Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Friday, 19 April 2013

Bandung

Bandung lagi he..he..
Kali ni Encik Suami tak ikut.. macam biasa dia pergi menyelam.
Bini dia tak ada lesen menyelam..so rasa rugi ikut tapi duk atas darat aja.
Pergi dengan kawan-kawan cuma sampai sana ikut haluan masing-masing.
Sebelum berpisah saya beritahu salah seorang teman kami yang kami naik teksi diluar
bukan dari airport.

kali ni tak sakan saya memborong.
Eh..dalam tak nak- tak nak borong kena tambah juga kilo lagi
dari 15 ker 20 acaner tu..??

Baru sampai

Tangkuban Perahu, sayangnya hujan sejuk sangat masa ni ggrrr...
Kali ni dah bijak sikit.
Memang tak layan penjaja-penjaja kat sini. Cekalkan hati.
Kali ni kami bawak body guard dari Bandung dia yang settlekan penjaja-penjaja yang gigih ikut kami tu

Tangkuban Perahu

Jauh berjalan payung tu dari Korea ke Bandung he..he..

Tangkuban Perahu


Saya bawak balik Malaysia buah Avacado tu.
Tapi kak Suzi bukan  Avacado je dia bawak balik labu pun dia angkut balik 
Malaysia  ha..ha...

Tak ingat Factory Outlet mana

kiri tu kat Cheampplas walk @ Chiwalk bestlah Chiwalk sekarang happening

Ni sahabat saya dari Bandung Lili & Sufi

Factory Outlet lagi

Naik Angkot Sufi bawak he..he..he..

Chiwalk lagi

Paris Van Java
Dulu tak sempat pergi.. 
Tapi tak bestlah sebab KL pun banyak shopping complex

Ni kat Nasi Padang Sederhana yummynya...

Dapat msg dari Kak Ina yang duduk Ampang dia kata dia nak ke Bandung juga. 
Tapi lewat 3 hari dari kami sampai. kami balik dulu dan dia terus berkampung 3 hari lagi.
Sebab dia tak booking hotel lagi (ishh beraninya terjun botol cam ni aja, buatnya taka da hotel..? ) 
Saya ajak duduk dengan kami kebetulan bilik ada kosong.
So kami seva Van ramai-ramai & jalan sekali.
Dah hampir 10 tahun tak jumpa, jumpa-jumpa kat Bandung he..he..
Padahal Ampang dengan damansara bukan jauh pun

(saya & kak Suzi..ha..ha.. kena kerumun dengan penjaja-penjaja tu biasa)
Ni paling saya suka sangat.
Setiap pagi Ahad jalan Dago akan tutup untuk semua  kenderaan dari jam 7 pagi - 10 pagi 
Yang dibenarkan hanya basikal dan pejalan kaki sahaja.
Macam-macam aktiviti yang ada kat sini.
Macam-macam ragam manusia tapi saya suka sangat



Pelbagai gaya mereka mencari dana untuk mangsa bencana alam, 
anak-anak gelandangan,
dan banyak lagi. Selain tu macam-macam barangan yang dijual disini dengan tujuan amal.

Inilah teman saya merangkap Tour guide kami Sufi namanya
Pernah ke rumah saya di KL sebanyak 2x
                                            Masa ni Sufi masih belajar lagi disalah sebuah Universiti di Bandung.
Sufi ambil saya di airport sebelum ke hotel kami menginap.

Dia pesan jangan ambil teksi di hotel mahal katanya.. 
So kami cari teksi di luar Airport yang harganya jauh lebih murah.
Sepanjang kami disana Sufi yang temankan kami.
Bawakkan barang - barang yang kami beli he..he..
Terima kasih ya Suf
nanti kita jumpa lagi..

P/s: eh kak Suzi nak pergi lagi bulan 5 ni Sufi juga yang akan jadi Tour guide kak Suzi

   





















Thursday, 18 April 2013

Pengantin baru...?

Dah nak 5 bulan masih kira baru lah kan.
Almaklumlah kan mood nak update blog sebelum ni kelaut.
memang MALAS sangat jadi banyaklah entry terperam.

Ni cerita adik lelaki saya nikah bulan 12 kelmarin.
he..he..lama gilakan cerita ni..
tak apalah layan ajalah ek.
Memang bnyak entry terperam lepas ni.

Adik lelaki nikah.
Tapi nikah kat rumah saya.
tak ada apa yang pelik... 
Sebab adik perempuan saya dulu pun nikah kat side lelaki (Singapura)

Ni sebahagian gambar, baki yang beratus gambar dalam camera lagi malas nak ambik dari sana.
(kan dah kata memang tgh malas ha..ha...)

Majlis ni simple aja, jemput sekampung aja.

Semoga adik saya dan pasangannya bahagia sampai akhir hayat.
kami semua doakan yang terbaik amin..amin...

Nikah
Masa ni saya masih gigih kat dapur hi..hi..

Bila Puan Tam disarungkan cincin he..he..

Mood gedik

Pengantin lama tumpang sekaki 

Long doakan Tam & Lin bahagia ke akhir hayat amin..amin...