Lepas chek in di Paradise Hotel, saya dengan MH sepakat nak ke Islamic Centre Busan.
Perjalanan lebih kurang 1 jam 1/2 dengan menaiki metro
Usai solat Asar kami terus ke Metro Station Haeundae line no 2 pintu no 1.
Lebih kurang 10 minit jalan kaki laju & pantas dari Paradise Hotel
Lebih kurang 10 minit jalan kaki laju & pantas dari Paradise Hotel
Ambil metro menghala Seomyeon Station (interchange line no 1)
dan terus menghala ke Nopodong sebelum berhenti di exit 131 (Dusil)
Keluar pintu no 8 jalan terus lebih kurang 300 meter akan jumpa Jungang-daero 1944beon - gil road
Dari seberang Jungang - Daero
Belakang tulah Islamic Centre nampak tak...?
kena jalan lebih kurang 300m lagi
Jungang-daero 1944beon - gil road
Dari jalan ni dah nampak kubah Islamic centre
Melintas je jalan akan nampak kedai tayar dan jambatan.
Lebih kurang 3 minit dari jambatan tu terletaknya Islamic Centre
Melintasi halal food restaurant
Islamic Centre/masjid di Busan agak tersorok sedikit. Tapi mudah untuk mencari kawasan ni.
Masa kami sampai belum masuk magrib lagi
Magrib 6-40 am
Tempat solat perempuan dekat tingkat 3,
Ambil wudu' tingkat 1,
Masa azan magrib saya rasa sebak sangat, sampai menitis air mata
menikmati indahnya azan magrib di Bumi Korea
Subhanallah..
Masa azan juga tingkap-tingkap dirapatkan, mungkin ini antara syarat-syarat disini.
Keliling kawasan Masjid ni kawasan perumahan.
Lepas magrib ada kuliah magrib sementara menunggu isya' ramai yang ambil peluang mengaji.
Masa ni rasa macam kat masjid KL aja he..he..
Ramai muslim dari negara Indonesia disini yang saya jumpa.
Bersama-sama saya ada 2 muslimah dari Indonesia yang bekerja di Busan.
Saya difahamkan setiap hujung minggu Islamic Centre akan menjadi tumpuan mereka.
Ada pelbagai aktiviti diadakan disini.
Selain mereka mengadakan usrah, sebahagian mereka akan masak dan menjamu mereka yang datang.
Disini juga ada kedai halal yang menjual pelbagai jenis makanan basah dan kering.
Kerana kedai ini milik warga Indonesia.
Saya sempat masuk kebahagian dapur disini. (terlupa ambil gambar sebab sakan bersembang )
Lengkap dengan pelbagai kemudahan.
Masa saya nak balik sahabat saya yang solat dengan saya tadi bekalkan saya nasi lauk ayam.
Allhamdulillah rezeki kami haritu he..he..
Antara aktiviti yang dijalankan di Islamic centre Busan
Allhamdulillah rezeki kami berdua,
Sambal dia buat tekak meronta-ronta nak makan ayam penyet.
*Rindu dengan suasana Ramadan di Masjid Wilayah*
No comments:
Post a Comment