Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Tuesday, 31 May 2011

Hari pertama tahun ke 8

Hari ni hari pertama untuk tahun ke 8, bermakna semalam genap 2520 hari bersama Chenta.
Sekejap je masa berlalu kan. Diam tak diam dah dah masuk tahun ke 8. 
Allhamdulillah..Allah memberi yang terbaik untuk aku. 
(mesti orang kata, ya lah husband dia memanglah puji melambung)
Tak..kalaupun chenta cuma seorang teman kala ini aku tetap akan kata dia memang terbaik.
Chenta bukan jer Suami tapi dialah sahabat dan kekasih.
Kala sedeh dan kala gembira Chentalah yang selalu ada di sisi. Tak jemu mendengar dengan sabar tiap 
kali aku bercerita. Chenta juga penasihat aku.. Chenta juga cermin untuk diri aku. 
Chenta boleh belikan compact powder aku kalau habis, belikan maskara kalau dia tengok maskara aku habis, kadang-kadang Chenta yang pilihkan warna lipstik untuk aku.  Chenta akan cek barang-barang aku mana yang habis, mana yang kurang.. he..he.. 
Teringat masa tahun pertama kami jadi suami isteri, masa tu iklan maskara maybeline terbaru baru keluar.
Aku cuma kata " Macam best jer..." 
Esoknya masa aku nak turun kereta Chenta suruh ambik barang-barang kat kerusi belakang masa turun kereta. Ha..ha.. ada maskara yang aku nak rupanya.. Mula-mula rasa pelik.
Lama-lama dah tak pelik lagi dah.
Bila shopping atau beli barang kecik sekalipun aku jarang bawak. Chenta yang akan jinjit barang tu. Dia tak nak aku susah payah bawa. Mula-mula memanglah malu kan.. tapi itulah sifat Chinta yang yang tak pernah berubah.
Sebab tu kalau aku nampak suami isteri shopping, isteri bawak handbag, dukung anak, sorong troli.. 
suami pulak jalan macam tak ada perasaan. geram sangat masa ni..
Ya allah terima kasih kerana memberi Chenta untuk aku.
7 tahun bukan masa yang singkat. Ada orang tanya pernah bergaduh tak..
Kalau aku cakap tak...orang tak percaya..tapi kawan-kawan & keluarga aku akan kata "percaya"
sebab selama aku jadi isterinya cakap keras (bukan kasar) sikit pun tak pernah.
Ibarat anak yang tak boleh berkata kasar sekalipun "ah.." pada ibunya. 
Merajuk tu biasa...ha..ha.. kalau merajuk pun manja-manja jer.. tangan masih melekap..masih berbual..
Cuma merajuklah. kejap lagi Chenta akan tanya " merajuk lagi..???" kalau ya aku akan kata 
"masih.." kalau tak aku senyum.. ha..ha.. macam cartoon.
Chenta anugerah terbaik buat aku... chenta anugerah tak ternilai.. Chenta juga ibarat nyawa aku..

Chenta sangat sabar..kadang-kadang kesabaran Chenta buat kita hilang sabar.
Chenta tak akan susahkan orang lain..tapi dia yang susah sebab orang lain tak apa.
Chenta tak cerewet..Chenta juga sangat penyayang.
Chenta tak malu nak peluk aku kat mana ( walaupun aku segan ha..ha..)
Chenta juga tak malu nak cium kepala aku walaupun depan family aku (dulu malu sebba adik-adik nampak)
Chenta juga tak jemu kalau aku mengajar kalau aku tak faham satu-satu benda tu..
Chentalah yang akan aku sebut diawal doa aku sebelum aku mendoakan diri sendiri 
Chenta selalu kata aku tak ada buat salah, bila aku minta maaf setiap kali sebelum tidur.
Chenta selalu buat aku rasa dihargai dan disayangi..
Chenta selalu buat aku sebak bila teringat kasih sayangnya..
Kata Chenta...
Aku juga segala-galanya bagi dia..

Alhamdulillah...
Terima kasih Chenta..
Terima kasih atas kasih sayang dan cinta ini.
Terima kasih kerana mendoakan aku agar kita bertemu di jannah nanti..

Chenta..
Selamat Ulang perkhawinan kita sayang...



Mudah-mudahan kami sampai ke akhir hayat Amin...

Pertama kali Chenta suruh dengar lagu ni, menitis air mata..
Sampai waktu ni kalau dengar lagu ni  rasa sayu sangat..


















Saturday, 28 May 2011

Yeayyy...!!!

Alhamdulillah sudah ada dikampung Desa Temu Jodoh.
Esok Insyallah Crew majalah 3 akan berkampung kat rumah mak aku.
Nak shooting pasal sejarah kampung ni.
Ingat tak aku ada cerita pasal sejarah kampung ni dulu.
Desa Temu Jodoh 
Kalau tak ada apa aral Ahad ni berjalanlah shootingnya.

Insyallah, nanti akan update lagi berita terkini ya

Friday, 27 May 2011

Itu saya punya


Olympus tough ni tahan lasak, selain boleh ambik gambar dalam air.
Jatuh pun steady lagi.
Tapi colour biru ni sangat tak berkenan ha..ha..
Sebab dah tak ada stock MH ambik juga. Yang ni MH yang punya senang nak bawak ke site.


Ini pun MH yang punya.
Agak rumit nak handle berbanding compact.
Kalau kreatif gambar lebih menarik.

Dan yang ini memang selalu dalam beg aku. Tak kira pergi mana pun. 
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Kalau compact masih setia bersama Canon.
Asalnya nak warna dark pink sama cam Lappy, tapi MH kata tu pink bukan dark pink 
Tak cantik katanya..
Ha..ha.. mengalah ler sekejap waktu ni kan... Orang dah nak belikan
Yang Ini saya punya..saya punya...




Wednesday, 25 May 2011

Rindu


Pernah rasa Rindu...?
Tentu tau macamana sakitnya kalau Rindu kan..??
Perasaan Rindu ni tak boleh kita sorok-sorok..
Kadangkala perbuatan dan cara kita memang menunjukan kita yang kita sedang Rindu.
Mata juga tak mampu berbohong kalau jiwa dilanda rindu.
Apalagi perasaan kita yang kadang-kadang menjadi lebih sensitif kala dilanda Rindu.

Rindu..
Bukan hanya pada kekasih..
Mungkin rindu akan zikir-zikir Allah.
Mungkin pada Rasul (s.a.w)
Mungkin pada mak ayah kita
Mungkin Rindu suami buat isterinya
Atau..
Isteri yang sentiasa rindukan suami..
Mungkin juga  Rindu akan diri sendiri..
siapa tahu..???
Rindu ibarat anugerah dari Allah yang tak ternilai nikmatnya...

Aku..selalu Rindukan Chenta kala dia keluar mencari rezeki buat kami.
Kadang-kadang Rindu ni terlalu sebak nak di ungkapkan.
Walaupun Chenta di depan mata, aku tetap rindukan dia.
Kadang-kadang kami ber SMS, kadangkala kami berbalas-balas email.
Ada masa kami ber MMS..
Dasyatkan penangan Rindu..
Rasa lebih Rindu lepas kami bertkhawin.
maniskan perasaan Rindu ni..
Chenta sentiasa buat aku menghargai perasaan Rindu ni.
Rindu juga mengajar aku menghargai masa kami berdua..
dengan Rindu juga mengajar aku menjadi kuat..





KAMI

Baru tadi cerita KAMI lakonan Arwah Sudirman dimainkan di Astro Citra.
Walaupun dah lebih sepuluh kali aku tengok cerita ni tapi tak pernah jemu.
Masih terasa sedehnya part yang kat hospital tu. Nak-nak lagi background lagu tu lagu yang aku suka sangat...
Aku tengok bersilih ganti awal-awal cerita ni dengan rancangan Bersamamu TV 3 tu..
Apasal semua sedeh malam ni..
Kami sedeh...Bersama mu lagi sedeh..bukan sebab kemiskinan dia tapi sedeh bila dia ingat arwah isteri dia..
Sob..sob...sedeh yang terbawa-bawa..
(ini yang Mh tak suka aku tengok bersama mu ke apa ker yang sedeh-sedeh...


Sudirman comel sangat masa ni


Lagu ni sedeh...



Nur Kasih The Movie

Last week anak sedara aku ajak tgk Movie ni. Memang teringin sangat nak tengok
walaupun masa fenomena drama Nur kasih ni aku tak follow.
Masa Movie ni main kat wayang drama tu ada ulangan kat TV 3.
Masa nilah aku tengok. Best rupanya.. patutlah fenomena drama ni dasyat sangat.

Pujuk punya pujuk punya pujuk akhirnya yahooo...!!!! MH nak juga.
Memang kalau movie melayu kena pujuk lebih sikit ha..ha...last movie melayu yang we all tengok
Hantu Kak Limah Balik Rumah tu pun kat Jusco Tebrau JB tu pun lepas tiket yang we all nak tengok dah sold out ha..ha..

Aku, MH, anak sedara MH, kakak ipar dengan anak dia tengok movie ni kat Wangsa Walk.
Pada aku..bestlah cerita ni. Sebab aku memang sukakan cara pengarahan Khabir Bhatia yang kadangkala mengajak kita berfikir. Sesetengah dialog tu masih terngiang-ngiang kat telinga ni

"Ambillah apa saja dari ku..tapi jangan kau ambil Nur dariku...."   
 -  ADAM

Waktu di Jordan 
"syukur Alhamdulillah diberi peluang melihat Kurniaan allah  yang terindah ini..."- NUR

"Nur adalah kurniaan terindah buat abang...."ADAM

Babak masa Aidil teringatkan arwah isteri dia tu pun sedeh sangat. Macam tu ya rupanya suami yang kehilangan isteri. Masa ni aku sempat tanya MH "macam tu ke kalau dia hilang aku"
MH jawap... "lebih lagi"
Ouchh....!!! sedehnya...sedehnya dengar jawapan tu..


Movie pukul 9.45pm beli tiket seawal pagi tapi kami dapat seat B
Sakit leher wargh.....!!!!

Geng tengok wayang "Adha"

Kesimpulannya 4.5 dari 5 bintang. Sedeh, tapi tetap tak boleh buat aku menangis he..he..
Habis Movie, aku ajak anak-anak sedara MH gi Up Town kat Danau Kota.
Cuci-cuci mata he..he..





Cerita pasal kasut

Azam tahun 2011 memang nak kurangkan beli kasut. Hujung tahun lepas ada lebih 4 pasang yang tak terpakai.
Belum yang pakai sekali jer pas tu peram, yang sesekali  pakai pun ada pas tu peram lagi.
Ada yang kononnya sayang nak pakai peram juga.
Paling ralat wedges Elle yang pakai tak sampai 5x tu tau-tau dah berkudis tapak dalamnya.
Rasa nak menangis pun ada. Cepat-cepat keluarkan hush puppies dari kotak kot-kot dia menjangkit penyakit yang sama. Sayang, walaupun banyak kasut tapi ada juga sifat pilih kasih kat kasut-kasut ni ha..ha..
Lately ni senang sarung sandal camel tu jer. Tak tau napa. Maybe dah masuk 3 series kot tu yang nak selesa dari yang cantik.

Baru-baru ni kalau ke memana Mall kat KL ni suka betul masuk butik skechers.
Mula-mula tak minat. lama-lama tengok cantik-cantik & nampak selesa pulak.
Aku ada belikan adik aku skechers ni sebelum ni. Dia pun cakap comfort sangat kasut ni..
Erm...nak try jugalah he..he..
MH pun pilih 2 pasang masa kat Midvalley tu. Alang-alang beli sekali jalan lah.
Mak Mertua punya ni beli masa kat Jusco Wangsa Maju.

Ohh...!!! bestnya kasut ni

La..la..la... he..he..

Wedges skechers

Keluarga baru

Ini MH yang punya
Fevret sandal MH

Keluarga baru juga

Ini juga keluarga baru
Sandal MH yang punya

Ini untuk mak mertua 

Yang ini tetap menjadi pojaan  dan kesayangan hati 
Tu yang cakap ada pilih kasih kat kasut-kasut ni

                                                            











Dadih home made

Ni 1st time buat dadih sendiri. Selalu adik yang buat, tak pun beli jer kalau tekak ni terasa nak makan.
Mothers day hari tu tergerak nak buat & bagi kat anak-anak puchong.
Oh..senang jer rupanya buat dadih ni he..he..
rasa nak jadi peniaga dadih pulak lah lepas ni...
Ada yang nak beli tak ha..ha..

Cara nak buat, aku follow jer cara-cara kat belakang paket dadih tu.
Senang dan cepat di masak

60 cawan dengan 3 perisa. Cokelat, jagung & laici
Sebab buat malam nak hantar keesokannya, semua duduk dalm esbok diam-diam dulu



Trengganu lagi

Lepas balik majlis khawin kat Pahang terus ajak MH ke Trengganu. Mood nak makan keropok lekor fresh
kat tepi Pantai kelulut tu.
Kali ni memang tak ada agenda khusus, senang kata saja jalan-jalan jer. Memula nak ajak MH ke Pulau kapas lagi, tapi dia kata dia baru balik dari laut & akan ke laut lagi, macam nak muntah hijau tengok laut.
Tu yang saja jalan-jalan jer...
Kenapa ya, tiap kali ke Trengganu hati ni rasa lapang jer, rasa seronok sangat-sangat.
Macam nak kena ada rumah kat Trengganu jer ha..ha..

Resort kat Batu Buruk,
Tak ingat nama Resort ni apa, depan Resort Indah Resort yang 
we all duduk bulan 3 dulu



Cantik view dia

Ni macam acara wajib kalau datang Trengganu
Bazar Warisan depan pasar payang. Dah bertahun-tahun jadi pelanggan tetap.
Boleh call minta batik n warna apa, nanti dia akan pos kan walaupun sehelai.
Tapi best kalau dapat pilih sendiri kat butik dialah kan he...he...

Berpinar mata nak pilih mana, seperti biasa MH yang akan memilih 
  
Bulan 3 hari tu 5 pasang MH pilih, kali ni dia pilih 4 pasang lagi.
Tak banyak rewel so apa pilihan MH memang terbaik

Nak cuba pakai biru, biasa pakai biru namapak mute je muka ni..
Tengok apa jadi kalau pakai biru ni, kalau ok boleh cari biru lagi

Batik hitam & putih ni ulangan warna, MH suka sangat warna ni, so MH pilih
sekali lagi dua warna ni..Cokelat tu pun ulangan. Sebelum ni pilih cokelat more to gold, belum hantar
tailor lagi. kali ni pilih dark cokelat. Sepasang dengan MH punya batik.

Senyum sokmo he..he..
Nak cari kedai pengantin pulak.. pilih barang untuk sis in law

yang bukit bukau tu Pemandangan Pulau kapas dari darat.
Rindunya nak datang lagi, masa ni tengah tunggu sotong tepung & kopok gete kat Pantai kelulut

Pantai kelulut with My Chenta

Nama pun jalan-jalan...
Jom jalan-jalan

Pusing sana..pusing sini
nama pun jalan-jalan he..he,,

Pilih inner, cantik-cantik juga, inner kat sini

Me & Chenta hati

Sepetang di Kelulut




Selamat pengantin Baru Siti & Shahir

15hb May yang lepas aku ke majlis khawin sepupu aku kat Felda Lepar Utara Satu, Pahang.
pertama kali sampai masa umur 12 tahun dulu, banyak dah berubah tempat ni.
Dari Kl cuma aku dengan MH jer. Family aku datang dari Segamat 4 kereta, tapi 1 kereta sampai lewat sebab kena tinggal he..he..

Akad nikah

Alhamdulillah selesai semuanya...

Semoga bahagia ke akhir hayat

Kami
Adik-adik, sepupu & anak saudara

Inilah Rombongan kami  seronok sesekali dapat berkumpul macam ni

Unik ahli kompangnya.. perempuan..
biasa tengok lelaki

Konvoi dari Segamat semua pakai walkie talkie,
sponser dari Ayah he..he..

We all masih setia dengan Garmin ni.
Memula rasa tak best lama-lama syiok pulak..
Jarang menghampakan


Apapun.. Tahniah sekali lagi buat Siti & Shahir, Semoga bahagia keakhir hayat 
Amin..amin...




Thursday, 12 May 2011

Nina lagi...... Yang terkini

Sejak potong rambut haritu dia tak mo tayang rambut pendek dia.
Pergi sekolah dia pakai scarf yang tutup semua rambut dia, so tak perasan sangatlah kawan-kawan dia.
Ini Nina yang terkini, ha..ha..comel gak..

Jap lagi rambut dah molek tak tau mana dia campak key tu....
Biasalah budak-budak suka nak pakai suka nak togel 
Mujur budak kalau orang tua huk..huk..

Nina...Nina..macam-macam hal dia
ha...ha...

Berniaga biar jujur

9 dari 10 rezeki atas bumi ni datangnya dari perniagaan. Macam-macam jenis perniagaan yang boleh mendatangkan keuntungan kepada kita. Sebebsar mana perniagaan kita itu biarlah dengan cara jujur, bukan keuntungan semata-mata.
Ini cerita minggu lepas. Habis jer meting komuniti di Saujana Utama terus gerak nak ke Giant Kota Damansara.
Dalam perjalanan tekak teringin nak makan pisang goreng.
Masuk Alam Budiman lepas guard tu adalah makcik jual pisang, yang turun MH.
Aku cuma pesan kalau ada sukun ke keladi ke belikan sekali.
Keladi, sukun tak ada yang ada pisang yang aku tengok sangat-sangat tak juicy tu.
kata MH dia nak cancel syok, kesian agaknya tengok makcik tu.
Pisang tu bukan jer tak juicy tapi mentah..aku rasa gak sebiji. Memang tak boleh telan.
Mentah..keras..
Macamanalah tergamak jual benda yang tak sepatutnya ek...
patutlah tadi ada akak tu dah datang tengok-tengok tapi cancel. MH tak sampai hati nak blah cam tu jer
beli juga walaupun dah tau tak sedap, tapi sungguh tekak ni memang tak boleh menerima lansung.
Kelat, keras...
Sedehnya...tengok orang melayu berniaga tak jujur ni...

Nilaikan sendiri


Sunday, 8 May 2011

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu buat mak tersayang Hajah Saminah dan Mak Mertua tercinta
Hajan Senah.
Dua-dua istimewa bagi aku.
Mak..walaupun tak ada anugerah yang tercatat, tapi jasa-jasa Mak tak terbalas dengan apa yang aku bagi selama ni. Susah senang dan dalam kepayahan mak membesarkan aku dan adik-adik sangat aku hargai.
Saat-saat kemiskinan dan kesusahan satu masa dulu mak tabah dihina dan di kata.
Mak, siapa pun tak akan dapat mengantikan tempat Mak.
Doa Mak yang mengiringi kebahagiaan aku saat ni. Nasihat Mak yang masih jadi rujukan waktu ni.
Mak, doakan kami anak-anak mak tak pernah putus untuk Mak..
Mak mertua...
Terima Kasih menerima aku sebagai menantu dalam keluarga yang terhormat ni.
Terima kasih mak yang tak terhingga kerana memberikan aku sesuatu yang sangat mak sayang.
Kerana doa dan keredaan mak aku bahagia dengan orang yang aku sayang saat ni.
Kerana Mak juga aku dihargai sebagai wanita.
Mak..janji aku akan jadi isteri yang solehah untuk anak Mak.
Mak..doakan kebahagiaan kami hingga ke Jannah nanti Mak..
Mak..doa untuk Mak tiada penghujungnya...

Selamat Hari Ibu juga buat semua adik-adik aku, kakak-kaka ipar aku, kawan-kawan juga teman-teman yang bergelar Ibu...
Al-Fatihah untuk Ibu-Ibu kita, mudahan-mudahan pahala Fatihah kita sampai buat Ibu-Ibu tersayang...
Amin...

Hajah Senah & Hajah Saminah



Saturday, 7 May 2011

Happy Besday Ayah

Happy Besday ke 58 tahun buat Ayah tercinta Mohd Sharkawi Hj Abdul Hamid.
pada 3 Mei 2011 yang lepas.
Semoga ayah dikurniakan kesihatan yang baik, diberkati dalam hidup.
Dan bahagia dengan kami semua.
Last year we all adik beradik bagi ayah jaket. Handsome ayah pakai.
Tahun ni aku dah ada apa nak bagi, adik-adik tak taulah apa derang bagi.
Tunggu balik kampung baru bagi. he..he..

Ayah & mak terselit tu Bagus, dia memang tak boleh tengok Mak & Ayah berdua

Alhamdulillah, ayah dikurnia kan kesihatan yang baik.
Kadang-kadang masih berjogging dengan mak dan adik-adik keliling kampung.
Kalau ke masjid senang naik basikal exercise katanya.
Selain aktif bersukan badminton, sepak takraw,  ayah punya suara yang sangat sedap kalau mengaji. Dulu-dulu kalau naik jer kereta kemana-mana memang ayah tak buka radio, ayah akan mengaji sepanjang perjalanan. Masyallah suara ayah memang sedap
Pernah jadi wakil Segamat untuk musabaqah. Johan peringkat kem.
Alhamdulillah juga anak-anak ayah ada yang ikut bakat ayah.

34 tahun yang lepas.
Mudah-mudahan Ayah & mak bahagia hingga keakhir hayat.