Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Tuesday 31 July 2012

Roti lapis daging

Ini menu sebelum puasa sebenarnya.
Nak menghabiskan sebelum expired.
Buat roti lapis daging resepi kawan yang duk Norway 
Cuma resepinya saya ubah sikit ikut selera saya

Cukup makan berdua dari Lunch ke Dinner
(kami dinner setiap jam 6-30 petang)
he..he..



 Letak Cheese banyak-banyak makan masa panas-panas wallah..!!
Memang sedap





Monday 30 July 2012

Bila Ramadan

Yang saya dan Hubby suka tiap-tiap kali Ramadan.

Onde-onde gula Melaka ni kegemaran saya
Wajib ada tiap-tiap kali buka.
Beli kat Bazar jer, nak buat memang tak berbaloi sebab saya beli 4 biji,
2 biji makan masa buka, 2 biji lagi selalunya lepas terawih

Yang merah tu kuih kegemaran Hubby.
Kuih sagu.
Ini pun wajib ada tiap kali berbuka.
Ini nak buat pun tak berbaloi. Beli 2 ketul jer.
Seketul makan masa buka seketul lagi kudapan masa tengok TV.
Nanti saya gigih kat dapur makannya seketul jer, saya yang tarik muka he..he..

Dulu masa mula-mula khawin bila buka jer saya terkam air.
Hubby tegur suruh makan kurma dulu.
Tersipu-sipu bini dia ni, lagipun saya kurang suka kurma masa tu.
Sekarang bila buka saya makan kurma dulu ecececeehh...!!
Kurma kegemaran saya yang muda liat-liat sikit.
Sebab yang muda ni kurang manis dan tak melekat sangat kat tekak.
Semestinya Yusuf Taiyob he..he..





Sunday 29 July 2012

Cheese cake lagi

Cheese cake kali ni sebenarnya tak cukup bahan. 
Tapi sebab tekak nak cheese cake juga kita tengok ler apa yang jadi





   

Bahan-bahan:


  • 250gm cheese cream (saya guna 1 buku cheese cream philadelphia)
  • 50gm gula icing
  • 1 sudu kecil icing vanila
  • 1 biji telur
  • 30gm sour cream
  •  50gm Buah-buahan kering (saya pakai yang jenama Nona )
  • Kacang pecan (pilihan kalau suka)
  • Jem blueberry


  • Cara-cara:
    • Pukul cheese cream cheese dengan kelajuan sederhana sehingga sebati
    • Masukkan gula dan icing vanila  
    • Setelah gula dan icing vanila bersatu masukan sour cream dan telur pukul lagi hingga mesra
    • Setelah semua sebati, masukan buah-buahan kering dan kaup balikan menggunakan senduk
    • Masukan suku adunan tadi kedalam bekas cup cake 
    • Dengan menggunakan piping beg, pancitkan jem blueberry 
    • Kemudian isikan lagi adunan sehingga hampir penuh
    • Taburkan kacang pecan diatasnya
    • Bakar dengan menggunakan steam bake pada suhu 180'c selama 40 minit
    • Sejukan sebelum simpan dalam peti sejuk selama 2 jam


     Selamat Mencuba kawan-kawan





    Saturday 28 July 2012

    Mee Udang Tanjung Langsat

    Mee udang Tanjung Langsat di Pasir Gudang.
    Rasanya...? memang sedap..terbaik setakat ni yang saya makan

















    Friday 27 July 2012

    Roti daging

    Ada balance roti 8 keping nak buat roti lapis pun tak cukup.
    So buat roti daging style sayalah he..he..

