Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Saturday 27 August 2011

Lagu raya fevret

Saya masih sukakan lagu-lagu raya lama & evergreen.
Bukan nak merendahkan lagu-lagu raya sekarang, tapi memang tak masuk sangatlah
walaupun ada beberapa lagu yang bolehlah....
Ada satu lagu raya (Maaf, saya tak tau tajuk & nama penyanyi) MH
siap tanya ...lagu raya ke ni... ha..ha.. tepuk dahi saya.
Memang tak rupa lagu raya pun.
Bahasanya tak puitis...Lunaknya pun tak ada..

Setiap kali raya saya sangat sukakan 2 lagu ni..
Bersabarlah sayang - Sanisah Huri
Sepasang kurung Nan Biru - Kharil Johari Johar
dah bertahun mungkin salah satunya berpuluh tahun tapi masih lunak didengar.
Masih mencengkam jiwa saya, masih buat saya terbuai-buai ha..ha..
(klasiknya jiwa saya kan...)
Lagi satu kalau dengar lagu raya bulan puasa lebih touching dari dengar masa raya kan..???

Bersabarlah sayang - Sanisah Huri


Sepasang kurung nan biru - Khairil johari Johar

Sampai penghujung dah...

Diam tak diam dah 26 hari kita puasa kan.
Rasa baru semalam saya bersedeh-sedeh masa awal puasa.
Ya lah mana tak sedeh, puasa sendiri, MH ke offshore tu yang sedeh sangat.
Haishh..nasib baiklah ada iman senipis kulit bawang tu. 
Tak lah meratap dari sahur ke Buka ha..ha..
Dah rezeki MH macam tu kenalah jadi lebih kuat kan..?

Semakin dekat nak raya mesti u all dah settle persiapan kan.
Macam-macam nak barukan raya ni...

Baju,
Biasa-biasa jer, walaupun tak raya saya dalam kategori yang selalu beli dan tempah baju.
Jadi memang ada jer stock baju kurung baru he..he..
Macam last year punya baju raya cuma pakai 3x jer termasuk raya.
Kalau tengok macam masih baru jer.
Itu belum kira baju baru setiap kali pergi majlis khawin.
Sebenarnya tak payah beli baju kurung pun ok. Tapi dah nama nak raya kan.
Nak juga baju raya.. bukan baju nak pergi rumah orang kawen ha..ha..
MH tahun ni beli 2 pasang baju melayu , luar biasa  ha..ha..
Tapi disebabkan MH sampai raya ke 8 pun pakai baju kurung taklah saya pot pet pot pet sangat..
Pecinta baju melayu tu.
Kalau baju melayu MH agak cerewet. Nak tengok poket & jahitannya dulu.
kalau poketnya buat herot  dia tak nak walaupun sikit
(belum pro lah tu menjahit.) - ayat MH
tapi kalau poket tu kemas jer dia jahit lulus ar tu..
jahitannya pun mesti yang tindih kasih..  kalau tak, tak nak..
Nak butang 5, tak nak 4 atau 3,
Kurang suka baju melayu teluk belanga
(walaupun saya suka sangat MH pakai teluk belanga)
obses kenegerian ni  ahakss..
Lagi, apa ya.. jangan ada benang-benang terkeluar, tak kain yang selalu orang pakai,
nak kain lain dari yang lain...pening jap ahahhaaaa...
Encik MH saya memang fussy sikit kalau baju melayu ni.
Kalau tak tak kan dia pernah beli baju melayu rega yang sama dengan wallet Braun Buffel.
Baju-baju raya pun saya dah iron awal-awal.. nak bawak balik kampung mana,  nanti pilih jer.
Tak rajin pagi raya ke, malam raya ker time nak jalan ke baru sibuk nak gosok.
Siapkan awal-awal senang

Kasut,
Ada yang kata saya ratu kasut.
Belum cukup ratu kot ahakss...
Tapi stok kasut memang banyak..
yang peram tak pernah pakai. yang pakai sekali, yang pakai berkali-kali sebab suka sangat..
Jadi raya ni saya ada 4 pasang yang belum pakai.
Jangan ngada-ngada nak beli ya...
MH pun ada sepasang yang belum pakai.
Tu saya yang pilihkan haritu..
so sama-sama pakai apa yang ada ya..

