I wish aku boleh minta Timberland baru ganti yang dah terkoyak tu,
tak pun red wing sama cam Mr Hubby punya yang dah nak jadi tukun tu
tak pun bawak aku gi main snow kat Paris tu ha..ha....boleh gitu..
Tak pun santa clause datang bawak lappy baru tuk aku..warna pink ke hijau ker..
Ha..ha..santa clause tak ada sataria ada nak..???
Ngengada nak santa clause bagai ek.. pigidah.

Actually nak wish Merry Chrismas to all my fren yang sambut hari ni.
Apapun agama, apapun bangsa..kita tetap 1 MALAYSIA...

Wednesday, 22 December 2010

Wife merangkap PA

Semalam di KL, malam & siang di JB.
Malam ni pulak kat Segamat, esok pagi-pagi kat Bahau malam kat KL balik.
Penat...??? seb baik dekat-dekat jer locationnya.
Kalau tak hari ni Kedah, balik KL sok petangnya Penang, after 2 days ke JB balik
lepas tu Kemaman lagi...hu...hu...
As a PA memang kena ikut mana Boss pegi.
Kadang-kadang  memang penat nak ikut & bukannya aku yang paksa Mr Hubby ajak aku
tapi memang Mr Hubby selesa kalau aku ikut. Sebab semua akan siap sedia dan tersedia.
Lagipun bukan aku menganggu dan menyusahkan dia pun ha..ha..
Kalau tempat tu best merayaplah, kalau so-so jer diam-diam dalam bilik hotel.
Kalau balik JB paling best sebab balik rumah sendiri.
Boleh buat macam-macam. best..best..best...
Saya suka rumah saya....
Nak jadi PA macam aku..erm..kalau yang tak tahan travel better tak yah.
Lagipun hand beg aku lom ada nak kemana-mana masih simple. he..he..
Sapa nak join club Wife merangkap PA boleh apply kat laman sesawang sendiri ya..ahaksss...

Tuesday, 21 December 2010

sedehnya...koyak

Banyak-banyak kasut yang dah macam Imelda Marcos tu
(kata kakak ipar)
Kasut ni sangat-sangat menjadi kesayangan.
Selain dah lama mengidam baru dapat, harga kasut ni mempengaruhi aku untuk lebih sayangkannya.
Nampak memang buruk tapi bagi peminat-peminat kasut ni, lagi buruk lagi nampak classic.

Semalam masa kemas-kemas kasut, baru perasan kasut ni dah koyak. Tak tau macamana boleh terkoyak dan bila terkoyaknya. Sungguh tak perasan...   :(((
Sedehnya..sedeh sangat-sangat. Walaupun koyak tu boleh tutup dengan seluar tapi terkilan.
Lama mengidam kasut ni, tu yang sayang sangat. 

Sedehnya
(kena berkabung kot...)

auchh..!!! sakitnya kulit terkoyak

Cap ni kalau nak beli lagi memang fikir banyak kali hanya untuk sepasang kasut

I love this so much

Rocckkkk...!!!!

Jujurnya aku memang sedeh sangat-sangat, walaupun tak nampak dan boleh di gam tapi dah hilang keasliannya.








Kasut lagi

Betul-betul janji pelesu ha..ha..
So lain kali kalau bab kasut Encik Hubby jangan percaya bulat-bulat ya.
Ada baiknya kita buat perjanjian bertulis depan lawyer.
Dalam tu tulis sekiranya saya mungkir janji saya tak boleh beli kasut selama-lamanya..
Ha..ha...Lepas tu jangan lupa hantar stamping tau
itu pun kalau tergamaklah...he..he..

Grey colour yang sangat-sangat manis

Beli kat Midvalley last wekeend
:))

Crumble pie

Ini memang sangat-sangat fevret. Lagi-lagi yang kat Coffee Beans tu. Memang menggodalah.
kali ni cuba buat sendiri. Erm..sedap..ha..ha..perasan. Tapi betul lah sedap. Senang pun senang nak buat.
Buat sendiri boleh control sendiri butter & gula tu. Nak try..???

