Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Wednesday 30 June 2010

Hati yang terusik

بِسْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيمَ

Dah 2 hari aku block wall Facebook aku dari kawan-kawan. Terusik sangat hati ni dengan satu komen tu.
Tak sangka pulak sampai macam ni sekali hati aku terusik. Liang libu hati ni menahan walang yang bersarang.
Ada kawan-kawan yang perasan aku dah block wall tu. derang tanya kenapa..aku jawap
"aku terasa hati dengan satu komen tu"
Jujurnya memang terusik sangat hati ni. Dah lah komen tu public semua orang boleh baca, kalau mereka baca pasti akan salah anggap dengan aku. Ada gak yang sempat tanya aku pasal komen tu..
tapi entahlah..mungkin hari tu aku lebih sensitif kot...
Oklah..cerita ni mula dengan status aku pasal bola kat facebook (FB). Untuk pengetahuan semua inilah status pertama pasal bola sejak 'Piala Dunia' ni..selalunya aku komen kawan-kawan punya status pasal bola, kali ni aku sendiri update status aku tu pasal bola. memandangkan malam tu German  (favorite group) main so aku pun tulislah pasal bola kat status aku ni.. Lagi pun sejak 'Piala Dunia' dah mula sejak 2 minggu barulah kali ni betul-betul aku nak tengok bola. Kan sebelum ni aku kat JB, rumah JB aku mana ada TV. Sebelum dok rumah JB aku dok hotel 2 minggu, masa kat hotel tu bola tak start lagi. Memang excited sikitlah malam tu.. So adalah 2, 3 orang kawan-kawan FB aku yang komen pasal bola. Havoc gaklah wall aku tu..
maklumlah German VS England tu..kadang-kadang seronokan bila kawan-kawan komen status kita ni.
Yang komen tu pun bukan tak kenal pun, kenal sesangat..lagilah meriah jadinya.
Tetiba ada satu komen ni macam out of topik plak. Bukan tak suka ngan topik yang di komen tu.
Ya lah kita ni tgh havoc komen-komen pasal bola tetiba termasuk bab lain plak. Juga bukan aku tak terima teguran tu...  senang hati aku terima teguran tu dan bila aku jawap secara jujur lain pulak tafsiran yang di beri...
Ya allah..sampai macam tu sekali tanggapannya pada jawapan aku. Rasa bersalah pun ada dalam hati ni..
napalah mulut aku gatal nak jawap komen tu, kenapa ek aku tak abaikan jerr..
Selama ni aku sangat susah untuk jadi marah, apatah lagi nak mengamuk tak tak tentu pasal. Kawan-kawan yang kenal aku tau sangat perangai aku. Marah macamana sekalipun paling-paling tak aku nangis jer..
memang jaranglah nak menjawap tengking-tengking, mengamuk ni. Sebab aku tak suka orang yang suka cakap menjerit-jerit atau yang cakap cam guruh..tak suka...tak suka... sebab selama aku jadi isteri
Mr Hubby aku ni tak sekalipun dia tinggikan suara walaupun "eh..!!!" sebab aku pun tak pernah cakap kuat dengan Mr Hubhy aku tu. Sampai kawan-kawan aku kata aku ni couple yang soooo...romantik sebab kalau cakap soft jerrr...
ya kerr..??? ya....sebab Mr Hubby kalau cakap dgn aku sangat sopan..kalau ada yang merajuk pun antara kami dia masih polite lagi. Tak pernahlah aku dengar kalau  dia marah-marah tinggikan suara tu..
So macamana orang tu boleh decide yang aku mengamuk..sedangkan bahasa yang aku gunakan tak ada pun menunjukan aku mengamuk.. malahan aku jawap "Insyaallah" lagi, erm..senang kata komen dia tu tak kena tempat...Lainlah kalau aku ni memang kaki bola yang sampai lupa semua.. Kalaupun malam tu aku tahajud lepas tgk bola tak akan sekalipun aku hebahkan atau tulis kat status aku..biarlah rahsia ni cuma Allah yang tahu. Lagipun kalau aku bermunajat pada allah memang tak perlu aku nak war-warkan..biarlah urusan tu hanya allah yang tahu. Kalau aku war-warkan bukankah akan menimbulkan sifat riak. Biarlah orang tgk aku cam ni...tgk aku cam hu...ha...hu..ha..tapi Insyaallah aku masih ingat..masih tahu kewajipannya.
Kadang-kadang bila sembang kat FB kawan-kawan akan tanya aku dah makan kerr...sekalipun aku berpuasa hari tu aku tetap akan jawap "dah..." sebab apa...???? sebab aku tak nak nanti kawan-kawan aku ingat aku nak menunjuk-nunjuk pulak. Tak sukalah nanti orang sangka kita ni buat baik, buat pahala nak menunjuk-ninjuk dah hilang berkat pahala tu kan...
so biarlah segala baik kita urusan kita dengan allah...
Lepas aku baca komen tu memang aku termenung...apakah komen tu satu gurauan..atau memang sengaja nak menyakitan hati aku. Apapun jawapannya aku ucapkan terima kasih. Tak semua orang boleh terima gurauan kita. Lagi-lagi kalau orang lain boleh menyalah artikan maksud gurauan tu pasti orang akan salah sangka dengan kita. Macam kawan-kawan yang dah terbaca memang tanya aku balik...
semuanya kata.."salah apa jawapan tu sampai komen macam tu" erm..macam tak logik kan kalau jawapan aku tu menunjukan yang aku  mengamuk2..Allahurabbi.....