Tudung, songkok & sampin
Sebelum puasa saya dah beli 4 tudung baru. Tak pakai lagi.
Beli selendang Chiffon ala-ala fareeda yang belit-belit tu, haish..jangan sampai terbelit udahlah ya..
Tengok tudung 2 layer chifon tu cantik betullah berkenan pulak walaupun harganya erm...
1 tudung sekeping note yang ada 00 belakangnya tu baki balik ringgit-ringgit berapa keping jer.
Huk..huk..
Tapi bukan cap dot..dot.. yang bini artis tu jadi duta ya.
Ini cap Jalan Masjid India jer. Cuma akalu rajin survey kat Masjid India tu memang inilah satu-satu kedai yang lain dari yang lain. Design tudungnya cantik-cantik.
Jahitannya kemas..
Bak kata kawan saya kalau confirm masuk syurga tudung mahal baru dia nak beli he..he..
Haisshh....
Tapi tudung ni sangat selesa bila di pakai.
Rasa berbaloi beli sebab saya bukan yang on off pakai..
Suka pakai tak suka tanggal..
Jadi memang sentiasa boleh buat pilihanlah..
MH raya tak pakai songkok (brutal tak brutal kan...?)
Saya tak kisah dia pakai ke tak ke janji dia nampak kemas ha..ha..
kain sampin pakai yang masa nikah punya jer lah... elok lagi tu.
Nostalgia kan..???

Kuih
Tahun ni saya ambik tempahan ciput jer tak havoc macam last year, sudahnya sebelum raya saya buat nebuliser sebab athma attack.
Raya tak naklah tak sihat..jadi buat juga sikit-sikit walaupun tak banyak.
Eh..mak Mertua saya dah bagi rempeyek kacang dal 2 balang yang sederhana tu tau...
Tapi saya dah pulun setengah botol... sedap..
Saya memang pecinta rempeyek ni kecuali kacang tanah.
Sedapnya nyum..nyum...napa ek rempeyek mak-mak kita a.k.a orang lama masih sedap..
Yang beli tu selalunya kurang menepati selera sayalah..
Dia orang tak buat dengan kasih sayang ker..???

Duit raya
Minggu ke 3 dah settle. Macam biasa seperti tahun-tahun yang sudah.
Kirim jer kat kawan MH.
Tak naklah hujung-hujung nak raya baru tukar lepas tu kena que lama.
Lepas tu bank tak cukup duit, lepas tu dapat duit buruk ker...
Lepas tu bla..bla...bla
ha..ha..
MH dah siap packing tau.
Kalau rasa tak malu nak duit raya bagi tau ya...ha..ha..

Lokasi raya
Sebenarnya sejak khawin dengan MH kami tak tetapkan giliran.
Ikut suka hati jer.
Tapi sejak 8 tahun raya saya dah 6x raya rumah mertua untuk 1st raya
Tahun 2007 MH tak sihat jadi kami pakat beraya di Segamat jer.
Masa ni kami duduk di JB.
Bila dah stay kat KL baru rasa nak bergilir.
Itu pun 3 tahun duduk KL 2x rumah MH dulu.
Saya mana-mana pun boleh janji beraya dengan MH
la..la...la...la....laaaa

Tadarus
Tahun lepas puasa ke 20 saya dah khatam.
Saya tadarus sendiri bukan beramai-ramai atau couple dengan MH.
Itu pu selepas cuti khas untuk perempuan maknanya dalam masa lebih kurang 13 hari saya dah khatam.
Tahun ni jujurnya saya belum khatam lagi..
Insyallah sempat. Allhamdulillah khatam Qur'an tak semestinya Ramadan jer.
Saya hampir tiap-tiap bulan sejak setahun ini khatam qur'an. (bukan riak ya...)
Bila hampir nak khatam ada sesuatu yang terselit kat hati..
sayu..sedeh..manalah tahu itu khatam terakhir kita kan...

Terawih
Allhamdulillah juga..walapupun tak sepenuhnya di masjid
Tapi hampir sempurna walaupun di rumah.
Saya rasa iri dengan seorang teman yang berterawih di Masjid Negara
untuk 10 malam terakhir ni.
Seronoknya kalau dapat berterawih disana.
Insyallah ada rezeki bertemu ramadan lagi saya nak kesana tahun depan.
Tapi Ramadan kali ini saya teruja dapat berterawih bersama anak-anak di Ummu Sofia dan Teratak Rahmat.
Sedapnya anak di Ummu Sofia mengalunkan Surah Nun masih tergiang-ngiang di telinga saya.
Sayunya saya masa ni...

