Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Wednesday, 25 May 2011

Cerita pasal kasut

Azam tahun 2011 memang nak kurangkan beli kasut. Hujung tahun lepas ada lebih 4 pasang yang tak terpakai.
Belum yang pakai sekali jer pas tu peram, yang sesekali  pakai pun ada pas tu peram lagi.
Ada yang kononnya sayang nak pakai peram juga.
Paling ralat wedges Elle yang pakai tak sampai 5x tu tau-tau dah berkudis tapak dalamnya.
Rasa nak menangis pun ada. Cepat-cepat keluarkan hush puppies dari kotak kot-kot dia menjangkit penyakit yang sama. Sayang, walaupun banyak kasut tapi ada juga sifat pilih kasih kat kasut-kasut ni ha..ha..
Lately ni senang sarung sandal camel tu jer. Tak tau napa. Maybe dah masuk 3 series kot tu yang nak selesa dari yang cantik.

Baru-baru ni kalau ke memana Mall kat KL ni suka betul masuk butik skechers.
Mula-mula tak minat. lama-lama tengok cantik-cantik & nampak selesa pulak.
Aku ada belikan adik aku skechers ni sebelum ni. Dia pun cakap comfort sangat kasut ni..
Erm...nak try jugalah he..he..
MH pun pilih 2 pasang masa kat Midvalley tu. Alang-alang beli sekali jalan lah.
Mak Mertua punya ni beli masa kat Jusco Wangsa Maju.

Ohh...!!! bestnya kasut ni

La..la..la... he..he..

Wedges skechers

Keluarga baru

Ini MH yang punya
Fevret sandal MH

Keluarga baru juga

Ini juga keluarga baru
Sandal MH yang punya

Ini untuk mak mertua 

Yang ini tetap menjadi pojaan  dan kesayangan hati 
Tu yang cakap ada pilih kasih kat kasut-kasut ni

                                                            











Dadih home made

Ni 1st time buat dadih sendiri. Selalu adik yang buat, tak pun beli jer kalau tekak ni terasa nak makan.
Mothers day hari tu tergerak nak buat & bagi kat anak-anak puchong.
Oh..senang jer rupanya buat dadih ni he..he..
rasa nak jadi peniaga dadih pulak lah lepas ni...
Ada yang nak beli tak ha..ha..

Cara nak buat, aku follow jer cara-cara kat belakang paket dadih tu.
Senang dan cepat di masak

60 cawan dengan 3 perisa. Cokelat, jagung & laici
Sebab buat malam nak hantar keesokannya, semua duduk dalm esbok diam-diam dulu



Trengganu lagi

Lepas balik majlis khawin kat Pahang terus ajak MH ke Trengganu. Mood nak makan keropok lekor fresh
kat tepi Pantai kelulut tu.
Kali ni memang tak ada agenda khusus, senang kata saja jalan-jalan jer. Memula nak ajak MH ke Pulau kapas lagi, tapi dia kata dia baru balik dari laut & akan ke laut lagi, macam nak muntah hijau tengok laut.
Tu yang saja jalan-jalan jer...
Kenapa ya, tiap kali ke Trengganu hati ni rasa lapang jer, rasa seronok sangat-sangat.
Macam nak kena ada rumah kat Trengganu jer ha..ha..

Resort kat Batu Buruk,
Tak ingat nama Resort ni apa, depan Resort Indah Resort yang 
we all duduk bulan 3 dulu



Cantik view dia

Ni macam acara wajib kalau datang Trengganu
Bazar Warisan depan pasar payang. Dah bertahun-tahun jadi pelanggan tetap.
Boleh call minta batik n warna apa, nanti dia akan pos kan walaupun sehelai.
Tapi best kalau dapat pilih sendiri kat butik dialah kan he...he...

