Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Wednesday, 29 September 2010

Sambal jawa + terung

Sambal jawa..ni yang kawan aku bagi nama bila dia makan sambal belacan (padahal tak ada belacan pun)
aku dulu. Sambal belacan a.k.a sambal jawa aku memang tak pakai belacan. Aku tak suka letak belacan kang tangan bau belacan sampai kesudah tak hilang. Sambal jawa ni sebijik sambal belacan cuma tak ada belacan jerk.. biasanya aku gantikan ngan terung ker, pelam muda ker, nenas ker, tomato ker...suka hatilah nak letak apa...hasilnya ..pergh...memang mabelesss....  (ha..ha..bukan aku cakap orang yang dah makan lah cakap.. kalau ada tempoyak huk...huk...mak mertua lalu pun tak sedar tau..


Bahan-bahan:

Terung sederhana besar di bakar / di kukus / di goreng dengan minyak yang sedikit
(boleh ganti ngan pelam muda, tomato, nenas atau belimbing buluh)
separuh labu bawang besar - di goreng
2 biji bawang putih - di goreng
sedikit bilis - di goreng
cili padi (ikut suka nak pedas mana) - di goreng
limau kasturi

* Tumbuk bawang bersama cili hingga separa lumat, kemudian masukan terung & bilis tumbuk secara kasar
* Gaulkan semua kemudian perahkan limau kasturi
* Kalau suka boleh gaulkan dengan tempoyak


Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri buat semua, tak terlambatkan nak ucap "Selamat Hari Raya" pada semua yang singgah kat  blog ni. Mana tau kalau ada yang tersinggung pas baca entry-entry kat blog aku ni. So kalau aku ada salah silap..yang menyinggung perasaan maff sangat-sangat ya...Aku cuma manusia yang tak lepas dari salah dan khilaf. Harap-harap apa-apa salah silap aku di maafkan, diampunkan, dihalalkan,dan diredakan ya...
Insyaallah..

Lamakan tak update blog ni, cam dah banyak sawang, kasi vakum  sat baru ler nampak entry baru huk..huk..

Raya kali ni kat kampung aku, ni 2nd time raya kampung sendiri. Sebelum ni memang tak ada sistem giliran ikut suka hati..so jadilah 6x raya umah mertua. Buat pengetahuan korang 6x ni pun aku yang request ek..
Best wehh..raya umah mertua aku...exactly kampung sejati. memang meriah. Bukan lah kata kampung aku tak meriah tapi  dah more to cam bandar dah..semua balik kampung huk..huk..Marhaban pun after seminggu raya. Tapi sejak dok KL memang dah buat sistem giliran. Tetiba jer kan buat sistem giliran..
Seronoknya kali ni adik beradik semua kumpul (adik aku yang kat Singapore malam raya pertama baru sampai, raya ngan mak mertua dulu kat sana). Kuarga besar memang meriah. Dengan macam-macam ragam lagi, huk..huk..cam nak runtuh umah tu.


Pagi raya jumaat tu hujan, hujan rahmat alhamdulillah. Sebelum balik umah nyai (nenek) aku kat Senggarang.
Mak ngan ayah terus ke kubur arwah Yai (datuk), aku tak ikut coz tak sampai hati nak ikut
(masih bersedih sesangat lepas dia pergi dulu, lagi satu aku takut tak boleh kawal perasaan) macam yang aku pernah kata dulu segala moment2 yang manis masih basah dalam ingatan aku. Tak melawat kubur tak bermakna aku tak ingat... ~~AL FATIHAH~~
Lepas tu baru aku round satu kampung he..he.. biasalah umah sedara mara belah mak aku, belah ayah aku yang ada kat Parit Raja. Kalau tak raya tak jumpa, alih-alih semua dah membiak ha..ha..
Selalunya aku tertinggal keta api coz raya kat Sekinchan dulu, kali ni dapat jumpa semer yang jarang jumpa.

Petang aku ke Singapore, beraya umah adik aku yang kat sana. Meriahnya kat sini yang aku nampak semua sedondon sekayu, dari mak ayah anak-anak, maknya ngan bapaknya semua sama jer baju. Memang glamour. Tapi dah tak ada yang nek lorry pick up pakai glamer2 gi beraya kat sini, dengar2 dah x boleh erm..tak taulah tak ambik port sangat.

