Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Thursday 25 July 2013

Sehelai Baju Buat Menyapu siair Mata - Liza


Semalam saya dapat satu bungkusan baju dari teman saya.
Rasanya dah hampir 15 tahun kami tak bertemu.
Cuma bertemu dalam FB jer.

Allhamdulillah rezeki lagi untuk anak-anak yang kurang bernasib baik.

Puan Liza dari bagan lalang juga seorang guru




Cantik-cantik apatah lagi ianya dijahit sendiri.

Puan Liza juga menjual kain cotton yang superb cantik.
Ini cotton yang saya beli dengan beliau.
Sesiapa yang berminat boleh kunjungi FB Koleksi An-Nisa untuk melihat kain yang cantik-cantik 

Terima kasih Liza.
Semoga Allah memberikan rezeki yang lebih banyak buat Liza sekeluarga 
Amin...amin....


Wednesday 24 July 2013

Sehelai Baju Buat Menyapu Siair Mata - Puan Shida


Terharu bila ada pembaca blog Puan Shida, email saya bagitau nak bagi beberapa helai baju.
Disebabkan lebih dari 5 helai saya bagitau yang saya nak datang ambik.
Semalam saya kerumahnya di Putra Heights, USJ  untuk ambik baju-baju yang nak disumbangkan.

Terharu..terharu sangat.
Bukan 5 helai.. bukan 7 helai tapi 17 helai. 
Termasuk 3 pasang jubah moden perempuan yang sangat cantik cantik.
Bukan baju sahaja yang disumbanagkan tetapi 72 helai tudung untuk anak-anak yang kurang bernasib baik.
Allhamdulillah... 
Tak  terkata sangat..
Doa saya mudah-mudahan Puan Shida dan keluarga diberikan rezeki yang melimpah ruah
amin...amin...

Saya bersama Puan Shida 
Terima kasih Puan, semoga perjalan hidup Puan sebagai Khalifah kecil dilimpahi rezeki yang banyak









Antara baju-baju yang di sumbangkan Puan Shida

Separuh dari 72 helai tudung dari Puan Shida

Maniskan warnanya..?
Tak sabar nak tengok anak-anak di Kluang memakai tudung baru

Memang cantik-cantik sangat tudung-tudung ni.

ceria warna warnanya

Allhamdulillah..
Amin...amin....

Jika ada sahabat-sahabat yang ingin menyumbang seperti Puan Shida boleh hubungi saya di balqis6370@yahoo.com

Kami tak tetapkan berapa helai baju yang perlu disumbangkan.
Walaupun sehelai yang ingin disumbangkan kami juga sangat berbesar hati.









Tuesday 23 July 2013

Sehelai Baju Buat Menyapu Siair Mata - Chukai


Selesai penyerahan baju raya untuk Sekolah Kebangsaan Chukai Kemaman
pada 20hb July yang lepas.
Allhamdulillah Allah permudahkan segala urusan dan perjalanan pergi balik kami.

Pukul 9 pagi seramai 10 orang dari Team Sehelai Baju Buat Menyapu siair mata (SBBMSAM) memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Chukai Trengganu.
Cuaca baik memudahkan lagi perjalanan kami.

Team SBBMSAM yang ke Pantai Timur


Bismillah.... semoga di permudahkan segala urusan


Sekolah Kebangsaan Chukai, Kemaman. 
Berusia 67 tahun & merupakan sekolah yang paling tua di kemaman

Setiap bungkusan baju ada nama dan saiz baju. 
Susun ikut nama dan nombor untuk memudahkan semasa sesi penyampaian nanti

Selain anak mendapat sehelai baju, ibu juga menerima sepasang kain.
Terima kasih kepada pihak yang menyumbang kain.

Tepat jam 5 petang anak-anak dah berkumpul  dengan mak masing-masing

Yang pakai baju sedondon ni dari Asrama anak Yatim yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Chukai

Cikgu-cikgu memastikan tak ada satu nama pun yang tercicir

Salah seorang cikgu merangkap pengacara.

Ucapan dari wakil team SBBMSAM

Guru besar Sekolah kebangsaan Chukai

Seronok bila mereka gembira biarpun cuma sehelai baju

Masa ni Puan Sophea dah pun turun pentas untuk menyampaikan kain pasang kepada nenek ni.
Tapi Nenek ni tetap nak naik pentas untuk bertemu dengan kami dan memeluk kami semua biarpun dalam keadaan yang uzur.