Berpinar mata nak pilih mana, seperti biasa MH yang akan memilih 
  
Bulan 3 hari tu 5 pasang MH pilih, kali ni dia pilih 4 pasang lagi.
Tak banyak rewel so apa pilihan MH memang terbaik

Nak cuba pakai biru, biasa pakai biru namapak mute je muka ni..
Tengok apa jadi kalau pakai biru ni, kalau ok boleh cari biru lagi

Batik hitam & putih ni ulangan warna, MH suka sangat warna ni, so MH pilih
sekali lagi dua warna ni..Cokelat tu pun ulangan. Sebelum ni pilih cokelat more to gold, belum hantar
tailor lagi. kali ni pilih dark cokelat. Sepasang dengan MH punya batik.

Senyum sokmo he..he..
Nak cari kedai pengantin pulak.. pilih barang untuk sis in law

yang bukit bukau tu Pemandangan Pulau kapas dari darat.
Rindunya nak datang lagi, masa ni tengah tunggu sotong tepung & kopok gete kat Pantai kelulut

Pantai kelulut with My Chenta

Nama pun jalan-jalan...
Jom jalan-jalan

Pusing sana..pusing sini
nama pun jalan-jalan he..he,,

Pilih inner, cantik-cantik juga, inner kat sini

Me & Chenta hati

Sepetang di Kelulut




Selamat pengantin Baru Siti & Shahir

15hb May yang lepas aku ke majlis khawin sepupu aku kat Felda Lepar Utara Satu, Pahang.
pertama kali sampai masa umur 12 tahun dulu, banyak dah berubah tempat ni.
Dari Kl cuma aku dengan MH jer. Family aku datang dari Segamat 4 kereta, tapi 1 kereta sampai lewat sebab kena tinggal he..he..

Akad nikah

Alhamdulillah selesai semuanya...

Semoga bahagia ke akhir hayat

Kami
Adik-adik, sepupu & anak saudara

Inilah Rombongan kami  seronok sesekali dapat berkumpul macam ni

Unik ahli kompangnya.. perempuan..
biasa tengok lelaki

Konvoi dari Segamat semua pakai walkie talkie,
sponser dari Ayah he..he..

We all masih setia dengan Garmin ni.
Memula rasa tak best lama-lama syiok pulak..
Jarang menghampakan


Apapun.. Tahniah sekali lagi buat Siti & Shahir, Semoga bahagia keakhir hayat 
Amin..amin...




Thursday, 12 May 2011

Nina lagi...... Yang terkini

Sejak potong rambut haritu dia tak mo tayang rambut pendek dia.
Pergi sekolah dia pakai scarf yang tutup semua rambut dia, so tak perasan sangatlah kawan-kawan dia.
Ini Nina yang terkini, ha..ha..comel gak..

Jap lagi rambut dah molek tak tau mana dia campak key tu....
Biasalah budak-budak suka nak pakai suka nak togel 
Mujur budak kalau orang tua huk..huk..

Nina...Nina..macam-macam hal dia
ha...ha...

Berniaga biar jujur

9 dari 10 rezeki atas bumi ni datangnya dari perniagaan. Macam-macam jenis perniagaan yang boleh mendatangkan keuntungan kepada kita. Sebebsar mana perniagaan kita itu biarlah dengan cara jujur, bukan keuntungan semata-mata.
Ini cerita minggu lepas. Habis jer meting komuniti di Saujana Utama terus gerak nak ke Giant Kota Damansara.
Dalam perjalanan tekak teringin nak makan pisang goreng.
Masuk Alam Budiman lepas guard tu adalah makcik jual pisang, yang turun MH.
Aku cuma pesan kalau ada sukun ke keladi ke belikan sekali.
Keladi, sukun tak ada yang ada pisang yang aku tengok sangat-sangat tak juicy tu.
kata MH dia nak cancel syok, kesian agaknya tengok makcik tu.
Pisang tu bukan jer tak juicy tapi mentah..aku rasa gak sebiji. Memang tak boleh telan.
Mentah..keras..
Macamanalah tergamak jual benda yang tak sepatutnya ek...
patutlah tadi ada akak tu dah datang tengok-tengok tapi cancel. MH tak sampai hati nak blah cam tu jer
beli juga walaupun dah tau tak sedap, tapi sungguh tekak ni memang tak boleh menerima lansung.
Kelat, keras...
Sedehnya...tengok orang melayu berniaga tak jujur ni...

