Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Friday 22 June 2012

Reaching to the poor - di Metro hari ni



Reaching to the poor  entry saya yang lepas.



Kepada sahabat-sahabat yang banyak membantu terima kasih sekali lagi.

Selepas entry saya keluar ada yang dah menyumbang kepada saya.
Allhamdulillah

Sahabat-sahabat yang nak mebantu boleh email juga kepada saya

balqis6370@yahoo.com

Panas vs sejuk

Ni pun sedap juga apa sejuk- sejuk kan....

Panas-panas macam ni kalau dapat makan yang sejuk-sejuk memang yummy kan.. 
Memang lah bergegar kepala otak sekejap panas-panas makan benda sejuk. 
Tapi tu lah nikmat yang tak terkata alahai....

Macam-macam yang terbayang masa ni. 
Teringat sago gula melaka. Teringat dadih. Teringat bubur sum-sum. 
Teringat koktail nata de coco alahai.. 
Menyengatnya rasa kat tekak ni. Sob..sob.. Sampai sedeh bila teringin tu hik..hik..

Hari ni tak done nak buat selera tekak ni..
Layan ni jer lah dulu...



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 19 June 2012

Spagethi

Cuci mata menu yang dah 2 minggu sudah 
kan haritu memang malas nak hapdate ha..ha..

Sebelum

Selepas

Anak mama tak nak gravy sebab merah dia kata pedas..pedas..


Menjala roti

Menu minggu yang sudah sebelum ke Penang 3 hari.
Dah agak lama gantung periuk.
Semalam dah ke destinasi lain ikut Encik suami outstation.
Sapa kata semua suri rumah rajin masak ek..
contohnya saya ler he..he..
sesekali jer periuk  sudip tu nampak muka tuan dia.
Alahai..bukan malas tapi banyak habiskan masa kat luar ari kat rumah.

Jom layan menu minggu sudah.


Roti jala + kari daging



Monday 18 June 2012

Reaching to the poor part 2

Allhamdulillah..Alhamdulillah ya allah syukur padamu
kau permudahkan usaha kami malam semalam.

Pertamanya bersyukur kerana cuaca sangat baik.
Keduanya kehadiran sukarelawan diluar jangkaan kami.
Sekali lagi kami sangat bersyukur, walaupun bungkusan kami tak mencapai target
tapi apa yang kami ada cukup untuk permulaan kami.

Pukul 9 malam kami semua berkumpul di Masjid Negara.
Sedikit taklimat diberikan kepada sukarelawan dari 
Puan Kusyi Hirdan.

Kami memilih waktu 9 malam untuk memulakan misi kami kerana
kami difahamkan pukul 11 akan ada satu badan NGO lain yang akan memberi makanan 
kepada "homeless" ini.
Dan pukul 1 juga ada satu lagi NGO lain yang akan mengedarkan makanan kepada mereka.
kami juga memilih menu yang berbeza dari NGO-NGO lain.
Harapan kami agar apa yang mereka dapat tidak basi dan boleh dimakan dilain waktu.

Jalan Raja Laut menjadi destinasi pertama kami.
Kehadiran kami memang mereka "homeless" nantikan.
Tersentuh hati bila mereka sangat berterima kasih dengan sumbangan kecil kami.

Dari Jalan Raja laut kami ke Masjid India 
Tapi disebabkan pasar malam  "homeless" belum kelihatan.

Misi kami teruskan ke sekitar Bangkok Bank.
Disini "homeless" lebih kepada orang luar.
Tapi kami tiada diskriminasi tentang itu.
Kami agihkan juga kepada mereka.

Saya tertarik dengan seorang yang saya nampak disini.
Anak muda dalam lingkungan 20-an.
Handsome, smart, bersih dan agak janggal menerima bantuan yang kami beri.
Andaian saya. Mungkin dia baru sampai di KL,
Mahu mencuba nasib dikota metropolitan ini barangkali.
Dan apa yang diimpikan belum menjadi kenyataan.
Doakan anak muda ini tidak lagi saya jumpa di misi kami yang akan datang.

Dari sini kami kembali ke Masjid India
Sebelum sampai Masjid India saya terlihat seorang pakcik tua
sedang membaca al-Quran dibawah sinaran lampu dengan tenang.
Perasaan saya...?
Saya tak ada jawapan. Saya rasa sahabat-sahabat juga akan kelu jika lihat 
apa yang saya lihat.
Memang sebak & kelu.
Macam tak percaya dengan apa yang saya nampak.
Mungkin sebab ini kali pertama jadi saya sedikit emosional dengan apa yang saya lalui.

