Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Tuesday, 31 May 2011

Hari pertama tahun ke 8

Hari ni hari pertama untuk tahun ke 8, bermakna semalam genap 2520 hari bersama Chenta.
Sekejap je masa berlalu kan. Diam tak diam dah dah masuk tahun ke 8. 
Allhamdulillah..Allah memberi yang terbaik untuk aku. 
(mesti orang kata, ya lah husband dia memanglah puji melambung)
Tak..kalaupun chenta cuma seorang teman kala ini aku tetap akan kata dia memang terbaik.
Chenta bukan jer Suami tapi dialah sahabat dan kekasih.
Kala sedeh dan kala gembira Chentalah yang selalu ada di sisi. Tak jemu mendengar dengan sabar tiap 
kali aku bercerita. Chenta juga penasihat aku.. Chenta juga cermin untuk diri aku. 
Chenta boleh belikan compact powder aku kalau habis, belikan maskara kalau dia tengok maskara aku habis, kadang-kadang Chenta yang pilihkan warna lipstik untuk aku.  Chenta akan cek barang-barang aku mana yang habis, mana yang kurang.. he..he.. 
Teringat masa tahun pertama kami jadi suami isteri, masa tu iklan maskara maybeline terbaru baru keluar.
Aku cuma kata " Macam best jer..." 
Esoknya masa aku nak turun kereta Chenta suruh ambik barang-barang kat kerusi belakang masa turun kereta. Ha..ha.. ada maskara yang aku nak rupanya.. Mula-mula rasa pelik.
Lama-lama dah tak pelik lagi dah.
Bila shopping atau beli barang kecik sekalipun aku jarang bawak. Chenta yang akan jinjit barang tu. Dia tak nak aku susah payah bawa. Mula-mula memanglah malu kan.. tapi itulah sifat Chinta yang yang tak pernah berubah.
Sebab tu kalau aku nampak suami isteri shopping, isteri bawak handbag, dukung anak, sorong troli.. 
suami pulak jalan macam tak ada perasaan. geram sangat masa ni..
Ya allah terima kasih kerana memberi Chenta untuk aku.
7 tahun bukan masa yang singkat. Ada orang tanya pernah bergaduh tak..
Kalau aku cakap tak...orang tak percaya..tapi kawan-kawan & keluarga aku akan kata "percaya"
sebab selama aku jadi isterinya cakap keras (bukan kasar) sikit pun tak pernah.
Ibarat anak yang tak boleh berkata kasar sekalipun "ah.." pada ibunya. 
Merajuk tu biasa...ha..ha.. kalau merajuk pun manja-manja jer.. tangan masih melekap..masih berbual..
Cuma merajuklah. kejap lagi Chenta akan tanya " merajuk lagi..???" kalau ya aku akan kata 
"masih.." kalau tak aku senyum.. ha..ha.. macam cartoon.
Chenta anugerah terbaik buat aku... chenta anugerah tak ternilai.. Chenta juga ibarat nyawa aku..

Chenta sangat sabar..kadang-kadang kesabaran Chenta buat kita hilang sabar.
Chenta tak akan susahkan orang lain..tapi dia yang susah sebab orang lain tak apa.
Chenta tak cerewet..Chenta juga sangat penyayang.
Chenta tak malu nak peluk aku kat mana ( walaupun aku segan ha..ha..)
Chenta juga tak malu nak cium kepala aku walaupun depan family aku (dulu malu sebba adik-adik nampak)
Chenta juga tak jemu kalau aku mengajar kalau aku tak faham satu-satu benda tu..
Chentalah yang akan aku sebut diawal doa aku sebelum aku mendoakan diri sendiri 
Chenta selalu kata aku tak ada buat salah, bila aku minta maaf setiap kali sebelum tidur.
Chenta selalu buat aku rasa dihargai dan disayangi..
Chenta selalu buat aku sebak bila teringat kasih sayangnya..
Kata Chenta...
Aku juga segala-galanya bagi dia..

Alhamdulillah...
Terima kasih Chenta..
Terima kasih atas kasih sayang dan cinta ini.
Terima kasih kerana mendoakan aku agar kita bertemu di jannah nanti..

Chenta..
Selamat Ulang perkhawinan kita sayang...



Mudah-mudahan kami sampai ke akhir hayat Amin...

Pertama kali Chenta suruh dengar lagu ni, menitis air mata..
Sampai waktu ni kalau dengar lagu ni  rasa sayu sangat..


















2 comments:

munna said...

happy anniversary balqis...semoga bertambah kasih sayang balqis dan suami dan di murahkan rezeki

Balqis Nazid said...

Thanks Munna