Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Wednesday 21 September 2011

Terima kasih

Sangat berterima kasih pada sahabat-sahabat yang sudi memanjangkan Kempen RM 10 seorang ni.
Sahabat-sahabat saya sudi buat satu entry di blog mereka. Allhamdulillah. Mudah-mudahan kempen RM 10 seorang ni boleh membantu sedikit sebanyak Puan Ramlah yang memerlukan perbelanjaan untuk suaminya yang memerlukan hati baru. Dimana hanya tinggal 10% sahaja hati suaminya Encik Amir yang masih sihat.
Untuk pengetahuan semua saya tidak menegenali Puan Ramlah..Grup Ukhwah juga tidak mengenali siapa Puan Ramlah. Tapi atas dasar prihatin kami ingin sama-sama membantu Puan Ramlah. Puan Ramlah ialah seorang wartawan dari Harian Metro. Cerita Puan Ramlah dan suaminya kerap dikeluarkan di Harian Metro kebelakangan ini.

Semasa jualan amal sabtu lepas saya berpeluang menemui Puan Ramlah, saya sangat sedeh mendengar cerita Puan Ramlah tentang suaminya yang sakit. Saya cuba tempatkan diri saya di tempat Puan Ramlah, dan cuba anda semua sahabat-sahabat saya letakan diri anda ditempat Puan Ramlah. Orang yang disayangi mengalami kerosakan hati dan memerlukan dengan segera hati baru. Sudah tentu kita memerlukan sokongan dan bantuan dari orang sekeliling kita kan...

Saya sangat berterima kasih kepada blog Bicara Mak Dara yang sudah 2x membantu saya mengwar-warkan tentang kempen membantu Puan Ramlah ni. Thanks sangat kepada Ida a.k.a Mak Dara.
Mudah-mudahan dengan bantaun Bicara Mak Dara yang mempunyai beribu follower sedikit sebanyak dapat membantu Puan Ramlah ni..

Ayang Hidayah juga membantu saya dalam kempen RM 10 seorang ni. Terima kasih ya..
Mudah-mudahan Allah memberikan rezeki yang banyak untuk Ayang Hidayah sekeluarga.
Insyallah..

Semalam saya ada tweet Ben Ashaari di Twitter mengenai Kempen RM 10 seorang ni..
Menurut Ben dalam tweet dia kepada saya semalam diakan buat satu entry tentang Kempen ni..
Santai Bersama Ben Ashaari pagi ni ada entry tentang kempen RM 10 seorang ni.
Terima kasih banyak-banyak dengan bantuan Santai Bersama Ben Ashaari yang turut sama prihatin.

Mudah-mudahan semua sahabat-sahabat saya diberikan rezeki yang berganda dari Allah.
Terima kasih sekali lagi kepada sahabat-sahabat saya..
Ayuh sahabat-sahabat saya kita membantu Puan Ramlah dan suaminya.
Mana tahu dengan RM 10 kita dapat menyelamatkan nyawa orang orang lain.
RM 10 pada kita mungkin tiada nilainya sangat tapi bagi yang sangat memerlukan sangat tinggi nilainya.
Tolong saya sahabat-sahabat untuk membantu Puan Ramlah dan suaminya..

kami masih mengalu-alukan sumbangan dari anda semua

Grup Ukhwah menyampaikan sumbangan kepada Puan Ramlah selepas Jualan Amal pada Sabtu lepas



1 comment:

munna said...

MUNNA ADA TERBACA KISAH PUN RAMLAH NI DLM PAPER.... INSYAALLAH MANA YG MAMPU SAMA2 KITA MEMBANTU