Nilaikan sendiri


Sunday, 8 May 2011

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu buat mak tersayang Hajah Saminah dan Mak Mertua tercinta
Hajan Senah.
Dua-dua istimewa bagi aku.
Mak..walaupun tak ada anugerah yang tercatat, tapi jasa-jasa Mak tak terbalas dengan apa yang aku bagi selama ni. Susah senang dan dalam kepayahan mak membesarkan aku dan adik-adik sangat aku hargai.
Saat-saat kemiskinan dan kesusahan satu masa dulu mak tabah dihina dan di kata.
Mak, siapa pun tak akan dapat mengantikan tempat Mak.
Doa Mak yang mengiringi kebahagiaan aku saat ni. Nasihat Mak yang masih jadi rujukan waktu ni.
Mak, doakan kami anak-anak mak tak pernah putus untuk Mak..
Mak mertua...
Terima Kasih menerima aku sebagai menantu dalam keluarga yang terhormat ni.
Terima kasih mak yang tak terhingga kerana memberikan aku sesuatu yang sangat mak sayang.
Kerana doa dan keredaan mak aku bahagia dengan orang yang aku sayang saat ni.
Kerana Mak juga aku dihargai sebagai wanita.
Mak..janji aku akan jadi isteri yang solehah untuk anak Mak.
Mak..doakan kebahagiaan kami hingga ke Jannah nanti Mak..
Mak..doa untuk Mak tiada penghujungnya...

Selamat Hari Ibu juga buat semua adik-adik aku, kakak-kaka ipar aku, kawan-kawan juga teman-teman yang bergelar Ibu...
Al-Fatihah untuk Ibu-Ibu kita, mudahan-mudahan pahala Fatihah kita sampai buat Ibu-Ibu tersayang...
Amin...

Hajah Senah & Hajah Saminah



Saturday, 7 May 2011

Happy Besday Ayah

Happy Besday ke 58 tahun buat Ayah tercinta Mohd Sharkawi Hj Abdul Hamid.
pada 3 Mei 2011 yang lepas.
Semoga ayah dikurniakan kesihatan yang baik, diberkati dalam hidup.
Dan bahagia dengan kami semua.
Last year we all adik beradik bagi ayah jaket. Handsome ayah pakai.
Tahun ni aku dah ada apa nak bagi, adik-adik tak taulah apa derang bagi.
Tunggu balik kampung baru bagi. he..he..

Ayah & mak terselit tu Bagus, dia memang tak boleh tengok Mak & Ayah berdua

Alhamdulillah, ayah dikurnia kan kesihatan yang baik.
Kadang-kadang masih berjogging dengan mak dan adik-adik keliling kampung.
Kalau ke masjid senang naik basikal exercise katanya.
Selain aktif bersukan badminton, sepak takraw,  ayah punya suara yang sangat sedap kalau mengaji. Dulu-dulu kalau naik jer kereta kemana-mana memang ayah tak buka radio, ayah akan mengaji sepanjang perjalanan. Masyallah suara ayah memang sedap
Pernah jadi wakil Segamat untuk musabaqah. Johan peringkat kem.
Alhamdulillah juga anak-anak ayah ada yang ikut bakat ayah.

34 tahun yang lepas.
Mudah-mudahan Ayah & mak bahagia hingga keakhir hayat.



Sayangnya....dah koyak

Last pakai bulan lepas, beberapa hari lepas masa nak iron
baru perasan lengan dia dah koyak...
Warghh..!!!!!!!!!!! rasa nak menangis sangat.  Sedehnya.
Baju ni sedap pakai, harga pun sedap warghhh..!!!!
Cepatnya jadi arwah.. Macamana boleh koyak ni.
Sungguh tak perasan.. biasa kalau linen memang tak masuk mesen basuh,
rendam sekejap & basuh pakai tangan jer. Detergen dia pun ada sendiri. tapi selalu share
ngan silk jer lah. Tapi bulan lepas seingat aku aku campak dalam mesen.
Huk..huk..sebab malas nak hand wash..tu pun sekejap jer.
Sebab malas aku dapat hadiah ni....sedehnya

Nak cuba juga selamatkan..
Samaada sendiri repair atau hantar taylor, sayanglah baru beberapa kali pakai

Nama brand ni pun dah macam perli jer kan..ha..ha..
Beli kat Astana, Plaza Angsana


Lobster

Lobster dari Dungun. Encik suami yang beli lepas turun dari offshore.
Tak pernah masak, biasa makan jer ha..ha..
Erm..nak masak apa...
Google punya google kita bako jer ngan cheese ek..