Nampak sedap

Uisshh...!!! nampak cam ala coffee beans lah..
Yummyy..!!

satu slice dah kena curi

Bahan-bahan

                     100g tepung gandum
                     40g gula
                     80g butter sejuk dr peti ais
                     sedikit garam

Inti
                    3 biji epal - kupas dan potong dadu
                     2 sudu mkn gula perang
                     1/2 sudu kecil serbuk cinnamon

Cara-cara
                     Satukan semua bhn crumble sehingga menjadi serbuk breadcrumb. 
                     Dalam mangkuk lain, satukan semua inti dan gaul sebati. 
                     Ambil sedikit dr adunan crumb dan tekan padat di dasar loyang.tk perlu terlalu tebal.
           (tp jika ingin lapisan tebal wat adunan crumble 11/2 adunan).
           Bakar sekejap dlm 10minit.
                     Kemudian masukkan inti. 
          Tutup inti dengan menaburkan lebihan crumb tadi.
                     Bakar lagi suhu 180 hingga kekuning2an.
                     Siap dihidang. Enak juga jika dimasukkan ke dalam peti sejuk



Selamat Mencuba

Saturday, 18 December 2010

Feng shui

Sorang my friend cina Mr Yap,  memang pakar Fengshui ni. Ni masa dok JB dulu lah.
Dia suka betul ajar aku tentang feng shui ni. Sikit-sikit sukalah. Tapi tak adalah nak addict sangat.
So-so jer lah. Tapi kalau fikir-fikir ada logiknya jugalah.
Contohnya, Mr Yap kata anak dara jangan tidur dekat dinding yang belakangnya ada dapur masak.
Nanti jodohnya lambat sebab panas. Logiknya kalau tidur dekat dengan dinding yang belakangnya ada dapur masak kan panas, kalau panas tak selesa nak tidur kan..??
Actually banyak lagi lah kalau ikut logiknya ada sebab Feng shui tu.

1st time jumpa Mr Yap ni dia kata
"wah besarnya mata u" ahaks..malunya kalau orang kata mata aku besar.
Mr Yap kata kalau perempuan mata besar husband untung banyak.
He..he.. ya ker...dengar jer lah dulu.
Lepas tu dia kata kalau telinga besar kaya.
Ha..ha..apa yang tak besar kat aku ni semua besar sebab orang pun dah besar wakakkakaa...

Paling aku suka kalau Mr Yap cakap pasal feng shui dan tapak tangan.
Sampai aku rasa aku expert pulak part ni. Ha..ha..
Kalau perempuan tengok tangan kanan, kalau lelaki tangan kiri.

Dulu dia cek tangan aku, banyak benda yang dia cakap tu kebetulan pulak.
Macam-macam dia kata future aku masa tu. Ha..ha..aku yang suka ni dengar jer lah
tapi tak de lah taksub tahap gaban.
Cuma aku tak akan tanya bila aku akan mati, sebab yang tu urusan Allah.
Tak da sebab nak percaya benda-benda ni 100 %

Sekarang kan kalau dok berdua ngan Mr Hubby aku suka belek-belek tangan dia.
Pastu bila aku cakap tu cakap ni..mulalah Mr Hubby kata aku taksub
Waaaaa..wa....mana ada kita suka-suka jer lah yang...

Ha..ha..sesekali tengok Feng shui best gak tau..
tapi jangan ler percaya sangat ok..

garisan tangan perempuan

Garisan tangan lelaki

Friday, 17 December 2010

Menyampahnya...

Paling menyampah kalau que panjang nak bayar tol kereta depan ambik masa punyalah lama.
Sakit hati sangat-sangat tengok orang cam ni.
Dah tau masuk jalan yang kena bayar tol, readylah siang-siangkan..??
kalau tak boleh adakan duit awal-awal at least kuarkan wallet tu awal-awal.
Kalau ada orang sebelah, suh dia tolong readykan awal-awal.
Ni tak menyusahkan orang belakang,
Masa nilah baru nak cari wallet, masa ni gaklah wallet tu dok kat kerusi belakang.
Masa ni plak duit tu besau tak hengat. geram tau.
Kalau dah jem, kena pulak menunggu lama
Isk..!! sakit hati gak.
Bukan kat line tunai jer, kadang-kadang kat line Touch & Go  (T&G) pun sama.
Masa ni lah lupa letak mana kad T&G tu, tak pun credit dalam tu tak cukup..
Adeii..!! kenalah begi dia jalan masul line tunai plak.
Geram-geram.
Lain kali tu dah tau nak masuk jalan yang ada tol readylah awal-awal.
Taklah menyusahkan orang belakang tu. Ntah-ntah orang belakang tu ada urgent kan.

Em..renung-renungkanlah...

