Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Thursday, 11 October 2012

Tongdosa Temple - Busan

Dah nak sebulan balik baru terhegeh-hegeh nak sambung story he..he..

Hari ke 6 sebelum ke Seoul pagi tu saya ajak MH ke Tongdosan Temple. Tempat yang MH pernah pergi dulu.

Macam biasa prjalanan dimulakan dari 
Paradise Hotel - Heundai, Busan
Heundai Station - ambik line no 2, 
terus ke Seamyon exit line no 1.
Ambil train terus ke Nopodong, 
Exit line no 1 jalan terus akan jumpa Nopodong Bus station
Perjalanan ke Tongdosa Temple disambung dengan bus 
selama 20 minit sebelum sampai ke Tongdosa Bus Station 
Tiket pergi balik W2100 sehalas

Sampai bus station jalan kaki lebih kurang 15 minit sebelum sampai ke pintu utama 
Tongdosa Temple.
Bayaran masuk W3000.
Dari pintu utama tu kena sambung jalan kaki lagi hampir 2km, 
jauh sangat rasa bagi yang tak biasa jalan ni.
ha..ha..lenguh-lenguh kaki.

(ikut putaran jam)
1.Pintu masuk Tangdosa Temple untuk pejalan kaki 2. Signboard ke Tangdosa temple
3. Peta Tangdosa Temple (kawasan ni besar & luas)

Lebar sengeh sebelum tau kena jalan kaki jauh he..he..

Kiri kanan pokok-pokok yang saya kira cantik sangat.
Masa ni belum sepenuhnya autumn, kalau tak memang meriah kiri kanan pokok tu warna warni

Gerimis lebat masa ni.
Baju hujan tu kami beli sebelum masuk ke Tongdosa 

he..he..Chenta hati

 
Sampai juga akhirnya di pintu utama Tongdosa Temple 

klik sini untuk selanjutnya Tongdosa Temple

 
Ha..ha..ada cerita sebalik gambar ni..
Seboleh-boleh kami nak gambar berdua.
Saya kat atas tunggu MH setting camera kat bawah, tapi sebab tinggi ada ya tak sempat snap ha..ha..


Masa mula-mula masuk saya teruja sangat, rasa macam balik kezaman pemerintahan dulu-dulu.
Unik sangat bangunan yang ada dalam ni.
Kesemua bangunan dan tinggalan  dijaga dengan rapi dan masih dikekalkan dengan keadaan asalnya

Kebanyakannya yang datang sini untuk sembahyang.

Dimana-mana Malaysia tetap dihati :))

Walaupun dicat semula tetap mengikut struktur asalnya.

Sebenarnya tempat ni luas sangat & banyak sangat gambar-gambar yang kami ambil.
Tapi kami tak jelajah habis sebab masa tak mengizinkan.
Ini pun lebih dari setengah hari kami disini. Tau-tau adh pukul 3.
Kena cepat balik hotel balik sebab kami dah nak ke Seoul.
Perjalanan dengan KTX  (keretapi laju) Busan -Seoul mengambil masa hampir 3 jam 
Kalau dengan bas dalam 5 hingga 6 jam

Busan bus station,
sangat puntual waktu perjalannya.
kalau tiket pukul 10 pagi jangan ngada-ngada nak naik 10.05 pagi sebab masa tu bas dah jalan bye-bye ler jawapnya he..he..

Susah sangat nak jumpa tong sampah kat Korea ni.
Tapi sangat bersih walaupun tong sampah tak ada.
Saya sentiasa bekal plastik untuk semua sampah-sampah saya.
Plastik pun bekal dari KL 

Gambar bawah masa MH pergi Tongdosa tahun 2003 waktu winter

Dejavu katanya he..he..
Dulu pergi sendiri, sekarang berdua.
Bawah gambar tahun 2003.

Sedeh masa nak tinggalkan bandar Busan a.k.a bandar orang tua ni ( ini saya yang kata)
Sebab sangat susah jumpa budak apa lagi baby.
kebanyakannya orang tua-tua yang masih sihat-sihat.
Agaknya sebab semua tangga (tinggi-tinggi pulak tu) itu sebab kesihatan mereka bagus.
Kami rasa selamat dimana-mana.
Cuma mereka suka meneka saya orang Indonesia,
Mungkin sebab Indonesia agak ramai disini (bekerja)
dan mungkin saya bertudung.
Hampir 6 hari disini saya saya tak jumpa pelancung malaysia, kecuali pelancung dari Indonesia
Mungkin sebab kedudukannya agak jauh dari Seoul.
Tapi
Saya suka sangat Busan.
Suka dengan suasana tenang Busan.
Saya rasa selamat dimana-mana
Hampir semua kawasan disini tidak dibenarkan merokok.
Itu yang buat saya kagum sebab sangat-sangat susah nak jumpa mereka merokok.
Apatah lagi merokok do zone larangan.

Saya harap saya akan datang lagi ke Busan.
Saya nak datang lagi.
tapi nak rasa Winter pulak.
Insyallah...

Nanti saya sambung cerita 6 hari lagi kami di seoul yang sangat heaven tu














1 comment:

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

wahhhhhhhhhhh bestttttttttttnyaaaaaaaaa