Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Friday, 14 September 2012

Seoul here we come

Masa ni saya dan Chenta hati dalam perjalanan dari Busan ke Seoul.

Selepas 7 hari bersarang di Busan, cari sarang baru pulak di Seoul he..he..
Saya akan rindukan suana Busan yang tenang.
Rindu turun naik metro dengan tangga yang dah saya daki beratus-ratus anak tangga sepanjang berada di Busan.
Rindu pening-pening kepala baca peta nak kesatu-satu tempat.
Ada rezeki memang nak datang lagi.
Tempat ni memori sangat bagi MH,

MH pernah duduk Busan beberapa bulan satu masa dulu.
Tiap kali saya call dia akan kata satu hari dia akan bawa saya ke Busan.
Bila kami sampai sini dia tak percaya kami dah pun di Busan.
Allhamdulillah..

Semoga urusan kami di Seoul dipermudahkan amin..amin...

kalau menyampah scroll ke bawah laju-laju ha..ha..






Thursday, 13 September 2012

Islamic centre Busan

Lepas chek in di Paradise Hotel, saya dengan MH sepakat nak ke Islamic Centre Busan.

Perjalanan lebih kurang 1 jam 1/2 dengan menaiki metro

Usai solat Asar kami terus ke Metro Station Haeundae line no 2 pintu no 1.
Lebih kurang 10 minit jalan kaki laju & pantas dari Paradise Hotel

Ambil metro menghala Seomyeon Station (interchange line no 1)
dan terus menghala ke Nopodong sebelum berhenti di exit 131 (Dusil)

Keluar pintu no 8 jalan terus lebih kurang 300 meter akan jumpa Jungang-daero 1944beon - gil road

Dari seberang Jungang - Daero
Belakang tulah Islamic Centre nampak tak...?
kena jalan lebih kurang 300m lagi

 Jungang-daero 1944beon - gil road
Dari jalan ni dah nampak kubah Islamic centre

Melintas je jalan akan nampak kedai tayar dan jambatan.
Lebih kurang 3 minit dari jambatan tu terletaknya Islamic Centre


Melintasi halal food restaurant

Islamic Centre/masjid di Busan agak tersorok sedikit. Tapi mudah untuk mencari kawasan ni.
Masa kami sampai belum masuk magrib lagi
Magrib 6-40 am

Tempat solat perempuan dekat tingkat 3,
Ambil wudu' tingkat 1,
Masa azan magrib saya rasa sebak sangat, sampai menitis air mata
menikmati indahnya azan magrib di Bumi Korea
Subhanallah..
Masa azan juga tingkap-tingkap dirapatkan, mungkin ini antara syarat-syarat disini.
Keliling kawasan Masjid ni kawasan perumahan.
Lepas magrib ada kuliah magrib sementara menunggu isya' ramai yang ambil peluang mengaji.
Masa ni rasa macam kat masjid KL aja he..he..

Ramai muslim dari negara Indonesia disini yang saya jumpa.
Bersama-sama saya ada 2 muslimah dari Indonesia yang bekerja di Busan.
 Saya difahamkan setiap hujung minggu Islamic Centre akan menjadi tumpuan mereka.
Ada pelbagai aktiviti diadakan disini.
Selain mereka mengadakan usrah, sebahagian mereka akan masak dan menjamu mereka yang datang.
Disini juga ada kedai halal yang menjual pelbagai jenis makanan basah dan kering.
Kerana kedai ini milik warga Indonesia.

Saya sempat masuk kebahagian dapur disini. (terlupa ambil gambar sebab sakan bersembang )
Lengkap dengan pelbagai kemudahan.
Masa saya nak balik sahabat saya yang solat dengan saya tadi bekalkan saya nasi lauk ayam.
Allhamdulillah rezeki kami haritu he..he..

Antara aktiviti yang dijalankan di Islamic centre Busan

Allhamdulillah rezeki kami berdua,
Sambal dia buat tekak meronta-ronta nak makan ayam penyet.


*Rindu dengan suasana Ramadan di Masjid Wilayah*

Wednesday, 12 September 2012

Busan Tower

Hari ke 2 hujan..sungguh rasa tak best hujan di pagi Ahad kat Korea ni.
Kalau kat KL best lah juga boleh tarik selimut sambil bersejuk-sejuk.

Tapi plan dengan MH we all nak ke Busan Tower juga.
Sebab esok MH dah start training.
Hujan renyai-renyai sejuuukk sangat.

Berpandukan peta yang kami pinjam dari pakcik google dari hotel kami tak jauh
dalam 20 minit dengan jalan kaki.
Hotel kami di Jalan Dongkwang-Dong 3rd Street
Busan Tower di Gwangbok-Dong2-ga, Busan.

Dari bawah sampai atas ada escalator.
He..he..kebanyakan kat Korea ni tangganya tinggi-tinggi.
patutlah semua kurus2 he..he..
Yang bawak lemak banyak macam saya ni memang bercinta,
Turun ok part naik tu alahai...

Ni baru suku, bayangkan kalau menapak dengan tangga ha..ha..





Dengan patung Duta Busan Tower




Pemandangan dari aras tengah

Dari Busan Tower

Busan lebih dikenali dengan nama Bandar Pelabuhan
Kat sini segala macam hidupan laut sangat murah harganya, tapi sayur dan segala jenis yang dari atas tanah sangat mahal harganya. Sebiji buah delima yang saya jumpa berharga RM 40 pisang satu sisir ada lebih kurang 6 biji RM 32

Tersusun, kemas, bersih dan hampir kesemua tempat adalah kawasan dilarang merokok
walaupun di tepi pantai

2 pelancung dari Indonesia yang saya jumpa.
lepas 5 hari cuma mereka yang saya jumpa he..he..

Selain di Seoul Tower di Busan Tower pun mereka letakkan mangga kenagan cinta katanya he..he..

Saya cuma bawa 1 mangga yang saya nak letakan di Seoul Tower nanti.
Sebab nak juga letak kenangan kat Busan Tower ni dengan kreativiti ini yang kami buat.
Kad kuning tu kad Subway dari AREX Busan ke Jungang-Dong station.
keychain tu memangs aya bawa dari KL





Malaysia tetap dihati he..he..

Bila balik baru tau sebenarnya dari hotel yang kami duduk 1st day Elysee-motel - Dongkwang-Dong 3rd Street  tu tak sampai 5 minit
Saya memang nampak tangga ni bila kami keluar ke Bandar Busan,
ingatkan tangga ke taman rupanya Tangga ke Busan Tower he..he..
Dekat aja rupanya.
Cuma.....

Tangga tu tinggi sangat.
Turun oklah..kalau naik saya memang tak larat menggigil kepala lutut ni ha..ha..

Tapi kawasan tu cantik sangat walaupun tak ada bunga warna warni
Payung tu saya pinjam dari hotel.
Hotel kat Korea ada menawarkan khidmat pinjam payung he..he..

macam biasa mari cuci mata sambil muntah berjemaah tengok gambar pengantin lama yang rasa baru kawen jer ni hik..hik...

Balik dari Busan Tower kami chekout Eleysee Hotel untuk ke Paradise Hotel di Haeundae-Gu.
Dekat dengan kawasan pantai

Petang lepas chekin di Paradise Hotel kami ke Islamik Centre.
Solat magrib & isya' kat sana.

Jumpa lain entry ya...



Tuesday, 11 September 2012

Dari KL ker Korea

Flight tak delay..tu dah kira sangat bersyukur he..he..
Lepas menempuh perjalanan selama hampir 10 jam darat dan udara,
sampai akhirnya ke Busan, Korea.

Memang penat sebab kami pilih jalan darat nak ke Busan.
Sepatutnya dari Seoul boleh ambik flight ke Busan.
Tapi saya dan MH nak merasa perjalanan darat.
Kalau ingat-ingat ha..ha..berjaya juga kami tempuh perjalanan yang menyeronokkan ni.
Dengan bagasi yang berat. Dengan saya yang tak cukup tidur.
Letihnya rasa.

  

Cari mood nak tidur, macam biasa kalau dalam flight memang kepala saya akan sakit sepanjang penerbangan, 2 jam pertama kepala sakit yang teramat, 2 jam kedua dapat tidur-tidur ayam,
selebihnya saya berjaga sampai landing ha..ha..

Pukul 5 pagi kat atas dah nampak matahari, suka sangat view masa ni cantik sangat
Subhanallah

Pukul 6 pagi kat atas dah terang benderang

Allhamdulillah...lebih kurang pukul 8.00 am waktu Korea
sampai di Incheon International Airport.
Untuk ke KTX station kami menggunakan AREX.
AREX menghubungkan kami dari Airport ke Seoul Station lebih kurang sejam perjalanan.
Tiket 2 orang 8700 Won  / $ 8.5 Usd

No paparazi please ha..ha..

Ni baru sikit kalau betul-betul mau kacau jiwa nak baca.
Sesetengahnya semua dalam bahasa korea.
kami berpandukan nombor utuk kesatu-satu destinasi

 Kami ke Busan degan KTX lebih kurang 2jam setengah dengan kelajuan maksima 300km/h
Seoul ke Busan $50 Usd seorang
Selain KTX ada flight & bas untuk ke Busan

KTX Station Seoul

KTX kami pukul 12.55pm
lane no 9



Konon-konon nak menikmati pemandangan yang cantik dari Seoul ke Busan.
Banyak sangat padi ditanah tinggi yang menarik perhatian saya.
Belum 30 minit saya tertidur.
Mengantuknya saya masa ni.

Akhirnya kami sampai ke Busan.
Untuk ke Hotel, kami kena naik metro dalam 20 minit lagi.

Lepas solat Magrib baru kami keluar merayap dikawasan sekitar hotel.
Tak ada gangnam atau k-pop pun kat sini yang saya jumpa semuanya biasa aja ha..ha..


Sila jangan muntah berjemaah ya ha..ha..
Mood nak lomantik sesekali

Hari ke 2 ready nak ke Busan Tower
nanti saya cerita kat entry selanjutnya ya


Apa yang saya nampak pertama kali sampai Korea/Busan ni tempat mereka bersih sangat.
Lagi satu pengunaan plastik sangat-sangat terhad kat sini.
Tong sampah pun tak ada plastik bag.
Mereka nak menjaga alam sekitar dengan mengurangkan plastik bag.
(saya bawak beberapa keping plastik bag untuk kegunaan sendiri he..he..)