Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Tuesday 6 August 2013

SBBMSAM - Pusat Jagaan Al-Fikrah


29hb Julai 2013
Allhamdulillah pagi ini saya diberikan kekuatan walaupun sampai KL jam 1 pagi dari Batu Pahat.

Saya bersama beberapa sahabat dari SBBMSAM bersama Petronita Kuala Lumpur ke Pusat Jagaan Al-Fikrah yang terletak di Sungai Sekamat Kajang.

Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia.
Jika sahabat-sahabat ingin menyumbang boleh talifon ditalian yang ada diatas.
Mereka sangat mengalu-alukan sumbangan daripada sahabat-sahabat semua.

Tidak terlalu sempurna tapi sangat mangalu-alukan kedatangan semua

Yang baju putih ( maaf saya lupa namanya sebab saya panggil dengan panggilan Cik sahaja)
Adallah sukarelawan yang banyak menyumbangkan tenaga dan masa disini.

Bakal menerima bonda-bonda yang memerlukan tempat tinggal

Walaupun tidak terlalu sempurna mereka tetap memberikan yang terbaik buat Bonda-bonda semua

Antara cara mereka mencari sumber pendapatan








Allhamdulilah sumbangan baju telah pun disampaikan.
Selain baju, duit raya, sejadah dan beberapa lagi kelengkapan diri disumbangkan oleh
 Petronita - Kuala Lumpur.
Terima kasih kepada Petronita yang sudi berkerjasama dengan SBBMSAM

Ini Wan. Umurnya 21 tahun.
Dia yatim piatu dan kurang upaya. Bila saya ajak dia bergambar dia suka sangat.
Baru 6 bulan di Pusat Jagaan Al-Fikrah.
Baju hijau yang dipakainya adalah baju melayu pertama yang dia ada.
Bila kami bagi baju raya dia sangat teruja katanya dia ada 2 helai baju melayu.
Mendengar cerita Wan sangat hiba. Akibat kesusahan dia tak pernah merasa air coca-cola dan 100 plus.
dan itulah permintaan pertama yang Wan minta sebaik sahaja ditempatkan di Pusat Jagaan Al-Fikrah.
yang saya suka tentang Wan, dia sangat positif dan suka tersenyum.

Baju merah dari SBBMSAM manakala kelabu dari Petronita Kuala Lumpur

Mula-mula saya panggil dia Pakcik. Rupanya umurnya baru 21 tahun, Asnaf dari rengit, Batu pahat Johor.
Dia berbual dengan saya, katanya keluarganya sangat susah.
Dan dia rasa lebih selesa disini walaupun berjauhan dari kelauarga.
Dia sakit dan ada sedikit kurang upaya.
Dia berpesan supaya kami datang lagi.
Insyallah

Wahh..!! saya diapit kumbang.
He..he...
yang kiri saya tu mualaf yang ada masalah percakapan dan pendengaran, tapi sangat ramah dan cuba juga berbual dengan kami walaupun bahasa ayam dan itik.
Saya dibantu dengan petugas disini untuk memahami apa yang dicakapkannya.
Rupanya dia minta kami bergambar bersama he..he..

Wan yang sentiasa jadi perhatian.

Terima Kasih sekali lagi saya uucapkan kepada sahabat-sahabat yang banyak membantu kami dalam misi SBBMSAM.
Semoga sahabat-sahabat di rahmati dan diberikan rezeki yang lebih banyak amin...amin....

Keesokkan harinya saya datang lagi.
Kali ini saya membawa sumbangan dari beberapa sahabat yang mahu menyumbang di Al-Fikrah.
Subhanallah..
Bersyukurnya saya mendapat sahabat-sahabat yang sangat prihatin dan pemurah.
Melalui gambar yang saya upload di FB banyak sahabat-sahabat yang msg mahu memberikan bantuan.
Allhamdulillah...allhamdulillah syukur Ya Allah.

Masa saya datang kali ke 2 hampir semua ayahanda-ayahanda sini dibawa ke Pusat Zakat Kuala Lumpur untuk mengambil Zakat.
Saya tinggalkan bantuan yang sahabat-sahabat kirimkan dengan pekerja di Al-Fikrah.

Sahabat-sahabat saya meminta saya membelikan barangan keperluan harian yang mereka perlukan.
Terima kasih sahabat... terima kasih yang tak terhingga.







2 comments:

JjJj said...

semoga semua dapat menolong pusat tersebut. Aminx3

Balqis Nazid said...

amin...amin....