Zakat
Allhamdulillah awal minggu ke 2 dah selamat dilangsaikan.
Mudah-mudahan allah memberkati rezeki saya sekeluarga.
Amin..

Lain-lain
Yang terakhir beli masih barulah juga .
Akhirnya saya berjaya pujuk MH untuk beli satu brand yang dia tak berkenan sebelum ni.
Dah ada lebih dari 2 pun, Thanks sayang ek..
Penat pujuk-pujuk ni.. tapi tak adalah nak merajuk-merajuk...
Hari ni tanya.. dia kata tak cantik....
Esok tanya lagi..MH jawap tak lagi
Lusa tanya lagi...  kali boleh pulak jawapannya ha..ha..
Eh..kalau suka saya nak belilah ha..ha..
Akhirnya MH suka juga...terharu sob..sob...
Makeup
(bedak, lipstik, blusher, eyeliner, eyebrow, maskara, foundation)
Oh semua ada lagi..
Lipstik MAC dengan Compact MAC pun tak pakai lagi..
(ni MH belikan thanks sangat ya yang..)
Lepas tu saya gatal pi beli Simply siti nak cuba compact dengan lipstik dia..
Compact dah cuba...ohh..sangat best bila dipakai..
Jatuh cinta sesangat walaupun cover dia tak best hi..hi..
Lipstik dia oklah tapi sebab saya pecinta tegar lancome punya lips gloss.
Jadi macamana best lipstik pun lancome tetap terbaik..
Foundation masih setia dengan Krayolan dan Giorgio Armani.
Giorgio Armani beli masa sale 4 sekali terus. Stok sepanjang tahun.
Maskara dah lama tak pakai...bukan apa lecehlah nak cuci bila nak solat.
Tak cuci bersih kang bawah mata macam ada eye bag jer..comot tak mau...
Lagi saya dah fulltime pakai Spec jadi tak best pun ya kalau pakai maskara
(saya tak pakai lens lagi sebab lens tak boleh cover rabun silau saya yang tinggi ni)
lain-lain barang saya masih banyak dalam beg make up saya yang gedabak tu
(siapa ada passworth lagi hoccay)

Tapi dah since pagi semalam pukul 2.30 saya masih tersadai di Pontian.
MH ada job disini.
Esok kalau tak ada apa aral baru gerak balik Ke KL.
Ahad baru balik rumah mak mertua.
Raya ke 3 baru balik beraya rumah mak saya di Segamat.
Rumah saya dah settlekan sebelum gerak ke Pontian.
Beg-beg semua saya dah siapkan.. Sennag nanti. Dari rumah mak mertua singgah rumah KL tukar beg jer..
Taklah buang masa baru nak kemas-kemas.
1 Beg untuk balik kampung MH
1 Beg untuk balik Kampung saya.
Cuma beg MH ke offshore saya belum siapkan.

Mudah-mudahan syawal kita diberkati..
kalau boleh saya belum nak raya..
Sob..sob.. sedeh..
Sebab seminggu lepas raya MH akan ke offshore lagi..
(Sebaknya....)
Tapi macam saya kata tadi rezeki MH tertulis begitu..
Allhamdulillah... Rezeki ini yang membesarkan saya..he..he..

















Wednesday 24 August 2011

Nipisnya Iman

Ini cerita masa saya di Wang Kelian haritu.
Nipis sungguh Iman saya gara-gara tak tahan panas.
Bayangkan pukul 1 pm di Wang Kelian Perlis. Menyengat sungguh panasnya.
Pulak tu banyak sungguh makanan dan minuman yang dijual merata-rata.
Masa ni nampak air paip pun macam nampak paipsi (pepsi)
rasa nak teguk jer paip tu bagi lega dahaga ni ha..ha..
Tapi bagi rakyat negara jiran mereka tak kisah makan atau minum,
walaupun ada yang bertudung lingkup..
Tapi kita..kalau ABC (allah bagi cuti) pun malu nak minum depan budak,
lagi nak makan depan orang ramai sambil buat muka jelita kan..?