Raya ke 2 baru gerak ke Muar saudara mara belah ayah, arwah atuk ngan nenek dah tak ada. Yang ada adik beradik ayah. Kat belah ayah memang ramai sepupu2 yang umur lebih kurang aku, ha..ha..cam aku cakap tadi memasing dah membiak..berderet handbeg, ngeh..ngeh....kecoh memasing nak ceta.
Kalau buat reunion kuarga ayah ni cucu jer lebih dekat 100, cicit dah nak khawin..memang ada yang tak kenal lah jawapnya ramai sangat. Dari Muar ke Batu Pahat lagi then terus ker Simpang Renggam.

Seronok raya kali ni, sampai raya ke 5 adik beradik masih sama2 beraya. Alhamdulillah...
Harap-harap tahun depan bertambah lagi keluarga kitaorang ek...

Ni adik beradik + menantu + cucu-cucu
2nd day raya

Masa ni 1st day raya, tak cukup satu family

Taaa...daaa...!!!! ni lah kami 11 beradik
ngan mak & ayah


Pada kawan-kawan aku mohon maaflah kiranya ada salah & silap kata atau perbuatan selama kita bersahabat baik realiti atau alam maya.  Kadang-kadang kita tak sedar yang sebenarnya kita dah menyakiti hati orang lain..kita cuma manusia biasa...yang tak lepas dari kekhilafan...
Ada rezeki ada umur yang panjang jumpa kita di lebaran akan datang InsyaAllah...

Tuesday, 7 September 2010

Ke Geylang Serai


  Actually gi Geylang Serai masa minggu ke 2 pose hari tu, masa tu Mr Hubby ada job kat JB. Macam aku cakap haritulah kalau ke JB memang biasa terus ke Singapore.
Dah berapa kali nak buat entry ni asyik tak da masa jer.. Sejak bulan pose ni memang jarang on9 baik pesbuk ker, buka blog. Macam masa tu cepat sangat. Tak dan nak tunggu-tunggu.
Tapi lepas khatam haritu, and off day rasa lapang sikitlah, kalau tak rasa rugi sangat lepaskan masa cam tu jer. Macam yang kita tau Ramadan menjanjikan seribu rahmat dan keberkatan, segala amalan kita direward berkali-kali ganda. Kejar selagi kita boleh kejar. Belum tentu tahun depan kita dapat jumpa Ramadan lagi. Insyallah...

Geylang Serai, memang havoc sangat kalau Ramadan. Ni kira tempat shopping kalau nak rayalah. Macam-macam bazar, macam-macam gelagat, macam-macam barang yang dijual, dari sebesar-besar sampai seciput-ciput barang, kira cam jalan TAR @ Masjid Indialah, cuma kat Geylang perabot, kereta, motor semua ada ha...ha...

Punyalah sesak masa ni, cari parking jer dekat sejam. Aiiyooohhh....tarak parking lah.. last-last kita orang pakat parking kat area Paya Lebar, tapi kena nek bus dalam 2 bus soplah nak ke Geylang tuh...
Ha..ha...sukanya sebab aku dah lama tak nek bus awam nih..lagi-lagi nek berdua ngan Mr hubby..
Rasanya dah bertahun-tahun kot tak nek bus awam ngan Mr Hubby ni..tak ingat dah jaman bila..
eh..jap..jap..ada ker nek bus berdua ni muhaaaaa.....entah ek tak ingat.
Tapi nek bus dari Paya Lebar tu memang tak jauhlah..kalau jalan pun boleh cuma semua malas nak jalan.

Kat Geylang aku tak membeli pun, cuma galak tol tengok makanan kat sana...macam-macam sangat. Mr Hubby aku pun excited sama lorrr....
Macam-macam weehhh..we all beli yang tarak & jarang yang ada kat KL.
Punyalah ramai umat kat sini, memang meriah sesangat...kiri kanan bazar, dengan lampu yang warna warni.
Dengan bau macam-macam makanan muahahaaa....

Pic yang aku ambik ni just gunakan camera cap Sony jerk, tu pun HP Mr Hubby aku. Jadi pic nya ada yang sikit mereng ha..ha....

Bazar kat sini semua ada bumbung, kalau hujan memang tak kelam kelibutlah

Macam yang di bagitau tadi Camera dari hp goyang-goyang picnya...

Yang ni Mr Hubby yang beli, piza apa ntah..
sedap gak...ngendeng sikit he..he..

Yang ni tak ingat sapa yang beli...