Selamat bertunang Mohd Fikri & Neysa

Sorang lagi anak sedara belah Mr Hubby aku bertunang. Kejap jer rasa masa ni berjalan. Rasa baru hari tu semua ni kecik-kecik, comot-comot. La ni dah nak khawin dah..
Sat lagi jadi Nenek & Datuk lah kita orang ek.
Last week yang bertunang Mohd Fikri & Neysa.
Dekat jer sebelah taman, tapi pihak perempuan buat kat umah Neneknya kat Klang. Jauhlah sikit ngantar
rombongan meminangnya.  Majlis dijangka Jun 2011.
Oh...termemori jap masa aku bertunang dulu ahaks...
Apapun didoakan semoga pasangan ni tabah dengan ujian dalam bertunang ni. Semoga kekal hingga ke ikatan suami isteri amin...

Dengan bakal mak mertua

Cincin tersarung tanda dah berpunya

Keluarga yang bakal bersatu dengan silaturahim
Insyallah

Bakal besan

Yang ni pasangan lama yang masih hot hoccay
he..he..






Monday, 13 December 2010

FB Connecting people

Sebelum ada FB aku ada MY space, since dari aku dok JB lagi. Tapi tak berapa aktif.
Sebab tak best ha..ha... (kena saman tak ni nanti....!!!!  ~~~ ngeeehhhh...)
Pindah KL tahun 2008 baru belajar min muka buka ni a.k.a pesbuk

Best pulak ada muka buku ni, jumpa kawan-kawan lama yang satu sekolah, satu kerja,
satu rumah masa bujang, kawan masa comot-comot dulu  best-best...
Opsss...kawa yang penah ada hati dan perasaan tak masuk hoccay..
Tak tersenarai dan tak akan tersenarai...

Bila jumpa balik dah umur 3 series ni ada yang tak kenal...ya lah kan ada yang dah hampir 22 tahun tak jumpa. Jumpa-jumpa saiz dah xtra lebar-lebar mana nak kenal kan..
Yang dulu comot-comot dah cantik jelita, cam artis pun ada vouge lagi.
Yang dulu dok usung beg pasar malam, la ni dah usung yang ada brand.
Mana nak kenal kan..tambah-tambah dengan heel 2, 3 inci tu..
Yang best bila masing-masing dah ada anak..
Oh..dah jadi Auntie rupanya..punya anak buah berderet-deret..
Memang best sangat-sangat..

Ada juga yang tak best, dengar ceta depa. Ceta-ceta sedeh yang melukakan hati derang.
Erm..suratan hidup masing-masing, dah tertulis sejak azali lagi.

Dapat pulak kenal kawan-kawan baru. Ada yang dah jumpa.
(Sampai  ke Brunei tau jumpa kawan pesbuk ni)
Ada yang mesra kat muka buku ni jer...
Jangan salah paham semua ni kawan-kawan jerrr...
(kan dah kata dulu if single pun, tak akan cari BF on maya ni)

Eh ada yang jumpa BF/GF lama ek.
Isk-isk..!! berhubung lagi ke u all...???
 erm..oh wife/husband derang ok..
Kalau ok tak apalah...kalau tak ok...sapa nak jawap kan...
Oh..tu ceta lama ya...tapi ada yang sangkut balik apa cer tu.....???

Apapun pes buk ni cam wajib plak semua ada. Adik aku yang darjah 5 pun ada.
Kawan-kawan dia umur baya-baya dialah. Pantau tetap pantau...
tak mo lah ada yang terseleweng..depa budak lagi..buka pun akak dia cek hari-hari
Sebab akak dia pun ada pasword derang he..he...

Ada antara kawan-kawan kita yang dah tak ada..
Cam terkejut kan...tapi allah lebih sayangkan mereka.
Dijemput ilahi tu tak kira muda ke tua, sihat ke sakit..
janji allah tetap janji..
Alfatihah untuk semua.....

Alfatihah juga untuk kita semua...


Ni kak Nooriah
dari Brunei..
2nd time dating, kat rumah dia Brunei
~ kak Nooriah ~

1st time jumpa kak Nooriah masa dia balik Kedah


Lepas hampir 22 tahun baru jumpa.
comel-comel anaknya
~ Faradyba ~

Ni kawan sekampung.
Kalau tak sekolah rumah dialah aku melepak.
Jap-jap baik, jap lagi gaduh, jap lagi ketawa tak ingat
Dah cam umah no 2
anak nak masuk 3
~Aisyah ~

Masa sekolah dia cam ceti kat kita orang
Bagi orang pinjam duit pas tu hari-hari bawak buku 555 nya
kutip hutang ahhahaaa....!!!!
Masa dia pindah sekolah  tetiba lost contact
Siap announcement dalam radio best 104 cari dia, rindu sangat-sangat
Dulu diapangil aku apek...tak tau napa..
last jumpa tahun 2004 tak silap
anak dah 2, rindunya..
~ Hamidah ~

