Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Thursday, 22 November 2012

Durian crepe

Sana sini orang cerita durian crepe.
Tiba-tiba rasa nak sangat makan.
Nak juga rasa kehebatan durian crepe ni.

Mula-mula hantar email kat blog Izah Daut 
Tapi Izah rekmen kan dengan Puan Ana dari damansara Damai.
Dekat kalau nak COD pun.

Order 3 set dengan Puan Ana.
Satu set RM 10
Tak sabarnya nak makan, Perjalanan balik yang tak sampai 15 minit rasa lama sangat
He..he..

Gambar besar biar semua orang terliur keh...keh...

Sebiji lebih kurang besar Iphone.
Memang berbaloi..sedap..isi duriannya pun banyak..
Rasanya kan...nak mengulang order lagi he..he...

Tuesday, 20 November 2012

Soto Jawa

Lamanya tak makan soto, hari tu buat bulan berapa ek..
Rasa teringin pulak pagi-pagi ni.

Cuci mata ajalah ek..
   
Soto Jawa suhun gorengnya mesti banyak,
kena penuh mangkuk.
Resepi  ni dengan rempah paling sedap.
Tapi ada kat JB jer. Kat KL ni tak jumpa yang power lagi

Bawang goreng, buat sendiri baru bau dia naik 
fuhhh..!!!

Sambal kicap Johor yang pedas
(rumah saya sentiasa ada stock sambal kicap)

Menu setiap kali saya buat open house atau ajak kawan-kawan datang makan..

Kena buat ni..
Dah berapa kali telan air liur masa buat entry ni..
waduh..waduh..mana tahan..



Monday, 19 November 2012

Fried cheese sticks



Nampak dekat album kawan yang duduk US, menggoda sangat.
Sampai telan-telan air liur ha..ha..

MH suka cheese saya terikut-ikut dia yang sukakan cheese.

Resepi ni pun saya dapat dari kawan saya tu.

Bahan-bahan:

Cheese stick  (simpan dalam tempat beku selama 20 minit sebelum dimasak)
Tepung gandum + tepung jagung digaul dengan sedikit garam (saya tak letak)
Serbuk roti (saya guna breadcrumbs)
Oregano, parsley, serbuk lada hitam (saya nak rasa pedas-pedas)
telur  & susu dikacau.

Cara-caranya:

Celupkan cheese dalam telur, kemudian gaulkan dengan tepung,
kemudian celup dalam telur balik dan golek-golekan dalam breadcrums,
kemudian gorengkan dalam minyak yang panas dalam beberapa minit.

Angkat dan hidangkan.
Makan masa panas-panas memang sedap.

Saya pinjam dari pakcik Google.
Inilah rupa cheese stick

Ini saya beli di pasaraya dekat dengan rumah saya, jenama kraft
Sumber Pakcik google juga




2 batang cukuplah untuk saya.
rangup diluar cheezy didalam...
nyum..nyum....





Lasagna

Ni cerita 2 bulan lepas, sebelum kami ke Seoul,
baru terhegeh-hegeh nak update..he..he..
Maklumlah sekarang selalu sangat gantung periuk,
tu yang tak ada entry masak-masak.

Resepi ni saya skodeng kat Blog Cahaya Cinta ku
Simple & sedap..
Cuma saya kecikan portion tu, ya lah yang makan 2 orang aja.
Bukan makan banayk sangat pun..he..he..

Ni saya beli kat Giant.
(sebab situlah tempat belanja tu yang tau kat Gianta aja ada ha..ha..)

Kiri, lasagna disusun dibawah sekali sebelum ditaburkan inti daging,
Kemudian tuangkan sos putih & taburkan cheese.
Ulang balik proses tadi dan buatlah beberapa lapisan ikut suka

Saya letak bay keaves untuk dapatkan bau yang harum..
Kanan, siap untuk dibakar

Tarraaa.... tu dia..
Saya suka makan masa panas-panas.
Masa cheese tu boleh ditarik tarik,
Makan dengan sos dengan air barli kegemaran saya memang wallah 

Thanks ya cahaya cinta ku kongsi resepi yang sedap ni.