Masjid India
Masa ni suasana tidak seperti mula-mula kami sampai tadi.
Sekeliling kawasan Masjid India sudah penuh dengan 'homeless"
Mereka sudah pun membentang kotak untuk mereka melelapkan mata.
Saya difahamkan mereka memilih kawasan ini 
kerana mudah bagi mereka mandi dan membersihkan diri
di masjid berhampiran.
Ini antara masjid yang membuka pintu bagi "homeless" di sekitarnya.
Dan mereka juga kebanyakannya bekerja.
Cuma mereka tidak cukup duit untuk deposit menyewa 
rumah / bilik
Untuk menyewa rumah / bilik mereka memerlukan 3 bulan deposit 
dan deposit api air RM 200 hingga RM 500
Mereka mungkin tiada masalah dengan sewa bulanan
 tapi sedikit beban untuk permulaan.
Jadi mahu atau tidak mereka terpaksa menjadi "homeless"

"Bang boleh minta satu lagi tak.. ? saya nak bagi isteri saya" 
Lelaki ini dengan uniform kerja 
(maaf saya terpaksa rahsiakan uniform apa) 
memohon untuk isterinya yang berdiri tidak jauh dari tempat kami 
mengagihkan makanan juga masih dengan uniform kerja.
Memang sebak. Tapi itulah realiti yang kami lalui.

Sebenarnya banyak lagi moment-moment yang saya lalui dalam tempoh beberapa jam itu.
Cuma apa yang saya dapat simpulkan.
tak semua "homeless" ini penagih dadah atau mereka yang kurang siuman.
Ada yang datang dari kampung halaman dengan 
harapan Ibu kota menjanjikan angan-angan mereka
menjadi kenyataan.
Masing-masing punya cerita mereka sendiri.

Saya tak ambil satu gambar pun semasa misi ni.
Tak sampai hati.
kalau kita di tempat mereka pun tentu kita tak suka kan orang ambil gambar kita.
Memang mereka 'homeless" tapi tak bermakna mereka tak punya perasaan malu atau segan kan..?

Sila baca
dan

Bersyukur kita dengan apa yang kita ada.
Bersyukur kita denga rezeki yang allah kurniakan kepada kita.
Kadangkala kita sangat mudah mengeluh kesah.
Kurang bersyukur dengan apa yang allah berikan kepada kita.
Merungut dengan rezeki yang kita dapat.

Maka yang mana satu diantara nikmat tuhan yang hendak kamu dustakan
(wahai umat manusia dan jin...?)
Surah- Arahman


Sahabat-sahabat saya
Misi kami tidak berakhir disini.
Kami akan meneruskan misi kami dilain waktu.
Cuma kami memerlukan dana dari sahabat-sahabat 
yang sudi berkongsi rezeki dengan mereka.
Air kotak, roti, biskut, buah, mineral apa juga makanan yang
 tidak mudah basi sangat kami alu-alukan
jika ada sesiapa yang sudi membantu
emailkan kepada saya

balqis6370@yahoo.com

Mudah-mudahan allah memberi rezeki kita dengan lebih dari apa yang kita beri pada mereka ini
Amin...















Saturday 16 June 2012

Reaching to the poor

Masa entry ni keluar saya dengan kawan-kawan tengah berkumpul kat Masjid negara Kuala Lumpur
sebelum mulakan projek memberi makan kepada homeless.
Doakan cuaca baik dan tak hujan ya.

Jujurnya hati saya tak kuat nak ikut projek ni.
Tapi perasaan tu nak tau sangat macamana kehidupan mereka serba sedikit.
Saya lawan perasaan tu.
Mudah-mudahan saya kuat.
Insyallah.

Gambar ehsan google


Sahabat-sahabat...
Saya dan sahabat-sahabat saya yang lain masih memerlukan dana bagi membantu mereka yang memerlukan.
Kalau ada sahabat-sahabat yang inin menghulur seringgit dua boleh emailkan ke

balqis6370@yahoo.com 

sumbangan sentiasa dialu-alukan.

Sempena ramadan yang akan tiba tak lama lagi.
Saya sedang mencari dana untuk 9 anak yatim perempuan.
sesiapa yang sudi menaja RM 50 - RM 100 untuk persediaan raya email kepada saya ya.
Saya harap sahabat-sahabat saya bantu saya untuk membantu mereka amin..amin...


Uqael - Cucu kami

Dah dapat title datuk & nenek dah kami he..he..
Allhamdulillah.
Majlis cukur jambul dan akikah Uqael.

Hari ke 2 Uqael dilahirkan.
Sedap agaknya duduk atas tuk Mummy yang gebus ni 


Kumpulan Marhaban Taman Permata

Ayah

Ibu

Tuk Yuyut dengan cicit pertama

Apalah uncle Qaiyum ngendap kita ni...


kambing yang dah jadi korban kami semua..

Tengok orang kuat majlis sampai senseng lengan ha..ha..
jangan marah ek kak..

Ni orang belakang tabir jer sebab tu sorok muka ha..ha..

Semoga cucu tuk Mummy jadi anak yang soleh, bijak macam ayah & tuk daddy..
eh,, ibu dia pun bijak juga tau..