    Bahan A:

    • 8 keping roti dibuang tepi ( 2 keping di potong 4)
    • Daging kisar (agak-agak berapa banyak mahu letak)
    • 2 labu bawang besar - dipotong dadu
    • 1 biji kentang  - di potong dadu
    • 3 biji bawang putih + bawang merah 2 biji + halia di kisar halus
    • Daun kari 
    • Serbuk kari 2 sudu besar
    • Sedikit kayu manis & bunga lawang
    • Cheese (kalau suka)
    • Parsley kering 
    Bahan B
    • Susu cair 1/4 cawan
    • 1 biji telur
    • 1 sudu butter (saya guna majerin biasa)
    • *semua bahan diatas dipukl hingga sedikit kembang*

    Cara masak inti daging
    • Tumiskan kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau
    • Masukan bahan yang di kisar tadi dan gaulkan hingga mesra
    • Masukkan bawang yang dipotong dadu tunggu hingga bawang sedikit layu
    • Masukkan daun kari dan serbuk kari 
    • Masukan daging kisar dan kentang dan sedikit air
    • Masukan sedikit garam (kalau guna cheese jangan letak garam)
    • Dan sedikit pati ayam (saya guna sesedap rasa)
    • Tunggu hingga daging & kentang lembut dan air tadi kering
    • Angkat dan sejukan
    Cara-cara:
    • 4 keping roti digelek sehingga nipis (kalau ada mesen gelek tu lagi senang)
    • Ambil sekeping roti dan celupkan kedalam bahan B tadi (jangan terlalu lama)
    • Susunkan dalam loyang muffin (non stick muffin pan)
    • Masukan sedikit inti daging dan taburkan sedikit cheese (kalau suka)
    • Kemudian letakkan inti daging tadi hingga penuh
    • Ambil sekeping roti yang dipotong 4 tadi celup dalam susu dan tutupkan keatas inti tadi
    • Taburkan sedikit parsley kering
    • Bakar 40 minit dalam suhu 180'c
    Sedap kalau dimakan panas-panas











        

    Tuesday 24 July 2012

    Nikmat bersedekah

    Daripada Abu Hurairahra, berkata.

    Aku dengar Rasulullah saw bersabda
    "jangan kamu tolak orang yang meminta walaupun dia kafir"

    Sedekah bersembunyi itu memadamkan kemarahan tuhan dan sedekah sedekah terang-terangan itu penghadang neraka
    (Al-hadith)

    Bersedekahlah kamu keatas dirimu, dan atas orang yang mati daripada kamu walaupun dengan semangkuk air. Kalau tiada kemampuan, bacalah satu ayat kitab allah,
    kalau tidak tahu membacanya,maka berdoalah kamu kepada mereka minta diampuni dan dirahmati Allah kepada mereka.

    Janganlah kamu menghinakan berbuat kebajikan walau sedikit sekalipun,
    bersedekahlah pada awal-awal hari, kerana bala itu tiada melangkah akan sedekah. 
    Apabila datang peminta sedekah kepada mu jangan ditolak dengan jahat, walaupun sedikit.
    Berbahasalah dengan manis muka, jangan mencaci, jangan menengking kepada peminta sedekah,
    kerana dosamu menyakiti hatinya lebih besar daripada pahala sedekahmu itu,
    separuh daripada hartamu.

    Dan jangan kamu menolak orang yang mula-mula meminta padamu itu, kerana kadang-kadang datang kepadamu bukan manusia, hanya jin hendak melihat betapa kamu lakukan pada barang yang diberi Allah daripada nikmat rezeki kepadamu.

    Barang siapa menegking kepada peminta sedekah nescaya ditengking akannya oleh Malaikat pada hari Qiamat nanti (Al-hadith)

    Kata Ulamak, Sedekah itu 10 kepujian,

    5 didunia
    •  mencuci hartanya
    • mencucikan badannya
    • menolak baladan penyakit
    • mengembirakan orang miskin dan orang mukmin adalah semulia-mulia amal
    • berkat hartanya dan Allah luaskan pintu rezekinya
    5 diakhirat
    • Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
    • Ringan hisabnya
    • Berat timbangannya (amalan) di akhirat
    • Mudah melalui titian siratal-Mustaqim
    • Sedekah itu menutup 70 pintu kejahatan




    Saturday 21 July 2012

    Saham Akhirat

    Salam Ramadan sahabat-sahabat.

