Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Wednesday 25 November 2009

Bila ujian datang..

29 September 2006 bersamaan dengan 6 Ramadan 1428 tercacat peristiwa yang betul2 menguji hati seorang isteri. Beberapa hari sebelum tu hati tak sedap jerk.. Sejak dari awal puasa lagi hati berdebar2, sedeh tak tentu pasal..rasa nak dekat jer dengan Mr Hubby. Mungkin itu petunjuk tapi aku yang tak perasan. Bila hati sedeh ingatkan diri ni "dahagakan zikir munajat" pada yang esa..tapi tiap kali bermunajat tiap kali itulah air mata semakin deras..Ya allah ampunkan dosa2 aku..mungkin ini khilafku ya allah..

Pukul 3 ptg lepas siap buat "facial" Ain, aku sembang2 dengan dia. Macam biasalah kalau dah jumpa sure banyak cerita...tetiba h/p aku bunyi, no tak kenal..tapi dia kata dia kawan Mr Hubby, Hamdan.
aku ni mudah panic..jantung mudah speeding..so tak tanya sapa pun yang call tu terus tanya apa jadi ngan Hubby aku.. Hamdan kata Mr Hubby aku kemalangan Industri, Mr Hubby tak nak cakap dgn aku sebab takut aku emosi..Cuma Hamdan pesan bawak baju2 & barang Mr Hubby aku ke hospital..Aduhhhh...!!! rasa dah bergelen2 air mata ni...menangis meraung2 aku..
ya lah nyamuk gigit pun kita kesian lagilah tetiba diberitahu Mr Hubby xcident, rasa nak gugur jantung ni...

Sampai Hospital, Mr Hubby tak masuk operation room lagi. Tapi kepala dah berbalut, aku tergamam sangat. Sampai tak bergerak, yang aku ingat aku pusing belakang menangis.. sedehlah tgk muka dia yang pucat jerk tu..malam  pukul 9 baru Mr Hubby masuk operation room jahit kepala yang koyak sampai nampak skull tu. Kata Mr Hubby dia nak ambik termometer bawah meja.. dia nak cepat coz ada audit masa tu. hubby kata dia pun agak kelam kabut..so bila dia nak bangun kepala tersangkt kat besi..nasib baik dia pakai topi masa tu..kalau tak sure lagi teruk..
Mr Hubby kata darah memang banyak..tapi dia tak nak jatuh kat tempat tu, walaupun kepala dah berpusing2 sebab tempat tu tak ada orang..dia tak nak jadi apa2 kat dirinya Mr Hubby kata lagi..kalau jadi apa2 isteri dia macamana..? sapa nak jaga..? sedehnya aku masa tu..semangat dia yang kuat tu buat dia bertahan walaupun pendarahan yang banyak..Ya allah kiranya ini ujian mu di Ramadanmu..aku reda ya allah..ampunkan dosa2 suami ku..selamatkan suamiku..permudahkan duniawi dan uhrawinya ya allah amin..amin...

Tiba2 aku teringat satu hadith dari Abdullah bin Mas'ud r.a
Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu).


Semoga ada hikmah yang tersirat..Semoga Allah menggugurkan dosa2 Mr Hubby aku sebagaimana yang dijanjikan..

Kalau boleh kongsi kesakitan tu tentu aku sebagai isteri sudi untuk berkongsi segalanya..
Alhamdulillah..after 5 hari hubby dapat balik, dengan kepala yang berjahit. Aku yang cukur kepala hubby sampai botak..senang nak cuci luka tu nanti. Hubby tak nak ke klinik cuci luka jadi akulah yang cuci lukanya setiap hari..Alhamdulillah sekali lagi..Allah mempermudahkan apa yang diuji suami tercinta..

Kata seorang Ustadz: seorang isteri kalau berdoa mestilah mendoakan suaminya terlebih dahulu..sebelum berdoa untuk dirinya sendiri dan kedua orang tuanya..semoga doa2 ku dimustajabkan allah  amin...