Hari tu saya merengek macam budak baru belajar puasa.
Tekak saya betul-betul kering nak minum.
Masa ni pulak teringat milo ais tabur....aduh....syahdunya huk..huk..
saya kata kat MH kalau minum milo ais mau bercawan-cawan saya minum..
MH kata nak buka, bukalah..saya dikira musafir..jadi  dia pujuk saya buka
Takut tetiba saya pengsan ker.
Ayat macam pujuk anak jer ha..ha..

Kalau ingat mencabarnya hari tu saya nak ketawa pun ada..
ya lah sepanjang puasa kali ni saya tak minum ais.
Tetiba saya nak milo ais berkoyan-koyan..

Tapi saya masih ada iman walaupun senipis bawang...
Saya pujuk-pujuk diri sendiri..
Nanti kalau buka tambah lagi hutang puasa....
sedangkan nak habiskan puasa 6 pun kadangkala termengeluh...
ya lah cabaran berpuasa selain ramadan ni lagi kuat kan...

Petang masa berhenti di RNR saya beli milo kotak (sejuk)
Cincau & teh bunga..aduh..macam setahun tak minum jer.
Kononnya nak pulun habislah...
Sudahnya bila buka saya cuma minum sekotak milo jer ha..ha..
lepas tu terus kekenyangan...

Inilah yang dikatakan kemenangan untuk orang berpuasakan...
selain menahan diri dari lapar dahaga..mengawal iman dan nafsu juga.

Allhamdulillah kenyag. kalau saya buka tadi mesti saya menyesal kan..
Ya allah..iman saya yang senipis bawang itulah yang menyelamatkan saya haritu dari ponteng puasa...

Cuma sekotak milo iftar saya pada hari itu.
Sedangkan siangnya bukan main melalak-lalak saya nak minum milo ais berkoyan-koyan he..he..



Dah terlanjur

Dah terlanjur dekat utara ni, mood nak merayap tetap ada walaupun masa tu berpuasa he..he..
Jadi saya bersama teman-teman kembara ukhwah berbincang kemana mahu dituju
setelah selesai misi kami.
Saya mahu ke Wang Kelian, walaupun berkali-kali saya sampai ke perlis tapi saya masih belum berjaya ke Wang Kelian. MH mahu ke Bukit Kayu Hitam. tapi saya tetap mahu ke Wang Kelian ha..ha..
Akhirnya kami semua ke Wang Kelian. dengan cuaca yang sangat menduga iman kami.
Punyalah panas, walaupun sesekali berangin.
Saya beli 3 biji periuk besar & Kuali yang sangat murah harganya. selain barang-barang yang sya tunjuk di bawah.
Sebelum balik saya sempat ke Bukit kayu Hitam..he..he..win-win situation senyum MH dapat pergi ya... :))
Tapi punyalah lebat hujan di Bukit kayu Hitam tak padan panasnya Wang Kelian
Jom layan gambar...

Biasa ke Perlis saya selalu ke Padang Besar sahaja

Perjalanan yang sangat mencabar

Ha..ha.. sempat kami berhenti disini

With Chenta hati..

Imigresen Malaysia

Pintu masuk ke Wang Kelian

Cuci-cuti mata... 
Beg-beg imitation banyak sungguh disini.
Pecinta Gucci yang tak mampo beli riban-riban bolehlah bergayo dengan gucci Thailnd ek..

Masa ni panas sungguh, tekak pun kering macam minta air jer

Tarmos nasi yang sangat murah..
Tapi yang besar saya dah ada dua, saya beli yang kecik-kecik jer.

Senduk kayu..
Saya suka masak guna senduk kayu, tapi disini saya tak beli pun,
tak sesedap senduk kayu cap malaysia lah

Hari tu macam lengang sikit.
katanya kalau bukan Ramadan sangat ramai yang berniaga

Saya bersama Awen, Tini dan mak bonda (mak Tini)

Dengan Awen yang masih single.
jangan marah awen he..he..

Yang saya pegang tu selimut..

Saya jumpa cerek warna fevret saya maroon.
Sama warna dengan pendrive, Mp3, bery dan Lappy saya...
suka banget, saya belum lagi gunakan.

Termos nasi paling kecik cukup kalau nak tapau tomyam kat kedai siam. Saya ingat saya beli di pantai Timur dah murah rupanya disini lagi murah Rm 3 jer seketul. saya beli 3 sebab dah ada 2 sebelum ni.