    Ini antara aktiviti  sahabat-sahabat saya dan grup Ukhwah sepanjang Ramadan

    Tadarus

    Program tadarus beramai-ramai di kampung Ulu Semera, Sarawak
    sudah pun bermula pada malam 1 Ramadan.
    Kami memerlukan bantuan untuk memberi derma sagu hati kepada peserta tadarus,
    derma surau dan satu rumah satu al-Quran
    Hubungi email diatas jika sahabat-sahabat mahu membantu anak-anak di Ulu Semera ini.

    Peserta dan AJK tadarus di Ulu Semera Sarawak

    Tadarus yang sudah bermula 

    Peserta di pantau oleh seorang guru mengaji


    Moreh.
    Jamuan di masjid atau surau yang terpilih dan diuruskan oleh sahabat saya.
    Moreh terdiri satu hidangan + satu kuih  & satu minuman.
    RM 3.50 untuk setiap orang setiap malam.
    Bantuan sangat diperlukan untuk acara moreh sehingga hujung Ramadan.
    Setakat ini kami baru berjaya mengumpul tidak sampai 15 hari.
    Sahabat-sahabat boleh menaja seorang atau lebih.
    Emailkan kepada saya balqis6370@yahoo.com
    atau sahabat saya khamisahnazri@gmail.com
    Jom sahabat kita hidupkan aktiviti moreh di masjid-masjid
    atau surau.

    Saya diartikel moreh yang disiarkan di Harian Metro 20 Julai 201


    Buka & Homeless
    Ini akan diadakan pada 9hb Ogos 2012 nanti.
    Kami akan menyediakan sebanyak 400 bungkus makanan untuk diberikan kepada homeless
    sekitar KL. 
    Meehoon Goreng, mineral/air kotak, roti/biskut dan sebiji buah
    Meehoon boleh dimakan semasa berbuka, roti/biskut dan buah boleh dimakan semasa mereka sahur.
    Kebiasaannya kami akan memberi bungkusan makanan pada pukul 10 malam.
    Tetapi untuk Ramadan kami akan edarkan sebelum waktu berbuka.

    Memandangkan kami tidak mendapat mana-mana tajaan dan bantuan.
    Kami sangat-sangat mengharapkan sudilah kiranya sahabat-sahabat saya membantu
    kami melancarkan program ini.
    Tidak semestinya wang, kami menerima jika sahabat-sahabat mahu menaja salah satu dari 
    menu diatas.
    Pertama kali melihat mereka gembira dengan sumbangan kami.
    Mendorong kami untuk membantu mereka lagi.
    Entry tentang homeless pernah saya buat sebelum ini klik sini 
    emailkan kepada balqis6370@yahoo.com
    atau khamisahnazri@gmail.com

    Artikel memberi homeless makan disiarkan juga di Harian Metro


    Bersama anak-anak Ummu Sofia
    Buat kali pertama saya merasai suasana baru pada Ramadan yang lepas.
    berbuka, berterawih dan bersahur bersama-sama anak-anak di Ummu sofia, Trong Perak.
    Memang pengalaman yang menakjubkan walaupun bukan dihotel 5 bintang.
    Pada misi yang lepas kami memberi setiap anak-anak disini sepasang baju raya, telekung, kuih raya
    dan sedikit sumbangan duit raya.
    Lapang dada kami melihat senyum anak-anak disini.
    Untuk pengetahuan semua Ummu Sofia menempatkan anak-anak yatim 
    terdiri dari 30 orang 3 lelaki dan 27 perempuan.

    Tahun ini seperti tidak lengkap jika tidak mengunjungi mereka.
    Jadi kami bersepakat untuk memberi sepasang baju raya, tudung, kuih raya dan sedikit duit raya.
    Untuk pengetahuan sahabat-sahabat seperti yang saya katakan sebelum ini.
    kami tidak aada penaja dan bantuan dari mana-mana pihak.
    Sumbangan yang kami dapat adalah dari sahabat-sahabat kami semua.
    Dan dari poket kami sendiri.
    Ada masa kami buntu kerana kewangan mengekang aktiviti kami.
    Tetapi ini tidak mematahkan semangat kami.
    Apatah lagi saya sendiri pernah melalui zaman kesusahan satu masa dulu.
    Ini sangat memberi azam untuk saya berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya ada.
    Kami akan ke Ummu Sofia pada 11hb Ogos 2012

    Cerita Grup Ukhwah bersama anak-anak Ummu Sofia juga disiarkan di Harian Metro

    Kami Grop Ukhwah bersama anak-anak di Ummu Sofia
    pada Ramadan yang lepas.
    Tulus dan tenang anak-anak syurga ni.
    mahu kah sahabat-sahabat membantu saya untuk membantu mereka...?
    emailkan kepada saya untuk menyumbang kepada mereka
    balqis6370@yahoo.com


    Terima kasih sahabat-sahabat yang banayk membantu kami disetiap program kami
    Insyallah rezeki kita semua akan berlipat kali ganda bila membantu mereka yang kurang berkemampuan.

















    Dari hati...

    Tak perlu kaya raya untuk kita bersedekah, tak perlu harta membukit baru kita nak membantu.
    Tak perlu juga emas membukit baru kita nak berkongsi apa yang kita ada pada mereka yang kurang berkemampuan. 

    Bersedekah juga tidak perlu sampai membebankan diri kita, 
    seadanya dengan kemampuan kita.
    Kalau tidak mampu dengan harta, 
    bersedekah buku-buku yang boleh dimanfaatkan juga akan berkekalan
     amalan kita sehingga kita mati.
    Apa sahaja yang mendatangkan manfaat dan kebaikan dikira sedekah dan amalan itu 
    akan membantu kita diakhirat kelak.

    RM 10 mungkin nilainya sangat kecil, tapi jika 10 orang atau 20 orang yang 
    memberi RM 10 nilai itu akan bertambah banyak dan jika 100 orang yang bersedakah 
    RM 10 seorang, tentu berganda-ganda nilainya nak dibandingkan
     dengan RM 10 yang kita beri tadi kan.
    Dengan adanya laman sosial seperti twitter dan facebook mudah untuk kita mengajak
    sahabat-sahabat kita berkongsi dengan mereka yang memerlukan bantuan.

    Rangkaian laman sosial sangat membantu dalam keperluan seperti ini.
    tetapi sesetengah mereka sangat mudah melabel orang berlagak bila mereka
     buat status yang mengajak 
    sahabat-sahabat lain berbuat kebajikan. 
    Kalau kita tidak hebahkan bagaimana orang lain tahu dan mahu membantu..?
    kalau kita tidak letak status di facebook atau twetter
    bagaimana kita nak kita nak sebarkan untuk orang lain tahu..?
    Kalau yang RM 1 boleh menjadi RM 100 kenapa tidak kita mewar-warkan..?
    Sombongkah orang-orang yang menulis status kerja-kerja kebajikan tu..?
    Berlagakkah mereka-mereka yang mengajak sahabat-sahabat lain membantu mereka yang 
    perlukan bantuan ini...?

    Kenapa perlu ada kata-kata..
    "baru buat amal sikit dah canang satu dunia..."
    ataupun
    "berlagak sangat baru tolong orang sikit"
    tak pun
    "sibuk nak tolong orang, padahal keluarga sendiri susah"

    Kenapa ya senang-senang nak dapat dosa free, 
    sedangkan dengan menyebarkan dan berkongsi status tadi juga 
    kita dapat pahala.
    Lebih suka dapat dosa agaknya dari pahala.