Last jumpa masa dia Nikah,
Jumpa-jumpa anak dah 2,
Raya hari tu ada datang bawak anak-anak.
Ada gambar sesama tapi mana ek pic tu..cari-cari tak jumpa
Tak berubah tetap comel cam dulu
oh...ni ketua kelas masa form 2, form 3 dulu
~Rafidah ~

Memula jadi kawan kat FB.
Rupanya kami setaman.
Raya tahun ni tak jumpa pun..
Ni pic last year...
Ada yang kenal ker..???
~ Norli Tamam ~

Yang ni pernah tolong aku masa susah dulu.
Tak pernah dan tak akan lupa.
Kawan sekampung tadika lagi.
Rumah kami dekat sangat-sangat
tapi since dia kawen memang tak pernah jumpa sampai anak 2 dah ni.
Nak jumpa asyik tak jadi-jadi jer..tup-tup jumpa daam FB
Pernah satu dorm sama-sama.

Masa backpakers Makasar datang KL bulan 2 haritu
Join dengan Backpakers Malaysia
terus jadi member FB
masa holiday kat Bandung tu merasa naik angkot kawan nilah yang bawak..
~ Erick ~

Ni Tadika  Kemas Desa Temu Jodoh
Tahun 1983
Semua jumpa dalam Fb jer padahal sekampung

Bestkan...?? ada kawan baru, ada kawan lama jumpa dalam pesbuk.. boleh tahu perkembangan diri memasing yang dah sedia kemang ekekekee...!!!!




Saturday, 11 December 2010

December dan ceritanya..

Dah beberapa kali December tak dapat mencoteng muka orang.
Masa kat JB dulu kalau December memang busy. Masa nilah banyak kilang-kilang, opis-opis dan yang sewaktu dengannya nak buat Dinner. Masa ni lah rezeki aku masyuk.
Alhamdulillah. Seawal November lagi dah ramai yang booking nak aku make up kan derang.
Kadang-kadang sehari sampai 7 orang, kalau make up jer oklah. Tapi kalau kena buat rambut
sekali memang nak patah pinggang. Tapi bila dengar derang suka ngan hasil aku hilang penat weh...

Actually aku memang ada kemahiran bab menconteng muka orang dengan seninya & buat rambut sekali.
cuma kalau dah make up ramai sangat dalam sehari memang hilang mood nak buat rambut. Last-last aku suh dia gi jer salon  set rambut kat sana..he..he.. nak-nak kalau yang nak sanggul bagai.
Pergh...rewel wooo...!!!

Ada sekali tu, sorang customer aku yang nak gi "date" minta aku make up & set kan rambut. Dia nak aku curly kan rambut dia. Tapi tak nak permanent nak temporary jer..Suka sangat cutomer tu ha..ha..

3 perkara yang aku suka tengok kat perempuan bila aku keluar.
Pertama kasut dia.. (ha..ha..tak abis-abis ngan kasut ek..)
Kedua rambut dia..lately ni aku admire dengan perempuan rambut pendek.
Teringat Sofea Jane masa dia acting "Cinta Kita" tu, Cute sangat aku rasa masa tu.
Ketiga Make up dia, sekarang ni dah semakin ramai yang make up simple.
Taklah cam mak jarah, mata jalan dulu .
Sebab..??? ya lah kalau dah tengah-tengah hari buta baju biru mata pun nak tenyeh biru
Ya allah. Kadang-kadang nak gelak pun ada. Dulu cikgu aku selalu ingatkan 2 perkara jangan jalan dulu.
Mata dengan bibir. he..he..ada lagi ker orang pakai gincu merah menyala ni, jalan kat shopping complex.
Rasa dah tak ada kecuali ada event-event yang kena glamour, & Dinner sesuailah kan.

Aku bukan lah pakar sangat dalam bab ni, setakat pengalama sejemput tu jer. Aku cuba praktikan apa yang aku belajar dulu sikit-sikit selebihnya belajar melalui pemerhatian.
Lepas tu kena selalu praktikan. Walaupun aku dah malas nak make up lately ni.
Tak tak tau napa. Nak-nak lagi nak menenyeh maskara memang dah malas.
Kang kalau berenti solat kat mana-mana susah nak bersihkan. kena angkut semua benda malas dah..
Tapi sesekali tu make up jugalah..cuma dah tak sekerap dulu.

December kali ni dah 3x aku tinggalkan kerjaya ni. Bukan tak nak buat lagi tapi makin lama rasa cam nak pencen ha..ha.. Tahun lepas ada sorang customer tu dia 3 beradik call aku dari JB beria-ia minta aku makeupkan dia nak tunang. Bukan tak nak. Tapi aku takut janji-janji tak terbuat. Almaklumlah PA Mr Hubby kan ha..ha..Ada masa rindu dengan kerenah customer ni. Ya lah tak semua orang tu kalau kita make up kan menyerah muka bulat-bulat. Ada yang komplen juga, kata gincu kurang merah lah...
mata nak sama dengan warna baju...pas tu kalau kita buat soket dia nak smokey. Erm..mencabar tau kalau dapat customer cam ni. Tak boleh nak salahkan customer 100% gak. May ber dah gaya make up dia cam tu selama ni. So dia rasa tu lah yang terbaik. Bila kita buat lain sikit mula-mula memang dia nampak panic.
Tapi bila dia tengok hasilnya, sampai telinga senyumnya...

Kalau ada duit lebih bolehlah masuk "grooming Class" nanti dia ajarlah cara nak berfesyen & make up yang sesuai ngan kita. Tak semua fesyen & make up tu sesuai dengan kita. Ada yang nampak pelik walau kita rasa cantik dan anggun. Ada juga warna-warna yang buat kita nampak kusam tak naik aura.
Cuma kita jer yang tak perasan.

Erm..apa-apapun..aku tetap rindukan semua customer-customer aku dulu.
Yang selalu buat facial pun aku rindu gak tau. He..he..
December kali ni aku terus semakin melupakan bidang ni.

Gedik-gedik santai

Malam sebelumnya kat Menara Tinjau Ampang, Hujan..hampeh.
benyek seme muka budak-budak ni, tak dapat jimba-jimba tengok KL  waktu malam.

Lepas tu kat Putrajaya cuaca elok jer esoknya.
Macam acara wajib jer derang ni kalau datang Kl mesti nak gi Putrajaya.
Best katanya. Tapi masa pergi tu kawasan dataran depan Masjid tu under renovation.
Kalau ada budak-budak jer we all ke sini, Kalau tak sangat jarang.
Jom tengok gambar gedik-gedik santai ni..

Start dah nak main kejar-kejar

Nampak tak sapa kat celah-celah bunga tuh

Ha..ha..ha...

Nana & wawa

kami 4 beradik

mereng sudah....

Yang ni tak tau apa ceritanya...

Wawa the star

Eh ada Nina rupanya...

Love my little sister

5 minit sekali mood dia boleh berubah-ubah
jap suka..
jap gedik,
jap lagi menangis-nangis nak ibu,
Jap lagi merajuk ha..ha..
jap tersengeh-sengeh..

Perasan tak...???
ha..ha..baju Nina yang Mimi pakai ni

Yang ni Wawa
Gengstar ropol-ropol dari kg Dusun
wakakkakaa...!!!

Ginilah kalau ramai adik beradik.
 Ni tak cukup korum lagi, kalau ada semua mau runtuh Putrajaya ni..
we are happy family..
~~ngeeehhhh.....

Friday, 10 December 2010

Roti Cinamon & teh o panas

Roti...roti...lama-lama pun muka bolat cam roti.
He..he..tapi chumill tak apa kan...statement perasan gila kentang.
petang tadi buat roti, asalnya roti ni ala-ala roti boy yang ada rasa coffee atas dia tu,
Tapi aku tukar sikit jadikan dia ala-ala "cinnamon bread" lah..
Ikut resepi sana sikit resepi sini sikit. Jadi juga roti cinnamon ni.
Erm..sedap..ha..ha..perasan jap..
Aku cakap sedap sebab aku dah bedal 4 ketul, kira sedap lah tu kot..

Actually roti ni akan jadi cam siput,
Tapi aku buat shortcut sebab nak cepat, bulat-bulatkan
cam pau cinnamon, gula perang & butter satukan kat tengah2 tu he..he..
(ni orang malas, jangan ikut)

Lepas bulat-bulatkan, letak segala mak nenek tu..
letak dalam foil ni..gebusss je naik..
(ni stail orang malas yer..)

Yang ni, bulat-bulatkan susun  rapat-rapat atas foil yang besar sikit.
Atas yang hitam tu tertabur cinnamon lebih he..he..
sedap makan ngan teh O panas-panas

Ada kawan makan sedaplah..kalau berdua jer..stok seminggu pun tak habis lagi  ni ha..ha...