Berkawan dalam alam nyata atau alam maya ni perlu ada sifat hormat menghormati, tak kiraah tua ke muda ker, budak ker..orang tua ker kena ada mahmudah. Lagi-lagi kalau kita masuk wall orang lain dalam FB ni ibaratnya kita masuk rumah orang dan tinggalkan komen. Kena ingat perasaan orang lain..kena tahu adab masuk rumah orang.Bukankah kita dididik untu beradap sedari kita kecil lagi,  Janganlah sesuka hati nak menuduh orang..kalau tak kena gaya boleh mendatangkan fitnah pada orang tu nanti. Kalau sampai mendatangkan fitnah boleh menjatuhkan maruah orang.
Susahnya kalau orang tak maafkan dosa yang kita buat kan....??? Kalau kita berbuat dosa dengan allah...kita cuma perlu bisik-bisik berdoa minta ampun pada allah..hanya kita dan allah sahaja yang tahu.
Bukankah Allah itu maha penyayang, maha pengampun dan maha memberi. Jika kita tak berhenti meminta keampunan dan bertaubat Insyaallah akan terampun dosa-dosa kita. Tetapi jika kita berdosa pada orang...kita kena jumpa orang tu..kena cakap apa salah kita..dan terpulanglah pada orang tu nak maafkan kita atau tidak. Kalau dosa tu tak dimaafkan pikullah kita dosa tu sampai akhirat kelak.
Ya allah jauhkanlah aku dari perkara-perkara yang mendekatkan dengan dosa mu, jauhkan aku dari azab api neraka mu ya Allah...

Hari ni aku pujuk diri sendiri, mungkin ada kekhilafan yang tak aku sedari maka ini balasan untuk aku. Manusia mana yang tak melakukan khilafkan..???
Hari ni aku cuba menjadi lebih positif, walaupun jauh sudut hati ni aku terlalu sedeh. Tapi aku harus kuat.
Rencam dunia beginilah..kadang-kadang kita gembira, kadang-kadang kita duka, kadang-kadang kita so-so jer. Apapun Alahmdulillah sekurang-kurangnya ini ingatan untuk aku juga. Lebih berhati-hati kala lidah membasahkan kata-kata, takut ada yang menyinggung dan tersinggung perasaan orang lain pula nanti.
Kalam Allah maha suci maha agung...kalam manusia tak lepas dari segala keburukan..
Semoga sifat memaafkan dan memberi kemaafan ini kekal dalam diri yang serba kekurangan ni. Semoga Allah terus memberi hidayah kepada kita semua dan kala kata-kata ini terhenti aku akan tersenyum seperti Kelmarin. amin...amin...amin...


