Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Monday 31 January 2011

Banjir

Rasanya masih ramai yang ingat banjir besar tahun 2006 dulu kan..?? lagi-lagi warga Johor dan mereka-mereka yang terlibat. Sangat-sangat trauma kan..???
Aku antara yang terlibat sama secara tak lansung, walaupun tak terlibat secara total. tapi tempiasnya tetap aku rasa.

Tahun 2006 aku masih duduk JB dan masa ni lah JB dilanda banjir besar.
Sana sini orang bercerita pasal banjir. Teringat cerita seorang kawan MH aku, wife dia tengah preggy 9 bulan tersangkut dalam jammed, gara-gara banjir. Bayangkan dari pagi nak pergi kerja sampai pukul 8 malam tak lepas-lepas lagi dalam jammed. Kesian sangat aku dengar. nasib baik tak terberanak dalam kereta, kalau tak..erm..tak boleh bayangkan.

Lebih kesian masa ni kampung aku kat Chaah tu kena banjir teruk. Walaupun rumah mak aku tak kena banjir dan tak perlu pindah keadaan keliling kawasan rumah mak aku dah macam pulau dah.
Jalan terputus nak ke Pekan Chaah dan Yong peng. Elektrik terputus, air kadang ada kadang tidak.
Bekalan makanan dapat dengan bantuan yang diberikan. tapi bila dapat ayam atau ikan terpaksalah direbus atau digoreng untuk elakan busuk disebabkan bekalan elektrik dipotong akibat banjir.
Hari-hari aku call mak,  nak tau perkembangan terkini,sedeh sangat masa ni.
Mak pulak terpaksa charge hp dalam kereta. Kadang-kadang memang tak dapat nak hubungi mak.
masa ni perasaan tu jangan cakaplah risau, sedeh semua ada.
Kawasan rumah aku dah macam pesta, ramai orang tumpang kereta dan barang dalam halaman rumah mak. sebab halaman rumah mak aku luas.
Masa ni hujan memang tak berhenti lebih dari 2 minggu.
Walaupun aku kat JB terasa sangat susah payahnya. Mujur sebelum tu adik-adik dah di hantar ke rumah aku. kalau tak...

Masa ni hujan-hujan dan hujan hari-hari. baju-baju semua tak kering, rumah lembab jer...
Tak seronok sangat masa ni, kesian kat Mh aku, pergi balik jalan jammed, sampai rumah masa banjir ni dekat pukul 11 atau 12 malam..esok pepagi dah keluar...erm..sedehnya..
Mujur aku kerja dekat, jer. tapi memang tensionlah kalau ingat.

Semalam masa ayah call bagi tau jalan Yong Peng ke Chaah tak lepas kenderaan kecil sedeh sangat-sangat.
bukan apa...teringat banjir tahun 2006 tu.
Teringat rumah mak usu aku kat Lenga, Muar tu banjir sampai bumbung, kesian mak usu aku...
Sofa, barang-barang rumah tak sempat nak selamatkan, bayangkan loteng tinggi tempat simpan barang-barang kalau banjir pun tenggelam. Tahun 2006 Mak Usu aku ambil masa hampir setahun nak pulihkan keadaan. Sofa mak usu makan masa berbulan-bulan nak basuh dan keringkan..
Sedehnya aku masa ni.

Tadi masa aku call ayah dia kata jalan Yong Peng tu dah surut, tapi ke Labis masih belum boleh lalu.
Minta-mintalah tak ada apa-apa ya..sedeh kan tgk mangsa-mangsa banjir ni..
Kalau dengar cerita dengan melalui sendiri memang dua perkara berbeza. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. mana yang sempat selamatkan barang-barang alhamdulillah...tapi mana yang tak sempat tu perit sangat-sangat nak melalui kehidupan bermula dari kosong.

Masa kecik-kecik aku suka sangat bila hujan, kalau tak ada kilat dan petir, aku akan ambil kesempatan nak main hujan, peliknya tak pulak demam atau selsema. Aku suka pusing keliling rumah Nenek masa ni, lepas tu pergi parit cari anak-anak ikan. Erm..perangai ni sampai aku form 3 tak silap. Seronoknya usah cakaplah..
Bila aku semakin remaja, dewasa dan dah jadi isteri orang pun aku masih suka hujan.
Sebelum ni rumah mak mertua aku rumah atas, atap zink. bila hujan bunyi dentingan hujan tu macam irama yang menaikan semangat, duduk di birai tingkap tempias hujan sangat-sangat menyenangkan dan mengembirakan aku. Titis hujan dari zink sebelum jatuh di bumi sangat-sangat indah.
Tapi bila hujan berhari-hari, aku jadi sedeh. kesian dengan penoreh yang mencari rezeki dengan menoreh.
Nelayan tak dapat turun ke laut, argh...banyak yang sulit jika hujan berterusan.
Ada masa hujan akan jadi sahabat kita seperti api kerana kita memerlukannya,
dan..apabila terlalu menerima..ia akan jadi lawan yang sangat-sangat membebankan..
Apapun semua hikmah itu ada rahmatnya yang kita tak tau.

Mari kawan-kawan kita doakan supaya musibah 2006 tak berulang lagi.
Kita doakan juga supaya saudara-saudara kita yang terlibat banjir dilindungi dan di rahmati Allah..
amin..amin...

           Sungai Muar masih lagi melebihi paras bahaya.. bacaan terkini 22.95m pada jam 8 malam tadi..
(dari FB :~ Azman Ahmad)


 



Wednesday 26 January 2011

Ikan pekasam dari kedah

Nyum..nyum..sedap betul ikan pekasam dari kedah ni.
Thanks kak Yam susah payah carikan ikan pekasam yang sedap ni.
Aku sangat-sangat jarang beli ikan pekasam atau ikan masin.
MH tak berapa nak makan yang masin-masin ni, jadi selalunya aku melantak sengsorang lah
Ikan pekasam yang kak Yam bawakan ni sedap sungguh selain ikan dia comel-comel jer..
adeii..teringat jadi terlapar sudah ha...ha..
(Kak Yam ni kakak kak Noriah, kawan FB juga)
Kawan FB ini cerita kawan FB sebelum ni

Terliur tak..????

Jemput makan semua....

Tuesday 25 January 2011

Daging asam pedas black paper

Yang ni dinner semalam petang, Makan dengan roti jer..
Lama tak masak daging. MH request nak makan daging asam pedas.
Boleh no problem dearrrr....

Daging asam pedas black paper

Makan dengan roti jerr...

Alhamdulillah kenyang

Bahan-Bahan (untuk 2 orang)

- bawang besar
- bawang putih
- 1/2 inci halia
- 1/2 inci lengkuas
(semua bahan dikisar)
- Cili kering (rebus basuh dan di kisar halus)
- Asam  keping
- Daun kunyit
- Daun limau purut
- Black paper (ikut mana nak letak)
- sedikit halba
- Bawang besar (dimayang)

Cara-cara

- Panaskan minyak dan tumiskan halba bersama bawang besar yang dimayang
- Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau dan agak2 garing
- Masukan cili yang sudah di kisar halus, biarkan sehingga agak garing,
(masukan garam, dan black paper )
- Masukan daging dan sedikit air menutup paras daging tadi.
- Tutup dan biarkan sehingga empuk
- Setelah daging empuk masukan daun kunyit dan daun limau purut.
- Angkat dan hidangkan

*sedap dimakan dengan roti ataupun nasi*



Monday 24 January 2011

Sunday lunch

Actually Sunday aku sangat-sangat jarang masak. Sejak 3 tahun ni memang boleh kira sangat, tak sampai 5x agaknya. Sebab apa..?? sebab ahad selalunya banyak habiskan masa kat luar. Masa ni lah nak bercinta sakan after 5 hari MH kerja wink..wink..
Semalam disebabkan MH dah busy seawal pagi dengan kerja-kerjanya, aku pun plan nak masak untuk lunch.. Ni Lunch semalam.. Masak lemak nangka, paru goreng rempah, sambal ikan bilis, telur masin.
Yang sempat snap ni jer yang lain dah makan baru teringat nak snap ha..ha..


Nangka yang dah siap direbus sebelum dibuat masak lemak

Masak lemak nangka

Paru goreng rempah

Masak lemak nangka:~

Bahan A

- Nangka
(potong kecik-kecik rebus sampai empuk - tepikan)

Bahan B

- Bawang merah
- bawng putih
- Halia
(Bahan-bahan ni dikisar halus)
- Ketumbar (kisar kering)
- Udang kering (kisar kering)
- Daun kunyit kalau suka
- Santan

Cara-cara

- Tumis bahan kisar sampai naik bau
- kemudian masukan ketumbar & udang kering
- Agak-agak naik bau masukan santan cair, tunggu sehingga didih.
- Setelah didih masukan santan pekat dengan nangka yang direbus tadi.
- Masukan garam, dan daun kunyit
- setelah didih dan cukup rasa matikan api dan hidangkan.

Resepi paru goreng berempah:~

Bahan

- Paru yang di potong kecil
- Garam
- Kunyit
- Ketumbar di kisar kering

Cara-cara

- Gaul paru dengan garam, kunyit dan ketumbar
- Perap selama 1/2 jam
- Goreng hingga garing dan hidangkan panas-panas




Sunday 23 January 2011

Shopping lagi

He..he..shopping lagi yerk..?? bukan kat mall tau..kat pasar malam jer ha..ha..
Last ke pasar malam bulan 10 hari tu, tu pun sebab nak bawak my friend yang datang dari bandung tu.he..he.. Semalam tergerak nak ke pasar malam. Pasar malam mana..?? pasar malam paling fevret, pasar malam paya jaras lah..bestt...!!!
Beli lauk dengan cari sayur kampung pheewiiitt...!!


Lebih suka cili merah yang ni, kalau cili yang hijau tu kurang pedas + ada bau sikit
Murah betul kat pasar malam, beli banyak ni baru berapa ringgit jer

Pucuk paku, fresh lagi
Buat kerabu pun sedap

Bunga kantan & Daun kunyit

bawang besar, bawang kecik & asam keping

Semua dah siap basuh & disiang, tinggal nak simpan dalam esbok jer
Dari bawah, daging, paru 2 bekas & sotong

Yang atas tu ikan talapia.nyum..nyum..
yang bawah ayam, beli stengah ekor jer cukuplah seminggu dua ni kan..


Aku memang suka ke pasar malam, cuma tak suka sebab sesak..dan kena bawak barang-barang ni semua.
Bukan apa berat.he..he..kalau kat Giant kan ada troli..sorong jer lah sampai kereta. kalau kat pasar malam Paya Jaras ni nasib tak baik memang parking jauh. Nak cuba datang pasar malam selalu he..he..

Cahaya Ika Medina




Tahniah kepada Lily & suami atas kelahiran baby perempuan Cahaya Ika Medina.
Rasa baru hari tu pergi majlis derang..dah ada baby girl.
Alhamdulillah...bertambah lagi seorang keturunan Adam


Saturday 22 January 2011

Rindu pada yang tiada

By Balqis Nazid on Wednesday, July 8, 2009 at 3:16am
 (Copy from FB ~ Note)

Dah lama aku tak merasa rindu yang amat sangat pada yang telah tiada..

Hari ini rindu itu bertandang lagi..rindu yang tidak ada hujungnya, rindu yang merobek2 tangkai hati ini.
Apatah lagi tika magrib menjelang..sayup azan berkumandang argh.. sebaknya..dada..
teringat saat-saat manis yang sentiasa basah diingatan ini, mungkin tidak aku lupakan hingga akhir hayat aku..meskipun kenangan demi kenangan datang dan pergi
Alhamdulillah dipenghujung usianya aku masih sempat berbakti..meskipun tiada komunikasi antara kami.
Cuma aku yang tak jemu berbisik ditelinganya, kadang2 aku akan bisikkan syahadah..kadang2 aku bacakan ayat kursi..dan kadang aku memberikan kata2 semangat untuk dia. Cuma air mata dan anggukkan kepalanya sahaja yang menghubungkan komunikasi kami..

 Tuhan lebih sayangkan dia..sebab itu dia tidak diberi derita yang lama, akhirnya dia pergi pada hari yang sepatutnya dia berangkat keTanah Suci..

Yang membuatkan aku terkilan hingga ke hari ini, semasa dia dijemput pulang aku dalam perjalanan ke Tabung Haji Kelana Jaya untuk menghantar Nenda kesayanganku untuk menjadi tetamu allah.. sedari awal perjalanan hati aku berdebar tidak karuan..panggilan aku untuk bertanyakan keadaan Dia tak satu pun dijawap..mereka yang mengikuti rombongan kami ke Kuala Lumpur juga mengunci mulut dari memberitahu aku..alasannya aku terlalu emosional..

Siapa yang tak emosi kalau org yang kita sayang dijemput ilahi..lebih2 lagi bila kita bersama dari kecil hingga aku menginjak remaja. Aku cuma diberitahu bila panggilan aku dijawap oleh ayah..aku bertanya dimana mak..ayah kata mak tengah menguruskan jenazah..bayangkan waktu itu keadaan aku. Aku terus meraung tanpa memperdulikan org yang ada disitu..

