Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Tuesday 11 September 2012

Dari KL ker Korea

Flight tak delay..tu dah kira sangat bersyukur he..he..
Lepas menempuh perjalanan selama hampir 10 jam darat dan udara,
sampai akhirnya ke Busan, Korea.

Memang penat sebab kami pilih jalan darat nak ke Busan.
Sepatutnya dari Seoul boleh ambik flight ke Busan.
Tapi saya dan MH nak merasa perjalanan darat.
Kalau ingat-ingat ha..ha..berjaya juga kami tempuh perjalanan yang menyeronokkan ni.
Dengan bagasi yang berat. Dengan saya yang tak cukup tidur.
Letihnya rasa.

  

Cari mood nak tidur, macam biasa kalau dalam flight memang kepala saya akan sakit sepanjang penerbangan, 2 jam pertama kepala sakit yang teramat, 2 jam kedua dapat tidur-tidur ayam,
selebihnya saya berjaga sampai landing ha..ha..

Pukul 5 pagi kat atas dah nampak matahari, suka sangat view masa ni cantik sangat
Subhanallah

Pukul 6 pagi kat atas dah terang benderang

Allhamdulillah...lebih kurang pukul 8.00 am waktu Korea
sampai di Incheon International Airport.
Untuk ke KTX station kami menggunakan AREX.
AREX menghubungkan kami dari Airport ke Seoul Station lebih kurang sejam perjalanan.
Tiket 2 orang 8700 Won  / $ 8.5 Usd

No paparazi please ha..ha..

Ni baru sikit kalau betul-betul mau kacau jiwa nak baca.
Sesetengahnya semua dalam bahasa korea.
kami berpandukan nombor utuk kesatu-satu destinasi

 Kami ke Busan degan KTX lebih kurang 2jam setengah dengan kelajuan maksima 300km/h
Seoul ke Busan $50 Usd seorang
Selain KTX ada flight & bas untuk ke Busan

KTX Station Seoul

KTX kami pukul 12.55pm
lane no 9



Konon-konon nak menikmati pemandangan yang cantik dari Seoul ke Busan.
Banyak sangat padi ditanah tinggi yang menarik perhatian saya.
Belum 30 minit saya tertidur.
Mengantuknya saya masa ni.

Akhirnya kami sampai ke Busan.
Untuk ke Hotel, kami kena naik metro dalam 20 minit lagi.

Lepas solat Magrib baru kami keluar merayap dikawasan sekitar hotel.
Tak ada gangnam atau k-pop pun kat sini yang saya jumpa semuanya biasa aja ha..ha..


Sila jangan muntah berjemaah ya ha..ha..
Mood nak lomantik sesekali

Hari ke 2 ready nak ke Busan Tower
nanti saya cerita kat entry selanjutnya ya


Apa yang saya nampak pertama kali sampai Korea/Busan ni tempat mereka bersih sangat.
Lagi satu pengunaan plastik sangat-sangat terhad kat sini.
Tong sampah pun tak ada plastik bag.
Mereka nak menjaga alam sekitar dengan mengurangkan plastik bag.
(saya bawak beberapa keping plastik bag untuk kegunaan sendiri he..he..)























6 comments:

munna said...

aduhai bestnya.... musim apa masa ni kat korea ye Balqis....

Mulan said...

best nya...!!!! kalo lah 12 tahun dulu ada ktx tu, kami pon maybe dah sampai busan.. hehehe..

Unknown said...

wah seronoknya dapat berjalan keluar negara..........honeymoon lagi ker......hihihi

Balqis Nazid said...

Munna masa ni nak masuk musim luruh, saya suka Busan, sesetengahnya masih tradisional

Balqis Nazid said...

M.u.l.a.n he..he.. 12 tahun dulu Hubby pun flight terus dari Seoul kalau lalu darat 6 jam baru sampai

Dulu Busan xada apa2 sekaran ni jer Busan dah cantik

Balqis Nazid said...

Julie..he..he..sambil menyelam minum air..