Renungan bersama:
Al-Isra'a : 36

"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta bertanggung jawabnya tentangnya"

Daripada Al-Nabari:

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah S.W.T dan Hari Akhirat maka hendaklah ia mengucapkan perkara-perkara yang baik atau diam"






Sunday 27 June 2010

Kat Singapore punya story

23 hari kerja tanpa cuti. Kesiankan...Bukan akulah, kan aku ni tak kerja. Mr Hubby aku lerrr..
kalau untuk diri sendiri pun tak cukup apa lagi masa ngan aku  memang tak ada time
nak berpoya-poyaa ni. So sebelum balik KL
hari sabtu tu aku ajak Mr Hubby aku ke Spore. Selain tekak nak makan "Sup tulang merah" aku saja nak jalan-jalan cuci mata ngan Mr Hubby. Rasa lamanya tak menggedik dengan Mr Hubby kan.
Sabtu dalam pukul 10 baru gerak, tak nak pagi sangat nanti tersaing ngan orang nak gi kerja jerm rabak tak hengat, cukuplah sekali dulu aku kena jem 5 jam dari kastam Johor ke kastam Singapore yang tak sampai 2 KM tu. Aku rasa cam sekangkang kera jer..tapi jem memang kawww..kawww punya. Dari kul 12 malam sampai 5 pagi...cam nak melalak kan rasa...??? ingat kalau kuar memalam jalan dah kewl lah...ghupanya hampeh sungguhhh..
seb baik masa aku gi ni jalan memang kewl sesangat...yang nak masuk JB memang jem rabak. Maklumlah depa cuti sekolah sebulan. Esok (monday) baru start sekolah. So rasanya hari ni kastam Johor so rabak lah.

Sebelum masuk kena isi benda alah ni dulu...
aku memang malas sikit nak isi..
kalau aku gi sorang selalunya aku suh jer pakcik kat Larkin tu isi
bayar singgit jer settle..

still under contruction..
kalau dah siap sure tak lah belit-belit jalan ni

Ni kat kawasan Keranji...
masa ni jem lori dah lebih dari Sg kadut

Aku ajak Mr hubby aku gi Seranggon..nak cari beg camera kat Mustaffa Centre. Kata adik aku murah.
Aku cari yang brand Nikon memang tak ada beg tiga segi tu, kalau ada pun bukan Nikon punya brand..lepas tu harga memang mahal. Banyak kedai aku cari tapi semua RM 180 keatas. Ada pun masa kat Langkawi hari adalah murah sikit. Tapi  tak cantik...huk..huk..
Kat Mustaffa Centre aku dapat dengan harga $10 jer..kalau convert pun masih murah gilerrrr...
lepas tu sempat gak aku sambar beg camera kecik aku pun murah gak $7 jer.
Mustaffa Centre ni kalau kat Malaysia cam Myden lah, cuma sana lebih tersusun dan branded2 barangnya. Lepas tu buka 24 jam. He..he..lantaklah kalau orang nak kata Cameranya riban2 begnya $ 10 jer wahahaaaa....

Mustafa Centre

he..he..inilah beg yang aku cari tu...
walaupun cap 'ayam' oklah dari tak adakan...

Ni pulak aku punya nak isi kamera Canon kecik tu..

Ala-ala model gitewww....
wahahhaaa....ada ker yang nak ambik jadi model..
huk...huk...

Orchad sale oooo....!!!! crazy sale. Cam nak gile aku tengok. Yang lagi berpinar tu  tengok Swiss Army ngan  TAG Heuers murah gilerrr ko...seb baiklah minggu depan ada projek besar kalau tak mau sambar sebijik hi..hi.. tulah gatal sangat nak ke Orchad..dalam dok kekang-kekang nafsu tangan ni laju jer menyambar sebiji... yang syiokkknya shopping kat Orchad ni kalau datang sebagai pelancong dia akan bagi tambahan 5% diskaun lagi..kalau sales 20% +5% jadilah 25 % he..he.. patutlah masa aku dok usha2 H/bag kat Tang tu salesgirl tu tanya.. "U got a pasport...?" huh...memula tu terpinga-pinga gak lah..bila dia bagi tau kalau pelancong ada extra 5% lagi terus lerr kuat aku pegang H/bag tu ahahhaaaa..dah lah jauh beza harga ngan M'sia...pattern tu plak tak ada kat sini...menggila tol nafsu ni...

25% dalam Dollar convert RM still murah sesangat...

Tangs at Orchad,
ramai gilerrr orang kat dalam ni

Dari sini nek MRT ke Orchad

Actually aku ke Orchad naik MRT, sana ada ERP, kalau hari Sunday
tak ada ERP, and parking plak susah sikit.
So we all park kereta kat area Seranggon then naik MRT kat Ferrer Park interchnage kat City Hall.
Cepat & jimat he..he..kalau nak lalu kat tempat yang ada ERP tu kenalah topup auto pass bebanyak sikit. Dia detect dari situ jer..so nanti masa nak punch out kat Kastam Spore dia tolak jer dari auto pass tu lah.

Banyak lagi tempat kita orang pergi actually. Nanti aku ceta kat entry lain ek..dah panjang bebeno rasa ni..
kang korang baca buhsan tahap gaban Z potong dua plak ahahaa....




Tuesday 22 June 2010

Selamat Hari Ayah

Tak silap ni raya tahun 2007

Selamat Hari Ayah..
hari-hari pun hari ayah gak.
Aku tak sambut beria-ia pun hari Ayah ni,
kebetulan minggu lepas aku masih ada kat umah JB, so ajak mak & ayah datang.
Mak kata tak payah masak apa-apa coz dia nak masak & bawak ke rumah aku jer.
Sebelum tu memang aku dah share ngan adik-adik beli present tuk ayah,
Tak lah mahal mana tapi boleh tahanlah, aku rasa ayah suka sangat he..he..
Sebelum tu semua tulis something kat card yang aku dah beli tu,
Nina pun tulis sama, he..he..."NINA LOVE ATUK" alahai cucu atuk ni...

Hari-hari aku ingat ayah, jasa-jasa ayah, tunjuk ajar ayah, karakter ayah yang garang tu
hu..hu...takut tau masa aku kecik-kecik dulu. Lagi-lagi masa mengaji, jangan main-main,
kalau harakat tak cukup panjang siaplah dia libas terus ngan rotan,
Dulu aku paling takut masa mengaji ngan time nak ambik report card,
kalau math dapat B paling takut, ayah  tak nak sign nanti
Kalau pukul 6 dah siap mandi, tunggu magrib, lepas tu mengaji.
Sampai nangis-nangis belajar ngaji. Hasilnya darjah 4 aku pernah masuk pertandingan mengaji anak-anak askar kat Muar, dapatlah juga nombor he..he.. dapat baju sepasang ngan piala.
Paling best bila ayah bercerita, selalunya  ayah akan bercerita kisah-kisah nabi.
bila ayah sampaikan cerita kisah nabi tu aku akan bercerita pulak ngan kawan-kawan aku kat sekolah.
Erm...indahnya kenangan tu..rasa nak jadi anak-anak kecik lagi.
Bila kami kemana-mana naik kereta ayah tak akan buka radio, sebab dia akan mengaji. Suara ayah sedap sangat..bagilah taranum apapun memang boleh terlena kalau dengar dia mengaji. Sepanjang perjalanan ayah suka mengaji, dengan surah-surah yang dihafalnya. Untuk pengetahuan semua, ayah aku ni banyak masuk pertandingan mengaji, selalunya kalau masuk kalau tak johan naib johan, banyak piala mengaji ayah kat rumah kami dulu.. Alhamdulillah adik-adik semua terang hati bila mengaji.
Satu lagi ayah kalau masak memang sedap, Sup tulang ngan mee bandung dia memang terbaeekkkkk..
kalau Mr Hubby rasa nak makan dia akan buatkan sepinggan jer ahahaaa...
siap hidang lagi tau...memang sedap...
Aku manja sangat dengan ayah.. sebelum aku kawin kalau aku rasa nak dukung belakang ayah aku akan buat..lepas khawin dah tak buat segan ngan Mr Hubby aku tu huk..huk..

