Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Saturday, 24 September 2011

Masih berkempen

Bunyi tajuk macam nak pilihanraya jer kan..?
Tapi ni bukan pilihanraya, ini kempen untuk membantu Puan Ramlah dan suaminya Amir.
Kempen seorang RM 10 ini masih berjalan.
Ayuh sahabat-sahabat yangs aya sayangi, hulurkan tangan ringankan beban saudara.
Memang kita semua tak mengenali Puan Ramlah, tapi apa salahnya kita membantu saudara kita.
Naseb kita esok lusa tak siapa yang tahu..
RM 10 sahaja setiap orang.. kalau mahu menyumbang lebih sangat-sangat digalakkan.
Saya dengan rendah hati dan mohon jasa baik sahabat-sahabat membantu saudara kita Puan Ramlah dan suaminya Amir.
Sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima..
RM 10 mungkin tidak besar nilainya bagi kita.. tapi untuk yang memerlukan sangat tinggi nilainya...


Wednesday, 21 September 2011

Terima kasih

Sangat berterima kasih pada sahabat-sahabat yang sudi memanjangkan Kempen RM 10 seorang ni.
Sahabat-sahabat saya sudi buat satu entry di blog mereka. Allhamdulillah. Mudah-mudahan kempen RM 10 seorang ni boleh membantu sedikit sebanyak Puan Ramlah yang memerlukan perbelanjaan untuk suaminya yang memerlukan hati baru. Dimana hanya tinggal 10% sahaja hati suaminya Encik Amir yang masih sihat.
Untuk pengetahuan semua saya tidak menegenali Puan Ramlah..Grup Ukhwah juga tidak mengenali siapa Puan Ramlah. Tapi atas dasar prihatin kami ingin sama-sama membantu Puan Ramlah. Puan Ramlah ialah seorang wartawan dari Harian Metro. Cerita Puan Ramlah dan suaminya kerap dikeluarkan di Harian Metro kebelakangan ini.

Semasa jualan amal sabtu lepas saya berpeluang menemui Puan Ramlah, saya sangat sedeh mendengar cerita Puan Ramlah tentang suaminya yang sakit. Saya cuba tempatkan diri saya di tempat Puan Ramlah, dan cuba anda semua sahabat-sahabat saya letakan diri anda ditempat Puan Ramlah. Orang yang disayangi mengalami kerosakan hati dan memerlukan dengan segera hati baru. Sudah tentu kita memerlukan sokongan dan bantuan dari orang sekeliling kita kan...

Saya sangat berterima kasih kepada blog Bicara Mak Dara yang sudah 2x membantu saya mengwar-warkan tentang kempen membantu Puan Ramlah ni. Thanks sangat kepada Ida a.k.a Mak Dara.
Mudah-mudahan dengan bantaun Bicara Mak Dara yang mempunyai beribu follower sedikit sebanyak dapat membantu Puan Ramlah ni..

Ayang Hidayah juga membantu saya dalam kempen RM 10 seorang ni. Terima kasih ya..
Mudah-mudahan Allah memberikan rezeki yang banyak untuk Ayang Hidayah sekeluarga.
Insyallah..

Semalam saya ada tweet Ben Ashaari di Twitter mengenai Kempen RM 10 seorang ni..
Menurut Ben dalam tweet dia kepada saya semalam diakan buat satu entry tentang Kempen ni..
Santai Bersama Ben Ashaari pagi ni ada entry tentang kempen RM 10 seorang ni.
Terima kasih banyak-banyak dengan bantuan Santai Bersama Ben Ashaari yang turut sama prihatin.

Mudah-mudahan semua sahabat-sahabat saya diberikan rezeki yang berganda dari Allah.
Terima kasih sekali lagi kepada sahabat-sahabat saya..
Ayuh sahabat-sahabat saya kita membantu Puan Ramlah dan suaminya.
Mana tahu dengan RM 10 kita dapat menyelamatkan nyawa orang orang lain.
RM 10 pada kita mungkin tiada nilainya sangat tapi bagi yang sangat memerlukan sangat tinggi nilainya.
Tolong saya sahabat-sahabat untuk membantu Puan Ramlah dan suaminya..

kami masih mengalu-alukan sumbangan dari anda semua

Grup Ukhwah menyampaikan sumbangan kepada Puan Ramlah selepas Jualan Amal pada Sabtu lepas



