Tadi sedang saya mengintai-ngintai blog teman-teman, saya terbaca blog saudari Mazidul dengan entry terbarunya.. awalnya memang terasa geram dengan kebencian rakyat Indonesia pada malaysia.
Tetapi bila dia menceritakan tentang kegigihan seorang anak berusia 10 tahun yang mencari rezeki dengan mengilatkan kasut, luluh hati saya. Sedeh, kerana saya punya adik yang hampir sebaya dengan budak yang diceritakan Saudari Mazidul tadi. Baca sini Bersama Mazidul
Teringat semasa saya bercuti di Bandung tahun lepas. Di beg galas saya sentiasa tersedia syiling dan wang kertas Rupiah seribu dan 10 ribu untuk anak-anak gelandangan yang saya jumpa.
Di Cheamplas kawasan kedai-kedai disana tidak membenarkan ngamen (pemuzik jalanan) atau pengemis masuk di premis mereka. Sedang saya makan saya terpandang seorang anak yang memimpin bapanya yang buta.
Tekak saya jadi kering dan kaku rasanya melihat pasangan anak dan bapa itu. saya memanggil mereka di meja saya kerana waktu itu hujan sangat lebat. " tidak bisa masuk" jawapnya.
Walaupun dia cuma pengemis tapi masih tahu undang-undang yang dikenakan di premis tersebut.
Di Jalan Dagor saya didatangi anak-anak yang menjual surat khabar,
"koran bak.."
"sudah beli" jawap saya. Pihak hotel tempat saya menginap menyediakan surat khabar.
Tapi tangan saya menghulur wang buat mereka.
"terima kasih mbak..terima kasih.." ucapan itu beberapa kali diucapkan.
Sedeh...sangat sedeh...tapi disana pemandangan itu biasa.
Saya juga ditegur dengan teman saya yang berasal dari Makassar, katanya...
"kalau kakak asyik mikirin anak-anak itu bila masa kakak mahu shopping..."
saya tiada jawapan untuk itu.. tapi saya tidak boleh melepaskan anak-anak atau mereka yang mengemis begitu saja. saya percaya mereka tidak berkehendakkan keadaan mereka yang begitu, meminta-minta demi sesuap nasi. Dan saya juga percaya tidak jadi miskin jika kita bersedekah... Insyallah