Siapapun ayah kita, wajib kita hormati dan sayangi. Sebab Ayah kita tak pernah nak membezakan kasih sayangnya dengan anak-anak lelaki atau perempuan. Doa Ayah sentiasa mengiring kami semua.
Doa ayah juga yang memberkati rezeki yang kami perolehi.

Ayah..kita orang semua sayang ayah sangat-sangat..

Selamat Hari bapak juga buat bapa mertua ku..Hj Juahir Shariff
semoga bapak diberikan kesihatan yang baik-baik amin....

Friday 18 June 2010

Bila semua balik


Ni sebahagian dari adik-adik..
Ramaikan...???

Senyap cam kena langgar garuda huk..huk..
seb baik Nina ngan mak Nina lom balik. Kalau semua balik tadi
hu..hu..banjir lah Bukit Alif ni ahakssss....!!!
kena tinggal petang-petang ni syahdu dia lain sikit.
Mak Ngan Ayah datang tadi tghari ambik adik-adik.
Mak siap bawak nasi, dengan lauk-lauk.
Ayohhh...sedapnya mak masak asap pedas ikan, ayam goreng , ngan sayur campur.
Lepas mandi cam biasalah..
adik-adik aku terjun pool lagi. Nak puas-puas katanya sebelum balik.
Dah 3 hari berturut-turut tak kira pagi petang asyik mandi pool jer..
sampai aku plak yang risau..asyik berendam jer adik-adik ni..

Semalam aku bawa ke Plaza Angsana, alah dekat jer ngan umah aku ni.
Adik-adik nak cari buku, ada yang nak cari barang-barang sekolah,
ada yang nak beg sekolah..
Almaklumlah adik beradik aku tersangat ramai..
so macam-macam karenah lah..tapi yang 3 orang ni selalu buat aku pusing
huk..huk...apalagi mak ayah aku...

Nana, kak Chik, Bagus, Wawa, Mimi

4 hari 3 malam
buat aku pusing-pusing, pening lalat

Plaza Angsana

Mimi & Kak Chik

Lama adik-adik tak jumpa Kak Chik
dekat 6 bulan rasanya
Ada sorang kakak tu cakap, cantik-cantiknya adik aku..
siap nak buat menantu, baik-baik, sopan santunnya..
salam cium tangan....
Hakikatnya....mak jer yang tau keBUASan diaorang ni..

makan time..

5 orang 5 selera, sorang nak KFC, sorang nak Mc'D,
sorang nak Marrybrown, sorang nak itu...sorang lagi nak ini
aduhh.....fening..fening..

lat-last semua ke KFC,
Tapi kak Longnya tak makan pun.
Hu..hu... dah tak lalu nak makan KFC

Muncung sebatu bila dia ajak main bowling aku tak nak

tak sure tangan sapa nih...

sorang 19 sorang 14, dua orang ni memang ngam..

Lepas bali dari Plaza Angsana semua berendam lagi,
tapi aku malas nak snap-snap picture coz aku tengah
galak sembang dengan kawa aku
ha..ha..
ni kaki si wawa lagi..jauh kan beza..???
tadi bukan main melungkup dengan tudungnya
sampai terpesona akak tu nak buat menantu..
betul tak aku cakap tadi...hakikatnya..

Ni anak Linda, chomell kan..
geram betul aku tengok. Time balik tak nak balik

adik aku Bagus suka sangat dengan Sofea ni,
ahahaaa...kecik-kecik dah romeo ek..
tapi memang sangat chomelll..Sofea ni...

Ha..ha.. lepas semua balik, sunyi nya umah aku. gelak sedeh wooo...!! nampak-nampak lepas naik pool
semua kelaparan cari makanan..ahhaaaa...apa ada semua belasah, yang beli lain yang aku masak lain..
semua licin, sampaikan nestum segera tu pun abiss... Adik..adik..ada kadang-kadang pening..dah balik sunyinya rasa...erm..

Wednesday 16 June 2010

splash...