"sabar" cuma itu yang mampu dikata oleh Nazid. Dia minta agar aku bertenang kerana Nenda akan menjadi tetamu allah..

Sepanjang perjalanan dari Ayer Keruh ke Kuala Lumpur aku cuma menangis..menangis..dan menangis..
aku tidak sempat melihat arwah untuk yang terakhir kali. Terkilan..sangat terkilan..
Sampai di Tabung Haji Kelana Jaya, baru Nazid tersedar bahawa org yang dalam edah selepas kematian haram melalukan Haji..Semua terdiam..sedangkan semuanya merahsiakan dari Nenda kononnya
tak mahu emosi Nenda terganggu dengan berita ini..Aku bertambah sedeh..
bagaimana harus dsiampaikan pada Nenda tentang pemergiannya...
Aku tak mampu memandang keliling yang ada..yang aku tahu menangis..dan menangis..
Rupanya Tabung Haji telah diberitahu. Mereka sepakat membawa Nenda ke pejabat Tabung Haji..biarlah Pegawai itu sendiri yang memberitahu berita ini..aku takut Nenda rebah..aku jadi terlalu takut jika Nenda tidak boleh menerima hakikat yang ditahun itu bukan rezekinya menjadi tetamu Allah..

Bertahun2 menghimpun rezeki, akhirnya dugaan besar yang datang...rupanya aku silap..Nenda jadi terlalu kuat menghadapi ujian ini..tidak ada setitis pun air matanya yang gugur.hanya anggukan kecil yanga aku lihat..kuatnya Nenda menghadap ujianmu Yaallah..mungkin dia menangis dihati siapa tahu..
Berpuluh tahun hidup bersama dengan susah senang mustahil tidak sedeh..

Aku akan sentiasa merindui setiap apa yang arwah lakukan semasa hayatnya..usai mandi arwah akan menyikat rambutnya di pintu dapur sebelum dia mengaji sementara zohor tiba. Bau minyak rambutnya seakan-akan tidak pernah hilang. Begitu juga dengan suara Arwah mengaji seolah-olah arwah masih diawangan. Bangku biru yang arwah buatkan untuk aku masih utuh meskipun sudah 22 tahun berlalu.
Al -Quran yang aku baca bersama-sama Arwah juga masih kaku disitu.Paling meruntun hati bila aku terpandang basikal jaguar miliknya. Basikal itu masih sempurna meskipun usianya hampir 50 tahun..dengan basikal itulah arwah selalu menggendung aku ke Pekan, dengan basikal itu jugalah aku belajar membawa basikal berpalang..sudahlah besar berat pulak tu..tapi dengan basikal Jaguar itulah Arwah dikenali. Arwah dan seorang arwah datuk saudaraku akan berbasikal kemana saja mereka pergi meskipun Ke
Tanjung Labuh.. yang jaraknya hampir 20 KM dari rumahnya..

Bukan arwah tidak mahu menunggang motor alasannya berbasikal menyihatkan badan...
Alhamdulillah arwah memang tidak pernah sakit, cuma dihujung usianya 5 hari sebelum arwah pergi baru kami dapt tahu yang arwah menghidap "Kanser paru-paru tahap kritikal"

Mungkin Allah tidak mahu arwah menderita lebih lama..selang 5 hari arwah sakit dia dijemput allah selepas subuh di Hospital Besar Batu Pahat..

Ya Allah tempatkanlah Allahyarham HJ Sayuti Haron dikalangan orang2 yang beriman dan Soleh..

Terimalah segala amalan-amalannya...amin...

Al- Fatihah untuknya...

Amin..

.

Friday 21 January 2011

Klasik yang menarik

Serius memang minat tahap gaban dengan apa-apa pun yang ada gambar bunga ni.
Mula kumpul sikit-sikit. Tapi nak yang lama-lama, tak nak yang baru. Yang lama ni nilai sentimental dia lebih sentimental..
Ada lagi yang belum aku dapat, set teko. Ada tengok kat satu blog sapa ntah tak ingat dia ada set teko, cantik sangat. Kebanyakan apa yanga ku ada ni dari mak mertua aku...