Nyum..nyum..



Kita bako jer...

Rasanya..???? erm..sedap...nyum..nyum...



Selamat Pengantin Baru

Tahniah buat adik aku Nurul Ain @ Mek yang dah selamat jadi isteri orang bulan lepas.
Aku tak dapat datang majlis belah Mek kat Taman Dahlia JB.
Masa ni MH nak ke offshore esoknya. So memang tak sempat.
We all decide nak pegi majlis lelakinya kat Johol negeri Sembilan 30 April jer.

Masa aku sampai Pengantin tengah sesi photografi. Aku sampai pukul 4.30 petang.
Ha..ha..GPS tak membantu lansung. Peta rumah pengantin pun macam tak lengkap jer.
Sudahnya berpusing2 lah we all cari rumah pengantin ha..ha..
(Kalau kat area Sekinchan jangan kan pukul 4.30 petang lepas Zuhur pun periuk belanga dah clear)
Dari pukul 12.30 gerak dari KL punyalah lama kan nak sampai.
Masa balik dekat jer tak sampai 3 jam pun dah sampai bukan sampai rumah nun kat berjaya Time Square
Punyalah lapar, sebab nak makan rumah pengantin sanggup tahan perut. Sedap betul ayam golek
rumah pengantin...sampai la ni terasa rasa kat tekak...


Dari blog Pengantin..
Tak done nak ambik-ambik gambar ni

Tengok tanda dah diikat..
Pengantin pakai inai aku pun sibuk berinai juga ha..ha..



Friday, 6 May 2011

Rambut baru Nina lagi

Adeiiii ...!!! nak tergolek Mak Long ngan Ibu Nina kontrol budak ni.
Punyalah melalak satu pekan Chaah dengar. Cina yang potong rambut tu pun dah pening dah...
Sampai dua orang pegang kepala Nina. Mula-mula suka bila Nina nampak rambut dia dah kontot terus dia
melalak...terjerit-jerit cakap.."Nina tak nak macam ni..Nina tak nak macam ni "
Paling haru bila dia kata "Nina nak rambut Nina balik....warghhhh...!!!!!!!!!!!!!!!!..."

Mula-mula gunting cool jer

Semakin tak tentu arah bila semakin kontot

Tiba-tiba dia menjerit...
"Nina tak nak macam ni..Nina tak nak macam ni..."
Punyalah kuat

Meraung-raung, aduhh..kesian pun ada..
Tapi tak sampai 20 minit dapat sepet rambut dia lupa yang dia dah nangis meraung-raung
Aduh anak..anak..

Mood dia memang selalu berubah-ubah.
Yang rajin layan Uncle jer lah...

Masa ni nangis sebab rindu Ibu katanya..
makcik-makciknya kata ni acting jer...

Kan..???? bila makanan sampai terus makan macam tak ada apa yang dah berlaku..
ha..ha..

Inilah asal rambut Nina
panjang sampai pinggang..kalau nak keluar ambik masa lama nak settlekan rambut dia.
Kalau bubuh minyak tak taulah berapa banyak, bubuh gel tak nak bagi rambutnya sepah-sepah.
Kalau terpegang rambut dia cam bersepah, tarik muka satu hal..nak betulkan satu hal..
Adeiii...!!! mak Long nak tak nak kenalah bawak sikat...

Lepas tu potong macam ni. Disebabkan rambut Nina rosak teruk 
bahagian dalam dia tu yang Ibunya potongkan pendek.
Senang pendek, nampak comel & cute kan...