Nenek ni ada masalah penglihatan.
Sedeh...sangat sedeh..
Kami semua yang ada diatas pentas sedikit emosional waktu ni.
Dia menjaga 9 orang cucu yang kematian ibu dan diabaikan bapa.
Salah seorang cucunya mendapat bantuan baju raya dari SBBMSAM,
 semasa memeluk Puan Sophea dia berkata..
"sebab cucu nenek datang..sebab cucu nenek datang"
berulang-ulang kali, sebaknya hati...
Saya tak pasti kenapa hanya seorang cucunya sahaja yang menerima bantuan baju. 
Untuk pengetahuan semua, senarai nama penerima bantuan yang SBBMSAM terima adalah dari guru sekolah.

Mata anak ni bewarna hazel sangat menarik perhatian saya.
Sebak bila maknya memeluk saya dengan erat.
Cuma Allah yang tahu hati saya waktu ini.
Tiba-tiba saya menjadi emosional.

"saya darjah 4"

"saya darjah 5" comel anak ni

Senyum

Yeayy..!! saya ada baju raya

Saya ingat anak ni datang dengan kakaknya yang pakai tudung pink tu.
Rupanya tu mak dia.
Dia 3 beradik datang ambik bantuan baju raya

Mana tahu akan datang anak-anak nilah yang akan menyambung usaha murni SBBMSAM dan kembali kesekolah ini.

Excited 2 anak ni nak mencuba baju baru



Comelkan anak syurga ni.
Dia puasa katanya... tapi boleh minum air he..he..

Kesian anak ni.
Nama yang kami dapat dalam list perempuan .
Mestilah baju kurung kan.
Bila sebut nama yang datang lelaki.
Kelam kabut sekejap. Mujur SBBMSAM pasntas bertindak 
Tapi yang bestnya anak ni cool  jer.

Auntie Sophea sedang memberi keronsang pada anak-anak perempuan
Selain baju raya. 
keronsang untuk anak perempuan, butang baju melayu untuk anak lelaki, 
kain pasang untuk ibu kepada anak-anak yang menerima bantuan, 
duit raya mereka juga mendapat sehelai telekung.

Allhamdulillah misi selesai

Puan Sophea sedang diinterview RTM dan Akhbar harian sinar


Salah seorang anak team SBBMSAM menyambut ulang tahun kelahiran.
Kami menjemput sekali anak-anak yang lahir pada bulan July
Saya suka anak yang pakai baju orange tu. 
Dia berani naik kepentas walaupun July bukan bulan kelahirannya.
Berkali-kali abang dan ibunya memanggil dia tetap tak mahu turun.
Mahu potong kek katanya.
Mungkin peluang sebegini jarang diperolehi.
Jadi hanya dengan keberanian dia memperolehi peluang tersebut.
Saya kagum dengan keberaniannya.

Uncle Amin & uncle Nazid nak bg KFC yeayy..!!
Terima kasih yang tak terhingga kepada yang menyumbang KFC

Menunggu waktu berbuka.
Saya masih mencari-cari ibu-ibu yang membawa anak kecil 2 tahun ke bawah untuk diberikan baju raya.

Nenek ni masih terharu.
Ya Allah permudahkanlah rezeki yang halal untuk mereka sekeluarga.
Semoga anak syurga ni menjadi permata hati untuk mengubah nasib keluarganya suatu hari nanti amin...amin...

Cikgu yang bahagi-bahagikan kek ni.

Tunggu azan berbuka

Tak pasti apa Auntie Zunnu buat dengan anak-anak ni he..he..

Ramai yang makan nasi.
Sementara KFC nak bawak balik katanya.
Mana yang ada adik-adik dirumah kami beri lebih dari sekotak.

Selesai berbuka masing-masing terus pulang

Kami antara yang terakhir meninggalkan sekolah selepas semuanya selesai.
Semasa melintasi dewan makan yang tadinya riuh dan ceria.
Hati saya jadi kosong. Sekosong dewan yang ditinggalkan.
Rasa rindu mengamit hati ini biarpun baru sebentar ditinggalkan.
Pilunya hati saya waktu melangakah meninggalkan sekolah ini.
Biarpun cuma sehelai baju dan sedikit sumbangan yang lain saya amat-amat berharap mereka gembira.
Semoga anak-anak syurga ini dipermudahkan duniawi dan ukhrawinya amin...amin..
Jika diizinkan Allah saya ingin kembali tahun hadapan kesini lagi.
Bertemu dengan anak-anak yang pastinya semakin dewasa.

Terima kasih kepada semua yang menyumbang Baju, keronsang , duit raya, butang baju, telekung & kain untuk warga Chukai.
Semoga Allah memberikan rezeki yg lebih banyak buat mereka.
Insyallah..

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang sangat dialu-alukan.
hubungi saya di balqis6370@yahoo.com