Tuesday, 20 September 2011

Kempen RM 10 seorang

Bantuan untuk Puan Ramlah yang memerlukan dana untuk suaminya Encik Amir masih belum berakhir
Saya dengan rendah diri dan dan dengan rasa hormatnya sangat mengalu-alukan sumbangan dari semua
sahabat-sahabat yang sangat saya kasihi..
Saya bersama Grup Ukhwah mengadakan kempen RM 10 seorang. Jika ada yang mahu memberi lebih sangat dialu-alukan..
Sahabat-sahabat saya mari kita membantu Puan Ramlah dan suaminya Encik Amir.
Mudah-mudahan dengan bantuan Sahabat-sahabat saya beban Puan ramlah dapat dikurangkan...
Insyallah...


Tolong saya panjang-panjangkan kempen saya di blog sahabat-sahabat ya..
Mudah-mudahan sahabat-sahabat saya yang saya kasihi diberkati allah dan di limpahkan rezeki yang banyak
Amin..Amin...

Blog Mak Dara yang membantu kempen kami Kempen RM 10 seorang



Friday, 16 September 2011

Membeli sambil beramal

Bertempat di NSTP Jalan Riong Bangsar pada Sabtu 17hb September 2011 ni (esok)
saya bersama-sama sahabat Kembara Ukhwah ke Utara (KUKU) akan mengadakan jualan amal bagi membantu Suami Puan Ramlah yang mengidap  masalah hati yang kritikal dan perlu diganti dengan segera.
RM 150,000 diperlukan bagi tujuan ini dan jumlah ini bukan lah sedikit. Kami bersama-sama pihak Harian Metro dan beberapa selebriti akan mengadakan jualan amal ini.
Kisah Puan Ramlah dan suaminya di Harian Metro Puan Ramlah

Untuk KUKU kami akan menjual novel-novel dari penulis terkenal Norhayati Berahim. Yang mana sebahagian dari hasil jualan ini akan didermakan kepada Puan Ramlah.
Novel-novel dan majalah terpakai melayu/enggeris juga ada dijual. 
Baju-baju terpakai dewasa dan kanak-kanak dengan berbagai jenama
(yang masih dalam keadaan baru dan ada yang masih baru dan belum digunakan) akan dijual dengan harga yang amat berpatutan.
Bagi mereka yang keletihan dan kelesuan muka kami ada penawarnya..
Refreshing facial yang akan dibuat sendiri oleh saya dengan harga yang sangat menarik RM 20 sahaja.
Menarik kan..???
Selain itu GPS dan Al-Quran Ipad turut dijual.
Bagi mereka yang berminat mendapatkan  GPS dan Al-Quran Ipad dengan harga yang amat berpatutan
dijemput datang beramai-ramai.

Antara beberapa selebriti yang terlibat ialah Along Raja lawak & Didie Alias sebagai hos, 
Pelakon popular Shaheizy sam, Intan ladyna, Deja Moss, Eja, Farah Fauzana, Aznil Hj Nawawi, Azlan Typewriter, Catriona Ross, Ani Mayuni, Ana Rafali, Lyana Samsudin, Juliana Ibrahim, Aizat, Fauziah Ghaouse dan beberapa artis lagi.

Saya dengan rendah diri menjemput semua sahabat-sahabat datang ke majlis amal ini agar dapat membantu Puan Ramlah dan suaminya. Seringgit mungkin tiada makna bagi kita, tapi sangat besar bagi yang memerlukannya...
Mudah-mudahan jariah kita sedikit sebanyak dapat membantu kita disana kelak..
Amin..amin..amin...

KUKU pernah ke Utara sebelum ini Teratak Rahmat - Perlis & Ummu Sofia - Perak
Cerita KUKU ke Utara juga ada disiarkan di Harian Metro KUKU di Harian Metro

Mari hilangkan keletihan dan kelesuan pada wajah anda. 

Murah-murah


Saya dengan rendah diri menjemput semua sahabat-sahabat datang ke majlis amal ini agar dapat membantu Puan Ramlah dan suaminya. Seringgit mungkin tiada makna bagi kita, tapi sangat besar bagi yang memerlukannya...
Mudah-mudahan jariah kita sedikit sebanyak dapat membantu kita disana kelak..
Amin..amin..amin...