Bazar kiri kanan

bukak sampai pagi

Tak banyak sangat ambik pic, sebab aku memang malas nak snap2. Ni pun harap Mr Hubby jerk..
Sesaklah ngan orang nak snap..snap.. ni...
ha..ha...tahun depanlah kalau rajin aku snap2 lagi ek..

Friday, 3 September 2010

Entry rojak

Entry rojak kali ni, tak ada tajuk khusus. Sejak pose ni cam malas sangat nak bukak lappy. Masa full jer hari-hari. Tau-tau dah petang. Mood nak masak memang hari-hari..
So far baru sekali buka kat luar tu pun kat Soul Garden IOI jer, tahun ni macam malas nak gi buka kat Hotel, tapi tak taulah kalau ujung-ujung nanti ter'pergi' kan..
Last year ke Concord berbaloi gak lah dengan harga dia tu, tahun sebelum tu pun ke Concord gak.
Paling hampeh masa gi JW Marriot, aku tak rasa sedap pun makanan dia, dengan tempat yang so sesak barak tu, makanan plak jauh-jauh, pas tu mahallah rasa tak berbaloi pergi.
Tahun ni memang tak da mood nak buka luar sangat he..he..

Shopping raya...muahhaaaa....caya tak pose kali ni memang malas sesangat nak jalan. Kat KL ni baru
malam semalam aku kuar gi Mid Valley, tu pun puas dipujuk oleh Mr Hubby he..he..
Eh..jap..jap..minggu lepas pun kebetulan Mr Hubby ada job kat Jb so masa ni ambik peluang ke Plaza Angsana, kat Plaza Angsana ni memang meriah gilerr kalau bulan pose both yang ada kat situ lebih dari 100 rasanya, meriah,  padat....aku cam biasalah kalau ke Angsana ni gi tempat yang aku suka, Butik Astana.
Tengok-tengok collection baru sampai, aku memang suka kain linen, memang mahal sket tapi tahan lama.

Dah sampai Jb tu cam biasalah sure nyeberang punya, sempat gak ke Geylang Serai, lagi havoc & meriah.
Sepanjang kawasan Geylang tu penuh lampu & bazar-bazar yang jual macam-macam.
Paling best bazar makanan dia, pelbagai ada. Rambang mata jap...eh bukan aku ek...Mr Hubby aku tau..

Sunday Mr Hubby ada urgent job kat Bahau sampai Isnin, aku malas nak ikut jadi aku stay umah mak aku.
Erm..meriah nya masa buka. Adik aku yang kat Kedah ngan 3 anaknya tu pun balik makin meriahlah umah mak aku ngan cucunya itewww...he..he..
Lepas magrib semua tadaruss...semua nak khatam bulan pose ni..tapi mak dah masuk 2nd trip nak khatam..
aku..???patutnya dah lama khatam since pose ke 15 tu tapi tu lah...makin lama makin sikit pagenya...
Tapi Alhamdulillah pose ke 20 aku berjaya khatamkan. Tunggu sapa khatam dulu Wawa ke Nana..
Kalau Wawa..awwww...!!!! tak boleh bayangkan muka menang anugerah dia tu ekekkekee...!!!!

Balik KL selasa malam, wah merasa tol LDP free lagi...walaupun cuma singgit nam posen rasa gak free ko..
Sampai KL Mr hubby demam, aku plak Flu, iskk..kalau aku kena flu ni sakit hidung sampai nak tanggal rasa.
Masa nilah maigrain datang, sampai la ni still flu lagi walaupun dah makan obat..

Meneruskan perjuangan yang belum selesai...ha..ha...meh buat kuih sesama meh..
Hari ni nak buat kuih crumble blueberi, ermmm..yummmy...bluebery aku beli yang dah siap jerk..dah tak rajin nak buat jem cam memuda dolu2 lagipun yang dalm botol tu lagi murah dari nak beli beri yang fresh tu..
mahal lah...nanti kalau rajin aku post entry kuih crumble blueberi tu ek..

Rancak2 buat kuih, shopping raya jangan lupa ambik kesempatan 10 malam terakhir ni ek..
tapi masa nilah dugaan banyak kan...nak buat itulah..nak buat inilah...
kalau selalu buat terawih nak tinggal memang sayang, kalau tak gi masjid pun boleh buat kat umah at least 8 rakaat, Insyaallah berkat perjalanan kita amin...