Klasik

Sangat-sangat jatuh cinta

yang macam mangkuk kecik-kecik tu cetak kuih lompang

Sangat-sangat teruja dengan cetak kuih lompang tu

Hitam yang menawan

Ada rezeki umur panjang boleh gunakan untuk anak makan berdamai masa dia khawin nanti

Wednesday 19 January 2011

Makan, makanan


Putu mayam 

Nasi Goreng ~ home made

Rojak mamak terbaik ~ SD

Apple pie yang yummy ~ Home made

Mee Tom yam ~ Noodle Station

Mc Chicken spicy ~ Mc Donald

Chicken pie ~ Home made

Pisang Goreng or Goreng pisang..??


Biji Getah


Pernah jumpa..???
Pernah pegang..???
Pernah tak rasa macamana panasnya bila dah di gosok kat simen..
Pheww..!! boleh melecur tau..

Ni adik aku yang bagi si "Bagus"
tak tau mana dia dapat, sebab kawasan tempat aku tak nampak bayang pokok getah pun.
Kat kampung Nenek aku pun dah tak ada pokok getah
(semua dah di gantaikan dengan pokok kelapa sawit)
Tengok jer benda ni teruja sangat-sangat.
Teringat masa kecik-kecik main biji getah. Cari biji getah paling kilat.
Kemudian kami akan main biji getah paling siapa paling kuat.
Caranya senang jer..
letak biji getah kita dan lawan di kiri dan kanan tangan kemudian tekan.
Siapa punya biji getah yang pecah dia kalah.
Permainan ni aku tau bila aku duduk kampung. Erm..seronok juga bila ingat.
Termemori pulak kenangan-kenangan lama..
Sekarang biji getah ni aku buat hiasan dengan potpori jer.


Tuesday 18 January 2011

Sardin asam rebus

Selalu sardin buat sambal, tak pun buat sandwich, tak pun masak sardin lat-lat kan.
Kali ni aku nak masak asam rebus pedas-pedas.
Kalau tengah-tengah tak selera makan cubalah masak sardin asam rebus. Sure terangkat punyalah.
lagi-lagi makan dengan nasi lembik-lembik atau bubur nyum..nyum..

Cili (ikut nak pedas mana), Bawang putih, bawang besar
Tumbuk kasar-kasar
(daun kesum, bunga kantan & asam keping - tiada dalam gambar)
Tumis dengan sedikit minyak, kemudian sardin, daun kesum, nenas, bunga kantan, asam keping & garam
Masak sampai mendidih rasa & angkat

Nenas di potong kiub (ikut suka pun boleh)

sardin cap ayam semestinya

Jomm makan....

Alhamdulillah

Awal tahun yang memberangsangkan dan sempurna.

Mudah-mudahan sempurna sampai ke akhirnya nanti Insyallah

Beberapa minggu lepas we all ke Glomac Sungai Buluh settle kan beberapa urusan yang belum selesai.
Lega sangat bila semua dapat settle dengan perfect.
Insyallah 2012 akan baru siap sepenuhnya.

Sebenarnya kira agak terlambat juga. Tapi sebagai manusia yang mahukan kesempurnaan memang ambik masa agak lama sikit untuk memenuhi kepuasan.
Mula-mula tak decide pun pilih kawasan ni. Sebab agak jauh.
Banyak juga kawasan yang we all pilih, ada yang aku setuju, ada yang MH tak setuju.
Ada yang we all setuju tapi design pulak macam tak memberangsangkan.
Ada kawasan yang memang we all target sangat-sangat tapi harga dia phewwww..!!!
erm..dekat million..isskkk..!! mahainya..orang kata selagi ada nama Damansara kat belakang dia memang
lah harga di luar kawalan ha..ha..
Tengok jerlah kalau dah sampai 800K untuk rumah double story yang keluasan dia tak sampai 2000sqft tu.
Mahal kan..???? Lom mampu nak beli dan rasa sangat-sangat tak berbaloi.
Belum lagi Semi D kawasan area rumah aku yang aku dok berkenan sangat ni, coz land dia memang besar boleh buat sebiji bungalow, harga..???? 1.1mil non renovation.
Huk..huk.. terbatuk sekejap. Ha..ha.. kalau fikir kawasan memang lah berbaloi. Tapi untuk harga serius cakap lom terkejar lah..walaupun kawasan ni memang superb.

Manalah tau kan kalau ada rezeki akan datang, aku nak dok kawasan ni balik.
Suka sangat kawasan ni walaupun tayar teksi susah nak nampak apatah lagi tayar bas he..he..