DR  Lee dari Hospital Penawar, Pasir Gudang bahagian Otorpedik kata, biasanya kepala yang jahit macam  ni pesakit yang operate barah kepala jerr..




Tuesday 24 November 2009

...lonely...

Lonely...?? sunyi..?? sepi..??
erm... :))
ada yang kata housewife macam aku ni akan selalu sunyi..
ya lah kan aku lom ada baby lagi..Mr Hubby plak selalu g outstation,
aku selalu sorang2 kat rumah.
Eh..salah tu..
walaupun aku belum ada baby
tapi aku jarang rasa sunyi..

Kerja...??
Seronokkan kerja..?
macam2 ragam kita akan jumpa
kawan pun macam2 perangai..
hari2 boleh melawa...hi..hi.. (bukan kat umah tak boleh melawa, kat umah tetap melawa tapi yang ni lain skit)
Jumaat boleh berbaju kurung dengan sopannya..
~~weeerrk...~~   :p
erm..boss kata buat masa ni tak payah kerja dulu..
teringin memang teringin..
tapi nak buat macamana..
best juga tak kerja ni..
tak terkejar2 bangun pagi2..
bila balik matahari dah tdo..
hm...dok umah pun kerja juga..
kata Mr Hubby "Kerja paling Mulia"
berkhidmat untuk akhirat..
amin...
ya lah dapat jaga Mr Hubby..
jaga makan pakai dia..
lagi2 kalau kita buat dengan penuh kasih sayang..
rasa seronok sangat.. rasa masa tu cepat jer
tau..tau hubby msg dah nak balik...
Tapi terpulanglah pada masing2kan..
sebab ada isteri yang memang nak kerja
ya lah dah penat2 belajar kang Degree tak laku pulak..
ada yang kerja sebab nak tolong suami..
ada yang memang suka nak kerja..


BaBy..??
Insyaallah, doalah yang baik2. Siapa yang tak teringin kan..
Tapi Mr Hubby tak ready macamana..
macamana Mr Hubby selalu kata bahagia dia ada pada aku..
so aku harap apa yang dirancangkan akan jadi kenyataan
amin...

Sunyi..??
Biasa kalau dia Outstation aku akan ikut..
Tak nak ikut pun kena ikut..  :p
so istilah sunyi jarang ada..
Sunyi tu bila Mr Hubby tak ada bersama jer..
selebihnya aku enjoy dengan hidup ni..
lagipun aku memang biasa dok umah
jarang keluar sendiri..
keluar pun biasa dengan dia..

Kesian..??
erk...?????
Perlu ker  kesiankan aku...???
sampai ada yang mencadangkan dengan Mr Hubby aku
suruh anta aku g kelas memasak ker..kelas menjahit ker..
kelas belajar cake ker... sebab kesiankan aku yang sunyi...
ahahhahaaaa..!!!!pelisssssslah..
ingat aku terdesak sangat ker dengan
"kesunyian" ni..???
sampai cadangkan ke kelas bagai..
adeiiii...!!!!  Mr Hubby kata
dia lagi tau Isteri dia ni macamana..
cadangan tu bukan tak bagus...ok juga..
tapi kalau bukan sebab minat nanti tak kemana..
biarlah apa2 pun aku buat sebab minat
betul kata Mr Hubby..
aku.. tak akan sunyi sampai stress beb..
maybe diaorang kot yang sunyi sampai stress
tu yang cadangkan aku macamtu..
isk..ada gak ek orang yang kesiankan aku..
No....No...No..    :p
tak perlu rasa kesian..
aku tak suka orang kesiankan aku..
bosannnyaaaaaaaaa bila ada yang kesian2 ni..
coz
a
k
u
enjoy dengan life aku..
enjoy dengan apa yang aku ada..
enjoy kasih sayang ni..

amin..amin..amin...

Saturday 21 November 2009

What is Love...??

