Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Friday 16 April 2010

Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK)


Rumal Amal Limpahan Kasih

11 April yang lepas aku join kelab Satria ngan kawan2 FB ke RALK Puchong
(walaupun tak bawak satria tapi diaorang sporting)
RALK ni terletak kat Kampung Sri Aman Batu 13 Puchong,
Mula dibuka pada tahun 2006,
RALK ni salah satu pusat kebajikan yang ada kat Selangor, antara yang dinaungi adalah anak2 yatim,
anak fakir miskin, warga emas, ibu tunggal, dan golongan yang layak menerima zakat.
Selain tu RALK juga menerima saudara baru, membantu mengislamkan mereka dan membantu dari segi rohaniah..

Pusat ini bergerak sendiri tanpa bantuan kerajaan, dana yang mereka perolehi melalui
beberapa sumber pendapatan yang mereka perolehi seperti..
kedai makan, nursery bunga, butik yang menjual baju & tudung (akan datang tempahan juga boleh dibuat disini) jualan kuih2 kering dan sumbangan dari perseorangan atau syarikat.
Secara tak lansung RALK melatih anak2 disini seluk beluk perniagaan...
sekurang2nya mereka keluar nanti ada pengalaman yang oleh mereka gunakan..
Pun begitu aku difahamkan projek2 ini masih belum mampu menampung perbelanjaan
yang tinggi di RALK ni..

Mereka juga memerlukan dana sebanyak RM 1.5 juta untuk membina kompleks RALK yang lengkap.
Manalah tau ada dermawan2 yang sudi tanam saham akhiratkan..bolehlah salurkan ke RALK.
Tak dermawan pun boleh sumbangkan seberapa yang mampu..
saham akhirat tak kira banyak ke sikit RM yang kita sumbangkan..yang penting ikhlass..

Pesan Abu Hurairah dalam hadisnya...

بِسْـــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).”


RALK memerlukan sumbangan seperti:

Makanan: bahan asas seperti beras, minyak masak, telur, ikan bilis, milo, rempah ratus dan lain2

Keperluan harian: sabun basuh, sabun mandi, ubat gigi, syampoo, pencuci lantai, pencuci tandas

Peralatan pejabat: baru/terpakai, komputer, printer, faks, meja pejabat, rak buku, kertas A4

Semua sumbangan ni kalau tak dapat hantar pihak RALK boleh datang ambil, sumbangan kewangan pun sangat2 digalakan...selain tu kalau ada yang nak sumbangkan tenaga kat RALK pun sangat digalakan
seperti..mengajar anak2 RALK atau membantu kerja2 di RALK. Adik2 disni juga perlu dimotivasikan..supaya mereka tahu mereka sebenarnya disayangi, dikasihi, dan dilindungi...

Alhamdulillah sampai gak tghari tu kat RALK, cuaca memang panas, panas sesangat.
Tapi tgk jer muka adik2 kat RALK hilang rasa panas..
 (aku memang tak tahan panas, kalau panas senang nak dapat maigrain)
tapi hari tu aku cool jer walaupun panas - Alhamdulillah..
sampai2 ada sikit ucapan dari wakil kelab satria, dan sumbangan dari kami semua..
banyak sumbangan yang dibawa dari kelab satria dan sumbangan peribadi persendirian termasuk aku...
apa aku bagi..????
erm...tak payah tulislah..janji ikhlas kan..cuma aku harap ini bukan terakhir kami disini
aku nak datang lagi..bebilalah..tenguk adik2 yang rasa dekat kat hati ni..
yang penting nak tenguk Adib...penghuni paling muda kat RALK ni
baru 5 bulan..tapi dah kena tinggal mak...sedehnya...

Anak penghuni RALK paling muda baby Adib

Ada beberapa game yang diaorang buat kat RALK ni..seronok + fun sangat..
tenguk adik2 kat situ enjoy kitaorang yang datang pun enjoy sama..

Antara game yang diadakan di RALK

Aku harap ini bukan yang terakhir aku kesini..
Aku janji aku akan kembali...kembali demi adik2 ku..

Antara anak2 RALK

Sebelum balik...

Banyak perancangan yang aku rancang...aku harap dapat sokonganh teman2 dan keluarga..
Aku harap doa & harapan ni di makbulkan Allah...
amin...amin....

No comments: