Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri... Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.
Kisah benar yang terjadi kepada seorang isteri... dan ceritanya bermula begini..
"Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.
Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja..
Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.
Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.
Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.
Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.
Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.
Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.
Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.
Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik seperti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.
Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.
Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.
Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.
Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah .
"Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya....InsyaAllah..
" Ni aku jumpa kat satu FB kawan-kawan aku. Nak kata kesian kat si isteri pun tak, kesian kat laki pun tak juga..kenapa..??? ya lah suami dah tau tak suka penampilan isteri kenapa tak nak berterus terang jer,
kesian isteri dah susah payah jaga segala kebajikan suami, tanggung bersama ekonomi rumah alih-alih ditinggalkan sedeh kan...
Alasan perut tebal..ha...ha..tak logik sedangkan dah lahirkan zuriat tuk suami juga.
Tapi napa isteri pun tak nak jaga penampilan kat rumah ek..bukanlah nak suh make up memanjang tapi sekurang-kurangnya jagalah penampilan sikit. Ada tu kat rumah berkelambu dengan baju kelawar yang dah koyak-koyak...dah tetas jahitannya, dah terabur benangnya.. tak pun dengan t-shirt besar dengan kain batik dari pagi ke malam...tapi peliknya kalau keluar boleh pulak cantik, pakai baju lawa-lawa, siap bergosok lagi tu..sedondon atas ke bawah..
Sebab aku tengok mak yang dah 11 anak tu kat rumah suka pakai lawa. dulu-dulu masa kecik-kecik nampak pelik bila nampak mak lepas mandi mak suka pakai lipstik (tak lah merah cam mak jarah tu) lepas tu pakai bedak..pakai cantik-cantik.
Sekarang paling suka tengok mak pakai t-shirt ngan suar labuh 3 suku. rasa mak saya masih muda sampai sekaranag..kata orang we all cam adik beradik yeaayyyyy..!!! (sebab mak tak pakai seluar bila keluar selain kat rumah, sebab kitaorang tak bagi...ha..ha...)
Bila tengik isteri-isteri tak jaga penampilan bila kat rumah erm.... sekali pandang cam bibik...
Bibik sekarang pun lagi vouge tau..
Kadang-kadang isteri-isteri basuh rambut pepagi, pastu bungkus dengan tudung rambut basah-basah...boleh agak tak bau dia. erm...pengalaman aku mem"facial" mak-mak orang yang balik kerja ni...
Ya allah..bukan nak aibkan sesapa..tapi sampai satu tahap rambutnya masih lembab, bau sangat..masa derang lom buka tudung dengan jarak yang dekat pun dah bau..kadang2 terpaksalah aku buat facial tu dengan jarak yang tak munasabah...sebab..memang busuk...
Kalau kita pun dah bau, suami apa lagi kan...nak dekat-dekat, nak meleser-leser pun malas.
TAPI....
Kenapa lepas bercerai baru nak jaga kebersihan...baru nak jaga kuku..???
bukan ker setiap masa memang kena jaga kebersihan. Mak aku yang dok kampung tu kalau tgk kuku kaki anak-anaknya berkeladak memang dia tegur. Dia kata biar kuku tak cantik janji tak berkeladak kat tepi-tepi kuku tu. Mungkin bila tengok isteri macamni tak teransang nafsu suami, mana kita tau kan... ???
Tak semestinya kena kurus lansing baru nak jaga penampilan, gemuk ke kurus ker memang kena jaga
Erm...tapi suami pun janganlah ambik kesempatan pulak..apa salahnya berbincang dengan isteri.
Macam aku...suami memang tak suka kalau aku pakai baju kelawar (walaupun baju kelawar aku tak ada rupa kain buruk ya he..he...) katanya rimas..
Kalau suami tak suka tgk isteri selekeh kat rumah, isteri pun sama tau..tak suka tgk suami asyik ngan kain gombang jer...pas tu tak pakai baju plak..alamak bang cover sket peyut tu ek... hi..hi...
I pun tak selera u
..ha...ha...
Apapun terpulanglah kat diri memasing...kalau suami/isteri suka dengan penampilan memasing
tepuk dada tanya selera. Sebab aku pun bukan sempurna sangat..
tapi sesamalah kita renung-renungkan...