Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Thursday, 8 March 2012

Puchong petang hari

Lepas majlis khawin di Putrajaya singgah Bangi tengok baby baru. Balik Bangi nak ke Klang. Singgah surau Plaza Tol SKVE sebab dah nak magrib.
Sementara tunggu magrib tengok sunset kat tepi lombong tu.
Jom tengok gambar





Selamat pengantin baru

Sorang lagi anak Adam mendirikan masjid. Suraya & Jeffri.

Gagah-gagah & kacak kan leftenan ni semua

Kalau nak jalan bawah pedang kena cari abang-abang tentera ler
 
Ha..ha.. TT pulak yang teruja tengok depa jalan bawah pedang ni

Segak-segak

TT dengan Tasya a.k.a Ladiey Gege & Pengantin perempuan


Saturday, 3 March 2012

M-16

Masa kat Cu Chi tunnel sempat singgah lapang sasar untuk menembak.
Ada beberapa pilihan senjata dan saya memilih untuk menggunakan M-16.
5 biji peluru dengan bayaran 150 ribu VND duit kita lebih kurang RM 21.50

Ada askar yang jaga kita masa ni.
Dia yang tunjukan cara-cara nak menembak dan fokus yang betul

Beria fokus

Padahal semua ke laut ha..ha...

Sekali peluru tu meletup, bergegar bahu makcik 

Ntah mana-mana peluru tu terbang 
satu pun tak kena...

Inilah Ghopa M-16 yang saya gunakan tu


Roti orang sakit

Chenta hati saya balik dari Pulau Mabul Tawau diserang chery bery.
Patutlah malam last saya kat Vietnam tu saya mimpi dia. Rupanya dia tengah berperang dengan perut yang memulas-mulas tu. Sedehnya...
Masa ni cari teh gula semua tak jumpa. Ya lah selalu makwe dia buatkan.
Saya call pagi tu tak pulak dia bagi tau dia tak sihat, masa ambik saya kat airport agak pelik
sebab dia tak jemput saya depan pintu. Ghopanya dia tidur dalam kereta sementara saya sampai.

Perut meragam, jadi fobia nak makan semua benda, padahal perut lapar katanya..

Roti bakar dengan telur kosong buat Chenta hati saya
Sedap katanya
:))

**
**
saya selalu doa biarlah saya yang sakit tapi bukan MH yang sakit.
Saya kesian kalau MH yang sakit.
Saya rasa daya tahan sakit saya tinggi.
lagipun saya suri rumah, kalau sakit tak perlu nak MC bagai.
Kalau MH sakit mempengaruhi jadual dia.


Abdullah Chan

Baru dapat cuba food kat Abdullah Chan ni.
Saya try cawangan Bangi.
Food dia saya boleh bagi 8 bintang, tapi servise dia
agak kurang memberangsangkan..
Saya cuba 3 menu haritu.

Juice asam boi 
Serius sedap tahap gaban, sampai saya bungkus satu he..he...

Macam biasa sayur favorite saya
Kailan garlic 

Beef  black paper
RM 20 tapi ciput jer tak puas.
Yang ni Groupbase punya lebih sikitlah power dia

Satu lagi menu kami saya tak snap pun gambar, telur dadar MH ha..ha..
Banyak sayur dalam telur dadar tu..
sama gak rasa dia macam telus dadar biasa tu
  
Pinjam dari pakcik Google
Abdullah Chan Bangi

3 Food yang saya order tu lebih dari RM 50.00
Agak-agak berbaloi tak..?

Turki Food

Pertama kali cuba, saya sangat tergoda. Kena dengan selera saya
Memang sedap.

Ini namanya Imam Biyaldi

Kofte

Resepinya mudah dan ringkas.
Nak resepinya
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

TUNGGU...!!!!!!
Saya akan beritahu kelak ya....

Sehari di JB

2 minggu lepas kami ulang alik ke JB seminggu 3x.
MH outstation kat sana. Penat memang penat. Tapi dah rezeki kan... Allhamdulillah.
Dalam 3x tu ada yang kami balik hari , so saya bawak anak sedara saya Azah.
MH meeting saya berjimba-jimba dengan dia.
Ha..ha.. tak tau apa nak tunjuk selain makanan kat JB ni.
KL lagi happening katanya....bluwerkkk...!! ada yang loya ni..

Masa kat KL plan nak makan Seoul garden dengan Azah.
Asyik outstation jer so ke JB saya ambik peluang ni.
Sebelum tu saya ke Jusco tebrau dulu, nak tengok wayang tapi macam ceta semua tak best.
Pusing-pusing la tu juga..
Lepas solat zuhur terus ke City Square.
Sama macam 3 tahun lepas juga, he..he.. dah 3 tahun x pergi sini.
Rimas lah dengan City Square ni, tebuk sana, tebuk sini..
Iskk..!! semua bertutup.
Banyak kedai yang dulu-dulu dah tak ada.
Tapi dah ada Baskin Robbins ha..ha..kemajuan tu..
Apa lagi ada ek, oh Hush puppies ada balik lepas tutup dulu.
Tapi dah hilang serilah City Square ni..
Erm.. maybe CIQ dah buka kot kan..