Semoga allah panjangkan umur kami tengok semua cucu-cucu kami  nanti 
Insyallah











Friday 15 June 2012

Buku resepi

Ada yang ketawa bila saya kata saya dan sahabat-sahabat saya ada buat buku resepi.
Malunya bila orang ketawakan kami mula-mula dulu.

Ada yang tanya pandai ker saya masak..?
Resepi telur goreng ker bubuh dalam buku tu nanti..?
Jadi ker kalau aku ikut resepi ko nanti...?
Macam tak percaya jer ko ni buat buku..?
Banyaknya soalan..
mana satu nak jawap ni ek..

Tapi fikir-fikir buat apa nak malu kan.
Saya beruntung sebenarnya sebab diberi peluang berkongsi resepi dengan orang lain.
Buka saya kata saya ni terror tahap gabanlah..
Tapi bila ada yang kata sedap..
He..he.. sedap ek.. memang sedap lah..
(ni kira perasan ke apa ek...?)

Ini buku saya bersama sahabat-sahabat saya yang lain.
kami berkongsi satu buku untuk 35 resepi yang sangat dekat dengan hati kami
Isimewanya ada resepi dari Turki yang sangat saya suka.

RM 15.90 percuma buku nota
Dengan 35 resepi 

Salah satu resepi saya.

Kalau ada yang berminat boleh emailkan ke balqis6370@yahoo.com
Atau tinggalkan msg di ruangan komen.
Insyallah resepi kami sangat mudah dan senang.
Jom jadikan salah satu koleksi anda.





Another 365 day's

30hb Mei 2012

Allhamdulillah syukur pada mu ya allah..
kau panjangkan usia ikatan ini.
Berikanlah kebahagiaan ini hingga akhir hayat kami
&
 Temukanlah ikatan cinta kami di jannah nanti ya rabbi..
Aku ingin bersama Dia selama-lamanya..
Amin..amin..amin...



Diam-diam bertambah lagi hari berkasih sayang dengan 
Chenta hati.
365 hari lagi menjadikan kami hampir ke satu dekad 
bersama sebagai suami isteri.
Allhamdulillah 

Terima kasih Chenta..
Terima kasih kerna selalu ada disisi saya saat saya suka dan duka.
Jatuh dan bangun dan kita sama-sama berlari
mengejar impian kita.

Biarlah hina dan busuk dimata orang 
Tapi tidak diantara kita.
Antara kita cuma ada kita dan kita yang lebih tahu siapa kita.

Another 365 day's with u
Happy Anniversary to us
Wish a better year ahead
Amin..amin....








Thursday 14 June 2012

Pak Lah - Janda Baik

Cerita dah sebulan, taraf dah basilah he..he..
Sebelum anak sedara MH khawen kami plan nak buat 
Bachelor party, saja suka-suka lepas ni status bujang tu dah tukar
jadi suami, so mari kita poya-poya sebelum tok kadi kata sah...

Tak jauh dari KL dalam 40 minit hingga satu jam jer perjalanan.
nak cari kawasan yang privacy sikit, so nak basah-basah tak segan sangan ekekeke...

Napa ek teringat cerita nang nak  masa tengok pondok ni hi..hi..

Hijau je kawasan ni, segar mata

Ni tempat kami mandi, tak dalam dan air tak deras, 
sesuai untuk budak-budak. mak-mak budak tak risau lepas kan anak mandi
Tapi....
yang paling penting privacy


Sejuk sangat walaupun siang bolong yang panas


Suka sangat tempat ni..

Adib mula-mula takut lepas tu sakan sangat..
masa ni dia tengah tak berapa sihat.
Masih susut badan dia

Dengan tatak ain


Ayam & sotong untuk BBQ
Ada  nasi lemak, ada nasi impit kuah kacang
ada kacang kuda kari.
Apa lagi ek..macam-macam ada he..he..
lepas mandi semua lapar

Eh mana yang lain...

Sedap..



tempat solat

Sian anak mama tengah tak sihat

Satu kepala RM 5, dapat chalet yang betul2 hadap sungai.
Chalet ada heater, tilam (kalau nak bermalam)
Kipas, sejadah, tempat solat yang selesa,
anjung chalet boleh lepak ramai-ramai sambil menikmati angin yang sepoi-sepoi tu.
memang berbaloi, sebab kawasan ni privacy tak ramai orang.


Boleh hubungi nombor diatas kalau berminat ya








Friday 8 June 2012

Lamanya..

Lamanya tak jengah blog.. Banyak perkara yang terjadi akhir-akhir ni. Ada masa memang singgah blog kawan-kawan cuma tak tinggalkan jejak jer. Seronok baca kisah mereka ni, terliur tengok resepi yang buat air liur ni tak berhenti meleleh Sebab teringin... Kalau lama tak buat entry baru nak mula balik memang bercinta, Padahal azam tahun baru nak buat entry banyak-banyak.. Baru masuk tengah tahun dah terlungkup azam tu Alahai he..he.. Ok hari ni nak jengah & tinggal jejak kat rumah kawan-kawan tercinta..