    Mudahnya lidah kita menjatuhkan hukum kepada mereka yang ingin berbuat kebaikan.
    Kalau kita tidak mahu membantu jangan senang-senang jatuhkan hukum
    hingga boleh menyebabkan fitnah,
    kalau kita tidak mahu saham akhirat jangan memperlecehkan mereka yang mahu membantu.
    Kalau hati kita tidak ingin membantu mereka dengan kewangan tolong doakan misi mereka berjaya.

    Berapa pun yang kita bantu, itulah kemampuan kita.
    Tak semestinya kita susah, keluarga kita susah kita tidak boleh berbuat kebaikan
    dan membantu orang lain.
    Kenapa mesti kita tunggu duit bertimbun baru nak membantu.
    Kalau kita cuma punya sebatang mancis, tetapi dengan sebatang mancis itulah yang 
    menghidupkan sepuluh batang lilin
    tidakkah kita sedar yang itu juga dikira sedekah.
    Apatah lagi lilin tadi digunakan semasa surau atau masjid yang terputus bekalan elekktrik
    Besar sangat konsep bersedekah ni kalau kita nak bincangkan.
    Sampaikan senyum juga dikira sedekah.

    Jangan terlalu mudah mengata takut-takut insan-insan inilah yang akan membantu kita satu hari nanti
    Kita tak tahu esok lusa nasib kita macamana.
    Kalau bukan kita mungkin anak kita..mungkin cucu kita..
    siapa tahukan..
    Kalau bukan wang yang kita perlukan, mungkin kita perlukan orang yang akan mengangkat jenazah kita untuk keliang lahat.
    Sebab jenazah kita tak akan bergolek sendiri masuk liang lahat.

    Fikir-fikirkan...








    Friday 20 July 2012

    Salam Ramadan

    Salam Ramadan buat semua teman-teman dan sahabat-sahabat BLOG saya.
    Semoga Ramadan kali ini menjadikan kita lebih sempurna dalam beribadat.
    Bersihkan hati kita kalau ada kekotoran
    Buangkan segala sifat dengki hianat.
    Jauhkan segala perkara-perkara yang mendekatkan dengan fitnah dan dosa.

    Semoga Ramadan ini juga kita diberikan kesungguhan dalam beribadat
    dan melakukan sega kebaikan.
    Insyallah...




    Saturday 14 July 2012

    Tanjung Balau

    Lamanya tak datang sini...Rasanya lebih 5 tahun. Lepas pindah KL terus tak pernah datang.

    Kebetulan MH ada job kat JB. Sementara nak sambung isnin ada ruang-ruang untuk dating he..he.. Actuallykan hari ni bawk anak sedara g berjimba kat somewhere yang dah dirncangkan. Tapi sebab ke JB plan asal terpaksa di cancel sian derang.. Tak apalah nanti lepas raya nak bawak juga...

    Sekarang kalau nak ke Desaru dekat sangat dah. Dari Pasir Gudang lebih kurang 30 minit dah sampai..
    Tak payah nak bersesak-sesak lagi dah...
    Sempat juga round-round kat Desaru. Nampak hotel yang sebelum ni jadi bangunan tinggal dah cantik & meriah.
    Tapi saya jak MH ke Balau sebab saya rindu Balau.

    Balau tak banyak berubah. Cuma pasirnya makin hitam. Tak sebersih dulu. Mungkin kesan-kesan tumpahan minyak.
    Jadikan Balau sedikit tercemar. Cuaca pun sayup jer kalau panas jangan harap say nak duduk tepi laut ni.. Tak mo lah raya-raya kulit tinted ahakss....

    Kalau sesapa sesat ke JB singgahlah Balau. Chalet pun ada kalau nak bermalam. dengan highway
    Pasir Gudang - Desaru lebih kurang 35 minit perjalanan dengan tol RM 5.90


    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

    Friday 13 July 2012

    Ala Pizza Ekspres Tart


    Skodeng dapur Dapur Kak Noor 

    Nampak resepi ni
    Tetiba rasa terliur..rasa rangup-rangup kulit popia tu.
    Tambah-tambah pulak dengan cheesenya ya allah rasa nak buat la ni juga ha..ha..