Sunday, 18 November 2012

Namsan Tower

Wahh...!! selalu tengok kat TV aja, kali ni dapat pergi.
dari KL saya dah siapkan padlock untuk saya tinggalkan di namsan Tower ni.. 
Alah suka suka aja.. bukan selalu percaya sangat..

Untuk naik ke Namsan Tower saya pilih naik bus semasa pergi.
Dan naik cable car semasa turun.

Tapi Bus tak sampai atas, menapak ler lagi dengan jalan berbukit tu.
perghh...!! mencabar betullah..

Menara ni menjadi simbolik untuk Kota Seoul dengan ketinggian 4797 meter diatas permukaan laut
Selain Namsan Tower menara ini dikenali juga dengan nama Seoul Tower

Jom tengok gambar di Seoul Tower ni

Aduh naik bukit..
Sampai lapar saya dibuatnya..

Nampak tak uncle yang pakai baju belang-belang tu..?
dia jalan secara mengundur.. rasanya dalam 5cm setiap langkah dia tu.
lepas tu ramai pulak yang jadi pengikutnya termasuk saya sendiri jalan secara mengundur ha..ha..
Tapi rasa cepat sampai pulak..

Kami sampai matahari hampir terbenam sebab lama di Changdeokgung palace

Kagum sekejap... 
Banyak sungguh padlock, kelmarin masa di Busan Tower ingatkan dah banyak.
Rupanya sini lagi banyak

padlock dimana-mana..sampai bulat mataku ha..ha..

Macam-macam bentuk padlock.
Macam-macam juga kata-kata diatas padlock tu

Matahari terbenam..sangat cantik waktu ni subhanallah..

Namsan Tower Seoul

Ecececehhh...!! saya pun tak ketinggalan nak abadikan padlock kat sini

Saya bawak dari KL, kalau beli kat kedai-kedai dalam Namsan Tower ni agak mahal. 

macam-macam cara orang nak abadikan cinta mereka 

Padlock lagi

Ini saya punya...
Cincin tu masa saya beli di Cameron Highland.
Rm 10 aja siap ukir nama sekali 

Ada rezeki datang lagi saya nak cari padlock saya balik.
Disini banyak CCTV yang active. 
Dan satu kesalahan bila didapati mencabut dan membuang padlock orang lain.

Padlock lagi

Semakin malam semakin sejuk.
Gambar no 2 tu padlock yang dijadikan pokok krismas
ada lebih dari 5 pokok padlock

Agagaggaaagagagaa....!!!!
he..he...

Besarnya padlock ni

Tak cukup padlock tu dia periuk  & mug pun ada, ni kalau datang lagi. 
dari jauh dah nampak..kreatif idea ni..

Geram pulak tengok padlock yang banyak-banyak tu

Kalau sesiapa nak datang sini better bawak siap-siap padlock.
tak payah beli kat sana.
Yang saya survey padlock macam saya tu dalam RM 44
memang tak dinafikan Korea agak mahal serba serbi.
So nak jimat bawak jer dari malaysia, kalau tak nak padlock, bawaklah periuk belangan ke kuali ker,
senang nak cam dari jauh.. ha..ha..


Changdeokgung Palace


Ini antara yang saya tunggu-tunggu sangat nak pergi, Tak sabar nak rasa kehidupan
Dinaasti Joseon  (1392 - 1910), salah satu daripada 5 Istana di Seoul. 
Dibina oleh Raja Pengasas Dinasti Joseon, Lee Seong-Gye,
 Pada 1395 beliau telah memindahkan 
Ibu kota dari Gyeseong ke Seoul. ia terletak di tengah-tengah kota Seoul.

Dari stesyen Shinchon kami menuju ke Eljiro Samga, kemudian berjalan dalam 400 meter sebelum sampai ke Istana Changdeokgung Palace ini.

Lepas beberapa hujan kat Busan allhamdulillah Seoul panas
walaupun bukan panas melenting he..he..

Istiadat pertukaran pegawai


Pegawai yang bertugas petang tu


Antara Istana yang terbesar

Rasa macam balik ke Dinasti Joseon














Lebih dari setengah hari kami kat sini, selain Kawasan Istana yang besar, 
Banyak yang unik dan menarik perhatian kami.
Leka dibuatnya.
Ada lagi satu Istana lama kami pergi.
nanti saya updatekan dalam entry yang lain