Cerita yang dah terperam hampir 2 minggu,
tapi masih basah dalam ingatan, sampai bila-bila pun saya tak akan lupakan
kenangan ni.
Saya dan beberapa teman Group Ukhwah dijemput oleh Red Bubbles untuk bersama-sama
dengan anak-anak di Wad KK3 HKL.
Saya dan beberapa teman Group Ukhwah dijemput oleh Red Bubbles untuk bersama-sama
dengan anak-anak di Wad KK3 HKL.
Luluh hati, kering tekak bila teringatkan
anak-anak yang masih mentah menderita dengan penyakit kanser dan lukemia.
Tak terkata saya pertama kali berhadapan dengan mereka semua.
Antara pesakit wad KK3 HKL
Anak-anak yang menyambut ulangtahun pada bulan April lalu
Gambar atas: Qays Samir kanser darah, 21 April yang lepas ulang tahun anak ini
Red Bubbles bersama anak-anak di wad KK3 HKL
Ini Farah 7 tahun, pemalu tapi sentiasa tersenyum
Comel kan
kek untuk semua anak-anak di KK3 HKL
Mama, papa & Adib juga pakai red nose
Sahabat-sahabat, ini bukanlah pertama kali Red Bubbles bersama anak-anak ini.
Banyak lagi usaha Red Bubbles yang sangat-sangat saya kagumi,
Pada sahabat-sahabat yang ingin membantu usaha Red Bubble boleh
LIKE Facebook milik beliau Red Bubbles
Semua maklumat dan informasi ada di sana.
Terima kasih juga pada sahabat-sahabat saya yang tak pernah
jemu menyokong usaha kami.
Kepada yang menyumbang seorang satu barrel KFC saya ucapkan terima kasih sangat-sangat.
Terharu, ramai yang menyumbang bila saya tweet da, broadcasting di BBM.
Semoga sahabat-sahabat saya dilimpahkan rezeki yang tak terhingga amin..amin...
Keratan Harian Metro tentang kunjungan kami di KK3 HKL
Saya mahu pinjam semangat anak-anak disini yang sentiasa tersenyum dan cekal.
Walaupun kedatangan kami cuma sebentar tapi sinar mata mereka seolah-olah bercerita yang mereka gembira.
Kami akan datang lagi Insyallah
2 comments:
Ya Allah...kecik2 dah kena lalui macam tu..nampak muka2 mereka sangat kuat,.semoga mereka tabah.
kk3 masih dalam ingatan...semua ibu2 dan bapa2 kat ctu sgt2 tabah..alhamdulillah kami diantaranya..dipilih menjadi parents yang kuat menghadapi ujian Allah..
Post a Comment