Apapun Alhamdulillah sangat-sangat untuk pembukaan tahun baru yang sangat-sangat memberangsangkan dan mengujakan.
Sujud syukur padamu atas segala rezeki yang engkau limpahkan kepada kami.
Amin...

Monday 17 January 2011

Kak Norhayati Berahim

Semalam ada jemputan Birthday anak penulis terkenal kak Norhayati Berahim kat Kajang.
Sangat-sangta teruja. Bukan teruja nak ke majlis birthday sangat tapi teruja nak jumpa kak Yati.
Ha..ha...
Majlis ni santai & cool, bukan sekadar birthday party jer tapi serasa majlis perjumpaan ramah mesra
kawan-kawan & peminat. Keramahan kak Yati buat aku rasa dah lama sangat kenal..
Tak sangkanya dia kenal aku..bila aku sampai dia kata...
"Balqis..????" wah kembanng sudah....hi..hi..  ada lagi ni..
"eh..dekat gambar nampak besar kat luar kurus jer.." wahh....!!! lagi kembang ha..ha...
Rasa ikhlas sangat dia peluk..macam dah kenal lama sangat. padahal selama ni sembang dalam FB jer.
Terharunya dia kenal, sebelum ni setiap kali pesta buku di KL memang tak pernah miss since tahun 2005 lagi. Both kak Yati memang tak pernah miss. Beli buku, minta tandatangan..balik..tak pernah terfikir nak snap..snap picture dengan dia..segan sangat-sangat. Rasa kerdil jer diri ni.


with ladiey Gege
(lentikkk..gitu bulu matanya...)

Spagethi, satey, mee hoon, nasi impit, ubi rebus, kuih talam
erm..yummy..

Hijau fevret colour Kak yati

Untuk budak-budak jer ya...

wink..wink...

Kak yati & Birthday girl "TETA"

Apasal sampai tertunduk-tunduk ni ek..

kelakarnya masa ni TETA kata tak tahan panas
padahal tgh gerimis ha..ha..

Harap-harap ukhwah ni terjalin sampai bila-bila. Bukan sebab Kak yati penulis terkenal aku jadi sangat-sangat teruja. Tapi sesiapa yang kenal dia secara dekat mahupun jauh.
Akan jatuh cinta dengan sifat-sifat tulus yang dia ada.
Untuk birthday girl..Happy birthday Teta, auntie doakan teta jadi anak yang solihah..amin..amin..

Saturday 15 January 2011

Mana satu pilihan hati

Mana satu pilihan hati..???

Yang ni dah lama sangat pakai..
rasanya dah tak ada lagi modem pattern ni lagi he..he..
tapi still good condition, kalau coverage ok..memang laju..

Yang ni MH yang punya.
Kalau kerja luar guna yang ni power sikit dari yang atas tu..

Yang ni guna kat rumah..stabil..laju..so far memang tak pernah problem..

Tapi hari tu kat simpang jalan rumah ada orang buat promosi UNIFI, erm..tu lagi laju + power kan.
Coverage dah sampai area rumah aku...tunggulah masuk rumah baru nanti tukar UNIFI ...
Erm..mana satu pilihan hati korang agak-agak ek...
Tepuk dada tanya selera ...   :))

Friday 14 January 2011

Ayam percik Balqis style

Dinner malam semalam, teasa nak makan ayam percik. Lepas 3 hari tak masak rindu pulak nak masak.

Part ni memang selalu last dijadikan lauk
So...kita panggang jer lahh..

Bahan-bahan yang dah di 'blender'

Perap kan bagi bahan sebati

Masak sekejap sebelum dibakar

Bakar time

Bahan-bahan (bahan-bahan ni ikut berapa banyak nak buat)

Ayam yang dipotong (ikut berapa nak)

Santan pekat
Biji bawang putih
Bawang besar
Halia
Serai
Ketumbar
Jintan putih
Tepung beras
Asam keping
Cili kering (optional... kalau nak kuah merah)
garam dan gula secukup rasa
Cili padi (ikut banyak mana nak pedas)
Lada hitam
Daun limau purut


Cara-Cara:

  1. Blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan...pastu peraplah dlm 1/2 jam.
  2. masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak pekat.
  3. angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.
  4. bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan.
  5. hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi
  6. boleh dimakan dengan roti atau nasi panas-panas..Selamat mencuba..