Zaman aku sekolah dulu, aku minat sangat dengan satu movie ni..
Abang 92
One of actor dia Rahim Razali. Aku admire sangat dengan acting dia..
Cara dia bercakap, cara dia memandang, cara dia jadi jahat,
cara dia jadi romantik & cara dia menjadi seorang ayah
aku rasa dia sangat cool & sangat romantic
Dalam movie Abang 92 dia jadi ayah kepada Deana Yusuf..
sence paling aku suka dan masih aku ingat sampai hari ni,
masa Deana Yusuf masih kecik tanya pada ayah dia ( Rahim Razali)


"ayah apa itu 
L
O
V
E  
jawap si ayah..
L
O
V
E
"apabila kita rasa disayangi dan menyayangi"


Aku yakin jawapan tu lengkap dan tepat..
dan bila..
semakin aku dewasa..aku semakin  faham..
apa itu
L
O
V
E

bila ada yang bertanya
"Define of
L
O
V

E

Aku semakin yakin untuk menjawapnya...
tentang
LOVE..

Friday 13 November 2009

alahai adindaku Wawa....

Wawa..kalau dah merajuk alahai..buruk muka dia yang cute tu..dia pujaan hati semua..lagi-lagi ayah. Ayah masih dukung walau umur Wawa 9 tahun. Manja..gedik..berani..kuat lari..kulit dia agak gelap dari kami adik beradik yang lain...kadang2 nampak comel juga..he..he..

Masa ni wawa merajuk pasal tak dapat duit raya :p

he..he..lepas nangis..

Muka boring tunggu lama sangat nak masuk 3D kat Genting

Akhirnya tertido juga..

Ni bila mood dia baaaaaiiiiiiiik sangat..
Ni lah dia Radhwa Maisarah..

Masa besday Nazid yang lepas ntah apa angin si Wawa bagi Hubby aku prezen..ahahaaaa...
kata mak dia siap menabung nak beli prezen ni. nak bodek kot.... :p
Macam tau jer yang  abang ipar dia ni suka merah...tapi sweetlah juga..








Umbai Melaka

11hb Nov balik dari Pontian sempat juga aku singgah Umbai, Melaka. makan seafoodlah apa lagi ..


Siakap

Ketam

Sotong Tepung

Butter Prawn

Ketam 3 rasa

Nasi lemak, yang biasanya dimakan bersama-sama seafood

Umbai,Melaka


Kucing ni curi sotong, besar sotong tu kalau buat sotong goreng tepung dapat sepinggan boleh makan 2 orang..disebabkan kucing tu bunting tuan kedai pun halal kan jer lah...he..he..







Thursday 12 November 2009

Lesung Batu dari mak

Lepas aje aku disahkan jadi isteri orang, Mak hadiahkan aku dengan "batu lesung" he..he..napa ek mak aku x bagi blender je ek.. kan senang..?
Oh..!! rupanya "lesung batu" ni warisan dari Nenek. Nenek aku hadiahkan pada mak selepas mak berkahwin dulu. Sekarang mak pula hadiahkan pada aku, memandangkan aku anak sulung he..he..
Selepas aku berpindah ke rumah sendiri baru aku tau  tak semua bahan masak kita akan gunakan blender..
ada yang kita akan gunakan "batu lesung" ni macam buat sambal belacan..rencah nasi goreng kampung..
kadang-kadang kalau aku masak sup pun aku tumbuk jer bahan2 tu lagi sedap..


   Inilah rupa "Lesung batu" yang mak hadiahkan. Umur dia lebih dari 30 tahun..



Wednesday 11 November 2009

Food at Brunei

Masa aku ke Brunei sempat juga aku rasa beberapa menu kat sana. Tak jauh beza makanan antara Malaysia dan Brunei.. malah ada yang sama contohnya "Cucur Udang" rasa dan cicahnya sama macam yang ada di Malaysia..


Makan tghari, Nasi & kari ayam lupa nama kedai tu..tapi dekat dgn Hotel Sea View tu..



Tomyam..rasa dia lain sikit manis..ni aku makan kat bandar Kuala Belait..