    2 minggu lepas baru dapat buat resepi ni.
    Memang sedap selain senang sangat.
    Tapi inti dalam tu saya ubah suai ikut apa yang ada dalam dapur saya.
    Kalau tak nak daging boleh tukarkan kepada ayam.

    Bahan-bahan:

    • Kulit popia saya guna saiz paling kecil
    • Daging / ayam kisar
    • Bawang besar 3 labu * dipotong dadu
    • Bawang putih 3 ulas  *diketuk
    • Lobak * disagat halus
    • Satu sudu besar sos tiram
    • Sedikit serbuk oregano *hujung sudu kecil sahaja
    • Black paper *ikut nak pedas mana
    • Daun parsley kering
    • Cheese *saya guna dua jenis Mozarella & Cheddar
    • Sedikit minyak bijan untuk menumis


    Cara-caranya:
    • Potong kulit popia ikut acuan tart yang ada, saya potong 4 dan tepikan
    • Panaskan minyak dan tumis bawang besar yang dipotong dadu dan bawang putih yang di,ketuk tadi
    • Bila layu dan naik bau masukan daging kisar dan gaul hingga rata.
    • Masukan lobak dan sos tiram
    • Masukan oreganu sedikit (hujung sudu kecil jer)
    • Masukan black paper dan gaul rata tunggu hingga masak.
    • Matikan api dan tunggu sehingga sejuk
    * bahan diatas saya tak gunakan garam sebab masin akan datang dari cheese dan sos tiram

    Letakan kulit popia dalam acuan tart.
    Letaklah ikut kreativiti masing-masing, kemudian letakan inti yang sudah dimasak tadi didalam acuan
    yang sudah diletakan kulit popia tadi.
    Letak juga cheese dan akhir sekali taburkan daun parsley kering keatasnya

     Piza ekspress tart sebelum dibakar
    Bakar 180'c selama 20 -25 minit




    Selepas di bakar
    Memang sedap dan rangup..
    Thanks Kak Noor yang sudi kongsi resepi ni.












    Wednesday 11 July 2012

    Menderma sambil beramal



    Program bertadarus Al-Quran bersama anak-anak di Ulu Semera  Sarawak
    sempena bulan Ramadan yang akan tiba nanti.

    Kami memerlukan bantuan sahabat-sahabat blog saya yang saya kasihi
    untuk menjayakan program bertadarus di di Ulu Samera.
    Bantuan yang kami perlukan untuk membeli 

    Al-Quran dan rehal
    Bantuan untuk surau yang mengalami banjir baru-baru ini.
    Menggantikan perabot surau yang telah rosak
    Sedikit saguhati dan barangan akan diberikan kepada peserta tadarus di pagi raya
    Sedikit saguhati kepada AJK surau yang memantau program tadarus itu dijalankan.

    emailkan sebarang pertanyaan anda pada sahabat saya
    elleezb@yahoo.com

    Bantuan dari anda semua amat kami alu-alukan untuk Program Ramadan ini


    Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 261
    Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.



    Moreh


    Sempena Ramadan yang akan tiba tak lama lagi saya ingin mengajak anda-anda semua
    bersama saya dan sahabat-sahabat saya menaja jamuan moreh.
    Moreh terdiri daripada satu hidangan + satu kuih + satu minuman.
    Harga untuk seorang RM 3.50, jadi untuk 100 orang 350 diperlukan setiap malam.

    Anda boleh menaja secara seorang ataupun berkongsi dengan kawan-kawan untuk semalam atau lebih.

    Bagi yang ingin menaja bolehlah emailkan kepada

    khamisahnazri@gmail.com

    Kusyihirdan@gmail.com

    balqis6370@yahoo.com

    Semoga kita semua mendapat keberkatan Ramadan ini amin..amin...