Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Wednesday 25 November 2009

Bila ujian datang..

29 September 2006 bersamaan dengan 6 Ramadan 1428 tercacat peristiwa yang betul2 menguji hati seorang isteri. Beberapa hari sebelum tu hati tak sedap jerk.. Sejak dari awal puasa lagi hati berdebar2, sedeh tak tentu pasal..rasa nak dekat jer dengan Mr Hubby. Mungkin itu petunjuk tapi aku yang tak perasan. Bila hati sedeh ingatkan diri ni "dahagakan zikir munajat" pada yang esa..tapi tiap kali bermunajat tiap kali itulah air mata semakin deras..Ya allah ampunkan dosa2 aku..mungkin ini khilafku ya allah..

Pukul 3 ptg lepas siap buat "facial" Ain, aku sembang2 dengan dia. Macam biasalah kalau dah jumpa sure banyak cerita...tetiba h/p aku bunyi, no tak kenal..tapi dia kata dia kawan Mr Hubby, Hamdan.
aku ni mudah panic..jantung mudah speeding..so tak tanya sapa pun yang call tu terus tanya apa jadi ngan Hubby aku.. Hamdan kata Mr Hubby aku kemalangan Industri, Mr Hubby tak nak cakap dgn aku sebab takut aku emosi..Cuma Hamdan pesan bawak baju2 & barang Mr Hubby aku ke hospital..Aduhhhh...!!! rasa dah bergelen2 air mata ni...menangis meraung2 aku..
ya lah nyamuk gigit pun kita kesian lagilah tetiba diberitahu Mr Hubby xcident, rasa nak gugur jantung ni...

Sampai Hospital, Mr Hubby tak masuk operation room lagi. Tapi kepala dah berbalut, aku tergamam sangat. Sampai tak bergerak, yang aku ingat aku pusing belakang menangis.. sedehlah tgk muka dia yang pucat jerk tu..malam  pukul 9 baru Mr Hubby masuk operation room jahit kepala yang koyak sampai nampak skull tu. Kata Mr Hubby dia nak ambik termometer bawah meja.. dia nak cepat coz ada audit masa tu. hubby kata dia pun agak kelam kabut..so bila dia nak bangun kepala tersangkt kat besi..nasib baik dia pakai topi masa tu..kalau tak sure lagi teruk..
Mr Hubby kata darah memang banyak..tapi dia tak nak jatuh kat tempat tu, walaupun kepala dah berpusing2 sebab tempat tu tak ada orang..dia tak nak jadi apa2 kat dirinya Mr Hubby kata lagi..kalau jadi apa2 isteri dia macamana..? sapa nak jaga..? sedehnya aku masa tu..semangat dia yang kuat tu buat dia bertahan walaupun pendarahan yang banyak..Ya allah kiranya ini ujian mu di Ramadanmu..aku reda ya allah..ampunkan dosa2 suami ku..selamatkan suamiku..permudahkan duniawi dan uhrawinya ya allah amin..amin...

Tiba2 aku teringat satu hadith dari Abdullah bin Mas'ud r.a
Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu).


Semoga ada hikmah yang tersirat..Semoga Allah menggugurkan dosa2 Mr Hubby aku sebagaimana yang dijanjikan..

Kalau boleh kongsi kesakitan tu tentu aku sebagai isteri sudi untuk berkongsi segalanya..
Alhamdulillah..after 5 hari hubby dapat balik, dengan kepala yang berjahit. Aku yang cukur kepala hubby sampai botak..senang nak cuci luka tu nanti. Hubby tak nak ke klinik cuci luka jadi akulah yang cuci lukanya setiap hari..Alhamdulillah sekali lagi..Allah mempermudahkan apa yang diuji suami tercinta..

Kata seorang Ustadz: seorang isteri kalau berdoa mestilah mendoakan suaminya terlebih dahulu..sebelum berdoa untuk dirinya sendiri dan kedua orang tuanya..semoga doa2 ku dimustajabkan allah  amin...



DR  Lee dari Hospital Penawar, Pasir Gudang bahagian Otorpedik kata, biasanya kepala yang jahit macam  ni pesakit yang operate barah kepala jerr..




No comments: