Insyaallah..
Lamakan tak update blog ni, cam dah banyak sawang, kasi vakum sat baru ler nampak entry baru huk..huk..
Raya kali ni kat kampung aku, ni 2nd time raya kampung sendiri. Sebelum ni memang tak ada sistem giliran ikut suka hati..so jadilah 6x raya umah mertua. Buat pengetahuan korang 6x ni pun aku yang request ek..
Best wehh..raya umah mertua aku...exactly kampung sejati. memang meriah. Bukan lah kata kampung aku tak meriah tapi dah more to cam bandar dah..semua balik kampung huk..huk..Marhaban pun after seminggu raya. Tapi sejak dok KL memang dah buat sistem giliran. Tetiba jer kan buat sistem giliran..
Seronoknya kali ni adik beradik semua kumpul (adik aku yang kat Singapore malam raya pertama baru sampai, raya ngan mak mertua dulu kat sana). Kuarga besar memang meriah. Dengan macam-macam ragam lagi, huk..huk..cam nak runtuh umah tu.
Pagi raya jumaat tu hujan, hujan rahmat alhamdulillah. Sebelum balik umah nyai (nenek) aku kat Senggarang.
Mak ngan ayah terus ke kubur arwah Yai (datuk), aku tak ikut coz tak sampai hati nak ikut
(masih bersedih sesangat lepas dia pergi dulu, lagi satu aku takut tak boleh kawal perasaan) macam yang aku pernah kata dulu segala moment2 yang manis masih basah dalam ingatan aku. Tak melawat kubur tak bermakna aku tak ingat... ~~AL FATIHAH~~
Lepas tu baru aku round satu kampung he..he.. biasalah umah sedara mara belah mak aku, belah ayah aku yang ada kat Parit Raja. Kalau tak raya tak jumpa, alih-alih semua dah membiak ha..ha..
Selalunya aku tertinggal keta api coz raya kat Sekinchan dulu, kali ni dapat jumpa semer yang jarang jumpa.
Petang aku ke Singapore, beraya umah adik aku yang kat sana. Meriahnya kat sini yang aku nampak semua sedondon sekayu, dari mak ayah anak-anak, maknya ngan bapaknya semua sama jer baju. Memang glamour. Tapi dah tak ada yang nek lorry pick up pakai glamer2 gi beraya kat sini, dengar2 dah x boleh erm..tak taulah tak ambik port sangat.
Raya ke 2 baru gerak ke Muar saudara mara belah ayah, arwah atuk ngan nenek dah tak ada. Yang ada adik beradik ayah. Kat belah ayah memang ramai sepupu2 yang umur lebih kurang aku, ha..ha..cam aku cakap tadi memasing dah membiak..berderet handbeg, ngeh..ngeh....kecoh memasing nak ceta.
Kalau buat reunion kuarga ayah ni cucu jer lebih dekat 100, cicit dah nak khawin..memang ada yang tak kenal lah jawapnya ramai sangat. Dari Muar ke Batu Pahat lagi then terus ker Simpang Renggam.
Seronok raya kali ni, sampai raya ke 5 adik beradik masih sama2 beraya. Alhamdulillah...
Harap-harap tahun depan bertambah lagi keluarga kitaorang ek...
Ni adik beradik + menantu + cucu-cucu
2nd day raya
Masa ni 1st day raya, tak cukup satu family
Taaa...daaa...!!!! ni lah kami 11 beradik
ngan mak & ayah
Ada rezeki ada umur yang panjang jumpa kita di lebaran akan datang InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment