Malam tadi masa balik dari JB (Pontian) saya singgah di RNR untuk solat.
Tak naklah cakap RNR manakan... nanti kang... he..he.. tak nak teruskan...
sila jawap sendiri..
Masa tu lebih kurang dalam pukul 11 malam.
Sebelum tu kami (saya dan suami) tidur dulu sebelum saya turun solat.
Sudahlah surau wanita dihujung tanjung, pintu tertutup dan gelap.
Saya ambik keputusan tunggu MH solat dulu dan minta dia teman saya
di depan pintu surau.
Masa masuk dah rasa lain macam, saya buka semua lampu dan kipas.
Bagi terang benderang, memang takut-takut. Mata tak nak melingas sangat takut nampak yang bukan-bukan.
Tapi hati ni memang tak keruanlah..
Disebabkan saya jamak magrib dan isya', saya pun solat magriblah dulu.
Saya sembahyang macam biasa, cuma bila salam yang pertama tu saya dengar..
Erm...saya dengar ramai yang jawap salam saya.. bila saya bagi salam kedua saya tak nampak pun orang lain kecuali saya jer dalam surau tu.
Takutnya saya..saya yakin tu bukan mimpi atau khayalan saya.
Saya dengar dengan terang.
Dengan masih bertelekung saya terus keluar dari surau dan panggil MH duduk dalam surau temankan saya.
Saya tak peduli tu surau perempuan..
Saya nak MH temankan juga..
Saya minta MH duduk kat kerusi sebelum tangga, depan tempat ambik wuduk tu.
Terkejutlah Mh tengok saya keluar dengan telekung dan muka cemas tu..
Serius saya takut sangat..
Lepas solat MH belikan teh panas, agaknya dia nak saya cool kot.
Tapi semuanya jadi caca marba, macam-macam ada dalam perasaan ni.
Sampai saya terbawa-bawa dalam mimpi malam tadi he..he..
Biasanya sekejap jer perasaan tu, allhamdulillah pagi tadi bangun tido dah lupa dah.
Sebab saya pernah alami lebih dari tu.
Subhanallah...
Bukan manusia jer penghuni bumi ni, ada mahluk lain yang kita tak nampak
Kalau kita tak kacau Insyallah mereka pun tak kacau kita..
* teringat masa saya mengintai kat tingkap nak tau apa yang bising sangat kat sekolah sebelah ni, pukul 3 pagi dah macam pesta, tapi bila saya jengah sekolah gelap gelita. Masa tu MH tak ada pergi offshore.. *
Remember happiness doesn’t depend upon who you are or what you have it depends solely on what you think - Dale Carnegie -
Tuesday, 28 February 2012
Mekong Delta & China Town
Hari kedua kami semua di bawa ke Mekong Delta pada sebelah pagi.
Lebih kurang 2 jam perjalanan dari Hotel.
Kami dibawa dengan seorang pemandu pelancong yang menerangkan sejarah Mekong Delta.
kami dibawa dengan bot untuk keseberang yang menempatkan perkampungan di sepanjang persisiran Mekong Delta ni.
Baca sini MEKONG DELTA
Lebih kurang 2 jam perjalanan dari Hotel.
Kami dibawa dengan seorang pemandu pelancong yang menerangkan sejarah Mekong Delta.
kami dibawa dengan bot untuk keseberang yang menempatkan perkampungan di sepanjang persisiran Mekong Delta ni.
Baca sini MEKONG DELTA
Ready nak ke Mekong Delta
Bot kami dah tiba he..he..
Pemandu pelancong tengah bagi penerangan tentang Mekong Delta
View dari bot kami
Bot jiran yang nak ke Mekong Delta juga
Me & Tini
Madu + limau + teh
Traffic yang sesak
Salute sama kak Salina yang berani,
saya tengok pun geli lagi nak pegang.. gambar pun jauh-jauh jer ha..ha..
Perwmpuan ni nyanyi lagu melayu tau
Lunch kami disediakan pihak agent.
Fresh fruits..
ready nak naik sampan
Peace seram-seram sejuk sebab tak ada safety jacket ha..ha..
Lepas solat jamak zuhur & asar semua makan di Nyonya Restaurant halal food,
Rombongan cik Kiah yang kekenyangan ha..ha..
Ni depan Masjid,
China Town
(masa ni camera saya dah low batt, so belas ehsan camera kawan-kawan jer.
yang ada pada saya pic ni jer...)
Sesi pilih-pilih kain yang buat mata saya sangat rambang.
Tapi semuanya tak boleh speaking, so jual beli dan tawar menawar atas calculator jer
Kain-kain kat sini sangat murah dan berkualiti
harga yang ditawarkan jauh beza dengan Malaysia.
Monday, 27 February 2012
Happy Anniversary
35 tahun sejarah masih diingati, apatah lagi nama kampung kami sendiri unik,
DESA TEMU JODOH
Ramai yang terasa pelik dengan nama ni, tak kurang yang teruja nak tahu dimana letaknya kg ni dan mengapa nama nya seunik ini.
27 hb Feb 1977 24 pasang dari pemuda Belia (nama asal kg ni) telah memilih calon pasangan masing-masing untuk bernikah dan bersanding secara serentak.
Perkhawinan yang ditaja oleh Menteri Besar Johor pada masa itu Allahyarham Tan Sri OSman Saat memang menjadi sejarah.
Baca entry saya yang lepas SEJARAH DESA TEMU JODOH
Rasa cepat sungguh masa berlalu, sekali lagi mereka menyambut ulangtahun perkhawinan hari ini
27hb Feb 2012
Happy Anniversary buat Ayah Mohd Sharkawi dan mak Hajah Saminah Sayuti dan 23 pasangan pengantin yang lain. Semoga mereka semua diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan dunia akhirat amin...amin...
DESA TEMU JODOH
Ramai yang terasa pelik dengan nama ni, tak kurang yang teruja nak tahu dimana letaknya kg ni dan mengapa nama nya seunik ini.
27 hb Feb 1977 24 pasang dari pemuda Belia (nama asal kg ni) telah memilih calon pasangan masing-masing untuk bernikah dan bersanding secara serentak.
Perkhawinan yang ditaja oleh Menteri Besar Johor pada masa itu Allahyarham Tan Sri OSman Saat memang menjadi sejarah.
Baca entry saya yang lepas SEJARAH DESA TEMU JODOH
Rasa cepat sungguh masa berlalu, sekali lagi mereka menyambut ulangtahun perkhawinan hari ini
27hb Feb 2012
Happy Anniversary buat Ayah Mohd Sharkawi dan mak Hajah Saminah Sayuti dan 23 pasangan pengantin yang lain. Semoga mereka semua diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan dunia akhirat amin...amin...
Pelamin unguk 24 pengantin
Tempat ni jadi padang dah sekarang
Mak tak ingat majalah apa ni.
seingat saya satu majalah tu penuh dengan cerita perkhawinan beramai-ramai ni
Ini saja yang tinggal selepas ramai yang pinjam tak pulang
Baju merah tengah-tengah tu mak saya
2 dari belakang ayah saya, masa ni tunggu untuk di nikahkan.
Nikah di Masjid jamek Segamat, pengantin dibawa oleh YB masa tu
Mak & ayah
Bersanding time
Mak dimake up kan oleh Mak Inom, mak kepada pengarah arwah yasmin Ahmad
dan salah seorang pengapit kepada pengantin ni Anita Rafar kakak Linda Rafar.
Sebahagiaan dari mereka yang berkhawin seramai 24 pasang
Ini pelajar Universiti yang jadi anak angkat mak saya
dan sedang membuat kajian tentang sejarah DESA TEMU JODOH
tak silap mak kata ni tahun 1979
(saya atas kereta belakang mak tu)
Ayah saya kiri dengan jiran kami Cik Kasmuni
(esok lusa sambung balik cerita vietnam ya. he..he..)
Monday, 20 February 2012
Vietnam Bent Thanh Market
Holiday kali ni MH tak ikut, MH ke Sabah (Mabul Island) untuk diving. Saya ke Vietnam dengan teman-teman dari 4hb Feb - 7hb Feb 2012.
Date kami berselisih satu haru jer, MH ke Sabah 3hb Feb-6hb Feb 2012.
Flight kami dari KL ke Vietnam pukul 9.30 waktu Malaysia.
1jam 40 minit penerbangan kami ke Vietnam.
(Labuan lagi lama he..he..)
Waktu Vietnam lambat sejam dari Malaysia.
Ketibaan kami disambut dengan Pakcik Yusof, dia yang akan bawa kami sepanjang kami di Vietnam.
Hari pertama acara bebas
Shoppinglah apalagi, memandangkan kami duduk di kawasan International road
Ben Thanh Market sasaran kami petang tu. Turun jer hotel depan tu dah Ben Thanh, memang dekat.
Banyak pilihan kat sini, (halal food je tak ada he..he..)
Ben Thanh ni lebeh kurang macam Pasar Payang atau Pasar Siti Khadijah tu.
Rata-rata peniaga-peniaga dalam ni semua boleh bercakap melayu.
Sampai satu tahap saya terpinga-pinga ni Vietnam ke KL ha..ha..
Selain peniaga-peniaga boleh bercakap melayu, hampir 80% pengunjung haritu semuanya dari malaysia.
Tu yang konpius jap. KL ke Vietnam ni...?
LCCT Sebelum berlepas
Ho Chi Minh Airport
Ramai gila orang kat Airport HCM ni, macam nak sambut orang balik haji jer
Abang Zul dengan ejen yang akan bawa kita orang selama 4 hari
Bas yang membawa kami sepanjang di Vietnam
Awal-awal saya dah tukar Dong & USD dan saya dah bahagikan untuk 3 hari, tak nak terbabas he..he..
sudahnya balik bawak lagi dong & USD tu
(Vietnam menggunakan USD dan mata wang mereka Dong, kalau guna Dong memang jimat banyak, ada sesetengah kedai yang ambik RM juga)
salah satu monument kat Vietnam
Depan Ben Thanh market
Tini
Dalam Ben Thanh Market
Sebelum ke China Town pun dah rambang tengok kain-kain kat Ben Thanh market ni
Ni kat Pasar malam dia yang dibuka setiap hari jam 6 petang waktu Vietnam
Banyak sungguh pilihan
Geng posing dagu ha..ha..
Masa ni Spa, saya buat pedicure, ada yang buat refleksologi.
Murah sangat he..he..
Kakiku ha..ha..
Lepas SPA semua posing
Pasar malam
Vietnam kaya dengan sumber alam
Banyak sungguh buah-buahan disini, ada yang saya tak kenal buah apa
nampak air kelapa, tapi teman saya kata, jangan beli..
sebab luar jer air kepala isinya bukan air kelapa.
Air kelapa tiruanlah ni
saya bersama teman Tini dan kak Salina dihadapan Ben Thanh Market
Esok hari kedua kami akan ke Mekong Delta
Subscribe to:
Posts (Atom)