Ke Bukit Kayu Hitam

Hadiah dari MH, cukupkan set yang ada..
Thank you Darling...















Kembara Ukhwah ke Utara - Teratak Rahmat Perlis

13 Ramadan 1432 lebih kurang pukul 10 pagi kami meneruskan perjalanan ke Teratak Rahmat di Mata Ayer Perlis. Berat rasa hati nak meninggalkan anak-anak di Ummu Sofia ni. Rasa nak jer bawak si Sarah tu he..he..
Insyallah ada rezeki dan umur panjang kami akan ke Ummu Sofia lagi.

Dalam pukul 1 tengahari kami sampai ke Hotel Putra Perlis, Malam ini kami tidak bermalam bersama-sama anak yatim tetapi kami menginap di Hotel Putra.
Selepas Asar baru kami bergerak ke Teratak Rahmat.

Tiba di Teratak rahmat kami di sambut oleh anak-anak dan ustaz Ramzan.
Anak-anak Disini ketika kami sampai sedang menyiapkan juadah untuk kami berbuka nanti.
Seperti biasa kami akan berbuka dengan kurma dan sedikit kuih muih. Selesai solat magrib secara berjemaah
baru kami berbuka dengan makanan yang lebih berat.
Sementara menunggu Isya' kami di bawa meninjau persekitaran di Teratak Rahmat.
Kami juga disajikan dengan pertunjukan seni silat, acara makan kaca oleh anak-anak Teratak rahmat dan menjilat besi panas dengan menggunakan lidah. Sebenarnya tiadalah ilmu kebatinan untuk makan kaca dan menjilat besi panas ni.. sebaliknya hanya menggunakan teknik dari tindakan kimia yang mana air liur sendiri akan mencairkan kaca tersebut. saya tak berani melihat bersungguh-sungguh sebab terasa nyilu di ulu hati ha..ha..

Sebahagian gambar di Teratak Rahmat

Ustaz Ramzan memberi penerangan tentang Teratak Rahmat 

Kami bersama anak-anak Teratak Rahmat

Pengerusi Teratak Rahmat Cikgu Osman

Persembahan seni silat
(saya suka)

Wakil Kembara Ukhwah Puan Kusyi Hirdan

Chenta saya bagi semangat pada anak-anak Teratak Rahmat supaya belajar
bersungguh-sungguh

kusyuknya kak Kham..

Bersama Teta anak kak Yati dan yang baby tu anak salah seorang sukarelawan di Teratak Rahmat

Pengerusi Kembara Ukhwah  memberi goodies kepada anak-anak Teratak Rahmat

Puan Norhayati memberi sumbangan kepada wakil  Teratak rahmat

Masa ni terasa seperti rombongan sekolah yang datang buat lawatan 

Dorm anak-anak lelaki

Dorm anak-anak perempuan

Kami bersama-sama anak Teratak Rahmat berjemaah magrib, isya' dan Terawih
Merdu sungguh bacaan dari anak yang mengimamkan kami pada hari itu

Antara menu berbuka 

Selepas magrib baru kami makan, makanan yang lebih berat sebelum solat terawih

Penerangan dari Ustaz Ramzan

Dapur Teratak Rahmat

Ayam panggang salah satu juadah untuk kami berbuka 

Rotan ini berbeza untuk setiap kesalahan

Hadiah dari anak-anak Teratak rahmat untuk kami
Ini Mh yang punya

Yang ini saya punya
(Luar)

Walaupun cuma menggunakan bahan terpakai saya sangat menghargainya
sebab mereka memberi dengan penuh kasih sayang
(Dalam)

Hari terakhir sebelum kami balik ke KL


Stigma pemikiran masyarakat kita bila minta bantuan untuk anak-anak yang kurang bernasib baik adalah...
"aku ada baju-baju yang dah tak pakai nak tak..?"
Perlu diingat mereka bukan saja memerlukan baju, tetapi kewangan untuk pembelajaran mereka.
Bukan tak mau baju-baju terpakai ni, tapi yang paling sedeh bila baju-baju tu memang dah tak boleh pakai dan ada yang tak sesuai untuk anak-anak ni.

Saya sangat-sangat terusik dengan kata-kata seorang teman yang sangat aktif dalam sukarelawan ni kepada Chenta hati saya

Apabila kemiskinan mengetuk pintu rumah mu,
maka keluarlah melalui jalan tingkap.
Renung-renungkan...
















Friday 19 August 2011

Kembara Ukhwah - Ummu Sofiah

Diam tak diam dah hampir seminggu rupanya kisah geng Kembara Ukhwah ke Utara.
Rasa baru semalam kami bersama-sama anak-anak yang kurang bernasib baik tu.
Masih basah dalam kenangan melihat anak-anak di Ummu Sofia kegembiraan mendapat sumbangan dari kami.
Kalau boleh diulang lagi rasanya nak sangat saya berkampung di Ummu Sofia tu lagi.
Walaupun kami tidur secara berjemaah di dewan Ummu Sofia (lelaki di perpustakaan) tak terasa pun sulitnya, seronok pulak. Teringat dulu-dulu kalau pergi campingkan tidur tak sempurna sangat.
Walaupun masa saya dengan MH terbatas, tapi kami gembira. Banyak benda yang saya lalui membuat saya lebih menghargai apa yang saya ada. Ini bukan kali pertama saya bersama-sama mereka yang kurang bernaseb baik. Tapi kali ini keadaannya sangat berbeza. Mungkin sebab saya bermalam bersama-sama mereka jadi kesannya sangat mendalam dalam jiwa saya. Saya teringat zaman saya kecik-kecik dulu. kehidupan kami susah sangat. Apa yang saya lalui kelmarin mengingatkan saya tentang silam saya. Mudah-mudahan  apa yang saya kecapi hari ini, tidak menjadikan saya mendongak ke langit dan melupakan rumput di bawah.

Kembara Ukhwah memang dirancang dengan rapi. Cuma saya agak terkilan sebab saya tak menyertai mereka membuat kuih raya untuk 2 buah rumah anak yatim yang kami pergi.
Saya hanya membantu mereka serba sedikit  mencari dana. Saya tebarkan email ke semua sahabat-sahabat saya. Allhamdulillah respon yang saya dapat positif. Email saya mereka balas dengan mengatakan yang dah dimasukan dalam akaun pengerusi Kembara Ukhwah..
Sedikit ke banyak bukan persoalannya.. yang penting keihklasan.

Kami bertolak dari Kajang lebih kurang jam 10 pagi dengan 5 kereta. kesemua termasuk Teta dalam 13 orang. kami berhenti di ipoh untuk solat Jumaat/zuhor sebelum meneruskan perjalanan ke Trong Taiping.
lebih kurang jam 3 petang kami sampai ke Ummu Sofia.
Allhamdulillah..
Anak-anak di Ummu Sofia lebih kurang 30 orang.
Kami berbuka dan berterawih bersama-sama. Seronoknya dapat berbuka beramai-ramai.
Disebabkan tukang masak memasak dengan penuh kasih sayang, saya rasa makanan di Ummu Sofia memang 5 bintang. Lagi-lagi laksa (moreh lepas terawih) yang buat saya teringat-ingat sampai hari ini.. ha..ha...

Ini sebahagian dari kami di Ummu Sofia

Kami baru sampai disambut pengetua Ummu Sofia dan anak-anak

Sebahagian dari anak-anak Ummu Sofia

Yang paling kecil tu Sarah 5 tahun sama umur dengan Qaisara (baju purple)

Sebahagian goodies untuk anak-anak

kami berbuka disni beramai-ramai

kami berbuka dengan kuih-kuih dan kurma dahulu, solat magrib kemudian baru kami makan nasi

Anak-anak Ummu Sofia

Goodies untuk anak perempuan.
Antara isinya Kuih raya..Cokelat, telekung, baju raya dan duit raya

Untuk anak lelaki

puan Kusyi Hirdan team kembara Ukhwah

Majlis ni sangat santai MH cuma berkain pelekat, padahal dia bawa baju melayu
pak Seyit pun cuma berseluar track suit


Puan Norhayati Berahim  menyampaikan sumbangan kepada wakil Ummu Sofia

Yang ini fatin..dia paling manja dengan kami

masing-masing dengan baju raya

Anak ini baru berumur 11 tahun

Anak yang paling muda 5 tahun - Sarah.
Bijak..bila saya tanya dia menjawap dengan penuh semangat

Kami semua bersama anak-anak dan warga Ummu Sofia


Allhamdulillah..ada rezeki memang kami nak kesini lagi.. Insyallah.