Nasi goreng kampung.. ( teruknya aku jauh2 jalan nasi goreng kampung yang di minta, macam KL tak ada kan... :p) rasa dia sama jer macam kat KL
Nasi goreng Surabaya, banyak daging..Banyak, satu pinggan boleh makan 2 orang..

Udang Butter

Cucur Udang - Plaza Atria Begawan

Sirap selasih - so yummy sampai sekarang terasa sedapnya

air asam limau soda - rasa dia pelik sikit tapi sedap


Roti jala Kari ayam

Sesekali tukar menu makan malam, Roti jala kari Ayam.. ni pun one of fevret Mr Hubby..kalau makan 2 orang memang buat tak banyak, adalah dalam 15-20 keping...he..he.. yang masak ni selalu makan sikit jerk..kenyang masa ambik bau dulu jer...tu yang membiak dulu... ~~ahahhaaaaa.....

Roti Jala

kari ayam




Asam Pedas Kepala ikan

Sebelum ke Pontian haritu sempat aku masak asam pedas kepala ikan ..favorite Mr hubby

Kepala ikan yang akan jadi mangsa...

 bendi & tomato

Ada lagi bahan2 "Asam pedas kepala ikan" ni..daun kesum & bunga kantan antaranya...lupa nak snap..
hari ni aku masak "asam Pedas kepala ikan" johor..kalau "asam pedas" Melaka letak daun kunyit & daun limau purut..
urgh... memang powerlah..tapi MR hubby suka "asam pedas kepala ikan" ni cara Johor. Ada gak yang letak "kerisik" tuk "asam pedas Melaka" nak bagi pekat.. ikutlah selera memasing..





Lele @ AyamPenyet Ria - Sunway Mentari

Lele..???
Oh..its a cat fish.. :))
Selama ni aku x makan ikan ni, x lalu pun.
Tengok pun x lalu lagi nak makan,
he..he...marah betul aku kalau Mr Hubby makan
kepala ikan tu dia tujukan kat aku..
rasa boleh tarik muka kot hi..hi..
tak tau pun yang ikan tu sedap & menyelerakan..
sungguh2 menyelerakan..
Rasa rugi sangat umur dah tua baru rasa nikmat dunia..
lagi2 kalau lele penyet asyikkkkkkkkk.... :p

Lele Penyet

Lele Penyet Ria kat Plaza Mentari ni memang sedap. sambal dia yang pedasssssss..... tu so yummy..ada "tempe" (tak tau bila nak belajar makan) ada "tahu" ( pun sama tak makan) ada "kangkong celur" & "kobis". Paling best ada "serbuk tepung" yang rangup tu..memang sedap..
Yang tak suka Lele boleh try Ayam penyet dia..cara dihidangkan pun sama..sampai ketulang rangupnya ayam tu.. 1st time makan kat Lucky Plaza Spore. Balik KL terus cari branch dia. Ada beberapa cawangan antaranya di Plaza Mentari, Bandar Sunway & Kota Damansara.

Ayam Penyet

~SINGAPORE~
204 Orchard Road,
Lucky Plaza #04-25/26 & level 1,
Singapore,
238863 Singapore
(Dalam Lucky Plaza)

~MALAYSIA~
50-01, ground floor,
Jalan PJS 8/2,
Mentari, Bandar Sunway,
46150, PJ,
selangor Darul Ehsan
(Sederet dengat 7-Eleven & Pizza Hut)

Saturday 7 November 2009

Cereal prawn

Hari ni hari ke 4 di Pontian...
malam tadi makan di Kukup seafood
so yummy..weeee :p
cereal prawn dia memang sedap..


Ada 2 kedai jer setakat ni yang aku jumpa Cereal Prawn dia sedap
1. Kg Pasir Putih seafood ~ Pasir Gudang Johor
2.Kukup Seafood ~ Pontian Johor

Tgk mata Prawn ni besar2 kan...
menggoda. :))

Cereal Prawn