Tiap kali cuti sekolah aku mesti tak ada kat KL, sian adik-adik.
Dah berapa kali janji nak bawak ke Desa Water park asyik cancel jerr....
Diaorang dah pernah pergi dulu, tu yang nak sangat gi lagi.
Kesian juga tengok. Tapi nak buat macamana semua plan tak menjadi
he..he...asal cuti  sekolah jer Mr Hubby outstation.
Kali ni aku ada kat JB, memula plan nak bawak ke Starhill Golf  Resort Water Park
kat Kg Maju Jaya Skudai tu, tapi aku tgk air dia cam kotor jerr..
cam tak menarik nak pegi pun ya juga..rasa tak best jerk..

Semalam ambik adik-adik kat Kampung. Mr Hubby cam biasalah masih tekun ngan kerjayanya
he..he..tak ada masa nak layan diri sendiri apa lagi melayan aku ni huk..huk..
Kalau kat Tanjung Bin ni memang busy sokmo, wekend pun lenjan gak.
Naseb baik lerrr..ada adik-adik aku yang ramai ni boleh berhonggeh-honggeh.
ahakssss....
Pepagi semua dah standby nak terjun pool, malangnya hujan turun dengan lebatnya..
haiii....sian plak tengok semua dah buat muka seposen ni..
kalau terjun gak ada kang yang kena halau ngan guard he..he..d
memasing tunggu hujan berenti..Masuk jer Zuhur semua lekas-lekas sembahyang nak berdoa
katanya, berdoa hujan berenti..
last-last kul 3 hujan baru teduh..he..he...lebar senyum semua..

Mimi, Bagus, Kak Chik, Wawa
& Nana

Mimi
(Siti Raihana)

Wawa
(Radhwa Maisarah)

Nana
(Siti Radiana)

Kak Chik
(Siti Rafika)

Sakan betul depa dapat berkubang. Selain air kat pool ni bersih orang pun tak sesak sangat.  Pool kat sini pun besar gilerrr
Nak mandi pun cool jerr..tapi aku.. tak ler terjun sama???
huh tak nak lah..seganlah tadi kat cafe ramai orang...
jom layan gambar lagi...

Wawa..dia ni buas sikit
adik-adik aku ramai perempuan.
tapi kalah adik lelaki....

Tengoklah aksi-aksi adik-adik ni...

Aduh.. Bagusss masa mandi meman tak hengat
terjun bagai, kang malam ada yang melalak.
Bagus ni semput, tu yang risau tengok dia aktif semacam jerk..

Wawa, suka betul kena baling

Bagus pulak..

Peace..

Kak Chik yang jaga bebudak-budak ni
sebab kat hujung pool ni dalam lebih 5 kaki

Nana

Kalau bukan cuti sekolah lengang jer pool ni..

Huh..sapalah yang tebongkang cam ni..

Yang ada palang-palang besi tu tempat budak-budak
5 tahun ke bawah, cetek sesangat

posing tak henggat





Tuesday 15 June 2010

Buat pasport baru

pepagi dah bangun nak teman adik aku renew paspot, ramainya orang
padahal masih awal pagi sangat..
La ni no baru 127, No adik aku 254
walauweehhhh...lama nya...berjanggut dah ni...

Ngantuk sesangat..malam tadi teman Mr hubby sembanng2 sampai kul berapa ntah..
tetiba dia tak boleh tdo, lepas tu minta aku buatkan air panas
agaknya tadi tdo awal sangat kot, tu yang terjaga..

Ntah ke berapa puluh kali ntah..menguap..menguap..menguappp
ngantuk oooo.... malam tadi stay back sampai larut ngan kengkawan kat club house
ekekeee....without hubby memasing tu yang Mr Hubby aku tdo awal uk...huk..
aku sampai umah tetiba  Mr Hubby bangun kata tak boleh sambung tido..

Seronok wehhh....jumpa kengkawan lama...
makan...sembang..makan..sembang...
tak sedar club  dah nak tutup..
tau2 meja budak yang kerja tu dah nak bersihkan meja...
ohhh...no...!!! rasa baru jer sembanh ahaksss...

padahnya pepagi ni mengantuk tahap gaban.....
huk...huk...

Friday 11 June 2010

Asam pedas kepala ikan Melaka style

Lama sangat gantung periuk sampai satu tahap kemaruk nak masak..simple-simple pun tak apalah, janji air tangan sendiri. Hari ni aku dah plan nak masak
"asam pedas kepala ikan merah - Melaka style"
dengar pun cam terliur kan...lom rasa teranggakt punyalah...hu..hu..perasan betul aku ni kan..???
Nasib baik kat sini masih ada dapur, barang-barang cam periuk, kuali, senduk, sudip dah awal-awal aku bawak dari KL. Semua memang dah lengkap, cuma tak ada gas jer he..he..
dapur pulak dah lama tak pakai coz penyewa lama dulu memang tak masak.
So tak tau elok ker tak...bocor ke tak getah dari dapur  ke tong gas tu..
Mr Hubby suh aku cek sendiri esok. Uisss...bertuahnya kalau aku berani.
Memag tak berani., nak pasang kepala gas pun aku tak berani,  Nak suh cek pulak...
takutnya tetiba gas meletop ha..ha..alasan tak logik.
Tapi ya aku memang takut nak tutup atau nak pasang kepala gas tu..
Dulu kalau gas abis tunggu Mr hubby buka kepala gas tu, then bila gas sampai pun tunggu dia pasangkan kepala gas tu kat tong gas tu.
Penghantar gas biasanya akan hantar sampai depan pintu jer,  tak masuk umah dan tak akan suruh hantar sampai dapur, Suami tak ada lagi pun aku sorang. Takut pun ya juga...
so Mr hubby baliklah baru kepala gas tu di pasang he..he..kalau lewat tak masaklah...beli siap-siap
Memang tak berani sebab takut ~~boleh pakai tak alasan ni..???

Sebelum tu aku ke pasar Kipmart Tampoi beli barang-barang basah & sedikit sayur. Beli barang nak masak hari ni jer. coz peti sejuk tak ada. Beli kepala ikan, sayur bayam, bawang merah, bawang putih & halia.
beli bahan-bahan penting jer sebab kalau tinggal balik KL tak ada sapa guna.

So apalagi jom mulakan misi kita...

Tumis dulu bahan-bahan yang dah di blender.
Bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas & lada kering.
Sebelum menumis bahan-bahan blender, tumis dulu halba
untuk menambahkan aromanya..

Memandangkan aku masak tak guna ajinomoto
maka cuma masukan sedikit garam dan secubit gula sahaja.
masukan juga asam jawa

kacang bendi & tomato xnak letak pun boleh..
kalau letak lagi sedap
kalau suka boleh masuka juga sawi asin

Bila rasa dah cukup..gulai dah mendidih baru masukan
kepala ikan, tomato, kacang bendi, daun kunyit dan daun limau purut

Taaaddaaaa....!!!!
Asam pedas kepala ikan ~Melaka style
kalau nak bagi pekat & pedas lagi boleh tambahkan lada hitam
dan kerisik

Sayur bayam goreng
(banyak bawang he..he..)

Tunggu sat Mr Hubby balik baru balun sesama ngan adik aku. perghhh..!! memang terangkat.
Terangkat sebab memang dah lama tak masak ker atau sebab memang sedap tak taulah he...he..
kang kata sedap orang kata aku perasan pulak. Saja nak puji diri sendiri & nak bagi credit lepas berhempas pulas ngan penuh kasih sayang kat dapur hu...hu...
Memang best sesangat..rasa puas lah dapat makan air angan sendiri..sebab dah lama sangat makan luar sejak sebelum ke Langkawi sampai la ni kat Mr Hubby ada job kat Pontian.
Erm..plan esok nak masak apa plak ek...memang giant nak masak ni...
jap lagi fikirkan apa nak masak esok...mana tau tetiba terajin nak masak yang macam pulak kan..???
kalau terajinlah..kalau tak masak sardin sambal, telur dadar, ngan sambal belacan pun nikmat tu kan...
Apapun tunggu esok ek...