Hantar MH kesini dulu

Saya nak  sup Ginseng tapi kat JB tak ada...
Tomyam dia pun not bad

Azah anak saudara belah MH

Tak tau apa nama ni, tapi saya suka sangat

Saya tak dibayar untuk promote bubble tea nini ha..ha..
 
Ayam tu perisa Coffee, rasanya..?
Sedap sangat... terasa-rasa kat tekak ni lagi, 
beef tu pun sama perisa Coffee memang sedap
  
Saya pecinta sayur ha..ha..
tak lengkap makan tak ada sayur
 
Muka saya dah semakin boyat

  
Seoul Garden JB kat City Square

Tempat dia selesa nak compare dengan kat KL, maybe tak ramai orang kot.

Hampanya bila masuk toilet City Square ni.
Erm..nak kata apa ek...

Full of Love



Istana bambu

 Klik sini untuk mengetahui selanjutnya Istana Bambu  


Lot 841-842, Jalan Hulu Klang 
68000 Ampang Selangor
(tepi MRR2 sebelum sampai Intai-Intai)

cantik dekorasi dia


  

Telur dadar favorite MH

Kailan garlic Favorite saya

Tomyam seafood

Ikan 3 rasa dia memang umphhhh...!!

Inilah teman saya kalau MH tak ada

Kalau nak tempat yang bersila kena booking awal-awal

Tempat ni mengingatkan saya Kg Daun di Bandung

Sorang ke Vietnam sorang menyelam di Mabul, Sabah
Lepas beberapa hari jumpa MH tak sihat, lepas tu terus ke Labuan.
Ni 1st date lepas beberapa hari tak jumpa yeawww...!!! sila jangan menanah telinga


Friday, 2 March 2012

Cu Chi Tunnel

Hari ke 3 kami semua ke Cu Chi Tunnel yang terletak di Saigon. terowong bawah tanah ciptaan gerila Vietkong semasa peperangan dengan tentera Amerika pada tahun 1968.
Lebih kurang 70km dari Bandar Ho Chi Minh dan terletak didaerah Cu Chi.
Menurut tour guide kami tempat ini antara tempat yang paling digeruni oleh Tentera Amerika kerana seluruh kawasan ini banyak terdapat Jerangkap samar. Ramai tentera Amerika terkorban akibat terkena jerangkap samar ini sehingga membolehkan Vietnam menang dalam peperangan pada tahun 1975.
Lubang tikus, itulah gelaran yang diberi untuk terowong bawah tanah ini

Terowong-terong ini juga berkait satu sama lain. Tour guide kami juga menunjukan bagaimana sistem udara mereka agar tentera-tentera ini tidak kehabisan oksigen selama didalam terowong ini.
Mereka juga bijak menyamarkan asap dari masakan sehingga tidak kelihatan dan mencurigakan.
Kaum perempuan akan memasak diwaktu pagi, asap darimasakan akan kelihatan seperti kabus di waktu pagi. Kental semangat mereka untuk merdeka.

Pintu masuk

Ok sekarang boleh masuk 

Peninggalan sejarah tentera 

Senjata yang digunakan sewaktu berperang 
 

Video tentang sejarah Cu Chi Tunel

Sempat lagi tu he..he..

Kata tour guide kami, terowong ini sudah besar saiznya, kalau masa zaman perang lagi kecik.
kalau saya ada zaman tu dengan saiz saya sekarang agak-agak muat tak...?

Dengan Tini

Disinilah mereka mendapatkan oksigen sepanjang mereka dibawah terowong.
Ia seolah-olah seperti busut sehingga berjaya mengelirukan askar Amerika

Ini lubang tempat mereka menyerang hendap lawan mereka. 

Semua punca air diracun dengan tentera Amerika, mereka membina telaga didalam trowong sebagai punca air mereka

Ini antara terowong yang terdapat di Cu Chi
kecik kan lubang tu...

Tini yang halus lepaslah kalau saya ha..ha..

salah satu perangkap yang dibina..

Tempat rawatan tentera yang cedera

panas, gelap...saya bawak lampu picit he..he..



Ini bilik Mesyuarat mereka
(sebab saiz saya besar terowong kecik baju saya kotor ha..ha..)
  

Lepas penat-penat keluar masuk terowong dijamu dengan ubi rebus dengan cicahnya
kacang gula & garam memang pulun habislah
(sebenarnya mengingatkan kita inilah ruji makanan mereka semasa perang dulu)

Tengok kak Khamisah makan sampai tak terkata..
sedap atau lapar ni he..he..

Selain ubi kami dijamu dengan teh o

Bersama tentera Vietnam 
Yang tengah tu muka sebijik melayu ha..ha..

Boleh beli buat kenangan

kasut ni dibuat dari tayar. Tahan lasak.
Tahan paku dan benda-benda yang tajam

Inilah tayar yang digunakan untuk pembuatan kasut

terowong lagi

Bengkel membaiki alatan yang rosak




Opsss..ini bukan zaman jepun ya... inilah lunch kami haritu yang disediakan oleh katering kami yang beragama islam... sedap nyum..nyum...